Anda di halaman 1dari 34

PENDAHULUAN

Ujian Personaliti ialah alat ukuran khusus yang digunakan untuk menentukan sejauh

mana seseorang itu mempunyai tret-tret atau ciri-ciri lain dengan mengukur sejauh mana

samanya gerak balas yang diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai

tret-tret atau cirri-ciri berkenaan (Shertzer & Linden dalam Sidek Mohd Noah,

2002:169). Ini bermakna ujian personaliti mampu memberi gambaran secara menyeluruh

terhadap tret dan tabiat seseorang individu terhadap persekitaran mereka.

Ahli-ahli psikologis membina ujian-ujian personaliti ini bagi membentuk satu

cara mudah untuk mereka membuat pentafsiran terhadap individu dan mengapa mereka

bertingkah laku sedemikian. Contoh ujian personaliti yang tersohor adalah seperti Junior

Eysenck Personality Inventory (JEPI), Edward Personal Preference Schedule (EPPS),

Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI), California Psychological

Inventory (CPI), Tennessee Self-Consept Scale (TSCS), Inventori Personaliti Warna (IPS)

dan Inventori Personaliti Sidek (IPS).

INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)

Inventori Personaliti Sidek atau IPS ialah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-

ciri atau tret-tret personaliti individu. Ujian personaliti IPS mengandungi 160 item dan

mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Gerak balas individu yang terkandung

dalam ujian berkenaan sesungguhnya dapat menerangkan 16 ciri personaliti yang telah

dikenal pasti sebagai ciri-ciri dominan individu terdapat persekitarannya.

1
PENGENALAN IPS

Dr Sidek Mohd Noah telah membangunkan Inventori Personaliti Sidek atau IPS miliknya

ini pada tahun 1987 dengan menggunakan pendekatan rasional. Beliau menggunakan

inventori atau ujian sebagai alat pengukur untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret

personaliti individu.

Pada amnya alat ukuran IPS mengandungi 16 skala di mana 15 daripada skala

tersebut berkaitan dengan tret personaliti individu manakala skala yang keenam belas

atau skala yang terakhir pula dikhaskan untuk mengukur tahap kejujuran individu yang

menjawab inventori tersebut. Tahap kejujuran ini hanya meliputi kejujuran responden

dalam memberikan jawapan terhadap item-item dalam inventori ini sahaja.

Di antara tret personaliti yang hendak dikenal pasti adalah Agresif, Analitikal,

Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan,

Kritik-diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian.

PENGENDALIAN IPS

Dr Sidek Mohd Noah menyarankan agar inventori ini diselenggarakan dalam sebuah bilik

yang selesa dan kondusif. Unsur-unsur teraputik diutamakan bagi mendapat keputusan

yang tepat. Bilik yang digunakan mestilah mempunyai peralatan-peralatan asas seperti

kerusi, meja, kipas, dan jauh daripada kebisingan dan lain-lain gangguan. Adalah

disarankan bahawa sebaik-baiknya bilik yang hendak digunakan itu mempunyai alat

penghawa dingin. Adalah dicadangkan bahawa ujian ini sepatutnya diselesaikan dalam

masa 20 - 30 minit tetapi ianya boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian responden.

Tiada had masa khusus ditetapkan.

2
Arahan hendaklah diberikan secara jelas agar responden mendapat celik akal yang

sempurna bagi mendapatkan kesahan terhadap jawapan yang diberi. Arahan-arahan

seperti cara menjawab soalan, masa yang diperuntukkan serta arahan-arahan khusus

adalah antara perkara yang mesti diterangkan kepada responden. Manakala jawapan pula

hendaklah dibuat pada kertas jawapan yang disediakan (Sila rujuk Lampiran 1).

PENGIRAAN SKOR DAN PEMBELAJARAN PROFIL IPS

Pengiraan skor dan pembentukan profil IPS boleh dilakukan secara manual atau

menggunakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan

pembentukan profil ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar

ianya dibuat dengan teliti dan berhati-hati.

Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan

baris menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala

penipuan, sementara 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10

item. Untuk tujuan pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan YA

yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, kadar

skor maksimum yang boleh diperoleh individu ialah 10. kadar skor mentah ini

kemudiaannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkannya dengan 10 (Sila rujuk

Lampiran 2).

Kaedah mengira skor dan pembentukan profil ujian adalah seperti yang

terkandung dalam manual ujian. Panduan mengenai cara mengira skor dan pembentukan

profil ujian mestilah diikuti sepenuhnya untuk mendapatkan skor dan profil yang betul.

