Anda di halaman 1dari 20

AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

1. PENDAHULUAN

Al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah berkata dalam


kitabnya al-Rasa ‘il al-Syaksiyyah “Segala puji bagi Allah, aku tidak menyeru kepada
mazhab sufi,mazhab feqah, golongan ilmu kalam ataupun kepada para imam yang terkenal
seperti Ibn al-Qayyim, al-Dhahabi, Ibn Kathir dan lain-lain lagi. Namun aku menyeru
kepada Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya dan kepada Sunnah Rasulullah
s.a.w yang diwasiatkan ke atas golongan awal umat baginda serta golongan terkemudian
daripadanya. Aku tidak akan menolak kebenaran sekiranya ia dating kepadaku, bahkan aku
bersaksi dengan Allah, malaikat serta sekalian makhluk-Nya, sekiranya dating kepadaku satu
perkataan yang benar aku akan menerima dengan sepenuhnya. Aku akan melemparkan apa
yang tidak benar yang dating dari umat ini melainkan apa yang dibawa oleh Rasulullah
s.a.w dimana baginda tidak berkata sesuatu melainkan kebenaran semata-mata..” (Abdul
Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd. al-Lathif,2009,5).

Walaupun ilmu pengetahuan telah tersebar luas dikalangan masyarakat Islam, namun
tidak dapat dinafikan bahawa kesamaran serta keraguan terhadap Al-Syeikh al-Imam
Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah masih bersarang di dalam fikiran umat islam.
Mereka di momokkan dengan fitnah yang menakutkan tentang Al-Syeikh al-Imam
Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah. Sedangkan beliau bertungkus-lumus
memperjuangkan aqidah yang benar serta membersihkan amalam-amalan khurafat yang telah
mencacatkan kesucian Islam yang sebenar.

Oleh itu, kami dipertanggungjawabkan untuk mengkaji tentang Al-Syeikh al-Imam


Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah. Di dalam kertas kerja ini juga kami
menceritakan tentang dakwah-dakwah beliau sekaligus menghapuskan salah faham terhadap
beliau.

1
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

2. RINGKASAN SEJARAH HIDUP SHEIKH MUHAMMAD ‘ABDUL WAHAB

2.1 Biografi

Nama sebenarnya ialah Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahab bin
Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-
Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najdi. Beliau dilahirkan pada tahun 1115H (1701 M) di
kampong ‘Uyainah (Najd), lebih kurang 70KM arah barat kota Riyadh, iaitu ibukota Arab
Saudi sekarang.

Menurut Mahmod Daud,dalam buku penulisan beliau mengatakan keluarga al-


Musyrif,iaitu keluarga nenek moyang Muhammad ibn Abd al-Wahhab adalah salah satu dari
dua keluara yang terkenal dan berkedudukan tinggi. Menurut beliau lagi keluarga al-musyrif
merupakan sebuah keluarga yang bijak dan alim serta mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas. Keluarga ini juga berjaya melahirkan banyak ulama sehingga ada antaranya dilantik
menjadi mufti dan qadi.

Ahli sejarah berselisih pendapat mengenai salahsilah keturunan Muhammad ibn ‘Abd
al-Wahhab. Kebanyakkan sejarawan menyebut bahawa beliau ialah Muhammad ibn Abd al-
Wahhab ibn Sulaiman ibn Ali ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Rashid ibn Burayd ibn
Muhammad ibn Buraid ibn Mushraf ibn Umar ibn Mu’adad ibn Ris ibn Zakir ibn Muhammad
ibn Alwi ibn Muhaib ibn Qasim ibn Musa ibn Mas’ud ibn ‘Aqbah ibn Shihab ibn Rabi’ah ibn
Abu Mas’ud ibn Malik ibn Hanzalah ibn Malik ibn Zaid ibn Manat ibn Tamim ibn Murr ibn
Ad ibn Tabikhah ibn Ilyas ibn Mudar ibn Nizari ibn Ma’ad ibn Adnan. (Mahmod
Daud,t.thn:2)

Maka ulama sepakat menyatakan bahawa beliau berasal daripada kabilah Bani
Tamim. Sebab itulah beliau dipanggil “Muhammad ibn Abd Wahhab al-Tamimi. Gelaran al-
Tamimi ini diambil sempena nama Tamim ibn Murr ibn Ad ibn Tabikhah ibn Ilyas ibn
Mudar ibn Nizari ibn Ma’ad ibn Adnan.

Muhammad bin ‘Abdul Wahhab telah menghabiskan waktunya selama 48 tahun lebih
di Dar’iyah. Seluruh hidupnya dipenuhi dengan menulis, mengajar, berdakwah dan berjihad

2
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

serta memangku jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi yang terkenal
sebagai kerajaan Wahabiyah.

Dan Allah memanjangkan umurnya sehingga 92 tahun,sehinggakan beliau dapat


menyaksikan sendiri kejayaan dakwah dan kesetiaan pendukung-pendukungnya. Semuanya
kerana berkat dakwah serta jihadnya yang tidak penah mengenal erti menyerah kalah.

Setelah berpuas hati melihat kejayaannya di seluruh negeri Dar’iyah dan sekitarnya,
dengan hati yang tenang beliau telah kembali menghadap penciptanya pada 29 Syawal 1206H
(1793 M) ketika usianya 92 tahun.

2.2 Latar Belakang Pendidikan

Muhammad bin ‘Abdul Wahhab dibesarkan dalam kalangan keluarga terpelajar. Hal
ini terbukti kerana ayahnya adalah seorang ketua jabatan agama setempat. Manakala
datuknya pula adalah seorang qadhi (mufti besar), di mana menjadi tempat rujukan tetang
segala permasaalahan yang berkaitan agama. Oleh sebab itu tidak hairan lah jika beliau juga
mengikut jejak ayah dan datuknya untuk menjadi ulama besar.

Sejak dari kanak-kanak lagi, Muhammad bin ‘Abdul Wahhab telah dididik jiwanya
dengan pendidikan agama yang diajar sendiri oleh ayahnya, Tuan Syeikh ‘Abdul Wahhab.
Muhammad bin ‘Abdul Wahhab telah menunjukkan sifat kepimpinan serta kecerdasannya.
Beliau tidak suka membuang masa dengan sia-sia seperti kanak-kanak lain yang seusia
dengannya. Berkat didikan serta bimbingan dari kedua ibubapanya, maka Muhammad bin
‘Abdul wahhab Berjaya menghafaz 30juz al-Quran sebelum mencapai usia sepuluh tahun.

Setelah usianya menginjak dewasa, Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pergi ke tanah
suci Makkah untuk menunaikan haji dan ditemani oleh ayahnya. Setelah selesai mengerjakan
fardhu haji, maka ayanhnya pulang semula ke tanah air, manakala beliau terus tinggal di
Makkah selama beberapa ketika,kemudian berpindah semula ke Madinah untuk melanjutkan
pengajiannya di sana.

3
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

Semasa di Madinah,beliau berguru pada dua orang ulama besar dan termasyhur.
Kedua-dua tokoh itu sangat berjasa dalam membentuk pemikirannya, iaitu Syeikh Abdullah
bin Ibrahim bin Saif an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi.

Sepanjang beliau berada di Madinah, beliau menyaksikan ramai umat islam yang
melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti contoh
berziarah ke maqam-maqam Nabi untuk memohon syafaat bahkan untuk meminta hajat. Di
sebabkan factor inilah yang mendorong Muhammad untuk mengkaji dengan lebih mendalam
tentang ilmu tauhid yang murni,yakni, aqidah salafiyah. Beliau berjanji pada dirinya sendri
yang beliau akan memperbaiki masalah yang berkaitan dengan ketauhidan serta
mengembalikan aqidah umat yang terlah tersasar jauh dari khurafat, tahyul dan bid’ah.

Beliau sangat mengkagumi ketokohan Mujaddid besar abad ke 7 Hijriah iaitu Syeikh
al-Islam Ibnu Taimiyah. bahkan karya-karya penulisan Syeikh Ibnu Taimiyah sangat terkesan
dijiwanya. Oleh kerana itu, beliau terpengaruh dengan karya-karya tersebut. Sehinggakan
Syeikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab bagaikan salinan Ibnu Taimiyah khususnya dalam
aspek ketauhidan.

Setelah beberapa lama menetap di Makkah dan Madinah, beliau kemudiannya


berpindah ke Basrah. Di Basrah, beliau bermukim lebih lama sehinggakan banyak ilmu yang
diperolehinya. Terutamanya dalam bidang hadith dan muthalahnya, fiqh dan usul fiqh, serta
qawaid.

2.3 Murid – murid Syeikh Muhammad Abdul Wahhab

Ramai para pembesar dan dan ulama pada zaman itu, telah menimba daripada Syeikh
Muhammad bin Abdul Wahhab. Dipercayai empat orang anak lelakinya juga telah menjadi
ulama’ besar hasil didikan beliau iaitu Husain, Abdullah, Ali dan Ibrahim. Walau
bagaimanapun, terdapat lebih ramai lagi para pendokong dan penggerak gerakan ini yang
muncul dari pelbagai tempat. Ada di antara mereka telah menjadi mufti dan qadhi iaitu :-
Syeikh Abdul Aziz bn Abdullah Al Husain Al Naasiri, Syeikh Sa’id bin Huja’i, Syeikh
Abdur Rahman bin Naami, Syeikh Hamid bin Naasir bin Usman bin Ma’mar, Syeikh Ahmad
bin Rasyid Al Uraini , Syeikh Abdul Aziz bin Suwailim dan Syeikh Hasan bin Aidan.

4
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

Syeikh Muhammad Abdul Wahhab dianggap sebagai seorang tokoh yang telah
berjaya memperluaskan ajaran dan dakwahnya seantero dunia. Pengaruh dan kesan gerakan
islah beliau telah mampu menegakkan hukum syarak (Ustaz Muhammad Abdul Qadeer Al –
Mandeely, 1994).

2.4 Hasil Penulisan dan Karya – karya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Sebagaimana yang telah ditulis oleh Tuan Guru Abdul Qadeer Al Mandeely (Guru di
Masjidil Haram Mekah), Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah mengarang beberapa
buah buku yang mana dengan secara tidak langsung telah menjelaskan matlamat dakwah
beliau diantaranya ialah:- Kitab Tauhid, Kasyfu asy Syubhat, Thulatha al Usul, Mukhtasar as
Sirah an Nabawiyyah, Al-Qawaid al Arba’ dan banyak lagi (Ustaz Muhammad Abdul Qadeer
Al – Mandeely, 1994).

3. Aqidah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab

3.1 Mazhab Fiqh

Seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad bin al-Wahhab sendiri bahawa
beliau merupakan pengikut Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan tidak pernah sekali beliau
menafikan kebenaran ke empat-empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi. Mazhab. Syafi’e,
Mazhab Hanbali dan Mazhab Maliki. Beliau menerangkan tentang perkara ini dalam
kenyataan yang beliau katakana dalam kitab Al-Sahsawani yang di terbitkan pada tahun
1989, halaman 473 iaitu:

“Akidah dan agama yang aku anuti, ialah Mazhab Al-Sunnah wa al-Jamaah sebagai
tuntutan yang dipegang oleh para imam muslimin, seperti imam mazhab empat dan
pengikutnya sampai hari kiamat”.

Berdasarkan kenyataan Ibnu Abd al-Wahhab di atas dapat dilhat bahawa beliau
merupakan pengikut Ahli sunnah wa al-Jamaah dan merupakan pemegang kepada salah satu
dari empat mazhab tersebut. Dari ke empat-empat mazhab tersebut, beliau mengakui bahawa
beliau berpegang kepada mazhab Hanbali dan merupakan mujtahid dalam mazhab Hanbali
tersebut. Beliau menerangkan tentang pegangan akidah(tauhid) dalam kitab yang sama beliau

5
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

terangkan tentang kebenaran mazhab yang empat dan pada halaman yang sama juga yang
mana beliau menyatakan bahawa:

“Bahawa mazhab kami dalam Usuluddin (Tahid) adalah mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah
dan cara (system) pemahaman kami adalah mengikut cara ulama salaf. Sedangkan dalam
hal masalah fekah, kami cenderung mengikut mazhab Ahmad bin Hanbali. Kami tidak
pernah mengingkari(melarang) seseorang bermazhab dengan salah satu daripada mazhab
yang empat dan kami tidak mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab yang luar
dari mazhab empat, seperti mazhab Rafidah, Zaidiyah, Imamiyah dan lain-lain lagi. Kami
tidak membenarkan mereka mengikuti mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa
mereka supaya bertaklid (ikut) kepada salah satu dari mazhab empat tersebut .”

