Anda di halaman 1dari 7

1) Konsep pensejarahan Melayu dan kepetingannya

Konsep

Konsep pensejarahan merupakah ‘rekod’ bagi kejadian yang sudah berlalu. ‘The
record of events or the events themselves’ Catatan peristiwa itui sendiri. Catatan
peristiwa tersebut melibatkan catatan yang benar atau tidak benar menjadi sandaran
pada kejadian dan peristiwa itu berlaku. Namun, catatan peristiwa tersebut haruslah di
nilai dengan konsep pemahaman yang mempunyai nilai yang boleh difahami dengan
perkaitan logik dan bukti dari sumber primer. Antara lain yang harus dinilai dengan
konsep sejarah ialah watak yang menjadi pelaku serta masa kejadian atau lebih
dikenali sebagai tarikh.

Selain itu, perkara yang melibatkan catatan peristiwa merujuk kepada ‘siapakah,
bagaimanakah, kaedah, pendekatan, teori, falsafah yang diguna pakai oleh pencatat.
Malah, jika penulis mengguna pakai sumber sekunder, bagaimanakah sumber
sekunder ini dikenalikan? Sejarah bolehlah dikatakan segala peristiwa yang telah
berlaku atau yang telah lepas sama ada ianya meliputi Ekonomi, sastera atau politik
dan sebagainya yang menyentuh tentang manusia maka ia bolehlah dikatakan sebagai
sejarah manakala maksud pensejarahan' pula ialah penulisan sejarah. Pensejarahan
juga merujuk kepada karya-karya sejarah secara keseluruhan alam melayu dan satu
bahagian yang terkandung dalam entiti politik melayu. Antara penulisan sejarah
melayu meliputi Sejarah Melayu, misa Melayu, Sejarah raja-raja Riau, Syair
Perang Siak, Silsilah Raja-raja Brunei, Hikayat raja-raja Pasai dan Hikayat Patani dan
banyak lagi. Selain itu, pensejarahan Eropah dilihat dari zaman klasik ke zaman era
awal kristian , zaman pertengahan Eropah dan zaman Byzantin selain Zaman Eropah
moden (termasuk abad ke-17-abad ke-20). Pensejarahan Islam pula, (Arab, Farsi
dan Turki) mengandungi zaman jahiliah / pra-Islam, dan zaman selepas Islam.

Pensejarahan India-zaman awal, bercorak raja-raja tenpatan, legenda dan mitos dalam
penulisan hanya penulisan Kalhana iaitu Rajatarangini yg boleh ditemui sekarang.
Kepetingannya

Apakah kepentingan penulisan pensejarahan sehingga boleh diperkasakan dalam


penulisan di zaman dahulu? Antara yang meyakini ialah mengangkat dan mertabat
penulisan melayu ialah karya tradisi melayu seperti sejarah melayu, misa melayu dan
hikayat acheh siak dan sebagainya. Kepentingan ini merujuk kepada pengajaran
walaupun telah dinyatakan oleh J.C Bottoms bahawa orang melayu mempunyai idea
dalam penulisan secara ‘ berhibur’ dan mempunyai corak penulisan yang melampau
dari segi pengunaan kata-kata yang bercampur baur dengan lagenda, khayalan dan
hiburan semata-mata. Yakni lebih kepada bentuk metofora tetapi mempunyai nilai
maksud yang tersirat. Dalam penjelasan oleh Profesor Khoo Kay Kim dan Zainal
Abidin Wahid menjelaskan lagi pendapat penggunaan mitos tersebut adalah untuk
mengkritik pihak atasan ( istana) dalam melangsungkan kuasa kepada rakyat jelata.
Sindirian dan teguran tersebut tidak boleh diperkatakan secara jelas, sebaliknya
mestilah secara terlindung tetapi mempunyai nilai sindiran yang terlindung di sebalik
karya mereka. Walaupun Roolvink dan R.O Winstedt menolak karya melayu yang
berbentuk mitos dan lagenda yang membawa unsur yang tidak mempunyai nilai,
tetapi sebenarnya penceritaan tersebut mempunyai agenda tersendiri dalam proses
menyindir dan kritikan kepada pihak raja yang telah membina empayar kekuasan
mereka secara luar biasa seumpama Tuhan. Ramai rakyat menderita akan tindakan
pihak raja.

2) Teras utama penulisan naskah-naskah melayu lama ( 10 markah )

Teras Golongan pemerintah / istana.

Golongan pemerintah dan istana mempunyai perkaitan langsung dengan penghasilan


tulisan manuskrip lama. Penulisan dimulakan dengan riawayat asal-usul, salasilah dan
pemerintah tiap-tiap raja seperti tulisan Hikayat Acheh dan penutupan.

