Anda di halaman 1dari 5

SCENE 1

ELSA MELAHIRKAN ANAK & NENEK KEBAYAN MENCULIK ANAK ELSA

• ELsa: (Menangis). Wajah kamu serupa dengan ayahanda mu anakku Rapunzel!. alangkah
gembiranya ayahmu jikalau dia dapat melihat kau. Kalau saja nenek kebayan tidak membunuh
ayahmu sudah tentu keluarga kita sudah lengkap nak!.

• Nenek kebayan: (Tiba-Tiba muncul). Hahaha! Tujuh keturunan kau tidak akan ku biarkan hidup
senang Elsa. Kalau saja kau membiarkan aku dan Badang bersama sudah tentu kami hidup
bahagia dan mempunyai anak secantik puteri mu ini. (Mengambil Rapunzel dan keluar dari
pentas)

• Elsa: Rapunzel!!. (Menangis)

SCENE 2
HANG TUAH MENGGEMBARA KE HUTAN DAN MELIHAT RAPUNZEL DENGAN NENEK KEBAYAN

• Hang Tuah: Kata orang-orang kampung dihutan ini banyak binatang yang boleh diburu. Hmmm!
(mengelu). Tapi dari tadi tidak ku temu satu binatang pun!

• Hang Tuah: (berjalan-jalan dan tiba-tiba mendengar Rapunzel menyanyi). Hmmm!! merdu
sungguh suara itu. Siapakah gerangannya?. (berselindung disebalik pokok).

• Rapunzel: (Duduk dikeliling bunga sambil bernyanyi). "Apalah nasib diriku ini. Terkurung di
dalam hutan. Tiada keluarga. Tiada tempat mengadu kasih. Sudah lama ku ingin melihat dunia
di luar sana. Tentu indah dan bahagia seperti syurga".

• Nenek Kebayan: (Nenek Kebayan Masuk). Amboi2 (memegang kedua-dua pinggang). Disini
rupanya kau Rapunzel (berjalan menuju Rapunzel). Balik! cepat! suka hati kau saja bersuka-suka
disini ya. Bukan sudah ku katakan jangan keluar dari kurungan itu. (mencubit telinga rapunzel
dan berlalu keluar dari pentas )

• Hang Tuah: (Hang Tuah menuju ke tengah-tengah pentas). Eh! Mengapa orang tua itu
membawa gadis itu pergi?. Mengapa dia menangis-nangis seperti ketakutan dan dipaksa? Aku
mesti mencari tahu!. (Keluar ke belakang tabir)
SCENE 3
NENEK KEBAYAN MENGURUNG RAPUNZEL DAN HANG TUAH MELIHA KEJADIAN ITU

Nenek Kebayan: (Menyanyi). "Hahahaha! sekarang kau tidak dapat kemana-mana lagi. aku tidak mahu
sesiapa melihat kau. Mulai hari ini kau akan tinggal diatas sana selama-lamanya. hahaha. tetapi
janganlah kau risau. Tiap hari nenek kebayan datang bawakan bekalan. tidur tenang, janganlah risau
Rapunzel ada nenek kebayaaaannn!!!!. Hahaha. (menari terus keluar pentas)

Hang Tuah: (Hang Tuah masuk dan bernyanyi). Oh rupanya benarlah kata orang kampung, nenek
kebayan telah menculik seorang bayi dari ibu yang cantik dan mengurungnya di dalam hutan.
(Menyanyi) " Wahai gadis yang panjang rambutnya jangan risau aku c Hang Tuah yang gagah akan
membantumu. Kini hidupmu akan berubah dan impianmu akan tercapai! bersabarlah dan tunggulah
sedikit masa saja lagi!! (menari terus keluar pentas).

SCENE 4
• HANG TUAH DIBANTU OLEH ORANG TUA YANG TIDAK KELIHATAN KELIBATNYA UNTUK
MENDAPATKAN CARA MENYELEMATKAN RAPUNZEL

• Hang tuah: Hmmm!! (berfikir). Bagaimana caranya untuk menyelamatkan Rapunzel?. Nenek
kebayan seorang yang licik dan jahat. Dia mempunyai kuasa sihir yang sukar untuk dtandingi.
Tiba-tiba...

• Suara Orang Tua: (Suara orang tua keluar). Jangan risau wahai pemuda, kerna hatimu yang baik
dan suci aku akan membantumu. Kuasa nenek kebaya ada pada tongkatnya. Kau perlu
merampas tongkat itu dan menghancurkannya. Setelah itu kau bolehlah pergi menyelamatkan
Rapunzel).

• Hang Tuah: (Ketakutan). Erhhh!!. Siapakah gerangan yang bersuara itu?

• Suara Orang Tua: Jangan takut nak! aku hanyalah insan yang diutus tuhan untuk membantumu.

• Hang Tuah: Tetapi bagaimana aku hendak mencari nenek kebayan?.

• Suara Orang Tua: Nenek Kebayan tinggal dalam gua di hutan ini. Gua tersebut terletak
berdekatan dengan tempat dikurungnya Rapunzel.

