Anda di halaman 1dari 36

APA ITU DADAH?

Istilah ‘Drug’ dalam Bahasi Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan.Untuk
memberi takrif penyalahgunaan kepada ‘drug’,perkataan ‘use’,"misuse" atau ‘abuse’ perlu
digunakan bersama-sama dengan perkataan drug.Manakala dalam pengertian Bahasa
Malaysia,dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian
penyalahgunaan.Ini bermakna perkataan penyalahgunaan atau salahguna tidak boleh diikuti dengan
perkataan dadah.Perkataan dadah sudahpun menunjukkan yang ia disalhgunakan.Dalam hal
ini,perkataan penggunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi
menggambarkan penggunaan dan juga masalah-msalah yang berkaitan dadah.
APAKAH PERGANTUNGAN KEPADA DADAH?

1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara

kerap dan berterusan iaitu:-

(a)Pergantungan secara Psiki/Psikologi

Pergantungan secara psikik/psikologi merupakan satu keadaan di mana penagih

mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi

secara normal serta mencapai ketenangan jiwa

(b)Pergantungan secara Fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan pengih memerlukan

dadah untuk proses fsiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan

menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu

dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan

semasa tidak menggunakan dadah dalam masa yang tertentu.Antara tanda-tanda

pergantungan ialah sakit perut,muntah-muntah,menggeletar dan sebagainya.

2. Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah

yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam

mengatasi gejala tarikan .Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap

kepuasan /kelegaan yang sama.Peningkatan daya tahan tidak semestinya berlaku

kepada seseoran yang bergantung kepada dadah.

3. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:-

(a)Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian.

Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup seperti makan dan minum

(b)Daya tahan meningkat

(c)Mengalami gejala tarikan apabila tidak mengambil dadah

(d)Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah,lebi-lebih lagi apabila cuba

mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat mengawal

jumlah dan kekerapan penggunaan

(e)Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti mengguna

dadah untuk beberapa waktu.


4. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah

Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung kepada

beberapa faktor seperti berikut:-

(a)Jenis Dadah

Perbezaan dari kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samada ia merosot (contohnya heroin)
atau merangsangkannya(contohnya amfetamin dan kokain)

atau merosot dan merangsangkannya (contohnya ganja)

(b)Jumlah Digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,Contohnya,dos kecil heroin
mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan
menyulitkan pernafasan dan membawa maut.

(c)Cara Penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara(samada ditelan,suntik,hidu,hisap atau diguna bersama dadah
lain),jangkamasa dan kekerapan mengguna.

(d)Keadaan Individu

Kesan adalah bergantung kepada unur,jantina,berat badan,kesihatan,daya tahan, pengalaman


penggunaan dadah,’mood’ dan aktiviti penagih.

(e)Situasi Ketika Mengguna

Keadaan/tempat mengguna dadah dan samada ada atau tiada orang lain hadir bersama.
JENIS-JENIS DADAH

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a.) Opiat dan opiat sintetik

b.) Stimulan

c.) Ganja

d.) Halusinogen

e.) Depresen

f.) Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna


A.) APA ITU OPIAT?

Dadah jenis opiat diperoleh daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi,
lau ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
JENIS-JENIS OPIAT

1.) MORFIN

 Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu mentah.
Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat
atau morfin hidroklorik.
 Cara Menggunakan :
o Menelan
o menyuntik
 Nama Jalanan :
o 'M'
o 'White powde'
o 'Monkey'
o 'Morpho'
 Morfin Mentah:
o Berbentuk blok/sebuk
o bertanda '999’
o Mengandungi 70%-90% morfin
o Heroin No. 1
 Bes Morfin:
o Seperti serbuk kopi halus
o mengandungi 60%-70% morfin
 Pil-Pil Morfin
 Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid
 pil kecil berwarna putih/coklat pucat.
2.) HEROIN

 Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.
Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil
daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

 Cara Mengunakan :
 Menyuntik
 menghidu
 menghisap
 Nama Jalanan:
 'Fit'
 'Fun'
 tepung
 Cik putih
 barang
 'Penang pink'
3.) KODEN

 Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin.
Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan
sebagai ubat batuk.

 Cara Menggunakan :
o Menelan
o Menyuntik
 Nama Jalanan :
o Ubat batuk
4.) CANDU

 Candu adalah sejenis narkotik yangmempunyai fungsi menekan dan memperlahankan


aktiviti sistem saraf tunjang. candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada
warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik)
apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
 Cara Menggunakan :
o Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the dragon'.
 Nama Jalanan :
o 'Black Stuff'
o Opium
o Madat
o Tar
5.) OPIAT SINTETIK

 Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan


'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan
digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan
dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
 Cara Menggunakan :
o Menelan
o menyuntik
 Nama Jalanan :
o 'Fizzies'
o 'Dollies'
STIMULAN

Stimulan merupakan bahan psikaktif yang meragsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis
stimulan iaitu jenis amfetamin atau 'Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.

JENIS-JENIS STIMULAN

1.) AMFETAMIN
 Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine' adalah dadah yang
sangat merbahaya.
 Cara Menggunakan :
o Menelan
o Menyuntik
o Menghisap
o menyedut ('chasing the dragon')

2.) METHAMPHETAMINE
 'Methamphetamine hydrochloride' merupakan satu jenis dadah yang berada dalam
kumplan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti
tawas. Contoh 'methamphetamine hydrochloride' yang biasanya terdapat di
Malaysia ialah syabu dan yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak
mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
 Cara Menggunakan :
o Menghisap
o menyedut ('chasing the dragon'
 Nama Jalanan :
 'Ice'

3.) KOKAIN
 kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di
Peru, Bolivia dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak
digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping
negara-negara Eropah.
 Cara Menggunakan :
o Menyuntik
o Menghidu
o menghisap
 Nama Jalanan :
o 'Coke'
o 'Crack'
o 'Snow'
o 'Flake'
 Kokain 'Freebase' adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk
'granules'. Crack' mempunyai ketulenan sehingga 905 dan sangat berbahaya
kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4.) MDMA
 'Methylenedioxy-methamphetamine' (MDMA) merupakan analog meskalin dan
amfetamin. Ia dipanggil 'fell good drug' dan boleh meningkatkan daya tahan
pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita
rasa pengguna muda.

5.) OPIAT SINTETIK

 Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone'


dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan
opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini
'methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
 Cara Menggunakan :
o Menelan
 Nama Jalanan :
o 'Ecstasy'
o 'XTC'
o Dadah Musuh No. 1 Negara.
Dadah dan Anda!

 Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use",
"misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya
"drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
 Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah
laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang
menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup
anda.
 Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda
sekiranya anda tidak sihat.
 Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman
dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
 Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana
dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan
sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import,
eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
 Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang
disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya

 Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :
 Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
 Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang diperoleh
secara haram.
 Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
 Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah

 Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
o Opiat dan Opiat sintetik
o Stimulan
o Ganja
o Halusinogen
o Depresen
o Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
o Hebahan Terkini
Program Kampus Bebas Dadah USIM 2015

Konsert Festival Future Music yang sepatutnya berlangsung pada 13 Mac hingga 15 Mac hujung
minggu lalu dibatalkan pada hari ketiga (15 Mac 2014) berikutan berita mengejutkan insiden
kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang
yang masih koma/kritikal kesan daripada pengambilan dadah dan alkhohol. Pada 15 Mac 2014
seorang lagi mati akibat yang sama iaitu kesan daripada pengambilan dadah dan alkohol.

Menurut laporan Utusan Malaysia, dadah yang dikesan membunuh enam penonton konsert
antarabangsa Future Music Asia 2014 berkemungkinan adalah dadah sintetik baharu yang belum
dipasarkan di negara ini.

Difahamkan, dadah berkenaan diseludup masuk dari negara jiran dan sememangnya dibawa khas
untuk mereka yang menghadiri konsert terbabit. Sumber memberitahu, setakat ini polis masih
belum dapat memastikan jenis dadah yang digunakan, meskipun mereka mengaitkan kematian
mangsa dengan dadah sintetik jenis methamphetamine. Pakar perubatan juga berkata beberapa
kapsul dadah yang dijumpai dalam badan mangsa sukar untuk dikenalpasti.

Polis menerangkan lagi, dadah yang diambil oleh mangsa ketika menghadiri konsert berupa kapsul
dan dijual dengan harga yang rendah. Individu yang mengambil dadah itu juga dikatakan akan
mengalami peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga boleh mengakibatkan tidak
sedarkan diri di samping keluar darah menerusi hidung dan telinga. Sumber memberitahu bekalan
dadah itu mungkin dibawa oleh warga asing.

