Anda di halaman 1dari 14

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

021/031 Bahasa Melayu JUSA


2009
Set 3
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL JUSA 2009

BAHASA MELAYU SJK SET 3

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.


2

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

021/31 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak


Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada
satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf
yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 24


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Amin mencedok air dengan _______________ untuk membasuh kakinya.

A gayung
B timba
C periuk
D mangkuk

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.


3

2. Sivam menjemput Kamal dan Rani ke rumahnya. _______________ makan kuih


bersama- sama.

A Dia
B Kamu
C Mereka
D Beliau

3. _______________ nama kucing kesayangan adik?


A Bagaimanakah
B Di manakah C Siapakah
D Apakah

4. Kedua-dua gadis itu ________________ sopan apabila bertudung


A kelihatan
B melihat
C dilihat
D terlihat

5. Swee Ying __________________ biola sambil menyanyi.


A menggores
B menggesek
C memukul
D memetik

6. Kaki abang berdarah kerana _______________ serpihan kaca.


A memijak
B pijakan
C dipijak
D terpijak
4

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7. Swee Kim ________________ apabila terlihat seekor tikus di dalam biliknya.

A takut
B marah
C terkejut
D tergamam

8. Ramlan dimarahi oleh Puan Song kerana selalu datang _______________ ke


sekolah.
A lambat
B cepat
C laju
D pantas

9. Seluruh ahli keluarga Pak Kamal hadir di majlis pengebumian itu


_________________ anak bongsunya yang sedang menuntut di Jepun.
A tetapi
B namun
C kecuali
D Selain itu

10. Pesakit itu menunggu giliran dengan sabar _______________ berdoa agar
penyakinya dapat diubati.
A walaupun
B malahan
C tetapi
D sambil
5

11. Surat itu dihantar oleh posmen ________________ hari Isnin yang lalu.
A di
B ke
C pada
D hingga

12. Sikap ___________________ Encik Kamarul terhadap pelanggannya berjaya


melariskan perniagaannya
A ramah-tamah
B remeh-temeh
C lemah-lembut
D Lemah-longlai

13. Penduduk kampung _________________ bergotong royong untuk membersihkan


balai raya itu sejak pagi tadi hingga sekarang.
A akan
B telah C pernah
D sedang

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Kelihatan _______________ orang pesakit sedang menunggu giliran untuk


mendapatkan rawatan.
A setengah
B seluruh
C segala
D beberapa
6

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 5

15. Susila menyanyi di atas pentas dengan menggunakan _____________________.


A peti nyanyi
B pembesar suara
C peti suara
D peti lagu

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Emak _______________ bubur nasi ke mulut adik.


A menyuapkan
B memberikan
C menjamukan
7

D menyediakan

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah

17. Salmah ______________ beg pada bahunya manakala Husni ____________ beg
tangannya semasa pulang dari bandar.
A mengandar ... menyandang B menyandang ... menjinjing
C memikul ... membimbit
D menjinjing ... memikul

18. Di pinggang pengantin lelaki itu tersisip __________________ keris


A sebatang B sepucuk C sebilah
D setangkai

19. Ikhmal disayangi oleh rakan-rakannya kerana dia _________________


A ringan mulut
B ringan tangan
C ringan tulang
D ringan badan

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah


Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
8

20. Saleha menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur.


A mengelap
B menyusun
C membilas
D membasuh

Soalan 21
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.

21. Murid-murid itu menggigil kesejukan kerana pakaian mereka nipis dan jarang.
A tebal
B keras
C lembut
D pendek

Soalan 22 hingga soalan 23


Pilih ayat-ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

22. Jamali menyusun buku latihan dengan kemas dan rapi di rak buku.
A Buku Jamali disusun dengan kemas dan rapi di rak buku B Buku disusun rapi
di rak buku oleh Jamali.
C Buku latihan disusun dengan kemas dan rapi oleh Jamali di rak buku.
D Buku latihan menyusun Jamali dengan kemas dan rapi di rak buku

23. Nenek menasihati saya supaya mengenang budi ibu bapa.


A Kata nenek, Kenangilah budi ibu bapa saya.
B Kata nenek, Saya kenangkan budi ibu bapa saya.
C Kata nenek, Kenangilah budi ibu bapa kamu.
D Kata nenek, Jangan kenangi budi ibu bapa kamu.

Soalan 24 hingga soalan 25


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di atas.

24. Apakah hobi kamu?


A Saya suka mengumpul pelbagai jenis mata wang.
B Album setem koleksi saya hampir sepuluh buah.
C Kakak saya suka menanam pokok bunga.
D Hobi saya dan Salmi tidak sama.
9

25. Mengapakah bilik tamu tidak dibersihkan pagi tadi?


A Ali yang bertanggungjawab membersihkan bilik tamu.
B Mereka akan membersihkan bilik tamu pagi esok.
C Bilik tamu perlu dibersihkan supaya kelihatan cantik dan kemas.
D Bilik tamu tidak dibersihkan sebab tiada orang di rumah pagi tadi.

Soalan 26
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan

26. Atlet-atlet kita sudah bersedia di padang


A Mengapakah atlet kita ke padang?
B Siapakah yang membawa atlet kita ke padang?
C Di manakah atlet-atlet kita?
D Apakah yang dibuat oleh atlet-atlet kita di padang?

Soalan 27 hingga soalan 28


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.

27. i Simpan wang ini baik-baik.


ii Cik Amira suka simpan rambut panjang. iii Rumah saya
terletak berhampiran satu simpan. iv Jangan simpan
perasaan dendam dalam hati.

A i, ii dan iii sahaja


B i, ii dan iv sahaja
C i, ii dan iv sahaja
D ii,iii dan iv
28. i Lim menyusun buku itu mengikut kaum . ii Kaum asli
masih tinggal di hutan itu. iii Majlis kenduri itu hanya untuk
kaum kerabatnya sahaja.
iv Di hutan tebal itu terdapat banyak kaum gajah.

A i dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D i, ii dan iii

Soalan 29
Pilih ayat yang betul.
10

29. A Encik Loh mencuci sabitnya sehingga tajam.


B Rumah di tepi sawah itu adalah rumah Farhan.
C Cuci pinggan dan mangkuk sehingga kemas.
D Bapa menghadiahi Aiman sebuah basikal.

Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
30. I Dusun durian luas itu kepunyaan Encik Leo.
II Mereka yang menyertai pertandingan memancing itu pulang dengan tangan kosong.
III Kami yakin amat bahawa cadangan ini akan dipanjangkan kepada pihak atasan.
IV Bahawa perbuatan itu salah di sisi undang-undang telah jelas.

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D ii,iii dan iv

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Lawatan ke Melaka

Pada hari Sabtu, 26 Mac 2007 yang lalu, Persatuan Kajian Tempatan telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Melaka. Rombongan kami terdiri daripada 32 orang pelajar dan
diketuai oleh guru penasihat persatuan, Cikgu Roslinda.
Kami berkumpul di hadapan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Bas telah datang setengah jam
kemudian. Kami terus bertolak dan sampai di destinasi pada pukul 10.00 pagi.
Cikgu Roslinda telah memberikan penerangan di setiap tempat yang kami lawati. Tempat
bersejarah pertama yang kami lawati ialah Kota A Famosa . Pembesaran kota ini merupakan
runtuhan kota Portugis yang dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511. Kota ini mengambil
masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Di sebelah Kota A Famosa ini pula terdapat bekas
Gereja St. Paul.
Seterusnya rombongan kami singgah di Jalan Kota untuk melihat binaan peninggalan orang
Belanda iaitu Jam Besar dan Bangunan Stadhuys yang bercat merah. Bangunan ini dibina
11

oleh orang Belanda pada tahun 1641. Suatu masa dahulu bangunan ini merupakan tempat
kediaman Gabenor Belanda tetapi sekarang telah menjadi sebahagian daripada Muzium
Melaka.
Kami juga berpeluang mengunjungi Muzium Melaka dan melihat barang-barang zaman
purba seperti tembikar Cina, pakaian tradisional Baba dan Nyonya serta wang timah zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Di situ juga terdapat alat-alat yang pernah digunakan
oleh askar Portugis dan Belanda seperti baju besi, topi dan pedang.
Tempat-tempat lain yang kami sempat lawati termasuklah Makam Hang Tuah, makam Hang
Jebat dan Tokong Hong Teng. Akhir sekali Cikgu Roslinda membawa kami membeli belah
di Bandar Hilir. Terdapat beraneka jenis barang dan kraf tangan yang dengan harga yang
berpatutan.
Lawatan ini berakhir apabila bas kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang. Lawatan kali
ini telah meluaskan pandangan dan menambahkan ilmu pengetahuan kami terutamanya
tentang sejarah Melaka.

Disediakan oleh, 7 APRIL 2007


Wendy Wong
.......................
(WENDY WONG)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Jamuan.

31. Peserta lawatan telah bertolak ke Melaka pada pukul


A 7.30 pagi B 8.00 pagi
C 10.00 pagi
D 6.00 petang

Dibina oleh Orang Portugis


Siap dibina pada tahun 1514
Gereja St. Paul terletak di
sebelahnya

32. Kenyataan-kenyataan berikut di atas merujuk kepada


A Gereja St. Paul B Jalan Kota C Stadhuys
D A Famosa

33. Manakah tempat bersejarah yang kedua dilawati oleh rombongan ini?
A Jam Besar
B Muzium Melaka
C Bandar Hilir
D Makam Hang Jebat
12

34. Kenyataan-kenyataan berikut semuanya salah kecuali A Lawatan ini


mengambil masa 2 hari.
B Mereka menunggu bas di stesen bas.
C Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka memakan masa 2 jam.
D Terdapat 33 orang yang melawat Melaka termasuk Cikgu Roslinda.

35. Manakah perkataan sama erti dengan perkataan beraneka?


A pelbagai
B banyak
C tunggal
D ramai

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Misah sibuk menyediakan sarapan di dapur. Bau pulut kukus berlaukkan ikan kering
bakar sungguh menyelerakan. Kedua-dua ibu bapanya pagi-pagi lagi sudah keluar
bekerja.Adik-adiknya pula masih tidur. Kebetulan cuti sekolah baru saja bermula.
Jaafar! Jamil! Johan! Cepat bangun! Laung Misah.
Seketika kemudian, suasana pagi yang sunyi sepi bertukar menjadi riuh-rendah dengan
suara adik-adiknya. Mereka duduk bersila menghadap sarapan.
Makan elok-elok. Jangan berebut-rebut, kata Misah. Misah menggeleng - gelengkan
kepala melihat telatah adik-adiknya yang berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun itu
Baik, Kak Long , jawab adik-adiknya serentak. Selepas itu, Misah mengemas ruang
tamu. Di luar rumah,hujan turun dengan lebatnya. Sejak empat hari lalu, hujan turun
mencurah-curah tanpa henti.Menurut ayahnya pagi tadi,air sungai hampir mencecah tebing.
Jaga adik kamu baik-baik. Jangan biarkan mereka bermain di luar rumah. Bahaya!
Misah teringat akan pesanan ibunya pula.
13

Misah terus bergegas ke dapur. Malangnya,ketiga-tiga adiknya tiada di situ. Misah


menjenguk pula ke dalam bilik. Ke mana pula mereka , Misah berbisik.
Di luar rumah, kilat sabung-menyabung. Misah memanggil nama adik-adiknya berulang-
ulang. Namun,panggilannya tidak bersahut. Hatinya mula berasa bimbang. Misah
menjenggukkan kepala keluar tingkap. Kelihatan bapa saudaranya, Pak Ngah berlarian di
tengah hujan dalam keadaan cemas.
Kenapa Pak Ngah? tanya Misah.
Tebing sungai runtuh. Air sungai melimpah, jawab Pak Ngah.
Tanpa membuang masa,Misah terus mencapai sekaki payung. Dia meredah hujan lebat itu
untuk mencari adik-adiknya. Arahnya ke sungai yang berhampiran kerana di situlah
adikadiknya selalu bermain.
Misah, jaga adik-adik kamu!
Dalam curahan hujan itu, ada dua orang pemuda yang dikenalinya. Di sisi mereka,
berdiri ketiga-tiga adiknya. Tidak terkira betapa leganya Misah melihat mereka.

36. Mengapakah Misah melarang adik-adiknya berebut-rebut ketika makan?


A untuk mengelak daripada tercekik .
B Untuk mengelakkan makanan itu tertumpah.
C untuk mengeratkan hubungan antara mereka.
D untuk menyemai sikap bertolak-ansur.

37. Kata yang sama maksudnya dengan kata bersahut ialah .


A berteriak
B berhubung
C berjawab
D bersambung

38. Bagaimanakah perasanan Misah apabila dia menyedari ketiadaan adik-adiknya?


A gelisah
B kecewa
C takut
D sedih

39. Perkara apakah yang difikirkan oleh Misah apabila mendapati adik-adiknya tiada di
rumah?
A Kedua-dua ibu bapanya akan memarahinya.
B Adik-adiknya bermain di sungai yang berhampiran
C Dia terpaksa meredah hujan untuk mencari adik-adiknya.
D Adik-adiknya bersembunyi di bawah rumah
14

40. Semua nilai murni yang berikut tergambar dalam cerita kecuali ..
A bertanggungjawab
B tabah menghadapi dugaan
C tolong-menolong
D kasih sayang dalam keluarga

KERTAS SOALAN TAMAT