Teras Pengaruh Hindu-Budha


Teras utama dalam pengaruh Hindu-Budha ialah menceritakan peristiwa dalam
riwayat serta mempunyai unsur rekaan serta disulami dengan imaginasi dalam
penceritaan. Malah digabung jalin dengan unsur mitos, lagenda serta simpolisme yang
menjadikan jalan cerita lebih menarik serta hebat apabila dibaca. Selain itu,
pendekatan lebih kepada bentuk penceritaan pendekatan kepada biografi dalam
penceritaan. Bagaiaman teras ini dipraktikkan dalam penulisan agar pembaca dapat
memahami konteks teks / penceritaan sebenar. Walaupun terdapat banyak unsur mitos

Konsep Hindu Budha dimasukkan dalam penulisan naskhah2 melayu lama seperti
konsep daulat dan tulah.Tujuan utama untuk mengangkat kedudukkan dan status raja-
raja melayu serta pemerintah.

Teras Pengaruh Islam

Tulisan jawi merupaka Misa Melayu yang unggul dan digunakan dalam penulisan
manuskrip lama. Banyak peristiwa telah dicatatkan dalam penulisan jawi dan
diterjemahkan dalam bahasa melayu. Misalnya parameswara memeluk Islam dan
menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah.Peranan golongan agama, Istana dan
surau dalam mengembangkan agama Islam di Alam Melayu.

Teras Kebudayaan dan tradisi

Puisi tradisional yg dimaksudkan ialah syair dan sangat pupolar / diminati oleh
masyarakat sekitar abad ke-19. Misalnnya teks nagara kretagama, syair pelayaran
Engku Puteri, syair Raja haji, Syair Raja Kecil, syair perang Makasar dll.

Terdapat 2 golongan syair iaitu: Menumpukan perhatian di sekitar Istana, menyanjung


raja dan negara kotanya. Mengambarkan peristiwa khusus dalam masa yang agak
singkat. Pengunaan teras kebudayaan dan tradisi lebih mendekati akan latar belakang
di zaman dahulu.

Teras bahasa
Teras utama dalam penulisan naskah melayu lama seperti Tulisan teks Sejarah
Melayu (1996) Tun Sri Lanang, teks Tuhfat Al-Nafis ( 1982) yang dikarang oleh Raja
Ali Haji dan Hikayat Merong Mahawangsa ( 1991) memperlihatkan teras gaya
penulisan sastera di bahagian awal penceritaannya dengan kemasukan unsur sastera
seperti mitos dan legenda. Seterusnya mempnyai unsur-unsur ini bergabung jalin
dengan kehidupan realiti sebenar masyarakat pada masa itu tetapi dilihat sudah
berkurangan kerana lebih memaparkan keadaan sebenar zaman sejak pemerintahan
keturuna dizaman dahulu iaitu merujuk cerita sejarah berkisar mengenai kemasukan
penjajah dan dapat dilihat bagaimana pengarangnya lebih banyak memaparkan cerita
yang bersifat realistik. Berkemungkinan besar, dunia kehidupan pengarang dengan
zaman pemerintahan penjajah.

Selain itu, teras tulisan ‘persuratan’ dipergunakan ialah dengan mempraktikkan


bahasa sebagai corak fokus penghantaran maksud yang tersurat dan tersirat. Dalam
teks sastera Hikayat Melayu ( 1998) telah menegaskan bahawa gaya bahasa sastera
yang baik ialah menggunakan bahasa persuratan yang mudah difahami. Secara
keseluruhannya, gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan teks iniialah bahasa
Melayu klasik yang biasa digunakan dalam penulisan teks sastera sejarah.Hikayat
Melayu ini dikarang pada tahun 1855, kira-kira enam tahun setelah Raja Akil
mangkat iaitu abad ke-19. Hikayat Melayu ditulis atas perintah Tuan Fandarwola .
misalnya tulisan tersebut dipergunakan dalam bentuk persuratan Tengku Said sebagai
penyurat Hikayat Melayu ini dikatakan Hikayat Melayu mengambil sumber dari

Sejarah Melayu, perlu dilihat juga teks Hikayat Melayu ini turut dijadikan sumber
kepada kewujudan teks sastera sejarah yang lain. Virginia Matheson, misalnya telah
dapat mengesan sumber-sumber bertulis yang digunakan oleh Raja Ali Haji dalam
penulisan Tuhfat Al-Nafis antaranya ialah Sejarah Siak yang dirujuk sebagai tulisan
yang bermotifkan penyampaian maklumat secara tersembunyi tetapi telah disusun
atur dalau ulasan dan tulisan yang berjudul Hikayat Raja Akil atau Hikayat Siak.

Beberapa teras bahasa yang digunakan sebagai lambang kepada peristiwa yang
berlaku serta motif dalam peristiwa tersebut. Teras seperti karya sindiran, pantun,
cerita mitos, lagenda, perumpaaan, gambaran, syair dan banyak lagi teras dipakai
dalam penulisan melayu lama dalam naskah mereka untuk pelbagai tujuan yang
mengindahkan sopan dalam tulisan mereka. Selain itu, menjelaskan jalan cerita dan
sindirian yang diguna pakai agar dapat difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat
pada masa itu. Teras bahasa ini mestilah terlindung agar tidak dihukum oleh pihak
Raja dan pemerintah. Teras bahasa dalam naskah ini memperkasakan lagi maksud
kepada masyarakat agar tidak menganggap Raja sebagai Tuhan semata-mata kerana
takut akan dihukum. Sebaliknya teras bahasa digunakan lebih melambangkan sebagai
kelemahan pada pemerintahan pada zaman itu.

