Anda di halaman 1dari 24

MGKK DAERAH KLUANG

86000 KLUANG JOHOR

KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

MODUL TINGKATAN PERALIHAN,1, 2 DAN 3

BUDAYA SEKOLAH DAN GURU PENYAYANG


“BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN”

KATA ALU-ALUAN
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan syabas dan
tahniah kepada Unit HEM amnya dan Unit Bimbingan dan Kaunseling khasnya kerana
berinisiatif dan proaktif menyediakan alternatif program dan aktiviti dalam perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dalam usaha menyemarakkan Budaya Sekolah dan
Guru Penyayang.

Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan
1Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’
Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1Malaysia ialah
membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan.

Justeru, jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses Budaya Sekolah dan Guru
Penyayang melalui Program Mentor-mentee arahan Kementerian Pelajaran Malaysia ini,
saya yakin dan percaya keseronokan murid-murid menuntut ilmu dapat dipertingkatkan,
masalah disiplin di kalangan murid dapat dikurangkan dan akhirnya prestasi akademik,
sahsiah murid dan ko-kurikulum dapat dilipatgandakan. Pihak pengurusan sekolah akan
sentiasa menyokong segala usaha guru-guru untuk menambah baik sistem pendidikan dan
proses pentarbiyahan ke arah mewujudkan modal insan yang berkualiti, sekolah yang
kondusif, cemerlang dan gemilang.

Sesungguhnya Unit Bimbingan dan Kaunseling hanya berperanan sebagai penyelaras dan
tidak mampu melaksanakan tugas murni ini bersendirian. Justeru kerjasama erat dan
sokongan padu diharapkan daripada seluruh warga pendidik agar dapat sama-sama
berganding bahu merealisasikan apa jua yang dirancang dalam usaha menjayakan program
ini.

Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap agar semua guru menerima dan
melaksanakan program Mentor-mentee ini dengan penuh ikhlas, rasa tanggungjawab dan
ikhsan serta dapat memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan pengisian modul
yang dihasilkan seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan,
semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta membentuk
akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Segala khidmat bakti dan kerjasama yang dihulurkan hanya sekalung penghargaan dan
terima kasih saya ucapkan, dengan iringan doa restu agar segala yang dilakukan ini menjadi
sebahagian daripada amal ibadah kita semua.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA,

Pengetua,

2
KERTAS KONSEP
DAN PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR-MENTEE

1.0 PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan
satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti
membimbing, menyokong dan memberi nasihat . Mentor bukan sahaja
menitikberatkan individu ( mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi
juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran
-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi
tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna
kepada masyarakat dan negara.

2.0 KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.

3.0 RASIONAL
3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi
meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan
mentor.
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam
memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan,
bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka
menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

4.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara mentor dan mentee.
4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu
sama lain.
4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari
bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat
(caring) terhadap kebajikan mereka

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah dan
menengah
5.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah
mengikut kesesuaian masa seperti:
Waktu perhimpunan rasmi .Waktu kokurikulum. Selepas waktu persekolahan.
Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa
perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
Perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang
mengandungi pengisian dari aspek;

3
Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Peningkatan Disiplin Murid
Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
Perkembangan Kerjaya

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN


6.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan
kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru.
6.2 Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.
Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut kesesuaian guru-murid.

Pelantikan mentor
Semua guru dilantik menjadi mentor.
Pelantikan mentor dibuat secara rasmi( bertulis).
Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan,modul dan senarai mentee.

Pengagihan mentee.
Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas.
Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor.

Tugas dan peranan Mentor


Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.
Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
Mengambil kehadiran mentee.
Mengisi borang pertemuan mentor mentee.
Berkunjung ke rumah mentee untuk mengetahui masalahnya (jika perlu)
Mengambil berat ke atas kebajikan mentee yang perlukan perhatian
Memaklumkan kepada pengurusan sekolah jika masalah mentee gagal diatasi

7.0 SASARAN
Semua murid tanpa mengira latarbelakang dan kedudukannya.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat:
Pengerusi:
Naib pengerusi 1:
Naib pengerusi 11:
Penyelaras:
Setiausaha:
Ahli Jawatankuasa:

9.0 PENUTUP
Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan
secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di
samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera
dalam kalangan murid.