Walaupun cara mengira skor dan pembentukan profil ujian adalah mudah, pentadbir ujian

3
mestilah berhati-hati agar tidak membuat kesilapan. Kesilapan kecil mungkin akan

memberi kesan yang besar kepada interpretasi profil ujian IPS.

PENTAFSIRAN IPS

Inventori Personaliti Sidek mempunyai 16 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri

personaliti individu di samping 1 skala khas yang dikenali sebagai skala Kejujuran.

Sebelum kerja-kerja interpretasi profil dilakukan, kaunselor mestilah menjelaskan kepada

kliennya prinsip-prinsip asas pentafsiran profil IPS. Antara prinsip-prinsip asas yang

penting ialah seperti yang berikut:

a. Tiada personaliti yang gagal dalam erti kata yang sebenarnya. Personaliti

hanya akan gagal jika dikaitkan dengan kerja-kerja tertentu.

b. Tiada individu yang personalitinya sempurna. Oleh sebab itu, tiada

individu memperoleh skor 100. Skor maksimum yang boleh diperoleh

ialah 99%.

c. Tiada individu yang personalitinya sifar atau kosong, oleh sebab itu tiada

individu memperoleh skor 0. Skor minimum yang diperoleh ialah 1%

d. Personaliti boleh berubah. Perubahan personaliti banyak dipengaruhi oleh

faktor-faktor persekitaran termasuk pembelajaran baru.

Dari segi pentafsiran, skor antara 1 hingga 30% dianggap skor yang rendah, 40

hingga 60% dianggap skor yang sederhana, sementara skor antara 70 hingga 99%

dianggap yang tinggi. Pentafsiran penuh bagi setiap tret personaliti boleh diperoleh

daripada manual ujian. Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti, dianalisis dan

4
dibincangkan satu persatu. Pentafsiran ringkas bagi setiap skor yang diperoleh daripada

alat ukuran IPS adalah seperti berikut:

1 AGRESIF

Personaliti atau tret agresif merupakan item personaliti yang pertama dalam

Inventori Personaliti Sidek. Dengan mengira lajur pertama pada kertas borang

jawapan IPS, tahap agresif pada sesorang individu akan diketahui. Semakin besar

nilai yang diperolehi maka lebih tinggilah tahap agresif individu.

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu adalah seorang yang agresif.

Individu suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan

orang lain bukanlah merupakan tumpuan dan perhatian utamanya, yang penting

hajat dan matlamatnya tercapai. Individu yang mempunyai skor yang tinggi dalam

personaliti agresif adalah seorang yang panas baran dan cepat naik darah. Dia

sering melemparkan kata-kata yang pedas dan menyakitkan hati apabila dalam

situasi yang tegang.

Ciri-ciri agresif ini tidak sesuai dengan perwatakan seorang kaunselor

kerana kaunselor perlu lebih bersabar dalam kebanyakan hal. Ini kerana untuk

membantu klien dengan berjaya kaunselor perlu lebih sensitif dengan perasaan

klien yang memang mempunyai masalah yang mahu diceritakan. Jika kaunselor

seorang yang agresif dan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati

klien, nescaya itulah kali terakhir sesi kaunseling itu akan dijalankan kerana

selepas ini klien tidak akan datang lagi.

5
Skor sederhana (40-60%) menunjukkan individu adalah seorang yang

asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, individu biasanya

menuntut haknya tetapi pada masa yang sama, hati dan perasaan orang lain dijaga.

Individu yang mempunyai skor sederhana adalah yang terbaik kerana dia mampu

bertindak mengikut situasi di mana personaliti agresif ini perlu ditonjolkan pada

ketika yang sepatutnya. Kaunselor sepatutnya berada dalam lingkungan skor

sederhana kerana kaunselor perlu memainkan peranannya mengikut klien yang

datang dan menyesuaikan pendekatan dengan pelbagai klien.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu adalah seorang yang pasif.

Dalam kebanyakan hal, individu membenarkan orang lain memanipulasi diri dan

perasaan mereka. Individu yang mendapat skor 30% ke bawah memang

mempunyai masalah dalam hubungan sosial dengan kawan-kawan atau orang

lain. Sekiranya kaunselor mendapati ada di antara pelajar-pelajarnya yang

mendapat skor agresif yang rendah maka dia boleh menjemput pelajar tersebut

untuk menjadi kliennya.

Ini kerana individu dalam kategori ini mungkin mengalami masalah emosi

yang teruk. Justeru itu sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan konsep

kendiri dan sikap asertif dalam dirinya supaya dia lebih berani untuk

mendapatkan haknya dalam hal-hal yang tertentu.

