Anda di halaman 1dari 1

Kamilah Bt Ismail

No Daftar haji
No. 246, Jalan Kesidang,
Felda Padang Piol,
27040 Jerantut, Pahang
No. Tel: (0148384131) 7 Disember 2017

Bahagian Operasi Domestik


Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,

RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1439H/ 2018 M

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, kami telah membuat pendaftaran haji di Tabung Haji Cawangan Shah
Alam pada tahun 2011 dan disenaraikan untuk ke sana pada tahun 2042 M.

Justeru itu, kami memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk memperoleh penempatan
ibadah haji pada tahun 1438H/2018 berdasarkan perkara berikut:-

1. Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk
mengerjakan ibadah haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan keadaan
kesihatan di masa akan datang.
2. Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang.
3. Anak-anak sudah bersekolah dan tidak ada yang mengambil peperiksaan besar pada
tahun ini.
4. Kami sudah beberapa kali mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid Shah Alam.
5. Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk mengerjakan Haji

Besarlah harapan kami sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan diberi peluang
mengerjakan Rukun Islam ke -5 pada tahun ini.

Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih

Yang benar,

......................................
Kamilah Bt Ismail

Anda mungkin juga menyukai