Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN VVIP

SIDANG 4 (JKA & JKM)

KONVOKESYEN POLIMAS
KE 32
(27-29 OGOS 2018)

OLEH

YANG BERBAHAGIA
PROFESSOR MADYA DR. AZIZAN BIN MARZUKI
SEKOLAH PERUMAHAN, BANGUNAN DAN PERANCANGAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Yang Berusaha Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah, Politeknik


Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,

Yang Berusaha Encik Bakri bin Baharom, Timbalan Pengarah


Akademik, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Latif bin Halim, Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,

Ketua-Ketua Jabatan, Dif-Dif Kehormat, Para Graduan, Tuan-Tuan


dan Puan-Puan Sekelian,

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala


kerana dengan limpah kurniaNYA serta taufik dan hidayahNYA, maka
dapatlah saya serta kita semua berada di Majlis Konvokesyen Kali Ke
32, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).

Pada hari yang berbahagia ini, saya ingin mengucapkan tahniah


kepada para graduan yang hadir di dewan yang serba indah ini kerana
pada hari ini juga anda akan bergelar graduan POLIMAS secara rasmi.
Saya pasti bahawa para graduan yang berada di hadapan saya
merupakan pelajar-pelajar yang penuh dedikasi dan mempunyai
disiplin yang tinggi untuk mencapai cita-cita masing-masing. Bertahun-
tahun di POLIMAS, saya yakin bahawa anda telah mendapat banyak
pengalaman dan inspirasi sepanjang menjadi pelajar di sini.
Pengalaman yang dikutip selama ini diharap dapat menjadi inspirasi
kepada anda untuk terus berusaha dalam mengembangkan kemahiran
yang diperolehi dan seterusnya dapat menyumbang tenaga dalam
industri.

Para hadirin sekalian,


Saya percaya, setiap kejayaan para graduan pada hari ini adalah
berkat doa para ibu bapa & pensyarah yang tidak pernah putus
sepanjang pengajian mereka di POLIMAS. Di kesempatan ini, saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para ibu
bapa & para pensyarah yang begitu sabar dalam mendidik dan juga
memberi sokongan moral mahupun material kepada mereka. Buat
para graduan, hargailah pengorbanan Ibubapa serta didikan, tunjuk
ajar, bimbingan dan dorongan para pensyarah yang turut
menyumbang kepada kejayaan dan pencapaian anda selama ini.
Tanpa mereka, siapalah anda.

Para graduan sekalian,

Menuntut ilmu merupakan satu keperluan asas yang wajib bagi setiap
individu tanpa mengira kaum dan agama. Malah, kejayaan anda pada
hari ini adalah satu kurniaan daripada Tuhan yang wajib anda syukuri.
Oleh itu, saya berharap agar anda terus menimba ilmu pengetahuan,
walaupun selepas berakhirnya majlis konvokesyen ini. Ingatlah
bahawa ilmu pengetahuan tiada sempadan dan penghujungnya.
Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur
kecemerlangan yang ada di dalam diri individu itu sendiri .Oleh yang
demikian, saya amat berharap agar segala usaha gigih para graduan
sekalian akan diteruskan lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Diharapkan juga agar para graduan tidak mensia-siakan pengetahuan


dan kemahiran serta ilmu yang diperolehi ini. Gunakanlah ia ke
saluran-saluran yang betul, samada melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi atau memilih dunia pekerjaan. Gunakanlah
ilmu dengan sebaik-baiknya, jalankan tugas yang diamanahkan
dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab. Tetapkan integriti anda,
curahkanlah khidmat bakti anda demi untuk kemajuan agama, bangsa
dan negara. Jika para graduan memperolehi kejayaan dalam bidang
yang diceburi, maka POLIMAS turut mendapat tempiasnya.
Para Graduan dan Hadirin yang dikasihi sekelian,

Seperti yang kita sedia maklum, POLIMAS merupakan antara


politeknik yang terawal diwujudkan di Malaysia. Sebagai salah sebuah
politeknik tertua, POLIMAS telah berjaya menunjukkan kehebatannya
dengan pencapaian-pencapaian yang diperolehi. Kejayaan terbesar
POLIMAS setakat ini adalah apabila berjaya dianugerahkan status
emas oleh Suruhanjaya Pensijilan dan Akreditasi Asia Pasifik (APACC)
pada Disember tahun lalu. Anugerah tersebut menjadikan POLIMAS
sebagai politeknik kesembilan mendapat pengiktirafan emas di Asia
Pasifik. Menerusi akreditasi tersebut, kemahiran yang dimiliki oleh
graduan politeknik diiktiraf dan akan memudahkan pergerakan
graduan POLIMAS dalam mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan
yang ada di negara-negara rantau Asia Pasifik.

Kejayaan Polimas ini bersandarkan pelbagai kelebihan antaranya


membangunkan dua perhentian bas sebagai kemudahan untuk
kegunaan masyarakat dan pelajar selain mengeluarkan buku 'A Record
of Golden Memories' bagi mendokumenkan bukti kukuh berkaitan
kerja-kerja ke arah pemuliharaan bangunan warisan. Selain itu,
Polimas turut mempunyai Centre of Town and Regional Planning
(CTOP) dan merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan
program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dan
menggunakan teknologi terkini secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran serta merupakan pemenang kepada anugerah e-
pembelajaran dan penggunaan paling tinggi bagi Curriculum
Information Documentation Online System (CIDOS).