4
LAMPIRAN 1

CONTOH :
SENARAI KELAS DAN MENTOR

BIL KELAS GURU KELAS GURU KELAS


1 1 RK 1 PN. MISLINA BT AYUP PN NURHAMIZAH SYAHIRAH BT
RUHIZAT
2 1 RK 2 PN NOOR LIYANA ASMA” BT IBRAHIM PN NORHAYATI BT AHMAD
3 1 ARIF EN WAN AMIDI BIN WAN YUSOFF EN NORAZLAN B SULAIMAN
4 1 BIJAK PN SUHAINI BT MOHD SALLEH EN. MUZAINI BIN DAUD
5 1 CERDIK PN NAZLIA BT ISNIN EN MD SAREF BIN BORHAN
6 1 DEDIKASI PN RASHIDAH BT IDERUS PN SANISAH BT SAMAD

7 2 RK 1 CIK SITI SHAERA BT ABDULLAH EN IZUAN SHAH BIN ABDUL


KARIM
8 2 RK 2 CIK NOORNAZNEEN BT HAIRI GKMP KEMANUSIAAN
9 2 ARIF PN JAMILAH BT OMAR EN OSMANNIZAM BIN DOLLAH
10 2 BIJAK EN UMAR MUKHTAR B GHAZALI PN HJH BIBI ZURREEYA BT
HUSSAIN
PN NORBAIZURA BT HANAFI
11 2 CERDIK PN NURFAEZAH BT SULAIMAN PN SITI HAFESAH BT HJ SAID
12 2 DEDIKASI PN FAUZIAH BT JAAFAR PN ROZIAH BINTI MUSA

13 3 RK 1 EN WAN SAIFUDDIN BIN WAN PN AZMAH BT MD LASIM


HASSAN
14 3 RK 2 PN SITI KHADIJAH BT MARZUKI PN HJH. RAHIMAH BT JAAFAR
15 3 ARIF PN ROSLINDA BT DOLLAH CIK NURHANIZA BT A BD SAMAD
16 3 BIJAK PN SITI JULIAH BT JALIL HJ ABDUL AZIZ BIN ABU
17 3 CERDIK PN ZARINA BT MARIANI EN MOHD FAIRUZ BIN
SAMSUDDIN
18 3 DEDIKASI PN ROHANA BT JALIL PN ROZITA BT MOHAMAD YUNEH

19 4 SAINS 1 PN NOOR ASHEEQMAZMI BT MOHD PN NURUL AKMA BT ANUAR


MAHFOZ
20 4 SAINS 2 YM RAJA MAZLI BIN RAJA DIN PN HJH ARBA’YAH BT TOKIMAN
21 4 IKHTISAS CIK FAZLINDA BT CHE MAN PN NORAZIZAH BT MUHAMMAD
22 4 KM 1 EN MOHD HAFIZI BIN RAZAK PN NATIFAH BT OMAR
23 4 KM 2 PN NORHAPIZAN BT RAHMAT PN AMINAH BT HJ ZAINI
24 4 KM 3 CIK SITI AISYAH BT ISMAIL PN NOBIHA BT MUHD DIAH
25 4 MPV PN NURUL HANISAH BT JUSOH EN ABD RAZAK B IBRAHIM

26 5 SAINS 1 PN HERDAWATI ELYA BT KADAM PN AZILLAH BT ABDULLAH


27 5 SAINS 2 EN OMAR BIN NORDIN PN. HJH. NURMINA BT RUSLI
28 5 IKHTISAS CIK NURZAHIRAH BT ZUBIR PN ZAIRUL AKMAL BT ABD
RAHMAN
29 5 KM 1 PN RUSIAH BT IBRAHIM EN YAZIF BIN SARMAN
30 5 KM 2 EN WAN AZMAN BIN WAN HASSAN PN MISZALIN BT MOHD AMAN
31 5KM 3 PN ABIDAH BT UZAIR EN E . SIVAKUMAR
32 5 MPV EN MD FADZLI BIN SAJAT HJ ABDUL RAHIM B BADRON

33 PEND. KHAS PN HAFIZAH BT ABU BAKAR PN NOREHAN BT ALI

5
LAMPIRAN 2

CONTOH :
JADUAL/ TENTATIF PERTEMUAN RASMI:

BIL CADANGAN TARIKH/MASA CADANGAN AKTIVITI TEMPAT


1 25 Feb 2013 / 7.30 - 8.10 pg Pelancaran Rasmi Dataran Budi
2 27 Feb 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 1 Bilik Darjah
3 18 Mac 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 2 Bilik Darjah
4 22 April 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 3 Bilik Darjah
5 20 Mei 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 4 Bilik Darjah
6 24 Jun 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 5 Bilik Darjah
7 22 Julai 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 6 Bilik Darjah
8 26 Ogos 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 7 Bilik Darjah
9 23 Sept 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 8 Bilik Darjah
10 21 Okt 2013 / 7.30 -8.10 pg Pertemuan 9 Bilik Darjah
11 4 November 2013/ 7.30 – 8.10 pg Pertemuan akhir Bilik Darjah

Nota: Untuk pertemuan yang tidak rasmi, guru (mentor) dan murid (mentee) boleh berbincang
tempat dan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan.

LAMPIRAN 3

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE

M Menyediakan kertas cadangan

u
Membentangkan kertas cadangan dalam
l
mesyuarat pengurusan
a
Menentukan pemilihan mentor dan
mentee

Taklimat pelaksanaan

Penyerahan mentor kepada mentee

Pelaksanaan program

Laporan
T
a
m
a
t
6
MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH
MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN PERALIHAN 1, 2 DAN 3
(MODUL DISIPLIN)
MODUL 1

Tajuk Mencari Diri

Objektif
Pada akhir aktiviti murid dapat:

1.Murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

diri sendiri

2.Murid dapat memupuk kekuatan diri dan berusaha

mengatasi kelemahan diri

Masa 40 minit

Sasaran Menengah Rendah

Bahan Lampiran 1 dan Alat Tulis

Langkah-
1. Guru mengedarkan Lampiran 1 kepada murid
langkah
2. Murid diminta menyenaraikan kebaikan dan
kelemahan diri.

3. Guru meminta beberapa orang pelajar kehadapan


untuk menerangkan kebaikan dan kelemahannya
sendiri.

4. Guru dan rakan-rakan lain memberi respon

Falsafah Manusia mempunyai potensi dan kebolehan

7
Lampiran 1

BORANG TUGASAN

KEBAIKAN KELEMAHAN

8
MODUL 2

Cermin Diri dan Kenal Diri


Tajuk
Objektif
Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Supaya murid dapat berfikir dan bertukar pendapat


tentang sifat-sifat seorang kawan yang mereka suka
dan tidak suka.

2. Supaya murid sedar bahawa sifat-sifat positif akan


membantu mereka menjadi seorang murid yang
mempunyai jati diri yang tinggi
Masa 40 minit

Sasaran Menengah Rendah

Bahan Kertas A4 dan Alat Tulis

Langkah-
1. Murid-murid diarah memilih pasangan
langkah
2. Setiap murid bagi setiap pasangan diminta
menceritakan tiga sifat positif dan tiga sifat negatif
kepada pasangannya.

3. Pasangan yang mendengar dikehendaki menulis


dengan huruf besar tiga sifat negatif dan tiga sifat
positif pada kad manila yang dibahagikan kepada
2 ruang.

4. Secara bergilir-gilir, setiap murid dikehendaki


berdiri dan menerangkan semua sifat itu kepada
murid lain dalam kelompok

5. Murid-murid lain digalakkan untuk bertanya atau


memberi komen

Falsafah Murid-murid diberikan kesedaran bahawa dalam dirinya


ada kuasa yang boleh diperkuatkan dengan mencari
motivasi dalaman dan luaran untuk membantu dirinya
mengatasi rintangan hidup.

9
MODUL 3

Tajuk Senarai Semak Tingkah Laku Pelajar

Objektif
Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Mengenali diri pelajar dengan lebih mendalam

2. Mengetahui bahawa setiap orang mempunyai

Personaliti dan sikap yang berbeza.

3. Meluahkan hal-hal yang berkaitan dengan dirinya.

Masa 40 Minit

Sasaran Menengah Rendah

Bahan Soal Selidik Lampiran 1

Langkah-
1. Guru mengedarkan borang senarai semak
langkah
tingkah laku dan meminta murid mengisinya.

2. Kemudian, murid diminta untuk berkongsi tentang


maklumat yang diisi dalam borang senarai semak
diri tersebut.

3. Murid-murid lain disaran untuk memberi respon.

4. Setelah semua selesai, guru membuat


kesimpulan tentang faktor-faktor yang boleh
mencetuskan masalah disiplin dalam kalangan
murid.

Falsafah
Setiap manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan

10
Lampiran 1

SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU

Nama : ____________________________________________
Tingkatan : _____________________

BIL. ITEM YA TIDAK


A. PERSONALITI
1 Saya seorang yang sensitif.
2 Saya tidak mudah terasa.
3 Saya mengambil berat tentang orang lain.
4 Saya cepat merajuk.
5 Saya seorang yang penyabar.
6 Saya seorang yang emosional.
7 Saya tidak mudah cemburu.
8 Saya suka bertindak tanpa berfikir panjang.
9 Saya suka menyendiri.
10 Saya tidak peduli dengan persekitaran saya.
B. PUNCA SALAH LAKU
1 Bapa saya seorang yang garang.
2 Ibu kurang memberi perhatian terhadap saya.
3 Guru pilih kasih.
4 Kawan-kawan tidak mengendahkan saya.
5 Saya tidak pernah dihormati.
6 Pendapat saya sering tidak diterima.
7 Orang lain memandang rendah terhadap saya.
C. SITUASI SALAH LAKU
1 Saya bergaduh hampir setiap hari.
2 Saya kurang selesa sekiranya tidak bergaduh.
3 Saya mendapat perlindungan dan sokongan daripada pihak
luar.
4 Saya bangga dan megah apabila bergaduh.
5 Saya berasa puas hati apabila dapat melepaskan
kemarahan kepada orang lain.
D. KONSEP KENDIRI
1 Saya perlu dibantu.
2 Saya bersedia untuk berubah.
3 Saya yakin boleh berubah pada akhir tahun ini.
4 Saya bersedia memberi kerjasama yang sepatutnya.
5 Dalam situasi yang tertentu, saya seorang yang boleh
dipercayai.

11
MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH
MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN PERALIHAN 1, 2 DAN 3
(PEMBANGUNAN SAHSIAH)
MODUL 1

Tajuk Budi Bahasa ‘Kesopananku’

Objektif Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Menyenaraikan nilai-nilai budi bahasa.


2. Menyatakan kesan positif apabila berbudi
bahasa dengan orang lain.

Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Buku tulis mentor mentee.

1. Mentor bertanya kepada mentee apa yang


Langkah-langkah
mentee faham tentang kesopanan.
2. Mentor meminta mentee menyenaraikan nilai-
nilai murni yang perlu ada dalam diri
seseorang.
3. Mentor meminta mentee menerangkan kesan
apabila berbudi bahasa.
4. Mentor membuat rumusan keseluruhan.
1. Budi bahasa amalan mulia.
Falsafah
2. Budi bahasa hidup sejahtera.

Nilai-nilai murni:

Lampiran 1. Hormat-menghormati 13. Senyum


2. Kasih sayang 14. Ucapan salam
3. Lemah lembut
4. Kerjasama
5. Tolong-menolong
6. Jujur (bercakap benar)
7. Amanah
8. Patuh kepada arahan
9. Ikhlas
10. Pemurah
11. Baik hati
12. Bertanggungjawab

12
MODUL 2

Tajuk Potensi Diri – ‘Aku Boleh’

Objektif Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri.


2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan
kebolehan diri serta membaiki kelemahan.

Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Tiada

1. Mentee diberi masa oleh mentor untuk berfikir


tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
2. Mentee yang sukarela menyatakan kelebihan
Langkah-langkah
dan kelemahan diri sendiri.
3. Soal jawab dan sumbang sara tentang
bagaimana untuk meningkatkan kebolehan diri
dan membaiki kelemahan diri.
4. Mentor membuat rumusan.

1. Setiap individu mempunyai kebolehan dan


kelemahan masing-masing.
Falsafah 2. Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan
mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai
: peluang untuk membaiki diri.
3. Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah
diri terhadap kelemahan yang ada.

13
MODUL 3

Tajuk I LOVE MYSELF

Objektif Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Menghargai & menyayangi diri sendiri.


2. Memanfaatkan potensi atau fitrah diri secara
sihat.
Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Tiada

1. Mentor bertanya makna sayang kepada setiap


mentee.
- Mengikut Kamus Dewan ‘sayang’ bermaksud
Langkah-langkah
cinta kasih, perasaan belas kasihan dan
pengaruh kasih sayang.
2. Mentor meminta mentee menyenaraikan
isu-isu gejala sosial masa kini seperti :
- Rempit
- Bohsia
- Pemerdagangan manusia dll

3. Mentee memberi fokus kepada isu cinta dan


zina.
4. Mentor meminta mentee menyatakan kesan
negatif cinta dan zina iaitu:
a. Mengandung anak luar nikah.
b. Keluarga dan diri sendiri akan malu
dengan masyarakat.
c. Berlaku pembuangan bayi.
d. Dilaknat Allah & salah disisi agama
masing-masing.
5. Mentor membuat rumusan keseluruhan.

1. Berfikir sebelum bertindak.


Falsafah
2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
berguna
3. Katakana TAK NAK kepada zina.
:

14
MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH
MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN PERALIHAN 1, 2 DAN 3
(PEMBANGUNAN PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL)

MODUL 1
Tajuk SENTUHAN SAYANG

Objektif Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Mengurangkan tekanan yag berpunca dari


pelbagai faktor.
2. Meningkatkan semangat mereka untuk belajar
dalam keadaan yang bersedia.
Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Tiada

1. Mentor bertanya kepada semua mentee


tentang kesediaan fizikal dan mental untuk
belajar pada hari itu.
Langkah-langkah
2. Mentor memaklumkan kepada tetang aktiviti
(urutan stress) yang akan dilakukan pada hari
tersebut.- Mencari Pasangan sesama jenis
3. Mentor menerangkan langkah urutan satu
persatu:
1) Minta pasangan anda duduk dengan
selesa. Pejamkan mata dan fikirkan
sesuatu yang menenangkan. Berdiri di
belakangnya dan letakkan tangan di atas
bahu (tanggalka cermin mata jika ada)
2) Ibu jari diletakkan di atas tengkuk dan urut
dengan perlahan higga ke bahu dan
kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali.
3) Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu
hingga ke bahagia atas lengan.
4) Urut dengan ibu jari bermula dari bahagia
bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi
tulang belakang. Ulang 3 kali.
5) Urut dengan ibu jari bawah tengkuk
menggunakan teknik memutar.
6) Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi
di tengkuk. Dengan perlahan, putarkan
kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri.
7) Gunakan jari jemari untuk mengurut
bahagia tengah dahi dan terus ke bahagia
tepi dengan menggunakan teknik memutar.
8) Tukar pasangan.
4. Mentor membuat rumusan keseluruhan.
1. Urutan stress boleh melegakan ketegangan
otot dan melancarkan perjalanan darah.
Falsafah 2. Dapat membantu pelajar mengurangkan
tekanan semasa belajar.

15
MODUL 2

Tajuk KAWAL DIRI

Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

Objektif 1. Menyatakan apa yang menyebabkan emosinya


terganggu.
2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi
apabila berdepan dengan situasi yang
mengganggu emosinya.

Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Tiada

1. Mentee menbuat mimic muka gembira, marah,


dan sedih untuk menggambarkan situasi emosi
Langkah-langkah yang dialami.
2. Mentee bersoal jawab tentang aktiviti 1.
3. Mentee menyatakan emosi yang dialami dan
tindakan yang perlu dilakuka sekiranya berada
dalam situasi tersebut.
4. Mentor membuat rumusan.

1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap


emosi yang dialami.
2. Segala emosi yang dihadapi akan
Falsafah
mematangkan diri kita jika kita berjaya
menanganinya secara positif.

16
MODUL 3

Tajuk GAYA HIDUP SIHAT

Objektif 1.Murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan

pelbagai gaya hidup sihat.

2.Murid-murid membina pengukuhan diri untuk

mengekalkan gaya hidup sihat fizikal dan mentel

Masa 40 minit

Sasaran Peralihan,1,2 dan 3

Bahan Borang Gaya Hidup Sihat

1. Guru memberi borang gaya hidup sihat kepada pelajar

Langkah-langkah 2. Pelajar mengisi borang tersebut dan berbincang di

dalam kelas.

Kesihatan Mahkota Kehidupan


Falsafah

17
BORANG GAYA HIDUP SIHAT

1) Amalan Gaya Hidup Sihat

i)_______________________________________

ii)_______________________________________

iii)_______________________________________

iv)_______________________________________

2) Risiko Amalan Gaya Hidup Tidak Sihat

i)_______________________________________

ii)_______________________________________

iii)______________________________________

iv)______________________________________

3) Wawasan Saya Ke arah Gaya Hidup Sihat

i)_______________________________________

ii)______________________________________

iii)______________________________________

iv)______________________________________

18
MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN PERALIHAN 1, 2 DAN 3
(MODUL KERJAYA)

MODUL 1

Tajuk Cita-citaku

Pada akhir aktiviti murid dapat:


Objektif
Menyenaraikan kerjaya yang pelajar
minati.
Memberikan kesedaran bahawa setiap
pelajar perlu ada cita-cita untuk kerjaya
pada masa hadapan.
Mengetahui kepelbagaian jenis kerjaya
yang ada

40 minit
Masa

Peralihan, Tingkatan 1,2 dan 3


Sasaran

Pensil/pen dan kertas


Bahan

Guru memberi penerangan tentang


Langkah-
tugasan yang dibuat oleh pelajar.
langkah Pelajar diminta menyenaraikan kerjaya
yang diketahui dan diminati.
Guru memilih beberapa orang pelajar
untuk berkongsi jenis kerjaya yang telah
disenaraikan kepada pelajar yang lain.
Guru menerangkan kepetingan
mempunyai cita-cita yang dapat
memandu halatuju pelajar pada masa
depan.

Falsafah
Penerokaan kerjaya penting untuk masa
depan.

19
MODUL 2

Tajuk
Kerjayaku

Pada akhir aktivit murid dapat:


Objektif
Menyatakan maklumat tentang cirir–ciri
kerjaya.
Berkongsi maklumat tentang kerjaya
dengan rakan sebaya.

Masa
40 minit

Sasaran
Peralihan, Tingkatan 1,2 dan 3

Bahan
Tiada

Pelajar diminta duduk di tempat masing-


Langkah-langkah
masing.
Guru memilih dan memanggil pelajar
kehadapan untuk memberikan
penjelasan mengenai ciri-ciri yang perlu
ada pada seseorang berdasarkan
kerjaya yang diminati.
Pelajar lain diberikan peluang untuk
membuat penambahan kepada ciri-ciri
kerjaya pilihan rakan.

Falsafah
Impian masa depan bermula dengan
usaha hari ini.

20
MODUL 3

Tajuk : Ketahui Bidang Kerjaya Pilihanku

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenaraikan kerjaya berdasarkan bidang


yang diketahui..

2. Mengetahui kepelbagaian jenis kerjaya yang


boleh diceburi pada masa depan

Masa : 40 minit

Sasaran : Peralihan, Tingkatan 1,2 dan 3

Bahan : Pensil/pen dan kertas

Langkah- : 1. Guru memberi penerangan tentang tugasan


langkah yang perlu dibuat kepada pelajar.

1. Pelajar bergerak dan dibahagikan kepada


beberapa kumpulan.

2. Guru memberikan tajuk jenis-jenis bidang


kerjaya kepada setiap kumpulan. Contohnya
bidang kesihatan, pendidikan, badan
beruniform dan sebagainya.