Kata-kata Syeikh Muhammad di atas memberi penjelasan kepada kita tentang


pegangan akidah beliau adalah berdasarkan kepada mazhab Hanbali dan beliau sama sekali
melarang seseorang bermazhab selain dari mazhab yang empat tersebut dan tidak mengiktiraf
dirinya bebas daripada mana-mana mazhab. Dalam hal furuk, beliau menganggap dirinya
sebagai mujtahid berdasarkan dalil yang paling sahih. Dalam mazhab Hanbali, mereka
berpegang kepada amalan furu’iyyah yang mana amalan ini juga merupakan amalan yang
banyak di lakukan oleh para ulama ahli sunnah wa al-jamaah.

Dalam usaha Syeikh Muhammad bin Ibnu al-Wahhab memerangi amalan khurafat
dalam kalangan masyarakat Arab, pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada beliau walhal
tuduhan-tuduhan yang beliau terima adalah tidak benar dan sengaja ingin menjatuhkan beliau
juga menuduh beliau tentang pembaikan yang beliau lakukan adalah tidak berada di atas
landasan yang betul dan sepatutnya. Beliau menjawab pertuduhan yang dilemparkan kepada
beliau. Antara pertuduhan beserta jawapan yang beliau berikan terkandung pada tulisan
beliau dalam kitab Al-Sahsawani terbitan tahun 1989 halaman 474 termasuklah membawa
ajaran dan iktikad bahawa seseorang akan terkeluar dari Islam sekiranya orang tersebut
melakukan dosa besar seperti membunuh dan dosa besar yang lain. Sedangkan pada iktikad
beliau, beliau beriktikad bahawa seseorang yang melakukan dosa besar seperti membunuh
seseorang Muslim tanpa alasan yang kukuh, berzina, dan riba juga minum arak adalah tidak
terkeluar dari Islam dan tidak kekal dalam neraka selagi seseorang itu bertauhid kepada Allah
dalam semua ibadahnya.

Selain itu, tuduhan lainnya ialah umat yang menziarahi kubur Nabi Muhammad tidak
perlu memberi salam kerana jasad Nabi sudah binasa jadi baginda tidak boleh menjawab

6
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

salam umat sedangkan Ibnu Abd al-Wahhab menyatakan bahawa umat yang memberi salam
terutama ketika menziarahi kubur Rasullah, baginda mendengar salam orang yang
mengucapkan ucapan salam kepada baginda. Begitu juga tuduhan lain yang berkaitan ziarah
kubur Rasulullah. Setelah kewafatan Rasulullah, umat tidak boleh menziarahi kubur dan
berselawat kepada baginda. Jawapan Syeikh Muhammad berkaitan tuduhan itu beliau
mengatakan bahawa sebelum ke makam Rasulullah, adalah sunnah menziarahi kubur baginda
dengan cara menziarahi masjid baginda serta solat di dalamnya dahulu. Namun, jika
sekiranya seseorang itu pergi menziarah makam baginda tanpa sebab tertentu dan hanya
semata-mata ingin melihat makam baginda perbuatan tersebut tidak menjadi sunnah. Hal
berkaitan berselawat ke atas Rasulullah selepas kewafatan baginda adalah merupakan ajaran
Rasulullah sendiri kepada umatnya yang mana bagi sesiapa yang menggunakan waktunya
yang berharga untuk berselawat kepada Nabi Muhammad akan mendapat kebahagiaan di
dunia dan akhirat.

Disebabkan oleh ketidakpuasan hati terhadap pembaikan yang dilakukan oleh Syeikh
Muhammad Ibnu Abd al-Wahhab yang menyebabkan pelbagai tuduhan yang di lemparkan
kepada beliau, terutamanya terhadap mazhab pegangannya dan amalan berkaitan menziarah
kuburan. Disebabkan oleh amalan khurafat yang dilakukan di kubur Nabi Muhammad,
sahabat dan aulia’ oleh masyarakat Arab pada masa itu yang menyebabkan Syeikh
Muhammad membuat pembaikan dan pembaharuan melalui dakwah dan pendidikan beliau.

3.2 Kefahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Berkenaan Tauhid

Meskipun Syeikh Muhammad bin Abd Wahhab mengkaji buku-buku Ibnu Taimiyyah
khususnya berkaitan ilmu tauhid, beliau mempunyai beberapa aspek pemahaman yang
berbeza daripada Ibnu Taimiyyah dan golongan Muktazilah serta mereka yang lain-lain.
Seperti golongan Muktazilah, pengkajian mereka adalah pengkajian tentang teori semata-
mata. Pengkajian teori ilmu tauhid Ilmu Taimiyyah Nampak tidak jelas pengakajiannya. Ibnu
Taimiyyah membahagikan ilmu tauhid kepada tiga dimensi. Manakala, menurut Syeikh
Muhammad Abd Wahhab, beliau mengaitkan kefahaman berkaitan ilmu tauhid dengan
kehidupan sosiopolitik masyarakat Semenanjung Tanah Arab dengan perkaitan dua dimensi
tanpa mempedulikan kesan-kesan yang berpunca daripada corak dakwah yang diambil oleh
beliau selepas kematiannya.

7
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

Seperti yang di nyatakan di atas tadi, gerakan Syeikh Muhammad dikenali dengan dua
dimensi. Dimensi pertama adalah dimensi agama yang murni iaitu dimensi yang menumpu
kepada usaha pemurnian dan penjernihan akidah daripada apa-apa unsur yang dianggap
bidaah dan syirik yang direka-reka. Manakala pada dimensi kedua pula, usaha tertumpu pada
membetulkan keadaan sosiopolitik masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab berteraskan
kepada dimensi tauhid. Dalam dimensi tauhid, Syeikh Muhammad membahagikan ilmu
tauhid kepada tiga prinsip. Prinsip pertama, adalah Tauhid Rububiyyah yang mana tauhid ini
di akui oleh puak musyrikin pada zaman Rasulullah. Tauhid jenis ini bermaksud
mentauhidkan perbuatan Tuhan seperti mencipta, membekalkan rezeki, menghidupkan,
mematikan, menurunkan hujan, menumbuhkan tanaman, dan mengatur semua urusan. Bagi
prinsip tauhid ini, puak musyrikin tidak dimasukkan dalam skop keimanan. Mereka
diperangi, manakala Rasulullah menghalalkan darah dan harta mereka.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Mukminum, ayat 84-89:

84. Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu
mengetahui?".85. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah
kamu tidak ingat?".86. Katakanlah: "Siapakah yang Empunya langit yang tujuh dan yang
Empunya 'Arsy yang besar?". 87. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah:
"Maka apakah kamu tidak bertakwa?". 88. Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya
berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat
dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?". 89. Mereka akan menjawab:
"Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), Maka dari jalan manakah kamu
ditipu?"

Berdasarkan kepada ayat al-Quran di atas, dapat di fahami bahawa semua yang ada di
muka Bumi ini adalah kepunyaan Allah yang Esa, yang Maha Kuasa. Tiada yang lebih
berhak mencipta makhluk dan seluruh alam ini melainkan Dia yang Maha Agung. Semua
umat manusia hendaklah beriman hanya kepada Allah. Para Musyrikin mengakui hanya
Allah sahaja yang mencipta dan mengatur alam ini.

Seterusnya adalah prinsip kedua iaitu Tauhid Uluhiyah. Dalam prinsip kedua ini,
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mendefinisikan jenis tauhid ini kepada pelbagai
ungkapan yang belainan tetapi mempunyai makna yang sama. Bagi Ibnu Taimiyyah, Tauhid
Uluhiyah adalah tauhid yang wajib. Ianya mesti di sahkan dengan Tauhid Rububiyah yang
sah. Menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, Tauhid Uluhiyah di definisikan sebagai

8
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

perbuatan individu seperti berdoa, berasa takut, berharap, bertawakkal, berserah diri, berasa
gerun, bernazar, memohon pertolongan, dan pelbagai jenis ibadah lagi. Dalam definisi lain,
beliau mentakrifkan Tauhid Uluhiyah sebagai mentauhidkan Allah dalam segala perbuatan
seperti perbuatan yang di sebutkan tadi. Terdapat perbezaan antara Tauhid Uluhiyah dan
Tauhid Rububiyah menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam usaha
menerangkan kepada pengikut beliau berkaitan perbezaan kedua-dua prinsip tauhid ini kerana
ada yang keliru sehingga mengambil salah satu dari kedua-dua prinsip tadi sedangkan kedua-
dua prinsip tauhid ini hendaklah di ambil secara bersamaan seperti mana yang disebutkan
oleh Syeikh Muhammad bahawa Tauhid Rububiyah ibarat pokok manakala, Tauhid Uluhiyah
ibarat cabangnya. Mengetahui jenis-jenis tauhid mempunyai faedah yang besar. Corak kajian
yang diambil oleh Syeikh Muhammad adalah berkenaan tauhid yang membawa kepada
perluasan ruang lingkupnya.

Prinsip tauhid yang ketiga pula adalah Tauhid Zat, Nama dan Sifat. Menurut Syeikh
Muhammad bin Abdul Wahhab, tauhid ini juga disebut sebagai tauhid asma’, yang
bermaksud nama-nama dan tauhid Sifah ataupun tauhid sifat. Dalam tauhid ini tidak wujud
perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam. Umat meyakini bahawa Allah memiliki
sifat-sifat terpuji seperti sifat Allah itu berkuasa,berilmu, melihat, berkehendak, dan
sebagainya. Terdapat isu lain yang timbul hingga kini oleh golongan Wahabi dan golongan
Asya’irah hingga sekarang iaitu tentang isu mazhab Salaf.

3.3 Mazhab Salafi Wahabi dalam Tauhid Asma’ dan Sifat

Penyokong Wahabi memperakukan mazhab Ibnu Hanbal adalah menetapkan sifat


sebagaimana dalam ayat-ayat al-Quran. Terdapat kekaburan dalam Tauhid Sifat yang mana
kekaburan ini di sebabkan oleh dua perkara iaitu para penyokong Wahabi mengaitkan kaedah
ithbat sifat kepada salaf. Sedangkan telah dijelaskan bahawa menisbahkan kaedah itu kepada
salaf adalah satu perkara yang sukar kerana tidak terdapat dalil yang cukup dalam perkara ini.
Isitilah salaf tidak dapat dijelaskan lagi kecuali apabila dikatakan yang pendapat Dr. Imarah
perihal salaf itu adalah fenomena dari zaman Abbasiyah. Ini merupakan sebab kedua kepada
kekaburan tentang Tauhid Sifat. Satu-satunya penyelesaian kepada masalah ini adalah
memberi pilihan kepada umat Islam dalam memilih kaedah ataupun mazhab.

9
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

Jika dilihat, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menjadikan tauhid sifat sebagai
asas kepada asas-asas tauhid. Sama seperti Ibnu Taimiyyah yang menganggap ianya sebagai
asas kepada tauhid dan menganggap tidak sempurna tauhid itu jika hanya memperakui
Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah. Tauhid hanya akan lengkap dengan kehadiran
ketiga-tiga prinsip yang telah disebutkan tadi iaitu Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan
memperakui sifat-sifat. Kesempurnaan tauhid berasaskan kepada ketiga-tiga prinsip ini
disepakati oleh umat Islam seperti mana yang disebutkan oleh nas al-Quran dan hadis Nabi.

Tauhid seseorang tidak sempurna sekiranya seseorang itu mengingkari atau tidak
memperakui salah satu dari prinsip tauhid ini. Walau bagaimanapun, ada sebahagian berkata,
cara perakuan tauhid ini adalah dengan mentakwilkan dalam bentuk bersesuaian dengan
tanzih (penyucian Allah). Ada pula berpendapat tafwidh yang bermaksud menyerahkan
urusannya kepada Allah merupakan cara pengakuan tauhid. Begitu juga pendapat lainnya
lagi, bahawa pengakuan adalah dengan ithbat pada bentuk hakikat dan memahami dalam
bentuk yang zahir. Pendapat ketiga inilah yang diambil oleh Ibnu Taimiyyah kemudian
diikuti pula oleh Syeikh Muhammad dan pengikut-pengikut beliau.

Menurut penyokong Wahabi, mereka menegaskan bahawa iman mereka pada sifat-
sifat Allah adalah seperti iman mereka kepada zat Allah. Ini dijelaskan oleh mereka kerana,
sifat mengikuti yang memiliki sifat. Mereka memhami wujud-Nya dan menyucikan zat-Nya
tanpa memahami hakikatnya. Sama juga seperti mereka memahami dalam hal sifat. Pada
pandangan mereka, orang yang tidak berpegang dengan perkara ini, maka dia bukan daripada
golongan Ahli Sunnah. Golongan Asya’irah bukan daripada golongan Ahli Sunnah menurut
pandangan Wahabi kerana mereka tidak memperakukan semua sifat yang ada. Mereka
memperakukan sebahagian dan mentakwilkan sebahagian yang lain.

4. Dakwah dan Pengaruh Syeikh Muhammad Abdul Wahhab

4.1 Perjuangan dakwah

Syeikh Muhammad Abdul Wahhab telah berhijrah ke Basrah untuk ajaran dan
dakwahnya. Walaubagaimanapun, dakwahnya mendapat tentangan dan halangan dari
kalangan ulama setempat. Beliau telah menggunakan beberapa pendekatan dalam menyeru
manusia kepada dakwahnya. Mengikut Drs. Zainal Abidin Syihab (1997), terdapat beberapa
cara pendekatan yang telah diaplikasikan oleh beliau dalam dakwahnya iaitu bil hikmah,

10
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

dengan landasan ilmu yang memadai, wal mau’izatil hasanah pendekatan nasihat yang baik
dan mujadilhum billati hiya ihsan – berdebat dengan cara yang baik (Drs Zainal Abidin
Syihab, 1997).

Bagi golongan penyokong Syeikh Muhammad Abdul Wahhab, mereka mendakwa


bahawa beliau telah membawa satu pemurnian akidah yang tulen seperti yang pernah berlaku
pada zaman kegemilangan dakwah Rasulullah S.A.W. Tidak kurang juga bagi golongan
penentang pula sering membanding – bandingkan di antara dakwah Rasulullah S.A.W yang
sebenar dengan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dari kitab – kitab karangan
beliau yang sedia ada. Namun begitu, tidak begitu jelas sejauh mana kebenaran dakwaan dan
kenyataan ini (Drs Zainal Abidin Syihab, 1997).

Secara realitinya, beliau tidak membawa ajaran ataupun agama yang baru tetapi
mengajak umat manusia supaya kembali kepada akidah golongan salaf yang terdahulu. Selain
dari gerakan islahiyyah yang berlaku pada zaman beliau, Syeikh Muhammad Abdul Wahhab
juga dilihat sebagai pembanteras dan penentang tegar bagi individu yang melakukan amalan
berunsur syirik dan khurafat dalam akidah. Tujuan utama gerakan islah beliau ialah
memurnikan akidah dan mengembalikan ajaran Islam yang sebenar, melaksanakan syariat
dan menyatupadukan umat Islam di bawah satu naungan dan akidah yang sama (Drs Zainal
Abidin Syihab, 1997).

Menurut sejarah, Syeikh Muhammad al-Majmui’i dianggap sebagai pendukung


dakwah beliau di Basrah. Namun, gerakan mereka akhirnya ditentang hebat dan mereka juga
pernah diancam bunuh oleh musuh beliau. Lantaran itu, beliau telah berhijrah ke negeri –
negeri Islam yang lain untuk menyebarkan dan memperluaskan ilmunya. Namun begitu,
beliau telah kembali semula al-Ihsai untuk menemui gurunya iaitu Syeikh Abdullah bin Abd.
Latif al-Ihsai untuk meneruskan pengajian di dalam beberapa bidang ilmu. Beliau menetap di
sanabuat sementara waktu dan kembali ke kampong asalnya iaitu Uyainah. Pada tahun 1139,
keluarganya pula telah berhijrah ke Haryamla, iaitu suatu tempat di daerah Uyainah juga.
Tindakan ini diambil oleh keluarganya akibat dari perselisihan di antara bapanya dan juga
pihak berkuasa Uyainah. Seterusnya, pada tahun 1140 H, beliau pula menuruti keluarganya di
Haryamla dan meneruskan kegiatan dakwahnya di sana sehinggalah bapanya
menghembuskan nafasnya yang terkahir pada tahun 1153 H. Syeikh Muhammad binAbdul
Wahhab telah bertegas mengajak pihak berkuasa tempatan agar memerangi kumpulan –
kumpulan penjahat yang kerap membuat rusuhan, rampasan, rompakan dan pembunuhan.

11
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

Oleh sebab itu, kumpulan – kumpulan tersebut amat tidak menyenangi dan membenci malah
mengancam untuk membunuhnya. Akhirnya, beliau terpaksa kembali ke kampung
halamannya di Uyainah (Drs Zainal Abidin Syihab, 1997).

Keadaan di Najd, Hijaz dan sekitarnya sebelum wujud gerakan wahabi

Najd dan Hijaz ialah merupakan kawasan jajahan Turki. Menurut sesetengah
pendapat, krisis akidah, kemerosotan nilai sosial, ekonomi dan politik adalah amat
membimbangkan pada waktu itu. Sebagaimana yang diketahui, Najd dan Hijaz berada di
bawah penguasaan Sultan Muhammad Ali Pasya. Wilayah Turki Raya ini mempunyai daerah
kekuasaan atau jajahan yang cukup luas dan pusat pentadbiran yang utama terletak di
Istanbul. Jarak yang begitu jauh dari pusat pentadbiran telah menyukarkan urusan
pentadbiran kawasan jajahan. Oleh sebab itu, kekacauan dan rusuhan telah berlaku di
peringkat negeri, malah kelemahan dari sisi pentadbir dan pemerintah juga mula kelihatan. Di
samping itu, pengaruh Barat juga telah memberi kesan kepada pemerintahan. Pihak Barat
menggesa supaya masyarakat setempat menuntut kemerdekaan dari Turki. Matlamat utama
Barat ialah supaya masyarakat di situ mudah terpengaruh, mula menamam sifat mempercayai
Barat dan terkesan dengan pihak Barat. Lantaran itu, ianya akan memberi laluan yang mudah
bagi pihak Barat meneruskan agenda penaklukannya pula. Hal ini juga melibatkan pengaruh
dam cengkaman Barat dari sudut ekonomi, politik, sosial, malah memberi kesan juga dari
sudut akidah masyarakat setempat (Drs Zainal Abidin Syihab, 1997).