3) Hujah Penerimaan dan penolakan naskah-naskah melayu lama ( 10 markah )

Penerimaan naskah melayu lama :

Sejarah melayu merupakan manuskrip yang memberi folus perbahasaan para


penyelidik sejarah dalam menghasilkan penulisan yang unggul dalam corak penulisan
yang memcampurkan kesemua unsur yang diperlukan agar dapat memberi inspirasi
serta bayangan masa dan waktu untuk suatu penceritaan. Yakni ini memberi
penjelasan yang ketara kepada pihak pembaca agar dapat menyelami akan peristiwa
tersebut. Dalam penulisan manuskrip dalam klasik melayu lama yang diterjemahkan
oleh Adbullah Munsyi, Dulaurier, Shellabear, Winstedt, Dato Madjoindo dan A.
Samad Ahmad.sebanyak 29 buah naskah salinan dan diterbitkan di Netherland, UK,
Indonesia dan Rusia. Selain itu pengelengaraan / pengedisian kitab ini telah dibuat
oleh SM telah diterjemaahkan ke dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Jerman,
Belanda, Jepun, Perancis, Tamil dan China. Antara penerimaan ini ialah merujuk akan
kehebatan penulisan Sejarah Melayu dari pelabagai sudut yang boleh ditengahakan
antaranya ialah:

I) Kesahihan peristiwa

II) Sumber primer yang dipercayai dari zaman dahulu kala

III) Sifat penegetahuan sejarah, pengetahuan dan kebudayaan serta ilmu sosiologi

masyarakat melayu lama


Menurut A. Teeuw menegaskan bahawa sifat ini tidak mempunyai kekurangan dari
segi pengetahuan sejarah. Demikian juga penerimaan yang dijelaskan oleh A. Samad
Said menegaskan bahawa penulisan naskah lama seperti Sulalatus Saloatin
mempunyai mutu penulisan yang tinggi serta menjadi pedoman dalam pengolahan
penceritaannya. Selain menitik berat akan ikthibar dan pedoman serta tauladan yang
mencerminkan kehebatan penulisan manuskrip di zaman lampau. Selain itu,
penerimaan penulisan ini atas dasar meletakkan agama sebagai sandaran hebat dalam
corak penulisan. Pengaruh dan kesannya. Selain menitik berat akan konsep daulat dan
tulah yang merupakan perjanjian persetiaan di kalangan rakyat terhadap Raja.
Demikian juga akan peneerimaan rentak irama yang harmonis tanpa bersifat
konmpromi dalam penmulisan ilustrasi telah menuju ke arah persepsi yang jelas oleh
pembaca. Menurut Barbara Watson Andaya (setelah membandingkan Misa Melayu
dengan sumber Belanda) Misa Melayu lebih bercorak first hand knowledge.
Penulisnya menyaksikan, merasai, melibatkan diri secara langsung dengan
perkembangan sejarah Perak itu sendiri. Ini juga antara penerimaan dalam dan luar
negara dalam penulisan naskah melayu lama.

Penolakan naskah melayu lama:

Pensejarahan Moden iaitu Leopold Von Ranke pada abad ke-19 merupakan salah seorang
penulis yang memberi pendekatan agak sinonim dengn penserjarahan yang memperlihatkan
bagaimana keadaan sebenar. Konsep pensejaraha lebih saintifik dan terperinci dengan adanya
cetusan idea dalam penulisan selain mendekati akan penceritaan serta kejadian sebenar. Di
oleh dengan bentuk penulisan yang bersifat terus’ dan mengurankan sifat anakronisme. Dalam
hujah beliau, menjelaskan agar tulisan tidak bercanggah dengan sumber primer sebenar.
Antara cara untuk mengelakkan penyelewengan penceritaan sebenar ialah dengan
mengurangakan penulisan berlebihan unsur mitos, lagenda, dongeng, seloka pantun,
guridnam, syair yang akhirnya akan membentuk penceritaan mitos. Penulisan seumpama ini
tidak bersandar pada fakta sebenar. Sebaliknya menjadikan penulisan seperti tiada asas
kejadian pensejarahan peristiwa. Antara contoh yang ditulis dalam Sejarah Melayu ialah
lahirnya keturunan raja dari buluh betung , puteri Raja dijumpai dari buih di sungai. Ini
mempamerkan kehebaratan dalam penulisan secara mitos dan sumber jenaka. Walaupun pada
asas penulisan adalah bersifat bayangan dan maksud tersirat.
Penolakan yang dibuat oleh pihak luar seperti negara Eropah meletakkan sifat penulisan
naskah melayu sebagai tulisan yang dongeng dan tidak berasas. Malah tidak mempunyai
disiplin sejarah yang jelas.