2 ANALITIKAL

Jumlah pada lajur kedua dalam borang jawapan IPS merupakan personaliti

analitikal. Antara item-item yang ditanya untuk menentukan tret analitikal ialah:

6
18. Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat dan lihat.

50. Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang

berhubung dengan manusia.

66. Suka menganalisis personaliti individu yang saya temui.

114. Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkah laku dan

permasalahan manusia.

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu adalah seorang yang sensitif

kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi.

Individu suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis. Tret personaliti

seperti ini biasanya dikaitkan dengan individu yang terlibat dalam bidang

pekerjaan seperti penganalisis politik, ahli sains dan para penyelidik.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri analitikal individu berada

pada tahap yang sederhana.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu itu kurang atau tidak

berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan mereka membuat analisis.

Individu berpersonaliti ini adalah seorang yang praktikal. Semasa berkomunikasi

dengan orang lain, individu hanya mendengar apa yang tersurat dan tidak cuba

membaca apa yang tersirat.

3 AUTONOMI

Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-3, autonomi bermaksud pemerintahan sendiri,

hak pengurusan sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain). Di

sini jelaslah bahawa individu yang berautonomi tidak suka dikongkong dalam

7
membuat sebarang aktiviti. Dia juga suka membuat keputusan sendiri tanpa

bergantung pada orang lain.

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu adalah seorang yang sukakan

kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan

menentukan aktiviti-aktiviti seharian. Individu yang mempunyai personaliti

autonomi yang tinggi cenderung untuk menjadi seorang ketua atau pemimpin

dalam organisasi atau kumpulan.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri-ciri autonomi individu adalah

pada tahap yang sederhana.

Skor rendah (1-30%) pula menunjukkan individu lebih suka menerima

arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran. Bagi individu

yang mendapat skor rendah, mereka ini lebih suka untuk mengikut kata telunjuk

seseorang dalam menjalankan tugas. Namun begitu, mereka ini merupakan

pengikut yang setia dan akan membuat sesuatu tugas dengan cekap jika disuruh

oleh ketuanya. Orang sebegini digelar Pak Turut. Golongan ini juga sukar

membuat keputusan sendiri kerana lebih akur kepada keputusan yang telah dibuat

oleh ketua atau pemimpin.

4 BERSANDAR

Ungkapan ‘bersandar’ membawa maksud ‘bergantung harap..’(Kamus Padu

Terkini, 1999). Dalam istilah ilmu psikologikal, ‘bersandar’ merupakan jenis

personaliti individu yang diukur dengan menggunakan berbagai alat ujian

antaranya Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang memberi maksud dengan lebih

8
mendalam iaitu trait personaliti yang menunjukkan individu suka bergantung

kepada orang lain dan memerlukan bantuan orang lain dalam membuat keputusan.

Trait ini juga dikenali dengan trait personaliti kebergantungan. Melalui IPS, tahap

bersandar individu dicerakinkan kepada tiga peringkat iaitu skor tertinggi, skor

sederhana dan skor rendah.

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu suka bergantung kepada

orang lain. Dalam membuat keputusan, individu selalunya mengharap pendapat

dan nasihat daripada orang lain terutama yang berautoriti. Mereka juga suka

meminta orang lain menentukan arah yang hendak dituju.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan bahawa kebergantungan individu

berada pada tahap sederhana

Skor rendah (1-30%) pula menunjukkan individu suka berdikari dan

membuat keputusan serta aktiviti tidak bergantung kepada orang lain (Sidek

Mohd Noah, 2002).

Bagi seorang kaunselor dan guru, tahap bersandar yang sesuai adalah pada

skor rendah. Jika pelajar mempunyai personalitinya pada skor tinggi, maka

kaunselor perlu mengambil beberapa tindakan susulan samada melalui kaunseling

individu atau mengadakan program yang bersesuaian bagi meningkatkan lagi

tahap asertif diri. Mengikut Alfred Adler (dalam Azlina Abu Bakar@Mohd,

2002), perasaan inferioriti complex wujud di mana seseorang mempunyai

pendapat negatif terhadap dirinya sendiri, berasa lemah dan tidak percaya bila

berhadapan dengan kehendak sekeliling.

9
5 EKSTROVERT

Menurut Jung (dalam Amir Awang, 1987), ekstroversi merupakan komponen

sikap yang berkembang dalam diri manusia. Personaliti yang bersikap ekstroversi

suka bergaul, bersikap terbuka dan peramah. Dalam erti kata yang lain, individu

jenis ini mudah menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan persekitaran dengan

penuh berkeyakinan.

Skor tinggi (70-99%) dalam IPS menunjukkan bahawa individu adalah

seorang yang bersosial dan suka berinteraksi serta dikelilingi oleh orang ramai di

samping merasakan tidak selesa duduk bersendirian.