Selain kejayaan mendapat anugerah emas oleh APACC, POLIMAS juga


telah menempa kejayaan yang membanggakan terutama dalam
penganjuran dan pertandingan bercorak ekosistem inovasi. Saya yakin
penganjuran dan penglibatan POLIMAS dalam program inovasi seperti
National Innovation and Invention Competition through Exhibition
atau iCompEx akan terus menyemarakkan lagi inspirasi
membudayakan inovasi dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar.
POLIMAS telah menganjutrkan Pertandingan iCompEX ini telah sejak
2013 dan pada setiap tahun, bilangan penyertaan daripada pelbagai
institusi semakin bertambah. iCompEx’18 yang diadakan pada awal
tahun ini contohnya, telah menjadi penanda aras bagi pertandingan
dan pameran inovasi berimpak tinggi dan menerima 637 penyertaan
daripada seluruh negara termasuk agensi kerajaan dan swasta, institut
pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan institusi pengajian
tinggi lain berkaitan.

Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh


POLIMAS ini adalah menjadi platform terbaik kepada pencipta muda
untuk mengetengahkan idea dan ciptaan mereka bagi dimanfaatkan
oleh semua pihak. iCompEx’18 juga membuka peluang kepada
pensyarah dan semua warga POLIMAS untuk mengetengahkan hasil
ciptaan masing-masing demi memartabatkan Negara sebagai hab
inovasi serantau.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya menampilkan


rekaan- rekaan terbaru untuk industri yang pelbagai. Ini
membuktikan bahawa rekaan pelajar POLIMAS adalah setanding
dengan universiti - universiti lain serta mempunyai kemampuan yang
tinggi dalam menjana idea serta dapat mencipta model dan prototaip
yang dapat membantu mayarakat. Justeru, POLIMAS telah berjaya
menunjukkan kehebatannya dengan pencapaian-pencapaian yang
diperolehi. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua warga
POLIMAS. Semoga ini menjadi pembakar semangat untuk para
graduan berusaha dengan lebih gigih.

Hadirin sekalian,

Kita sedia maklum bahawa pertumbuhan pesat bidang perindustrian


dan sektor pembuatan di negara kita sekarang ini amat memerlukan
ramai pekerja mahir. Negara kita memerlukan lebih ramai lagi pakar-
pakar dalam bidang-bidang teknikal terutama sekali yang melibatkan
inovasi serta penyelidikan.

Program-program innovasi seperti i-Compex , Myskills dan juga


Worldskills, contohnya, banyak membuka ruang dan peluang untuk
graduan merekacipta sesuatu peralatan. Bukan setakat itu sahaja,
bidang ini juga menggalakkan inovasi dan daya kreativiti kerana ia
adalah pemacu utama bagi pertumbuhan ekonomi.

Namun begitu, para graduan seharusnya peka dengan kehendak-


kehendak industri masa kini. Industri bukan saja menitikberatkan
kompetensi akademik, malah mereka melihat kepada kemahiran-
kemahiran lain yang perlu ada pada para graduan , yakni soft skills
atau `employability skills’ kerana ‘employability skills’ ini akan
berubah dengan berubahnya persekitaran, teknologi dan pasaran
dimana kemahiran ini adalah kemahiran yang dicari oleh majikan
dalam seseorang pekerja. Kemahiran-kemahiran dan kualiti individu
yang diperlukan adalah berguna kepada semua pihak tidak kira dalam
bidang usaha secara kecil-kecilan mahupun bidang usaha yang
berskala besar, atau pun dalam sektor kerajaan. Kemahiran
‘employability’ ini merupakan kemahiran yang boleh dipindahkan dari
satu bidang kerja ke bidang kerja yang lain. Ia merupakan kemahiran
dan kualiti yang merangkumi semua bidang dan harus ada pada setiap
graduan.

Para Graduan dan hadirin yang dihormati sekelian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya juga ingin menyeru kepada
semua graduan agar memiliki kemahiran insaniah yang tinggi
termasuk kemahiran berkomunikasi yang baik kerana ia merupakan
aspek ‘employability skill’ yang paling utama dikehendaki oleh
majikan. Selain itu, kebolehan bertutur Bahasa Inggeris, pengetahuan
ICT serta keyakinan dan penampilan diri juga amat dilihat pada
seseorang graduan yang hendak memohon pekerjaan. Justeru, saya
yakin bahawa para graduan telah, dan akan terus berusaha
meningkatkan lagi kemahiran ini dan berusaha dengan gigih membina
keyakinan diri dan seterusnya meningkatkan kualiti penambahan diri.

Saya berharap anda akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang
diceburi selepas ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua warga POLIMAS atas sumbangan yang diberikan dalam
menghasilkan graduan yang berkualiti.

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada para graduan yang berjaya


menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang. Kepada ibubapa
sekalian, syabas saya ucapkan kerana memberi galakan terhadap
anak-anak di dalam membuat pilihan mengikuti kursus-kursus
kemahiran di sini. Saya berharap agar kejayaan mereka pada hari ini
akan menarik lebih ramai lagi belia-belia lepasan sekolah mengikuti
program latihan berasaskan kemahiran bagi menjamin negara kita
mempunyai bekalan tenaga separuh mahir yang berterusan.

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang saya
akhiri ucapan ini dengan kalimah Wabillahhitaufik Walhidayah
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai