Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN TELEFON ROSAK

Bilangan pemain: Tidak terhad


Kawasan : Kawasan lapang
Alatan permainan : Petikan pendek

Peraturan permainan :

I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba
mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut
II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi
akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pemain
kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat.
III) Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya
membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yang
ketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga.
IV) Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada
pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir.
V) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut
kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kita
banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat
asal dari petikan tadi.
Contoh petikan:

Mak cik Halimah menyuruh anaknya, Halimaton ke kedai Pak Halim seberang jalan sebelah
pokok ketapang membeli kicap, beras, bawang, dan gula halus naik basikal tua milik Nek Mah.
Nama permainan : Cari pasangan

Cara mengendalikan permainan

1. Sebelum memulakan aktiviti, kenalkan kanak-kanak dengan bunyi-bunyi haiwan dan minta
mereka untuk meneka bunyi haiwan-haiwan tersebut.
2. Setelah mereka dapat mengecam dan mengenal bunyi haiwan-haiwan tersebut, pecahkan
mereka kepada dua kumpulan.
3. Setiap seorang kanak-kanak tersebut akan diberi watak seekor haiwan dan perlu mencari
pasangan mereka yang terdapat kumpulan kedua.
4. Namun, mereka tidak boleh mengeluarkan suara tetapi hanya boleh mengeluarkan bunyi
haiwan yang mereka perolehi dan mengecam bunyi yang sama untuk mencari pasangan
mereka.
5. Tamat permainan. Minta mereka membunyikan watak haiwan yang mereka perolehi sebagai
pengukuhan
LDK PERMAINAN TELEFON ROSAK

Bilangan pemain : 7 orang

Alatan permainan : kertas A4, pensil, pemadam

Peraturan permainan:

I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan melukis
gambar dari petikan tersebut
II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Pemain pertama tadi
akan menunjukkan gambar yang telah dilukis kepada pemain kedua dan masa yang diberikan
juga adalah 20 saat
III) Setelah 30 saat pemain kedua akan melukis gambar yang dilukis oleh pemain pertama.
Setelah itu,pemain ketiga akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya menunjukkan
gambar yang telah dilukis.
IV) Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi menunjukkan gambar kepada pemian
keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir.
V) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut
peribahasa yang telah dilukis oleh pemain sebelumnya.