Masyarakat pada masa itu pula seperti sudah kembali kepada kebudayaan jahilliyah
iaitu zaman sebelum pra Islam. Amalan – amalan terdahulu cuba diterapkan kembali kepada
kehidupan seharian iaitu seperti; perbuatan meminta – minta di kuburan pada wali, atau
diistilahkan sebagai keramat, memohon syafaat, berkat, meminta diampunkan dosa dan
ditunaikan segala hajat. Pengaplikasian amalan ini seolah – olah sudah menjadi suatu ibadah
yang utama. Manakala, ibadah – ibadah syariat mula ditinggalkan dan diperlekehkan. Walau
bagaimanapun, mengikut sesetengah pendapat, hanya terdapat segelintir masyarakat di
perkampungan daerah Najd dan Hijaz yang mengamalkan budaya khurafat tersebut (Drs
Zainal Abidin Syihab, 1997).

Sebagaimana sejarah mencatatkan juga, amalan dan budaya tersebut tidak hanya
diamalkan di Najd dan Hijaz sahaja malah ianya turut merebak ke seluruh negara di dunia.
Hal ini menggamit kembali gambaran suasana pada zaman sebelum sampainya dakwah
Rasulullah S.A.W. Ianya terbukti apabila terdapat ramai umat Islam yang lebih gemar

12
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

mengunjungi maqam – maqam wali yang dianggap keramat untuk melakukan tawasul jika
dibandingkan dengan umat Islam yang mengunjungi masjid untuk beribadah kepada Allah
Taala. Terdapat segelintir maqam yang dibuat binaan yang indah dan kelihatan mewah yang
mana telah mengundang perbuatan yang berunsur khurafat dan syirik. Terdapat juga sumber
menceritakan bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dengan kebenaran Amir
Uyainah pada ketika itu merobohkan binaan di atas maqam Zaid bin Al-Khattab iaitu adik
kepada amirul mukminin iaitu Saidina Umar bin Al-Khattab (Drs Zainal Abidin Syihab,
1997).

Oleh yang demikian, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah terpanggil untuk
membuat satu perubahan dan gerakan dakwah tajdid. Fokus utama yang ditumpukan ialah
dalam aspek akidah. Tujuannya adalah untuk mengembalikan ajaran Rasulullah S.A.W yang
mengikut landasan Al-Quran dan Sunnah yang tulen dan benar. Syeikh Muhammad bin
Abdul Wahhab dipercayai telah berjaya dalam dakwahnya kepada penduduk tempatan dan
ramai juga yang menganggapnya sebagai seorang tokoh mujaddid Islam. Dalam usaha
gerakan dakwahnya, terdapat tentangan yang hebat daripada pihak Badwi di negeri Uyainah.
Pihak Badwi terasa terancam dan tidak selesa dengan gerakan islah beliau, lantas meminta
agar Amir Uyainah menghentikan gerakan itu dan membunuh beliau. Sekiranya Amir
tersebut enggan memberikan kerjasama, maka bayaran ufti yang berupa emas tulen daripada
pihak suku Badwi akan dihentikan. Oleh kerana bimbang dengan ancaman Badwi tersebut,
maka Amir telah berbincang dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mengenai hal
tersebut. Beliau akhirnya akur dengan keputusan Amir yang memintanya supaya
meninggalkan daerah itu demi mengelakkan pertumpahan darah berlaku. Kisah berkaitan
pengunduran beliau dari daerah ini telah diceritakan oleh bekas Rektor Universiti Islam
Madinah iaitu Syeikh Muhammad bin Abd Aziz bin Abdullah bin Baz dalam bukunya yang
berjudul Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab, Wada’watuhu Wasiratuhu. Setelah itu,
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menuju ke negeri Dar’iyah dan mendapat sokongan
yang padu daripada Amir Muhammad bin Saud. Nasib beliau mula berubah. Penduduk
setempat mengiktiraf dakwah dan ajaran beliau. Dar’iyyah telah dikunjungi ramai pencinta –
pencinta ilmu melalui pembinaan madrasah yang menggunakan kurikulum yang menjadi
teras dalam perjuangan beliau iaitu dalam bidang aqaid al-Quran, tafsir, fiqh, usul fiqh,
hadith, musthalah hadith, nahu dan saraf dan seumpamanya. Selain itu, beliau juga
berdakwah melalui utusan surat yang mana surat- surat tersebut telah ditujukan kepada para
pembesar dan ulama’. Isi kandungan surat tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah

13
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

menjelaskan tentang bahaya amalan syirik, khurafat, bid’ah dan juga tahyul. Namun
demikian, segala usaha dakwah beliau sering mendapat tentangan dan halangan daripada
pelbagai pihak. Melalui tindakan – tindakan gerakannya yang ekstrim itu, iaitu dengan
menghapuskan binaan – binaan yang terdapat di maqam para wali dan sahabat, maka ada
segelintir pihak tidak bersetuju dan melabelkannya dengan gelaran pelampau (Drs Zainal
Abidin Syihab, 1997).

4.2 Tentangan dan Kekangan Terhadap Dakwah

Rintangan demi rintangan yang telah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab hadapi.
Namun, ianya tidak pernah memudarkan semangat dan pendiriannya yang tegas itu.
Penentang – penentangnya juga terdiri daripada kelompok – kelompok muslim yang tidak
mahu menerima pembaharuan, golongan yang mementingkan material dan kuasa dan juga
golongan Barat yang sudah sememangnya anti-Islam sejak dari dahulu lagi.

Realitinya, terdapat tiga jenis golongan yang menentang gerakan ini iaitu :- golongan
penentang dari sudut akidah. Golongan ini digelar mutakallimin dan berpegang pada falsafah
Yunani dan Hindu. Secara amnya, mereka menafikan sifat – sifat dan nama – nama Allah.
Ulama menggelarkan mereka dengan gelaran khalaf untuk membezakan dari golongan salaf.
Kelompok mereka ini digelar sebagai Jahmiyyah, Muktazilah, Kullabiyah dan Al-
Maturidiyyah. Golongan yang kedua pula ialah :- golongan penentang dari sudut politik iaitu
pegawai – pegawai kerajaan Uthmaniyyah (khalaf), raja – raja tempatan yang lebih
cenderung kepada kepercayaan turun temurun dan adat, ulama’ yang mempunyai
kepentingan peribadi dan Syiah Imamiyyah yang membenci Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Manakala golongan yang ketiga pula ialah :- golongan penentang daripada penjajah barat
iaitu orientalis (khususnya dari Inggeris dan Perancis). Mereka bimbang akan kemaraan umat
Islam jika kembali bersatu (Sulaiman Noordin, 1999).

14
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

5. Konflik dan isu-isu wahabi

5.1 Bertawasul kepada Nabi

Maksud tawasul adalah mendekatkan diri atau memohon kepada Allah SWT dengan melalui
wasilah (perantara) yang memiliki kedudukan baik di sisi Allah SWT. Wasilah yang
digunakan adalah nama dan sifat Allah SWT, amal soleh yang kita lakukan, dzat serta
kedudukan para Nabi dan orang soleh, atau boleh juga dengan meminta doa kepada hamba-
Nya yang soleh. Allah SWT berfirman:

“carilah jalan yang mendekatkan diri ( Wasilah ) kepada-Nya.” (Al-Maidah:35).

Hukum bertawasul dengan Nabi dan orang-orang soleh kerap menjadi permasalahan. Contoh
sederhana tawasul jenis ini adalah ketika seseorang mengharapkan ampunan Allah SWT.
contohnya ia berdoa, “ Ya Allah, aku memohon ampunanmu dengan perantara Nabi-Mu”
Terlihat jelas dalam bertawasul dengan Nabi hanyalah perantara,sedangkan yang dituju
dengan doa hanyalah Allah SWT semata-mata. Dengan bertawasul ia tidak menjadikan
sebagai tuhan yang disembah.Namun kenyataan ini tidak boleh difahami oleh sebagian orang
wahabi yang mengaku mengikuti sunnah namun kenyataannya adalah jauh dari sunnah.
Mereka menganggap tawasul jenis ini adalah bentuk menyekutukan Allah SWT.

Seorang Syeikh Wahabi Abu Bakar Al-Jaziri berkata mengenai Tawasul:


“ Sesungguhnya berdoa kepada orang-orang soleh, Istighosah (meminta tolong) kepada
mereka dan tawasul dengan kedudukan mereka tidak terdapat didalam agama Allah ta’ala,
baik berupa ibadah mahupun amal soleh sehingga tidak boleh bertawasul dengannya selama-
lamanya. Bahkan itu adalah bentuk menyekutukan Allah SWT di dalam beribadah kepada-
Nya, hukumnya haram dan dapat mengeluarkan pelakunya dari agama Islam serta
mengakibatkan kekekalan baginya di neraka Jahannam.”(Aqidatul Mu’min).

Bertawasul kepada Nabi

Mengenai hukum tawasul - Kebolehan bertawasul dengan Nabi adalah hadis sohih tentang
Syafaat yang diriwayatkan oleh para hufadz dan ahli hadis. Pada hari kiamat, ketika manusia
dikumpulkan di padang Masyar, mereka mengalami kepayahan yang sangat. Mereka
bertawasul dengan mendatangi para Nabi untuk meminta pertolongan.Tentang hukum

15
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

tawasul - Diriwayatkan dari Utsman bin hunaif bahawa seorang lelaki buta datang kepada
Nabi SAW Memohon kepada Rasulullah SAW berdoa untuk kesembuhannya. Rasulullah
SAW bersabda: “Jika engkau ingin, aku akan doakan. Namun jika engkau bersabar maka itu
lebih baik.” Lelaki itu tetap berkata, “Doakanlah.”Nabi SAW lalu memerintahkan kepadanya
untuk berwudhu dengan sempurna, solat dua rakaat dan berdoa dengan doa berikut: “Ya
Allah, aku memohon dan menghadap kepada-Mu dengan (perantara) Nabi-Mu Muhammad,
Nabi yang rahmat. Ya Muhammad, sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku
denganmu agar terpenuhi hajatku. Ya Allah, izinkanlah ia memberikan syafaatnya
kepadaku.Seandainya tawasul ini syirik maka tidak mungkin Nabi SAW mengajarkannya
kepada orang buta tersebut. Para pengingkar tawasul akan berusaha memalingkan makna
hadis tersebut dengan takwil yang jauh dari makna zahirnya.Bahkan yang disebutkan adalah
bahawa Nabi saw meminta orang buta itu berdoa dengan menyebut nama beliau dalam
doanya sebagai perantara.

Perkara Maksiat yang berlaku dimekah dan madinah ialah tentang berdoa mengadap makam
Nabi dan tidak berdoa mengadap kiblat. Menurut pandangan wahabi menziarahi makam Nabi
dibolehkan tetapi ketika berdoa harus mengadap kiblat dan membelakangi makam
Nabi.Mereka wahabi mengatakan tidak boleh meminta doa kepada orang yang telah
meninggal dunia jika mahu meminta doa maka mohonlah kepada Allah.Ahli sunnah wal
jamaah mengatakan ia adalah untuk bertawasul kepada nabi. Fahaman wahabi meneruskan
dengan mengatakan orang yang tidak menerima fatwa wahabi adalah kafir dan syirik.
Fahaman wahabi ini juga tidak boleh melagukan azan ketika waktu solat, tidak boleh berlagu
qasidah dan tidak boleh juga memuji Nabi Muhamad s.a.w. Ketika perayaan maulud Nabi
bulan rabiuawal tiap-tiap tahun akan dilarang untuk menyambut kerana itu adalah bidaah.
Begitu juga dengan perayaan mi’raj tidak boleh disambut.

(rujukan dari buku kasfus syubahat karangan ulama wahabi cetakan nur nejdi riyadh)

(“barang siapa menjadikan malaikan, Nabi, Ibnu Abbas, Ibnu Abi Thalib, atau mahjud
perantara antara mereka dengan ALLAH, Kerana mereka dekat kepada ALLAH, seperti yang
banyak diperbuat orang dihadapan raja raja, maka orang itu adalah kafir, musyrik, halal
darahnya dan hartanya, walaupun ia mengucapkan dua kalimah syahadah,sembahyang,puasa
dan mendakwa dirinya muslim. “)

16
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

( petikan dari kitab wahabi yang berjudul al hidayatus saniyah wat tuhwatul
wahabiyah.)

Ucapan ahli sunnah wal jamaah ketika menziarahi makam Nabi adalah(“hai rasulluah hai
habiballah,hai penghulu kami Muhamad Nabi akhir zaman,berilah kami syafaat engkau
diakhirat,mintakanlah kepada tuhan supaya kami selamat dunia akhirat.”)
Cara ucapan itu adalah syirik mengikut kaum wahabi kerana beberapa unsur ialah Memanggil
dan menghadapakan pembicaraan kepada orang yang telah mati dan orang itu sudah menjadi
bangkai.Meminta atau memohon pertolongan dengan orang yang telah mati sedangkan kita
boleh memohon pertolongan kita kepada ALLAH.Menjadikan Nabi sebagai perantaraan
antara ia dengan Allah padahal Allah lebih dekat lagi dengan manusia dan terus boleh
mendoakan kepada ALLAH.Manakala mengikut kaum ahli sunnah wal jamaah mengatakan
bahawa memanggil dan menghadapkan pembicaraan kepada orang yang telah mati boleh
saja bahkan dilakukan oleh Nabi. Walaupun Nabi telah wafat beliau masih boleh mendengar
salam kita semua.

(“dari Anas Bin Malik,dari Nabi Muhamad saw beliau berkata hamba-hamba tuhan apabila
diletakan dalam kuburnya dan orang orang pengatarnya sudah mula kembali pulang, maka
mayat itu mendengar detak detik sandal mereka”)

(rujukan dari Hadis riwayat bukhari –sahih bukhari)

5.2 Pengkafiran terhadap orang Islam

Sikap menuduh sesat, musyrik, dan kafir yang dilontarkan Muhammad Bin Abdul
Wahhab terhadap kaum muslimin yang tidak mengikut ajarannya semakin menjadi
jadi.Tersebut dalam sejarah, bahawa suatu kali terjadi perdebatan antara Muhammad Bin
Abdul Wahab dengan saudaranya Sulaiman Bin Abdul Wahab, dalam soal kafir-
mengkafirkan ini.

Sulaiman: “Berapakah rukun Islam”? Muhammad menjawab: “lima”.


Sulaiman: Tetapi kamu menjadikan rukun itu ada 6! Muhammad: Apa,?
Sulaiman:Kamu memfatwakan bahawa siapa yang mengikutimu adalah mu’min dan yang
tidak sesuai dengan fatwa mu adalah kafir. Muhammad: Terdiam dan marah.
(sumber dari kitab K.H Sirajudin Abbas.(i’tiqad ahlusunnah wal-jamaah,cetakan ke -6,
1991.h. 309-332. )

17
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

Disebutkan peristiwa, suatu saat seseorang berkata kepada Muhammad bin Abdul Wahhab:
”Ajaran agama yang engkau bawa ini adakah ia bersambung (hingga Rasulullah) atau
terputus?”.Muhammad Abdul Wahhab menjawab: ”Seluruh guru-guruku, bahkan guru-guru
mereka hingga enam ratus tahun lalu, semua mereka adalah orang-orang musyrik”.
Orang tadi kemudian berkata: ”Jika demikian ajaran yang engkau bawa ini terputus! Lantas
dari manakah engkau mendapatkannya?”Muhammad Abdul Wahab menjawab: ”Apa yang
aku serukan ini adalah wahyu ilham seperti Nabi Khadir”.Kemudian orang tersebut berkata:
”Jika demikian bererti tidak hanya kamu yang dapat wahyu ilham, setiap orang akan dapat
dan mengaku bahawa dirinya telah mendapatkan wahyu ilham. Sesungguhnya melakukan
tawassul itu adalah perkara yang telah disepakati di kalangan Ahlussunnah.

Bahkan dalam hal ini Ibn Taimiyah memiliki dua pendapat, ia sama sekali tidak mengatakan
bahawa orang yang melakukan tawassul telah menjadi kafir”

(ad-Durar as-Saniyyah Fî ar-Radd ‘Alâ al-Wahhâbiyyah, hal. 42-


43).

Yang dimaksud oleh Muhammad bin Abdul Wahhab bahawa orang-orang terdahulu dalam
keadaan syirik hingga enam ratus tahun ke belakang dari masanya hingga tahun masa hidup
Ibn Taimiyah, yaitu hingga sekitar abad tujuh dan kelapan hijriyah ke belakang. Menurut
Muhammad bin Abdul Wahhab dalam rentang masa antara hidup Ibn Taimiyah, di abad
tujuh dan kelapan hijriyah dengan masa hidupnya sendiri pada abad dua belas hijriyah, semua
orang di dalam masa tersebut adalah orang-orang musyrik. Ia memandang dirinya sendiri
sebagai orang yang datang untuk memperbaharui tauhid. Dan ia menganggap bahawa hanya
Ibn Taimiyah yang selaras dengan jalan dakwah dirinya. Menurutnya, Ibn Taimiyah di
masanya adalah satu-satunya orang yang menyeru kepada Islam dan tauhid di mana saat itu
Islam dan tauhid tersebut telah punah. Lalu ia mengangap bahawa hingga datang abad dua
belas hijriyah, hanya dirinya seorang saja yang melanjutkan dakwah Ibn Taimiyah tersebut.

Dalam hal pengkafiran ini muhamad bin abdul wahab mengkafirkan penduduk
ihsa’(menyatakan bahawa penduduk ihsa’ adalah para penyembah berhala).penduduk anzah
juga mendapat tempias pengakafiran dengan (menyatakan mereka tidak percaya hari
kiamat),pengkafiran penduduk dhufair (dituduh sebagai pengkianat hari kiamat)pengkafiran
penduduk uyainah dan dar’iyah( para penduduk dan ulama dicela dan dicaci dengan kafir.)
pengkafiran penduduk wasym(penduduk dan ulama’ dilabel sebagai kafir). pengkafiran

18
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

terhadap penduduk sudair( mengkafirkan wilayah penduduk wasym.) dan penduduk mekah
juga Muhamad Bin Abdul Wahab mengatakan kafir.

(kitab ad-durar as-saniyah)

19
AKIDAH ISLAMIYAH II SICI3072

PENUTUP

Gerakan wahabi merupakan sebuah gerakan tajdid yang mana matlamatnya adalah
memurnikan akidah umat Islam. Tokoh seperti Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang
dianggap sebagai mujaddid telah mencetuskan fenomena pembaharuan dari sudut akidah
khususnya. Walaubagaimanapun, pendapat dan ajaran beliau dianggap ekstrim oleh kerana
ketegasan beliau dalam menegakkan sesuatu syariat.

Realitinya, terdapat beberapa bantahan dan tentangan juga terhadap dakwah dan
ajarannya apabila terdapat banyak kekeliruan dari sudut fakta berkenaan sejarahnya. Namun
begitu, sumbangan beliau dalam menegakkan syiar Islam dan membanteras amalan khurafat
dan bida’ah tidak dapat dinafikan. Segala kekeliruan terhadap sejarah hidup tokoh ini dan
gerakan dakwahnya patut dikaji dan diselidiki semula dengan penuh integriti dan telus.

20

Anda mungkin juga menyukai