3. Pelajar berdiri dihadapan atau di tempat masing-


masing dan membentangkan hasil
perbincangan kumpulan.

4. Guru dan pelajar lain bertukar maklumat dan


menambah maklumat bidang kerjaya yang
dibentangkan.

Falsafah : Pilihan kerjaya penentu kejayaan pada masa depan.

21
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM MENTOR MENTEE


(MENTEE)

NAMA SEKOLAH :

NAMA MENTEE : _________________________________ TINGKATAN: ___________

BIL ITEM YA TIDAK


1. Program ini memberi kesan positif kepada saya
2. Perhubungan saya amat mesra dengan mentor saya
Mentor merupakan tempat rujukan apabila saya
3.
menghadapi masalah.
Mentor dapat membantu ke arah peningkatan sahsiah
4.
saya
Saya sentiasa memberi kerjasama pada setiap kali
5.
perjumpaan bersama mentor saya.
6. Mentor menghargai saya.
Program Mentor Mentee merapatkan hubungan saya
7.
dengan rakan-rakan.
8. Saya gembira mengikuti program mentor mentee

T/Tangan Mentee

-----------------------------------------------
Tarikh :

CATATAN :
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
______________________________

Analisis Skor

BIL SKOR
TAHAP KEBERKESANAN
1. 1-3
KURANG BERKESAN
2. 4 -6
BERKESAN
3. 7-8
SANGAT BERKESAN

22
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM MENTOR MENTEE


(MENTOR)
NAMA SEKOLAH :

NAMA MENTOR: : _____________________________________ TINGKATAN:________

BIL ITEM YA TIDAK


1. Program ini memberi kesan positif kepada mentee.
2. Perhubungan saya amat mesra dengan mentee.
Mentee menjadikan saya sebagai tempat rujukan
3.
apabila beliau menghadapi masalah.
Saya sentiasa membantu mentee ke arah peningkatan
4.
sahsiah.
5. Mentee menerima saya sebagai mentornya dengan baik
Modul yang dibekalkan dapat membantu saya ke arah
6.
pengendalian perjumpaan yang lebih sempurna.
Modul yang digunakan dapat mengubah tingkah laku
7.
mentee ke arah yang lebih positif
8. Saya gembira mengendalikan program mentor mentee

T/Tangan Mentor

-----------------------------------------------
Tarikh :

CATATAN :
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
____________________________

Analisis Skor

BIL SKOR
TAHAP KEBERKESANAN
1. 1 -3
KURANG BERKESAN
2. 4-6
BERKESAN
3. 7-8
SANGAT BERKESAN

23
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN PELAKSANAN PROGRAM MENTOR MENTEE


(PEMANTAUAN)
NAMA SEKOLAH :

NAMA PEMANTAU :_______________________________________________________

BIL ITEM YA TIDAK


Jawatankuasa Pelaksana Guru Penyayang (Mentor Mentee) telah
1.
ditubuhkan.
Taklimat pelaksanaan Program Guru Penyayang (Mentor Mentee) telah
2.
disampaikan kepada semua guru.
Sekolah mengadakan promosi yang sesuai berkaitan Program Mentor
3.
Mentee
Pihak sekolah mematuhi garis panduan perlaksanaan program mentor
4.
mentee yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
5. Perlaksanaan program mentor mentee berpandukan modul yang diberi
6. Pengurusan sekolah turut sama terlibat dalam perlaksanaan program
Semua guru terlibat dalam perlaksanaan program dan memberi
7.
kerjasama yang baik
Mentor dan mentee menggunakan masa perjumpaan yang ditetapkan
8.
dengan maksima

T/Tangan Pemantau

-----------------------------------------------
Tarikh :

CATATAN :
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

Analisis Skor

BIL SKOR
TAHAP PELAKSANAAN
1. 1 -3
KURANG DILAKSANAKAN
2. 4-6
PELAKSANAAN DI TAHAP SEDERHANA
3. 7-8
DILAKSANAKAN DENGAN BAIK

24

Anda mungkin juga menyukai