Skor sederhana (40-60 %) pula menunjukkan tahap sosial individu berada

pada tahap yang sederhana.

Skor rendah (1-30%) pula menunjukkan individu adalah seorang yang

kurang atau tidak bersosial. Individu selalu mengelak untuk berinteraksi dalam

kumpulan besar dan lebih selesa dalam kumpulan kecil. Individu lebih selesa

berada dalam suasana kerja bersendirian atau satu sama satu.

Personaliti ini diukur bagi memperlihatkan kebolehan, bakat kepimpinan

dan minat individu berinteraksi dengan orang ramai secara aktif. Hubungan

kerjaya dengan personaliti ini amat jelas dan boleh dipercayai. Individu ekstrovert

lebih berkecenderungan memilih kerjaya dengan melibatkan dirinya dalam

kumpulan besar seperti bidang pendidikan, bidang perniagaan, perunding cara dan

sebagainya.

Pengesanan ke atas pelajar melalui IPS memudahkan guru menyalurkan

bakat mereka ke arah ciri-ciri kepimpinan. Sebagai contoh dalam pemilihan

10
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ahli pimpinan rakan sebaya, ketua

kelas dan sebagainya. Individu ekstrovert mempunyai ciri-ciri seperti mudah

mesra, berterus terang, mudah memberi kerjasama dan ramai kenalan.

6 INTELEKTUAL

Intelek merupakan satu personaliti yang dirujuk kepada seseorang berpengetahuan

luas dan terpelajar. Ianya tidak dapat dipisahkan dengan konsep kecerdasan.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan kristal amat berkebolehan mengaplikasi

maklumat dalam menaakul, mentafsir, menyelesai masalah dan menghuraikan

sebab akibat secara empirikal tentang persekitaran dengan merujuk ilmu yang

dipelajari dengan pengalaman.

Mengikut Habibah Elias (1997), inidividu yang mempunyai kebolehan ini

biasanya berfikir secara logik dan boleh mengenal pasti perkaitan antara idea-

idea. Dia juga bergerak balas kepada idea orang lain dengan menggunakan

fikirannya. Dia menunjukkan fikiran yang terbuka dan dengan itu mudah

menerima idea orang lain. Keupayaannya mentafsir maklumat dengan tepat

memudahkannya membuat keputusan yang baik. Mempunyai idea yang banyak

dan bersedia mendengar pendapat semua pihak dalam sesuatu perbincangan.

Pada amnya, banyak instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap

kecerdasan individu seperti Skala Raeven SPM, Skala kecerdasan oleh Wechsler

WISC-111 (1991), Wechsler-Bellevue Intelegence Scale (1939) diperbaiki dan

dinamakan WAIS-R, Cattel Culture Free (Ramlah Jantan dan Mahani Razali,

2004), IPS dan lain-lain.

11
Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu tersebut suka kepada aktiviti

yang mencabar dari segi intelektual dan mereka berasa puas dengan aktiviti

keilmuan seperti gemar membaca buku-buku ilmiah, membuat jurnal, menghadiri

seminar, forum, meneka silang kata dan lain-lain. Individu jenis ini juga tidak

puas dengan aktiviti berulang-ulang.

Skor sederhana (40-60 %), menunjukkan daya intelek individu itu berada

pada tahap sederhana.

Manakala skor rendah (1-30%) pula menunujukkan individu ini tidak

selesa dengan kerja teoretikal dan lebih berminat dengan kerja berstruktur,

praktikal dan pragmatik. Mereka juga berkecenderungan untuk berkerja dengan

kerja yang memerlukan kemahiran.

7 INTROVERT

Introvert bermaksud orang yg bersifat suka memendam rasa dan menumpukan

perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia

luar. Menurut Dr. Sidek Mohd. Noah, introvert dikaitkan dengan tret personaliti

seseorang individu yang suka mengelak daripada situasi-situasi yang mendorong

mereka berkomunikasi di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu

tugas.

Skor tinggi (70-99%) bagi tret personaliti introvert ini menunjukkan yang

individu adalah yang tidak sosial dan suka mengelak daripada situasi yang

memaksanya berkomunikasi. Individu lebih selesa dengan setting kerja

bersendirian.

12
Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri-ciri sosial individu adalah

pada tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu yang suka melibatkan diri

dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Skor

rendah pada tret ini adalah gambaran untuk seorang yang suka bersosial.

Secara umumnya sifat introvert dapat menggambarkan seseorang yang

mempunyai minat pada diri sendiri, bukan pada objek luar.

