Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Saya masuk ke kelas 1 Amanah dengan penuh yakin dan


bersemangat. Saya telah merancang pengajaran yang hendak
diajar pada hari ini dengan

Pada awal pengajaran saya menerangkan secara ringkas


aspek-aspek yang terdapat dalam pantun. Semasa pengajaran
berlangsung saya banyak menggunakan teknik soal jawab. Saya
mendapati pelajar memberikan kerjasama yang baik semasa
soalan diajukan. Beberapa orang pelajar mengangkat tangan
untuk menjawab soalan tersebut. Salah seorang daripadanya
ialah Nazlida. Namun ada beberapa orang pelajar tidak dapat
menjawab dengan tepat latihan yang telah diberikan.

Saya terpanggil untuk mengetahui apakah sebenarnya yang


berlaku. Adakah pelajar tidak faham dengan apa yang telah
diterangkan oleh saya? Adakah pengajaran saya terlalu cepat
sehingga pelajar tidak dapat mengikutinya? Adakah kaedah yang
saya gunakan tidak memberi kesan kepada pelajar-pelajar? Dan
pelbagai soalan lain lagi yang bermain di fikiran saya. Setelah
menerima jawapan daripada seorang pelajar barulah saya sedar
bahawa ada pelajar yang tidak faham maksud pantun tersebut.

Saya menyedari bahawa untuk memahami sesebuah teks


pantun pelajar haruslah mempunyai pengetahuan dari segi
membuat huraian terhadap sesuatu maksud pantun. Namun saya
yakin bahawa penerangan daripada guru semata-mata tidak dapat
membantu pelajar untuk memahami maksud tersirat di sebalik
pantun. Saya rasa pelajar patut mengetahui kaedah lain untuk
memahami maksud pantun tersebut.

Pada minggu akan datang saya akan mengajarkan maksud


pantun secara terperinci dalam tempoh masa yang lebih panjang
dengan memberi lebih banyak penerangan maksud pantun
kepada pelajar. Aktiviti latih tubi perlu diberi lebih kerap supaya
pelajar dapat mengusai maksud sesebuah pantun. Saya berharap
dengan cara ini pelajar akan dapat memahami maksud pantun
dengan lebih baik.
LANGKAH YANG DIJALANKAN
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang dijalankan
ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada
kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka adalah penting untuk guru
memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penulisan bentuk huruf pada permulaan ayat sahaja.

AJK Kajian Tindakan merancangkan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah ini seperti:
i. Bentuk huruf salah di warnakan
ii. Menulis di atas huruf yang dicetak
iii. Latihan melukis
iv. Cara duduk
v. Menulis di atas pasir
vi. Latihan kordinasi
vii. Menconteng
viii. Melukis bentuk
ix. Melukis dan mewarna bentuk geometri
x. System tiga garisan
xi. Menulis perkataan dari bawah ke atas

9.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN


9.1 Pelaksanaan Aktiviti
Perancangan ini akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia bermula dari
bulan Januari.

Langkah 1
Pada mulanya, saya telah menjadi role model kepada murid. Saya menunjukkan kepada mereka cara
memegang pensel yang betul. Saya kemudian melatih mereka memegang pensel mengikut cara yang
telah ditunjuk cara.

Rajah 1: Cara memegang pensel yang betu

Cara memegang pensel yang betul

Langkah 2:
Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai
dan selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian, saya
meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktik sehingga
menguasai kemahiran tersebut.
Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis
Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis

Langkah 3
Menulis di atas huruf yang berputus dicetak. Guru telah mengenal pasti huruf-huruf yang
selalu mengelirukan murid. Dengan bantuan komputer guru mencetak huruf berkenaan dengan saiz yang
besar dan kecil. Murid-murid diminta menggunakan jari telunjuk dan pensil menulis atas huruf berkenaan
mengikut arah jam. Cara ini dapat mengukuhkan kemahiran. Ia dibuat secara latih tubi. Murid digalakkan
membuat latihan ini di rumah.

Anda mungkin juga menyukai