Anda di halaman 1dari 12

EBOOK NI ADALAH RAHSIA ANTARA

KITA

TOLONG JANGAN SEBARKAN!

ANDA DAH BACA EBOOK PERCUMA


YANG KAMI BAGI SEBELUM INI?

TAPI MASIH TAK TAHU MACAM MANA


NAK CARI PEMBEKAL UNTUK UNTUK
MULAKAN PERNIAGAAN ANDA?

JOM KAMI AJAR CARA UNTUK CARI


PEMBEKAL DENGAN CARA YANG
SANGAT MUDAH!

TERUSKAN MEMBACA EBOOK INI


SAMPAI HABIS!
TEKNIK DAPATKAN SUPPLIER

Membeli barang dari pembekal bergantung pada bajet yang anda ada. Jadi anda boleh beli
stok barang secara borong ,runcit atau anda juga boleh jadi dropship.

1. BORONG - Jika anda mempunyai bajet yang banyak, saya sarankan anda terus beli
produk dalam kuantiti yang banyak. Maksudnya anda dapatkan stok produk dengan
cara wholesale/borong dan pastikan anda membelinya terus dari pembekal yang
sebenar. Biasanya jika anda beli lebih dari 100 unit, anda akan dapat harga yang murah
daripada pembekal.

2. RUNCIT- Jika anda ada bajet yang sederhana dan nak dapatkan produk di bawah 100
unit, disarankan anda dapatkan stok produk dengan cara belian runcit dari retailer
produk tersebut. Harganya akan jadi sedikit mahal dari wholesale, tetapi masih murah
dari harga pasaran.

3. DROPSHIP – Jika anda betul-betul mahu mulakan perniagaan secara online tanpa
perlukan modal, cara terbaik adalah dengan menjadi agen dropship. Dropship
merupakan salah satu cara perniagaan online yang terkenal zaman sekarang. Anda
boleh rujuk gambar di bawah untuk fahamkan sistem dropship yang sebenar.

Sistem Dropship
Dropship adalah satu model perniagaan yang mana anda tidak perlu simpan stok
produk, anda hanya perlu mempromosikan produk di laman web, facebook, instagram
dan pelbagai medium lagi. Apabila anda mendapat tempahan serta bayaran dari
pelanggan, anda perlu membuat tempahan kepada pembekal. Pembekal yang akan
menguruskan tempahan tersebut dan pos kepada pelanggan anda.

Contoh, harga agen dropship untuk 1 kasut ialah RM30, manakala harga pasarannya
ialah RM50, jadi apabila anda jual RM50 kepada pembeli, anda akan untung RM20.
Jadi anda sebagai agen dropship hanya fokus melakukan promosi manakala pembekal
hanya fokus memproses tempahan, urusan pengeposan produk kepada pelanggan
anda dan pengurusan stok.

Tapi untuk dropship di marketplace seperti Shopee,Lazada, 11street dan Lelong


sistemnya agak berbeza sedikit berbanding dropship biasa . Anda boleh rujuk gambar
di bawah untuk fahamkan sistem sebenar dropship di marketplace.

Sistem Dropship di Marketplace


Di marketplace anda akan menerima bayaran selepas pelanggan menerima barang yang
telah di hantar oleh pembekal. Untuk memudahkan anda faham saya akan terangkan
satu situasi peniaga yang menjual di Shopee dan menggambil barang dari pembekal
secara dropship.

Contohnya, pembeli membuat tempahan dan bayaran kasut yang berharga RM50 di
store Shopee anda, kemudian anda menerima notification dari store Shopee dan anda
membuat pesanan kepada pembekal anda dengan membayar RM30 menggunakan duit
anda terlebih dahulu. Selepas itu, pembekal akan terus menghantar kasut tersebut
kepada pembeli. Setelah pembeli menerima kasut tersebut barulah anda akan terima
bayaran RM50 dari Shopee.

CARA CARI AGENT DROPSHIP DI FACEBOOK

Ramai yang ingin mulakan perniagaan dengan modal yang rendah. Jadi saya sarankan anda
mencari pembekal untuk dropship di facebook kerana sangat ramai pemilik perniagaan
mengiklankan pernigaan mereka di facebook.

Langkah cari produk dropship di facebook group

1. Taip keyword dropship di ruang search facebook.


2. Klik see all result
3. Facebook akan paparkan group-group dropship yang ada. Anda boleh join group yang
mempuinyai ramai members.

4. Anda perlu buat post untuk cari pembekal barang yang anda ingin jual.
5. Ramai pembekal akan komen di ruang komen post anda. Selain itu, anda juga boleh
cari pembekal di post-post orang lain di group tersebut.
Contoh-contoh post yang anda boleh buat di group dropship
Langkah cari produk dropship di facebook page

1. Taip keyword dropship barang yang anda ingin jual di ruang search facebook.
2. Klik see all result

3. Facebook akan paparkan dropship barang yang anda cari dan anda boleh masuk ke
page berkaitan barang yang anda cari.
4. Scroll dalam page yang anda masuk untuk lihat barang-barang yang mereka jual.
Sekiranya anda berminat dengan barang yang di jual anda boleh terus message
mereka untuk urusan seterusnya.
CARA CARI AGENT DROPSHIP DI GOOGLE

Google merupakan medium carian yang paling terkenal. Jadi anda juga boleh cuba buat carian
dropship barang yang anda ingin jual di google.

Langkah cari produck dropship di google.

1. Taip keyword dropship barang yang anda ingin jual di ruang search google.

2. Masuk ke website dropship barang yang anda cari


3. Setelah masuk ke website dropship anda perlu cari contact no dropship untuk
bertanya lebih detail lagi.

TIPS UNTUK CONTACT DROPSHIP

Apa yang perlu anda tanya ketika contact dropship?

1. Adakah masih lakukan servis dropship produk tersebut?


2. Berapa harga agen dropship dan berapa harga jual di pasaran?
3. Adakah mempunyai yuran untuk jadi agen dropship?
4. Bagaimana proses dropship melalui vendor tersebut?
Tahniah kerana berjaya menghabiskan ebook kali ini!

Tapi…kali ni kami dah sediakan action plan supaya anda baca


dan terus mulakan business part time anda.

ACTION PLAN

1. Cari produk hot yang anda ingin jual


2. Market test produk/ Validate di group facebook untuk tengok permintaan
terhadap produk tersebut. Pastikan anda validate di group yang betul.
3. Cari pembekal produk. Anda boleh mulakan dengan dropship terlebih
dahulu untuk mengelakkan sebarang risiko
4. Buat promotion secara percuma di facebook profile, facebook group,
shopee, lazada dan medium lain untuk lajukan jualan anda.
5. Setelah dapat tempahan boleh terus contact agen dropship atau pembekal.

Jika anda pening tak tahu nak jual apa dan takut nak
keluarkan modal untuk stok??

Jangan risau sebab Tuan Ariel ada sediakan lebih 200 produk
yang boleh di dropship. Jadi anda tak perlu pening cari stock
dan tak perlu pening nak pos barang. Team Tuan Ariel akan
handle semua postage. Yang paling best anda dapat join group
support dan akan di bantu sekiranya ada masalah berkenaan
Shopee.

Berminat nak tahu lebih lanjut..Klik link kat bawah sekarang

>> http://buy.aksesinfo.com/shopee