Oleh itu, Wanista ingin berkongsi info mengenai dadah jenis baru dan kesan pengambilannya.
1. KANABIS (GANJA)

Jenis:

Ganja mengandungi Tetrahydro-Cannabional (THC) – Daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang
dikeringkan dan kadangkala bercampur dengan bijinya

Hashish – Getah pucuk bunga kanabis yang dikeringkan. Berwarna coklat/hitam berbentuk
serbuk/bebola

Minyak Hashish – Cecair pekat dan berbagai warna dari tidak berwarna hingga warna hitam

Kesan:

Kesan fizikal

Bahan kimia terutamanya bahan psikoaktif yang diberi nama Delta 9 – Tetrahydro-Cannabinol (THC)
yang terdapat dalam kanabis akan berkumpul di dalam badan manusia dan mengambil masa lebih
kurang 4 minggu untuk keluar dari tubuh mengikut proses fisiologi normal. Jika seseorang itu terlibat
dengan kanabis terus menerus dalam satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul dalam
semua sel tubuh terutamanya sekali di bahagian otak, paru-paru dan organ pembiakan.

Kesan ke atas peparu

Kanabis mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang singkat (18-24
bulan). Asap yang mengandungi bahan kimia serta racun seperti karbon monoksida dan ammonia
akan merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang berfungsi sebagai penapis bahan asing dan
bakteria. Akibatnya paru-paru akan menjadi hitam dan kerosakan struktur paru-paru yang teruk dan
boleh mengakibatkan kanser.

Kesan ke atas jantung

Kanabis mengubah fungsi jantung. Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan menjejaskan
pengaliran darah yang boleh mengakibatkan sakit dada bagi mereka yang menghidap sakit jantung.

Kesan ke atas sistem pembiakan – lelaki

Kanabis menyebabkan pengeluaran hormon testosterone merosot dan mengakibatkan ketidak


seimbangan hormon yang boleh merubah keadaan fizikal seseorang lelaki. Ia juga boleh
mengurangkan bilangan sperma atau menambah sperma yang tidak normal. Bagi mereka yang
mengambil kanabis dalam kuantiti yang banyak dan jangkamasa yang lama akan mengakibatkan
mati pucuk.
Kesan ke atas sistem pembiakan – perempuan

Kanabis boleh menyebabkan kedatangan haid yang tidak menentu dan berkemungkinan kurangnya
bilangan telur di dalam ovari. Jika seseorang ibu itu menagih kanabis, kemungkinan bayi yang akan
dilahirkan mengalami gejala tarikan (withdrawal symptoms) yang teruk kerana berada di bawah
pengaruh THC yang terdapat di dalam darahnya.

Kesan ke atas mental

Menagih kanabis boleh mengubah persepsi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka
pendek. Ia juga boleh mengurangkan keupayaan melaksanakan tugas yang memerlukan tumpuan
dan koordinasi. Satu reaksi daripada penggunaan kanabis ialah perasaan cemas yang datang dengan
tiba-tiba. Seseorang itu akan menjadi bimbang dan syak sehingga merasa dirinya tidak terkawal lagi.
Ia merosakkan personaliti secara keseluruhan dan menyebabkan seseorang itu mengasingkan diri
dari keluarga. Perubahan yang paling ketara ialah sikap tidak peduli, kurang motivasi dan tidak
mengambil berat tentang masa depan.
2. STIMULAN

Jenis:

Amphetamine – Kapsul, pil, tablet

Metafetamin – serbuk putih, berbentuk kristal, seperti kristal, pil

Kesan:

Perasaan yakin pada diri sendiri, bertenaga dan cergas serta dapat melakukan apa jua jenis
pekerjaan. Menggeletar. Rasa resah gelisah. Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2-3 hari. Tidak
merasa lapar dan penat. Bercakap berlebih-lebihan. Selain itu, berlaku penurunan berat badan dan
tekanan darah tinggi serta denyutan jantung yang tidak stabil.

Keadaan gila yang dipanggil psikosis selepas mengambil satu dos besar amfetamin atau selepas
menggunakan beberapa dos biasa dengan berterusan. Seseorang akan mengalami paranoia atau
perasaan syak wasangka dan takut terhadap orang lain. Halusinasi juga mungkin berlaku yang
menyebabkan kelakuan menjadi agresif terhadap orang lain.

Mengambil amfetamin dalam jangka waktu yang panjang akan mengakibatkan pergantungan fizikal
dan mengalami gejala tarikan. Penagih kronik menjadi psikotik, bingung dan hilang daya ingatan
selama 6-12 bulan selepas berhenti menggunakan amfetamin.
3. DEPRESEN

Jenis:

 Barbiturat – Kapsul yang bewarna merah, kuning dan biru.


 Methaqualone – Tablet
 Tranquilizers – Tablet kapsul

Kesan:

Kesan depresen lebih menyerupai kesan alkohol. Pengambilan dos yang tinggi menyebabkan
pertuturan menjadi kurang jelas, persepsi tidak tepat, berjalan terhoyong hayang, hilang
pertimbangan, marah-marah, hilang daya ransangan dan suka bertengkar.

Apabila penggunaannya dihentikan dengan tiba-tiba, gejala tarikan seperti berikut akan berlaku:

 Tidak boleh tidur


 Lemah anggota badan
 Suhu badan meningkat
 Tekanan darah menjadi rendah
 Sakit-sakit anggota badan
 Muntah-muntah
 Bingung
 Sawan atau maut
4. HALUSINOGEN

Jenis:

 Phencyclidine – Cecair, kapsul, serbuk kristal berwarna putih


 Lysergic Acid Diethylamide – tablet yang berwarna terang, blotter paper, cecair
 Mescaline dan Peyote – berwarna coklat, tablet, kapsul
 Psilocybin – cendawan kering atau segar

Kesan:

Halusinogen adalah sejenis dadah yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual
dan menyebabkan berlakunya ilusi sehingga amat susah membezakan yang benar dan yang tidak.

Penggunaan PCP menunggu fungsi ‘neocorteks’ dalam otak yang menyebabkan seseorang itu tidak
merasa sakit dan akan mencederakan diri sendiri. Koordinasi otot-otot menjadi lemah, percakapan
juga tidak dapat difahami dan daya ingatan yang lemah. Mengalami halusinasi dan paranoia.

Gambar:www.lepotaizdravlje.rs

Gambar:www.lepotaizdravlje.rs
5. KOKAIN

Jenis:

 Kokain – Serbuk kristal putih yang dicampur dengan lain-lain campuran


 Crack – Ketulan kristal yang berwarna coklat muda

Kesan:

 Bercakap berlebih-lebihan dan dengan mengambil dos yang tinggi menyebabkan percakapan
tidak difahami oleh orang lain.
 Tidak dapat tidur
 Tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri
 Halisinasi dan paranoia
 Desakan untuk melakukan kerja berulang-ulang

Kokain akan menyebabkan pergantungan fizikal dan psikologikal di mana seseorang itu merasakan
dirinya tidak dapat berfungsi tanpa menggunakan dadah jenis ini.

Boleh menyebabkan kematian jika diambil secara berterusan kerana ia menjejaskan fungsi jantung
dan sistem pernafasan.

Gambar:www.theguardian.com

Gambar:www.theguardian.com
6. DESIGNER DRUG

Jenis:

 Analog Fentanyl – serbuk putih menyerupai heroin


 Analog Meperidine – serbuk putih
 Analog Amphetamines and Methamphetamines – serbuk putih, tablet, kapsul
 Analog Phencyclidine – serbuk putih

Kesan:

Designer drug merupakan satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang telah diubahsuai akan
struktur molekularnya. Dadah jenis ini mempunyai kesan yang lebih berganda lebih kuat daripada
dadah yang asal.

Pengambilan dadah seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami simptom seperti yang
terdapat pada pesakit Parkinsons seperti menggeletar yang tidak boleh dikawal, pertuturan yang
tidak jelas, lumpuh dan kerosakan yang teruk pada otak.

Analog amfetamin dan metamfetamin mengakibatkan rasa loya, penglihatan yang kabur, keadaan
badan yang berpeluh dan pitam.

