Anda di halaman 1dari 5

SK.

BANDAR EASTER,
FELDA BUKIT EASTER, 81907 KOTA TINGGI,
JOHOR.

KURSUS
PENGURUSAN JENAZAH
SK BANDAR EASTER
2018
KERTAS KERJA KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
SK BANDAR EASTER
2018

1. PENDAHULUAN

Pengurusan jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim


kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah
memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus pengurusan jenazah
ini merupakan program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Agama Islam bagi
memenuhi aktiviti selepas UPSR dan juga untuk program Kem Bestari Solat kali ke-3
2018 SK Bandar Easter. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu pelajar
memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai
muslim. Program ini juga sebagai salah satu cara untuk menambah kefahaman dan
panduan ke arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat
melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

Pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam akan bekerjasama dengan SK Bukit
Waha untuk mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah ini. Semoga dengan
kerjasama ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua belah pihak dan
memberi ruang yang lebih banyak lagi untuk berkolaborasi di masa akan datang.

2. OBJEKTIF
1) Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara
pengurusan jenazah
2) Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan harian.
3) Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih
mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.

3. RASIONAL
Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini sebagai salah satu alternatif
yang baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang
betul.
4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun enam SK Bandar Easter dan SK Bukit Waha

5. ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam SK Bandar Easter dan Unit Kecemerlangan Tahun
Enam SK Bukit Waha

6. TARIKH
18 Oktober 2018 bersamaan 9 Safar 1440H (Khamis)

7. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Penasihat : Pn. Ngatina bt Senen– Guru Besar
6.2 Pengerusi I : En. Zainuddin bin Noh – ( GPK 1 – Pentadbiran )

6.3 Pengerusi II : Pn. Fazilah bt Harun – GPK Hal Ehwal Murid.


6.4 Pengerusi III : En. Mohamad Halim bin Isa – GPK Kokurikulum
6.5 Penyelaras : En. Mohd Sobirin bin Mohd Azehar
6.6 Setiausaha : Cik Rinda bt Hamin
6.7 Bendahari : Pn Rafidah bt Ismail
6.8 Buku program : En Khairul Izuri b Kasmuri
6.9 Persiapan tempat : En Mohd Azmi b Abu
6.10 Fasilitator :

Kumpulan Fasilitator
Kumpulan 1 1. Pn. Siti Khamisah bt Md Taha
2. En Afandi b Salam
Kumpulan 2 1. Pn Rosliana bt Ribon
2. Pn Jasminarti bt Abd Latif
Kumpulan 3 1. Pn Rafidah bt Ismail
2. Pn Siti Norhuda bt Misni
Kumpulan 4 1. Pn Dalila bt Sukar
2. Pn Juwita bt Akal Ali
6.11 Penceramah : 1. Ust Muhammad Adzrul bin Ismail
2. Haji Jamaluddin b. Kasban
3. Haji Wagiman

8. Anggaran Belanjawan

Perkara Bil Jumlah


Saguhati penceramah 1 RM100.00

Makan murid RM4.50 x 61 RM274.50


JUMLAH RM374.50
RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS TUJUH PULUH EMPAT LIMA PULUH SEN SAHAJA

9. TENTATIF PROGRAM

7:30 pg : Bergerak ke masjid daripada sekolah


7:45 pg : Taklimat program
8:00 pg : Memandikan jenazah amali & praktikal
9.00 pg : Mengafankankan jenazah amali & praktikal
10.00 pg : Rehat
10.30 pg : Taklimat solat jenazah
Rukun solat
Bacaan solat
Praktikal solat jenazah
12.30 tgh hari : Sesi soal jawab
Solat Zohor
Penutup
Penutup
Kursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan satu
amali yang sangat praktikal dan penting sebagai persediaan kepada mereka. Di samping
itu diharapkan program ini akan mampu memberi ilmu yang dapat dimanfaat sepanjang
hayat oleh murid-murid SK Bandar Easter. Semoga Allah menjadikan usaha ini ikhlas
semata-mata hanya keranaNya dan diterima olehNya sebagai amal soleh.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

( Mohd Sobirin bin Mohd Azehar )


Penyelaras Kursus Pengurusan Jenazah
SK Bandar Easter
1440H/2018