Anda di halaman 1dari 1

Motivasi ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil,
ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik.

Sebagai contohnya:
 Intrinsik - pelajar menjadi rajin belajar kerana kesedaran dalaman.
 Ekstrinsik - pelajar yang cuba belajar kerana dimarahi ibubapa.
Biasanya motivasi ekstrinsik adalah datang kerana ganjaran seperti wang dan gred
atau ancaman hukuman. Pertandingan juga menggalakkan motivasi ekstrinsik merana ia
mengarahkan pelaku untuk menang dan mengalahkan orang lain. Sorakan, pujian dan kata-
kata semangat dari orang lain adalah faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi
ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik sesuai diterapkan dalam kalangan kanak-kanak yang belum
mampu membuat perbandingan kesan baik dan buruk sesuatu perlakuan atau tindakan.

Sesuatu yang kita perlu tahu bahawa motivasi ekstrinsik boleh mengurangkan motivasi intrinsik
dan begitu juga sebaiknya. Oleh itu, ini akan menjadi panduan kepada seseorang untuk
membentukkan motivasi yang boleh mendatangkan lebih banyak faedah kepada diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai