Anda di halaman 1dari 8

SULIT

Pendidikan
Sivik
Mac
2017
1 Jam

SMK TAMAN MEGAH RIA

UJIAN PENILAIAN 1 TAHUN 2017


TINGKATAN EMPAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


BAHAGIAN A

1. Kertas Soalan ini mengandungi 20 soalan Objektif dan 30 soalan subjektif

2. Jawab semua soalan. (Bahagian A, B, C, D dan E)

3.Jawapan hendaklah ditulis di dalam ruang yang disediakan dalam Kertas Soalan

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak termasuk halaman ini

Lihat sebelah

SULIT
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ………………………………….... …………………………………………


(En. Mohammad Norfitri Nordin) (Pn.Azira Binti Zakaria) (Pn. Kasmawati Binti Cha)
Guru Mata Pelajaran PSV Ketua Panitia Pen. Sivik dan Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan
Kewarganegaraan

1
BAHAGIAN A: 20 SOALAN

Arahan: Pilih jawapan yang tepat

1. Apakah yang dimaksudkan dengan wawasan?

A. Disiplin diri untuk mencapai sesuatu


B. Hala tuju untuk mencapai sesuatu yang dihajati
C. Usaha yang cemerlang untuk mencapai sesuatu kejayaan.
D. Pandangan masa depan untuk mencapai sesuatu matlamat utama

2. Sikap berwawasan penting kerana

A. Membina keyakinan diri.


B. Dapat mendisiplinkan diri.
C. Menjadi amalan yang baik
D. Menjadi panduan untuk mencapai matlamat.

3.Rakyat yang berwawasan akan membantu negara

A. Menjadi maju
B. Mencapai wawasannya.
C. Menyediakan peluang pekerjaan
D. Membasmikan kemiskinan rakyatnya.

4. Tiga ciri utama wawasan diri ialah seseorang itu perlu ada hala tuju diri, usaha yang
cemerlang,dan

A. Falsafah kendiri.
B. Rajin dan usaha
C. Matlamat hidup.
D. Sikap yang berwawasan.

5. Hala tuju jangka masa pendek mudah dicapai kerana

I masanya singkat.
II usahanya sedikit
III matlamatnya jelas
IV cakupannya khusus
A.I dan II C. I, II dan III

B.II dan III D. I, III dan IV

2
6. Perkembangan individu yang seimbang merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani
dan

A. Nilai
B. Emosi
C. Moral
D. Akhlak

7. Insan yang mempunyai perkembangan individu yang lebih menonjol kepada aspek
jasmani dapat dilihat melalui kesihatannya, kecergasannya, perkembangan bakatnya
dan................

A. Hobinya
B. Minatnya
C. Kemahiran asasnya
D. Kemahiran manipulasinya

8. Perkembangan diri individu perlu dimiliki secara seimbang dan

A. Selari
B.Terpisah
C.Sempurna
D.Menyeluruh

9. Perkembangan diri individu bermaksud

A.Menghasilkan individu yang intelek


B.Tidak mengutamakan sesuatu aspek sahaja
C. Memberi penekanan kepada sesuatu aspek
D. Melahirkan insan yang berketerampilan

10. Tanggungjawab untuk melahirkan insan yang seimbang dan bersepadu terletak pada
institusi

I Sekolah
II Keluarga
III Masyarakat
IV Alam sekitar
A. I dan II C. I, II dan IIID
B. III da IV D. I, III dan IV

3
11. Penetapan wawasan diri akan mendorong seseorang menjadi individu yang

A. Kreatif
B. Berdisiplin
C. Berputus asa
D. Mementingkan diri sendiri

Vinishwaran ialah seorang yang peramah dan disenangi oleh


rakan-rakan dan guru-gurunya.

12.Berdasarkan pernyataan di atas , Vinishwaran dikatakan mempunyai ciri- ciri cemerlang


dalam aspek

A. Emosi
B. Sosial
C. Akademik
D. Kokurikulum

Audrey tidak melepaskan peluang untuk mengikuti program-program


akademik dan kokurikulumyang dianjurkan oleh sekolahnya.

13. Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan Audrey?

I Mencari nama agar dikenal ramai


II Menimba ilmu sebanyak yang mungkin
III Berusaha merealisasikan wawasan dirinya
IV Meluangkan masa dengan perkara yang berfaedah

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

Khairul mengikuti pakej pembelajaran lanskap dan nurseri di peringkat


SPM sebagai persediaan untuk menjadi pengusaha nurseri kelak.

14. Langkah yang diambil oleh Khairul seperti di atas dapat diklasifikasikan sebagai

A. Melaksanakan usaha
B. Merancang hala tuju diri
C. Menetapkan matlamat hidup
D. Mencapai wawasan diri

4
Malaysia : WAWASAN 2020 Murid : WAWASAN DIRI

15.Pilih pernyataan yang berkaitan dengan maklumat di atas

I Wawasan penting untuk Berjaya


II Wawasan diri ialah wawasan negara
III Wawasan akan mendorong cita-cita menjadi realiti
IV Wawasan akan meningkatkan imej diri dan negara

A. I, II dan II C. II, III dan IV


B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

16. Setiap individu perlu seimbang dalam aspek

A. Nilai murni, social, agama dan fizikal


B. Intelek, rohani, emosi dan jasmani
C. Intelek, social, nilai murni dan akademik
D. Disiplin, fizikal, agama dan moral

17. Antara yang berikut individu manakah mempunyai perkembangan diri yang seimbang?

I Bidin cekap menangkap ikan di sungai dan rajin sembahyang


II Azlan berusia 39 tahun, pengurus syarikat swasta tetapi belum berkahwin
III Wah Keong bergiat cergas dalam aktiviti kemasyarakatan dan seorang yang pemurah
IV Kuljit tidak menduduki peperiksaan SPM kerana ingin bekerja dengan rakan-rakannya.

A.I dan II
B.I dan III
C.II dan IV
D.III dan IV

Negara X mementingkan pembangunan fizikal dan kemajuan dalam negara. Rakyatnya


kurang diberi perhatian dari segi didikan moral.

18. Antara yang berikut yang manakah kemungkinkan kesan jangka panjang kepada Negara
X?
I Rakyat hidup bersatu padu
II Banyak golongan profesional di negara itu.
III Rakyat mempunyai taraf hidup yang tinggi
IV Budaya dan warisan negara kurang dipentingkan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan I

5
19. Antara yang berikut yang manakah kepentingan insane yang seimbang kepada negara?

I Dapat melahirkan masyarakat yang berrilmu


II Dapat mewujudkan masyarakat yang bermaruah
III Dapat mewujudkan barisan pemimpin yang berketerampilan
IV Dapat melahirkan masyarakat yang sihat fizikal dan mental.

A. I, II dan III
B. I, III dan dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

20. Apakah aktiviti yang sesuai bagi murid untuk mengembangkan diri dengan seimbang
dalamaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani?

Aspek Aktiviti
I. Intelek Menghayati pelajaran di sekolah
II. Rohani Mengamalkan ajaran agama
III. Intelek Mempertikaikan jawapan guru
IV. Jasmani Aktif dalam program kokurikulum

A. I, II dan III B. I, II dan IV


C. I, III dan IV D. II, III dan IV

BAHAGIAN B : 30 MARKAH

A. Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. (10 markah)

21. Seseorang yang akan berjaya biasanya mempunyai _________________ diri.

22. Wawasan diri akan memberi __________________ kepada kita untuk mencapai
kecemerlangan hidup.

23. Tanpa __________________, perancangan untuk mencapai wawasan diri tidak


akan berjaya.

24. Sikap yang berwawasan akan membanrtuk peribadi murid untuk menjadi lebih
_______________ dalam mengejar cita-cita.

6
25. Murid yang cemerlang akan seimbang dalam aspek _________________ dan
._______________.

26. Kegagalan dan ._______________ ketika berusaha mencapai kejayaan dalam hidup
akanmembuatkan seseorang itu lebih kuat dan bersemangat.

27. .__________________yang terpuji merupakan indilkator kepada murid cemerlang.

28. Berfikiran ._______________ dan bertindak ________________ merupakan teras


kepada kecemerlangan.

B Arahan: Nyatakan ciri-ciri yang harus anda miliki untuk mencapai wawasan diri.
(10 markah)
Akademik dan kokurikulum

Emosi Akhlak

Ciri-ciri cemerlang dalam


empat aspek

Sosial

7
C.Berdasarkan senarai di bawah ini, kategorikan ciri-ciri tersebut kepada aspek-aspek
yang berikut. (10 markah)

SOALAN TAMAT