Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam


melahirkan insan yang cemerlang. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan salah satu elemen penting dalam merealisasikan matlamat
sekolah. Namun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Berdasarkan pengalaman mengajar di sekolah, saya mendapati bahawa kawalan


kelas merupakan masalah utama yang sering hadapi oleh semua guru. Terdapat banyak
karenah-karenah (tingkah laku bermasalah) murid yang perlu dihadapi oleh semua guru
uruskan setiap hari, antaranya murid tidak mendengar arahan, tidak menghantar kerja
rumah, berbual dengan kawan ataupun bising sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dilaksanakan. Keadaan ini menyebabkan P&P kelas tidak berjalan dengan lancar dan dari
segi pengurusan masa juga turut terjejas.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang


tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan
pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Sebelum ini,semua guru dipercayai bahawa
aktiviti P&P yang disediakan adalah berpusatkan kepada murid dan menarik, maka kawalan
kelas tidak akan menjadi satu masalah kerana apabila murid-murid tertarik dengan P&P,
mereka tidak akan mengundang masalah kepada guru.

Namun, pada hakikatnya hasil yang perolehi adalah berbeza dengan nilai dan
kepercayaannnya. Hal ini kerana, masalah kawalan kelas ini boleh wujud disebabkan oleh
kurangnya kesedaran murid-murid tentang pentingnya menjaga kelakuan dan kesan tingkah
laku mereka terhadap P&P harian. Selain itu, sebahagian murid juga tidak berminat untuk
belajar, terutamanya murid yang lemah. Faktor ini juga menyumbang ke arah tingkah laku
negatif yang ditunjukkan mereka dalam kelas. Selain itu, kawalan kelas yang lemah dan
tidak memuaskan boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Sekiranya guru tidak
membetulkan keadaan ini, pasti murid-murid tidak akan mengubah tingkah laku negatif
yang ada pada mereka sekarang. Lama-kelamaan masalah akan menjadi lebih serius dan
seterusnya mengundang pelbagai masalah sosial kepada diri, keluarga, sekolah,
masyarakat dan juga tanah air kita. Bak kata pepatah “ Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita harus berusaha untuk
membantu sewaktu mereka masih lagi di peringkat sekolah rendah sebelum terlambat.
PENEGUHAN POSITIF, NEGATIF DAN DENDAAN
DALAM MODIFIKASI TINGKAH LAKU MURID DALAM
BILIK DARJAH

1.1 MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik


berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada
yang positif.

Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah.
Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau
positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif
atau salah laku murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif
menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah
yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (rujukan Psikologi
Pendidikan untuk Kursus diploma Perguruan Semester 3, Mok Soon Sang )

Modifikasi perilaku adalah suatu bentuk perubahan kerana adanya upaya modifikasi.
Modifikasi perilaku merupakan pokok bahasan dalam lingkup psikologi yang memusatkan
perhatiannya untuk menganalisis dan memodifikasi perilaku manusia.

Modifikasi tingkah laku ialah analisis gunaan tingkah laku @ ‘applied behaviour
analysis’ adalah pengunaan sistematik p-prinsip psikologi ke atas individu untuk fahaman &
mengubah tingkah laku.

Menurut RR Bodzin (dipetik oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) modifikasi Tingkah
Laku adalah "usaha menggunakan p-prinsip psikologi dan juga p-prinsip psikologi
eksperimental yang lain untuk tingkah.laku bermasalah. Ia menumpukan fokus terhadap
tingkah laku yang dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang konkrit tentang masalah
yang perlu diubah. Sesuatu rawatan itu telah dikatakan berkesan apabila tingkah laku
bermasalah itu telah diubah.”

Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah supaya guru
memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila mengambil sebarang
tindakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara mengendalikan disiplin bilik darjah
daripada tingkah laku yang paling kecil kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak
memberi perhatian apabila murid ini selalu bergerak di dalam kelas. Seterusnya
menunjukkan tingkah laku dan berkelakuan menyendiri dan kurang mahu berinteraksi
dengan orang lain di sekelilingnya. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti ialah ingkar,
tidak mahu berkongsi dan bersifat egosentrik. Tingkah laku yang dikehendaki akan diulangi
kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul selepas perbuatan.
Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan, guru akan
memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong murid untuk terus menyiapkan lagi
kerja rumah yang diberikan kerana mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi
ini dikenali sebagai tingkah laku yang dikehendaki.
Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah.
Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau
positif.

Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu
diambil bagi menghasilkan perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini.
Antaranya adalah dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih,
memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki,
mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah
tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.

Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-


prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang
bersisitematik ialah:

• Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah


• Menetapkan matlamat
• Menentukan strrategi bertindak
• Merancang prosedur atau plan tindakan
• Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
• Menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu
• Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku
negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah laku positif,
menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah
yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.2 TEKNIK MODIFIKASI TINGLAH LAKU

Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk


mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah teknik
modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku murid dalam bilik
darjah. Antara teknik modifikasi adalah seperti berikut:

1.2.1 Peneguhan
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu
stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu.
Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.

1.2.2 Peneguhan Positif


Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi
tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang
menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif.
Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Menurut
Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang
digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang
diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya
seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Guru tersebut
perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala.
Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah
lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau
menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada
beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih
berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. Ia juga
sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya. Selain itu, guru yang ingin
menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik
darjah tersebut. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa
sekarang dan masa akan datang.
Dalam konteks ini, guru mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu
sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut. Guru juga perlu
membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan beberapa tingkah
laku yang yang perlu diberi perkataan yang khusus. Peraturan dan peneguhan
tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanakannya di
dalam bilik darjah. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu
dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini
1.1.3 Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini
berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan negatif
adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah
laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki.
Contonya, seorang pemandu mematuhi arahan had laju jalanraya kerana tidak mahu
disaman. Saman di sini merupakan peneguhan negatif. Antara jenis peneguhan,
terdapat peneguhan utama dan peneguhan sekunder.
Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi
kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran
bagi kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak
diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana
mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan
kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat
peneguhan sekunder.
Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan
sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik
ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman
daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru. Selain itu,
peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu hendak
mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak
menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula
mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki
adalah mengemaskan mainannya.
1.3 DENDAAN

Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah


laku yang tidak diingini. Manakala, tujuan peneguhan positif atau peneguhan negatif adalah
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau
tidak diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang
dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya.
Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh
yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.
Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik,
mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.
Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang.
Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik
daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila
individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.
Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau
sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

1.4 REVERSE PSYCHOLOGY

Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan
tingkah laku negative kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru
memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenalpasti sikap, pandangan dan
pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan
murid itu agar melepaskan sikap negative dan memupuk sikap positif demi membentuk
tingkah laku yang diingini.
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif
kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan
beralih kepada tingkah laku positif.
BIBLIOGRAFI
Budaiwi, Ahmad Ali. (2002). Imbalan dan Hukuman Pengaruhnya Bagi Pendidikan Anak. Jakarta:
Gema Insani Press.

Green, Thomas F. (1997). Predicting The Behavior of The Educational System. New York: Educator‟s
International Press.

Mahyuddin, Rahil, Jami‟ah Mohamad, dan Kasnani Ab. Karim. (2000). Psikologi Pendidikan II. Kuala
Lumpur: Longman.

Mohamed, Mahmood Nazar. (2005). Pegantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan
Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.