• Hang Tuah: Baiklah terima kasih kerana sudi membantuku. sekarang juga aku akan mencari
nenek kebayan. (berlari keluar pentas)
SCENE 5
HANG TUAH MASUK KE DALAM GUA DAN MENCURI TONGKAT NENEK KEBAYAN

• Hang Tuah: Agaknya inilah gua yang dikatakan oleh orang tua tadi. (Masuk ke dalam gua dan
kelihatan nenek kebayan sedang tidur). Ini adalah peluang emas bagiku. Nenek kebayan sedang
tidur. Tetapi dimana agaknya tongkat sihirnya itu?. (Mencari-cari dan kelihatan tongkat itu
sedang dipeluk oleh Nenek kebayan). Ahh! disana rupanya!. (Perlahan-lahan menuju ke arah
nenek kebayan dan menarik perlahan-lahan tongkat yang dipeluk nenek kebayan dan
akhirnya Hang tuah dapat menarik tongkat itu, tapi nenek kebayan serta merta sedar).

• Nenek Kebayan: Eh!. Eh!

• Hang Tuah: (Berlari)

• Nenek Kebayan: (Berlari mengejar Hang Tuah, mereka kemudian berhenti)

• Hang Tuah: Tamatlah riwayat hidup kau nenek kebayan! hari ini aku akan mematahkan
tongkatmu ini.

• Nenek Kebayan: Tidak! jangan! aku akan memberikan apa saja yang kau mahu, asalkan kau
mahu mengembalikan tongkatku.

• Hang Tuah! Baiklah!. Jika begitu aku hendak kau lepaskan Rapunzel daripada kurungan mu itu.

• Nenek Kebayan: Tidak! tidak yang itu!

• Hang Tuah: Oh! kau berkeras ya! (Hang Tuah memegang tongkat tersebut dan cuba
mematahkannya)

• Nenek Kebayan: (Kesakitan) Ahhh!!!. (memegang dadanya). Baiklah. Baiklah.

SCENE 6
NENEK KEBAYAN TEWAS DAN HANG TUAH MEMBAWA RAPUNZEL PERGI

• Nenek Kebayan: (Masuk kedalam kurungan dan membawa Rapunzel keluar). Berikan tongkat
itu terlebih dahulu setelah itu aku lepaskan Rapunzel

• Hang Tuah: Lepaskan Rapunzel dahulu, jika tidak aku patah-patahkan tongkat ini (sambil
menunjukkan tongkat tersebut)
• Nenek Kebayan: (Kesakitan), erhh!. Baiklah! nahh!!. (Menolak Rapunzel). Sekarang serahkan
tongkatku itu.

• Hang Tuah: Haha! Nenek kebayan ku sangkakan kau hebat seperti kuasamu, rupa-rupanya kau
bukanlah sehebat mana yang orang-orang kampung takutkan!. kau cumalah orang yang
pengecut yang bergantung pada tongkat sihirmu ini. (Hang Tuah mematah-matahkan tongkat
tersebut dan membalingnya).

• Nenek Kebayan: Arggg!! Tidak!!. Tidak!!. (Rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri).

• Rapunzel&HangTuah: (Keluar dari pentas).

SCENE 6
HANG TUAH MEMBAWA RAPUNZEL BERTEMU DENGAN IBUNYA.

• Rapunzel: Tuah! Dimanakah kita ini?. Siapakah orang tua yang cantik itu tuah?

• Hang Tuah: Dia adalah bonda mu. Bonda yang selalu merindukanmu. Pergilah kepadanya, Dakap
dan ciumlah dia Rapunzel sudah lama dia menantikan kedatanganmu.

• Rapunzel: Benarkah?. Oh Tuah!. Kau sungguh berhati mulia. Hanya Tuhan yang dapat membalas
budimu Tuah. (Berlari terus memeluk Elsa)

• Rapunzel: Bonda! Bonda! Rapunzel datang Bonda!. Benar ini anakmu Rapunzel Bonda.

• Elsa: Benarkah? Ya Tuhan kau telah mengabulkan doaku. Bagaimana kau dapat mencariku nak?.

• Rapunzel: Pemuda itu yang membantuku Bonda. (menunjukkan jari ke arah Hang Tuah)

• Elsa: Oh!. Hang tuah rupanya. Laksamana termasyur di Negeri ini.

• Rapunzel: (Terkejut). Laksamana?..

• Elsa: Ya Laksamana nak. Laksamana yang sangat baik hati di negeri ini Rapunzel. Patik sangat
berhutang budi terhadap Laksamana. Patik dengan rendah diri akan melakukan dan
memberikan apa yang termampu sebagai balasan kepada budi yang diberi. Sekarang katakanlah
Laksamana apa yang dapat patik berikan sebagai balasan.

• Hang Tuah: Saya cuma berhajat menjadikan Rapunzel sebagai isteri macik. Itupun kalau
Rapunzel sama-sama setuju. Jika tidak, saya tidak akan memaksa dan meminta yang lainnya,
kerana saya ikhlas membantu.
• Elsa: oh! Kalau begitu kita dengarkan saja keputusan empunya badan. Bagaimana Rapunzel?.

• Rapunzel: (tertunduk malu dan menganggukkan kepala).

• Elsa: (Bernyanyi) "Hatiku gembira bertemu anak yang tercinta. Tuhan mengabulkan doa dan
memberi kebahagiaan yang melimpah-limpah. Kini sudah lengkap keluarga yang ku impikan.
Semoga bahagia hingga akhir usia".

• Rapunzel & Hang Tuah: (Bernyanyi). "Semoga bahagia hingga akhir usia".

-T A M A T-