Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap para
pelajar sebelum dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Setiap
pelajar perlu lulus latihan industri bagi melayakkan para pelajar dianugerahkan
diploma. Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan
kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar. Latihan industri adalah
merupakan salah satu corak pembelajaran di mana para pelajar politeknik di semester
enam akan menjalani latihan industri selama 20 minggu. Latihan industri adalah wajib
untuk dijalani oleh pelajar politeknik semester enam untuk kursus Diploma
Kejuruteraan Awam bagi Politeknik Port Dicksons, Negeri Sembilan. Untuk menjalani
latihan industri ini, para pelajar akan ditempatkan ke syarikat-syarikat yang terlibat
dalam bidang-bidang kejuruteraan awam sama ada syarikat kerajaan mahupun swasta
yang telah dipohon oleh pelajar tersebut atau ditetapkan oleh pihak pengurusan
politeknik.
Pendedahan yang selalu ditekankan sewaktu latihan industri ini ialah untuk
meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar dalam bidang-bidang kemahiran dan juga
teknikal yang berkaitan dengan bidang yang telah dipelajari sewaktu di politeknik.