8 KEPELBAGAIAN

Tret kepelbagaian boleh diterjemahkan kepada tret personaliti seseorang yang

menunjukkan individu itu dapat menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan

pengalaman yang baru ke arah perubahan yang berterusan.

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu dapat menghayati situasi-

situasi yang dapat memberikannya peluang untuk pengalaman-pengalaman baru.

Individu suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru.

Pada tahap ini individu adalah seorang yang adventures.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian seseorang

berada pada tahap yang sederhana.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu lebih sukakan situasi-situasi

pekerjaan yang stabil dan selamat. Individu tidak selesa dengan situasi-situasi dan

pengalaman-pengalaman baru.

13
9 KETAHANAN

Ketahanan merupakan suatu keadaan yang menunjukkan sesuatu itu berada pada

tahap kekuatan yang tinggi. Ia juga meliputi sifat tahan atau keupayaan

menanggung sesuatu penderitaan, ketabahan dan kekuatan hati. Menurut Dr.

Sidek Mohd. Noah ketahanan boleh dikaitkan dengan tret personaliti individu

yang cekal dan bermotivasi dalam merencanakan tugas dan tanggungjawab yang

telah diamanahkan.

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu yang mempunyai ketahanan

diri dari segi fizikal, mental dan emosi. Pada tahap ini juga seseorang itu akan

cuba menghabiskan semua tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti

separuh jalan. Individu ini juga sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu

perancangan.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri-ciri ketahanan individu berada

pada tahap sederhana sahaja.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu kurang atau tiada ketahanan

diri dari aspek fizikal, mental dan emosi. Pada tahap ini individu mudah

mengetepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih

mendapat kepuasan daripada kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang

ramai.

10 KRITIK DIRI

Tret personaliti ini menunjukkan individu itu tidak stabil dari segi emosi,

psikologi rendah diri dan suka menyalahkan diri.

14
Skor tinggi (70-99%) dalam personaliti kritik diri menunjukkan individu

yang bermasalah. Skor yang tinggi selalunya dikaitkan dengan individu yang

selalu berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah

dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Ini

bermakna individu tersebut kurang yakin dengan kebolehan dan kemampuan yang

ada dalam dirinya dalam menjalankan sesuatu kerja.

Selain itu, dikatakan juga bahawa individu yang mendapat skor 70% akan

mendapat manfaat yang besar daripada kaunseling individu. Manakala individu

yang mendapat skor lebih daripada 70% dikatakan amat memerlukan sesi

kaunseling individu kerana individu ini dikatakan terlalu mengkritik diri. Dengan

kata lain individu ini berada pada tahap neurosis yang boleh membawa kepada

peringkat membunuh diri sekiranya tidak diambil tindakan yang sewajarnya oleh

kaunselor. Jadi melalui IPS ini seseorang kaunselor boleh mentadbir, mentafsir

dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar pada peringkat akar umbi.

Skor sederhana (40-60%) biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil

dari segi emosi dan psikologinya. Skor 50% dianggap sebagai individu yang

paling stabil. Oleh itu, bagi seorang kaunselor yang baik seharusnya mempunyai

tret personaliti kritik diri pada tahap sederhana.

Manakala skor rendah (1-30%) biasanya menganggap dirinya sentiasa

betul dan orang lain adalah tidak betul. Jadi individu ini juga tergolong dalam

kumpulan individu yang kurang atau tidak stabil dari segi emosi dan

15
psikologinya. Oleh itu, individu tersebut amat memerlukan kaunseling individu

supaya ia mendapat celik akal.

11 MENGAWAL

Tret personaliti ini menunjukkan individu yang suka mengawal orang lain atau

lebih suka memimpin daripada dipimpin.

Skor tinggi (70-99%) adalah jelas menunjukkan individu suka mengawal

dan memimpin orang lain. Pada kebiasaannya tret ini adalah kepunyaan individu

yang kekecimpung dalam kerjaya berkaitan dengan kepimpinan seperti pengurus,

pentadbir awam, peguam, pegawai tentera, ahli politik dan lain-lain.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri-ciri mengawal dan

kepimpinan seseorang adalah pada tahap sederhana.

Manakala skor rendah (1-30%) menunjukkan tret personaliti individu yang

lebih selesa dipimpin daripada menjadi pemimpin. Antara kerjaya utama yang

berkaitan dengan personaliti ini adalah setiausaha, pramugari, akauntan, ahli

biologi dan sebagainya.

12 MENOLONG

Tret personaliti jenis ini adalah dikaitkan dengan individu yang berkeinginan

untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan serta

membuat kebaikan kepada orang lain.

