Anda di halaman 1dari 35
AUS. SAVANG Buku BACALAH SAYANG memperkenalkan satu “Formula” dan cara yang sistematik untuk membina kemahiran bacaan secara cepat dan tepat tanpa perl ‘mengenal keseluruhan abjad A-Z terlebih dahulu. Kaedah ini disusun berdasarkan konsep terus membaca dengan satu huruf satu hari melalui kaedah suku kata, Buku ini dihasilkan atas kesedaran: Bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang paling mudah dipelajarijika terdapat satu kaedah yang sistematik. 2. Wujudnya masalah yang dihadapi oleh guru tahun satu khasnya dan guru-guruamnya tentang kaedah untuk mengajar murid-murid membaca dan menulis dengan cepat dan tepat, sebelum mengajarkan kemahiran bahasa yang Iain, 3. Bahawa kemahiran bacaan seharusnya dibina secara konkrit melalui proses kenal huruf suku kata -» perkataan -» ayat dan seterusnya membaca petikan dengan intonasi yang betul. 4, Bahawa kaedah tradisi, menghafal dan mengenal kesemua huruf abjad dahulu sebelum boleh membaca, membuang masa dan membunuh minat murid-murid untuk menguasai kemahiran bacaan 5. Menginsafi_masalah guru dalam penyediaan bahan tersusun ke arah mengajar murid-murid menguasai kemahiran bacaan dan cekap menulis dalam jangka masa yang pendek agar dapat menguasai kemahiran yang lain dengan penuh minat dan berkeyakinan. 6. Bahawa buku ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Malaysia Tahun Satu khasnya dan Kelas Pemulihan untuk membasmi buta huruf. 7. Bahawa buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan ujian pengesanan untuk menilai tahap penguasaan dan kesukaran murid dalam menguasai kemahiran bacaan kerana bahan bacaan disusun berperingkat-peringkat. Sesungguhnya, buku ini dicipta dan disusun untuk mempercepatkan celik huruf dalam. kalangan murid-murid peringkat awal kanak-kanak lagi.Paparan ini akan dapat melahirkan kanak-kanak yang bersikap positif, berwawasan, dan pintar cerdas. Diharap buku ini dapat menyerap keprihatinan ibu bapa berganding bersama-sama guru ke arah celik huruf seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan pelajaran dalam Bahasa Malaysia ALS. SAVANG