Anda di halaman 1dari 1

Peranan guru dalam menterjemahkan falsafah pendidikan kebangsaan di sekolah ialah:-

1 Kurikulum pengajaran dalam bilik darjah

Bilik darjah adalah suatu tempat yang paling berkesan dalam penyampaian ilmu yang
bermanfaat. Sebagai mana penerapan pelajar memberi salam dan ucapan selamat pagi
merupakan contoh yang paling dekat dalam panduan pembangunan warganegara kerana diluar
bilik darjah jarang diaplikasikan.

Guru juga perlu menerapkan ilmu-ilmu atau isu-isu semasa yang berada disekitar pelajar atau
masalah-masalah yang berlaku berkaitan dengan pelajar supaya mereka dapat berfikir dan juga
menilai perbuatan yang mereka lakukan diluar bilik darjah.

2 Pengurusan Bilik Darjah

Guru perlu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa supaya pelajar dapat
belajar dengan baik. Ketua dan penolong kelas yang dilantik mampu memupuk kepimpinan yang
baik dalam diri pelajar. Setiap perkara yang terdapat di dalam kelas, guru harus meletakkan
tanggungjawab bilik darjah sepenuhnya kepada pelajar, kesannya adalah pelajar akan lebih
bersistematik dalam menguruskan kehidupan diluar bilik darjah.

3 Nilai dalam pengajaran dan pembelajaran

Bagi mata pelajaran yang tertentu seperti subjek adab atau akhlak, pendidikan Islam, Sivik dan
lain-lain yang lebih menjurus pada nilai pelajar, guru tersebut perlu memainkan peranan yang
penting dalam membentuk keperibadian pelajar.

Disiplin pelajar bermula dengan guru, guru seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada pelajar supaya pelajar mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru.

Nilai hormat adalah nilai yang diajar secara tidak formal sejak dari kecil. Aplikasi dalam bilik
darjah dengan menghormati antara satu sama lain telah diaplikasikan dan ini memberi pengaruh
yang baik kepada pelajar kerana akan menjadi amalan di dalam kehidupan setiap pelajar
sehingga mereka dewasa.

Anda mungkin juga menyukai