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan tabiat seorang yang berkeinginan

tinggi untuk mencurah simpati, memberi kasih sayang dan bantuan serta membuat

16
kebaikan kepada orang lain tanpa mengambil kira permasalahan yang timbul. Ini

kerana individu jenis ini akan berasa selesa dengan pertolongan yang diberikan.

Oleh itu, seorang kaunselor seharusnya mempunyai skor yang tinggi dalam tret

personaliti menolong.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri-ciri menolong yang ada

dalam diri individu adalah pada tahap sederhana.

Manakala skor rendah (1-30%) menunjukkan individu tidak suka terlibat

secara emosi dengan orang lain. Dengan kata lain individu ini lebih memfokuskan

kepada diri sendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.

13 SOKONGAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), maksud sokongan ditafsirkan

sebagai sesuatu yang dijadikan sokong, tiang atau tunjangan. Ia juga boleh

diertikan sebagai sesuatu perbuatan yang menyatakan persetujuan dan memberi

perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, memberi bantuan berupa

tenaga, wang dan lain-lain. Dari segi moral pula sokongan adalah perbuatan yang

tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yang memberikan perangsang atau

mengukuhkan semangat.

Pada pandangan Perspektif Humanistik Abraham Maslow sokongan ini

adalah termasuk di dalam lima keperluan asas yang dikenali sebagai keperluan

kasih sayang di mana ia merupakan keperluan fisiologi manusia yang perlu

dipenuhi, timbullah keperluan keselamatan di mana ia merangkumi keperluan

untuk merasa selamat, perlindungan, bebas dari rasa takut dan kebimbangan.

17
Contohnya kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan pada hari

pertama akan berasa takut dan mereka memerlukan sokongan daripada orang

sekeliling untuk rasa selamat supaya tiada lagi kebimbangan. Selepas keperluan

fisiologi, dan keselamatan telah dipenuhi, timbul pula keinginan untuk

menyayangi dan disayangi. Semua manusia ingin rasa dihargai dan diterima oleh

orang lain. Ada yang dapat memenuhi keinginan ini melalui kawan, keluarga dan

pasangan hidup. Tanpa keinginan ini, kita akan merasa keseorangan dan terasing.

Dalam Inventori Personaliti Sidik (IPS) ini, sokongan juga dibahagikan kepada

tiga skor.

Skor tinggi (70-99%) menggambarkan individu yang mempunyai

keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Personaliti ini amat

sesuai sekali untuk seorang kaunselor kerana sifat seorang yang suka didampingi

akan menunjukkan rasa selesa dan tidak mudah jemu bila berhadapan dengan

klien. Bagi pelajar pula ia menunjukkan seseorang pelajar itu mudah untuk

difahami dari segi perasaan dan emosinya kerana mereka senang untuk

berinteraksi dan suka bergaul dengan sesiapa sahaja. Skor tinggi ini jika

berkombinasi dengan skor rendah untuk tret personaliti menolong, akan

menunjukkan individu adalah seorang yang sangat mementingkan diri.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri-ciri sokongan individu berada

pada tahap sederhana.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu tidak suka bergantung secara

emosi kepada orang lain. Ciri-ciri personaliti pada skor ini menunjukkan individu

18
lebih mementingkan diri sendiri dan suka bertindak secara bersendirian dalam

membuat sesuatu keputusan atau melakukan sesuatu pekerjaan.

14 STRUKTUR

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), struktur didefinisikan pada sudut

pandangan bahasa sebagai cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai

bahagian, unsur atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk

tertentu. Mengikut kebendaan pula struktur ialah sesuatu yang dibina atau

didirikan, binaan, bangunan atau rangka bangunan manakala dalam sesuatu

organisasi atau masyarakat ia merupakan satu pola yang terbentuk atau tersusun

daripada pelbagai unsur yang mempunyai hubung kait antara satu dengan yang

lain contohnya suatu organisasi jabatan yang baru.

Mengikut Eric Ericson (Azlina Abu Bakar @Mohd, 2002) mengatakan

stail konvensional adalah mereka yang bekerja secara ektrim, kreatif dan

produktif tetapi rendah dalam pemasukan kerana mereka menganggap golongan

muda memerlukan bimbingan dan tidak dapat menerima apabila golongan muda

bercanggah pendapat dengan mereka.

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu adalah seorang yang suka

kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemar kepada aktiviti atau

kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.

Individu yang mencapai skor ini menunjukkan seorang yang memerlukan

ketelitian dan keperincian yang tinggi dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Individu ini juga tidak mudah rasa putus asa selagi apa yang diingini tidak

19
tercapai. Personaliti individu ini memiliki daya kritik diri yang agak tinggi apabila

melakukan sedikit kesalahan atau melakukan sesuatu yang tidak berperaturan.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur

individu berada pada tahap sederhana.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu lebih suka kepada aktiviti

yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang. Personaliti individu seperti ini

adalah seorang yang sentiasa mencuba sesuatu yang baru dan tidak suka mengikut

peraturan-peraturan dalam diri yang sedia ada.

15 PENCAPAIAN

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), mendefinisikan pencapaian sebagai apa yang

telah dicapai, apa yang telah hasilkan atau apa yang telah diperolehi. Rosen

(1956), telah membuat analisis terhadap tiga nilai beroriantasikan pencapaian iaitu

oriantasi aktif-pasif, oriantasi masa kini-masa depan dan oriantasi kekeluargaan-

keindividuan, manakala Strodtbeck (1958) pula telah memperkenalkan skala V

sebagai skala untuk menilai atau mengukur nilai-nilai yang berkaitan dengan

pencapaian. (T Marimuthu, 1990).

Semua kajian ini menggunakan pelbagai skala untuk menunjukkan

bahawa terdapat perhubungan positif antara nilai-nilai yang beroriantasikan

kejayaan dengan kelas-kelas sosial. Individu yang mempunyai nilai-nilai

sedemikian adalah ramalan kepada tingkah laku pencapaian dari segi aspirasi dan

pencapaian pendidikan tinggi. Dalam hasil kajian IPS, terdapat 3 skor yang

menguji pencapaian individu.

20
Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu adalah seorang yang

bermotivasi tinggi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan motivasi individu berada pada

tahap sederhana.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan

tidak begitu kisah tentang peranan, status dan kuasa dalam kerjayanya. Individu

yang berada pada tahap ini sangat memerlukan bimbingan daripada seorang

kaunselor. Mereka juga sepatutnya diberi keutaman menghadiri program-program

kepimpinan dan pendedahan kendiri agar dapat mempertingkatkan motivasi diri

agar dapat menambah keyakinan diri.

16 KEJUJURAN

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), mendefinisikan kejujuran sebagai perihal

jujur, kelurusan hati dan keikhlasan. Kejujuran amatlah dituntut dalam Islam, sifat

ini mestilah ada pada diri setiap kaunselor agar pelajar tidak akan merasa ragu-

ragu terhadap tugas seorang kaunselor yang bertindak sebagai seorang penolong.

Bagi pelajar pula, sifat kejujuran ini perlu ditekankan dalam kehidupan

mereka agar segala yang dilakukan adalah berlandaskan naluri keikhlasan dan

ketaqwaan. Dalam Inventori Personaliti Sidik (IPS) ini, sokongan dibahagikan

kepada dua tahap sahaja.

Skor kurang daripada 50% menunjukkan individu cenderung untuk

bersikap jujur dalam memberi jawapan dan dengan itu profil yang diperolehi

21
adalah boleh dipercayai. Selain itu, skor dalam lingkungan ini dianggap

mempunyai tret personaliti kejujuran tinggi.

Manakala Skor 50% dan ke atas menunjukkan individu cenderung untuk

tidak jujur dalam memberi jawapan dan dengan itu profil yang diperolehi adalah

tidak boleh dipercayai. Skor ini juga menggambarkan individu mempunyai tret

personaliti kejujuran rendah.

PENUTUP

Semua personaliti yang digariskan ini tidak bersifat tetap. Tret personaliti boleh wujud

disebabkan oleh faktor baka atau persekitaran dan juga merupakan tret yang unik atau

biasa dan boleh wujud pada tahap kebolehan, motivasi atau emosi. Mengikut Allport

(1961), personaliti sebagai penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik dan diri

individu yang menentukan ciri-ciri dan penyesuaiannya dengan persekitaran. (Ramlah

Jantan dan Mahani Razali, 2004).

Manakala Freud pula mengemukakan ’facets of personality’ yang mengandungi

id, ego dan super ego. Id ialah bahagian personaliti yang wujud sama dengan kelahiran

manusia iaitu sifat dalaman manusia termasuklah naluri, keperluan dan desakan.

Superego ialah nilai-nilai moral dan nilai-nilai hidup yang dipelajari daripada

masyarakatnya. Ego pula bertindak sebagai ’hati kecil’ yang membuat pertimbangan apa

yang betul dan apa yang salah. Contohnya, personaliti extrovert akan berubah kepada

personaliti introvert jika dipengaruhi oleh persekitaran yang wujud pada ketika itu.

22
LAMPIRAN

23
CONTOH NASKAH IPS

24
CONTOH NASKAH IPS

25
CONTOH NASKAH IPS

26
CONTOH NASKAH IPS

27
CONTOH NASKAH IPS

28
CONTOH NASKAH IPS

29
CONTOH NASKAH IPS

30
CONTOH NASKAH IPS

31
Lampiran 1
BORANG JAWAPAN
Sidek Mohd Noah, Ph.D

INVENTORI PERSONALITI SIDEK ( IPS )


Sidek’s Pesonality Inventory

Nama Tarikh
Jantina No. K/P
Pekerjaan
AGR ANA AUT BSD EKS ITL INT KPL THN KRD MGL TLG SOK STR PCP JJR

YT YT YT YT YT YT YT YT YT YT

1OO 17 O O 33 O O 49 O O 65 O O 81 O O 97 O O 113 O O 129 O O 145 O O

2OO 18 O O 34 O O 50 O O 66 O O 82 O O 98 O O 114 O O 130 O O 146 O O

3OO 19 O O 35 O O 51 O O 67 O O 83 O O 99 O O 115 O O 131 O O 147 O O

4OO 20 O O 36 O O 52 O O 68 O O 84 O O 100 O O 116 O O 132 O O 148 O O

5OO 21 O O 37 O O 53 O O 69 O O 85 O O 101 O O 117 O O 133 O O 149 O O

6OO 22 O O 38 O O 54 O O 70 O O 86 O O 102 O O 118 O O 134 O O 150 O O

7OO 23 O O 39 O O 55 O O 71 O O 87 O O 103 O O 119 O O 135 O O 151 O O

8OO 24 O O 40 O O 56 O O 72 O O 88 O O 104 O O 120 O O 136 O O 152 O O

9OO 25 O O 41 O O 57 O O 73 O O 89 O O 105 O O 121 O O 137 O O 153 O O

10 O O 26 O O 42 O O 58 O O 74 O O 90 O O 106 O O 122 O O 138 O O 154 O O

11 O O 27 O O 43 O O 59 O O 75 O O 91 O O 107 O O 123 O O 139 O O 155 O O

12 O O 28 O O 44 O O 60 O O 76 O O 92 O O 108 O O 124 O O 140 O O 156 O O

13 O O 29 O O 45 O O 61 O O 77 O O 93 O O 109 O O 125 O O 141 O O 157 O O

14 O O 30 O O 46 O O 62 O O 78 O O 94 O O 110 O O 126 O O 142 O O 158 O O

15 O O 31 O O 47 O O 63 O O 79 O O 95 O O 111 O O 127 O O 143 O O 159 O O

16 O O 32 O O 48 O O 64 O O 80 O O 96 O O 112 O O 128 O O 144 O O 160 O O

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

AGR ANA AUT BSD EKS ITL INT KPL THN KRD MGL TLG SOK STR PCP JJR
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

32
Lampiran 2

INVENTORI PERSONALITI SIDEK – IPS


Sidek’s Pesonality Inventory
Helaian Profil 1
Sidek Mohd Noah, Ph,D
Nama Jantina
No. K/P Umur
Pekerjaan Pendidikan

TRET KADAR PERATUS 1......10......20......30......40......50......60......70......80......90......99


PERSONALITI SKOR (%)

AGRESIF -------- ............

ANALATIKAL -------- ............

AUTONOMI -------- ............

BERSANDAR -------- ............

EKSTROVERT -------- ............

INTELEKTUAL -------- ............

INTROVERT -------- ............

KEPELBAGAIAN -------- ............

KETAHANAN -------- ...........

KRITIK-DIRI --------- ...........

MENGAWAL --------- ...........

MENOLONG --------- ...........

SOKONGAN --------- ...........

STRUKTUR --------- ...........

PENCAPAIAN --------- ...........

KEJUJURAN --------- ...........

Untuk Kegunaan Pejabat 1......10......20......30......40......50......60......70......80......90......99

Hak Cipta Terpelihara @ 1998

33
Sidek Mohd Noah, Ph,D

Bibliografi

Amir Awang. 1997. Teori dan Amalan Psikoterapi. Edisi Awal. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Azlina Abu Bakar @ Mohd. 2002. Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd.

Cheng Song Huat, Lai Choy. 1999. Kamus Padu Terkini. Selangor: United Publishing
House (M) Sdn Bhd.

Habibah Elias, Noran Fauziah Yaakob. 1997. Psikologi Personaliti. Selangor:


Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

HajahNoresah Bt Baharom. Ed. 2000. Kamus Dewan. Edisi Ketiga.Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

Ramlah Jantan, Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan - Pendekatan


Kontemporari. Edisi Revisi. Malaysia: McGraw Hill Companies.

Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

T. Marimuthu . 1990. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar


Bakti Sdn. Bhd.

34

Anda mungkin juga menyukai