Kesan psikologikal pula menyebabkan seseorang itu merasa cemas, mengalami tekanan perasaan
yang teruk dan paranoia. Jika penggunaannya diteruskan ia akan menyebabkan kerosakan pada otot.
7. OPIAT

Jenis:

 Heroin – serbuk yang berwarna coklat tua menyerupai tar


 Methadone – cecair
 Kodein – cecair berwarna, kapsul, tablet
 Morphine – kristal putih, tablet, kapsul
 Meperidine – serbuk putih, cecair, tablet
 Candu – serbuk berwarna coklat atau putih

Kesan:

 Meninggalkan kesan euforia dan diikuti dengan rasa pening, mual dan muntah
 Mata berair dan gatal dan mata hitam mengecil
 Mengambil dos yang berlebihan akan menyebabkan kesukaran bernafas,koma dan boleh
membawa maut
 Gejala tarikan cepat berlaku dan boleh membawa kepada pergantungan secara fizikal
 Penggunaan opiat di kalangan ibu mengandung akan mengakibatkan kandungan mati atau
prematur serta gejala tarikan yang teruk.

Antara sebab mengapa mangsa mengambil dadah

Mereka mengambil dadah untuk mengubah perasaan mereka. Seringkali mereka ingin mengubah
situasi mereka. Sekiranya mereka kemurungan, mereka ingin gembira. Sekiranya mereka rasa
tertekan atau gementar, mereka ingin merasa tenang. Dengan mengambil dadah, mereka seringkali
berfikir bahawa mereka boleh menjadi seseorang yang mereka ingini

Untuk mengelak daripada tidur supaya mereka boleh mengulangkaji atau untuk membebaskan diri
daripada kehidupan akademik mereka.

Mereka ingin menyesuaikan diri dan tidak mahu menjadi hanya seorang di kalangan rakan-rakan
sebaya yang tidak melibatkan diri.

Mengambil dadah kerana mereka rasa bosan. Mereka mengambil dadah untuk mendapatkan
keseronokan kerana tiada perkara lain yang menarik minat mereka.

Dipengaruhi oleh dunia hiburan yang menunjukkan bahawa dadah merupakan sesuatu yang menarik
dan bergaya.

Anak muda mengambil dadah kerana mereka berfikir bahawa mereka akan kelihatan seperti orang
dewasa.

Ada di antara mereka mengambil dadah kerana mereka ingin memberontak. Mereka beralih kepada
dadah bukan untuk mereka sendiri, tetapi untuk membuat kenyatan terhadap orang lain, seperti
keluarga-keluarga mereka atau masyarakat amnya.

Sumber: 1, 2, 3, 4
PENGERTIAN DADAH DAN JENIS-JENIS DADAH; satu tinjauan di negeri Sabah

Sumber: http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat...nalan_dadah.htm

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh
badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang
atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1. Opait

2. Perangsang (stimulants)

3. Penekanan (Depressants)

4. Hallucinogen

5. Ganja (Cannabis)
OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:-
Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-
duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu.
Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat
yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan.
Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis
dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-
tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan
kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak
dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DI NEGERI INI (rujuk web sumber asal)

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak
berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau
marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas
penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti
berikut:-

Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.

Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.

Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu
kumpulan yang sebaya dengannya.

Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.

Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.

Kerana keporak perandaan rumahtangga.

Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.

Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.

Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan


pengaruhnya.

Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.


DADAH YANG TERKENAL DI SABAH

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan
SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu
sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama
yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-
pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin.
Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah
adalah seperti berikut:-

ICE

GLASS

CRACK METH

HIROPONG

BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka
panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya (
colourless rock-like transparent granules) yang halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)


Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan
yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup
bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih
syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis

Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III
Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara
bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3

2. LATAR BELAKANG

2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak
perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu
perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur
untuk tempoh masa yang panjang;

2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah
askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak
manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah
supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang
kadangkala boleh mendatangkan maut;

2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh
pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara
Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk
kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di
Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di
negara tersebut.

3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan,
Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya
dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan,
Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh
pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat
juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu
masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:

3.1.1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);

3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan

3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram
dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah
Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke
Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P.
Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula
masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei
melalui daerah Sipitang.
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali.
Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;

4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding
dengan pesos di Filipina; dan

4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna
seperti berikut:

4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;

4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;

4.4.3. Keseronokan dan khayalan;

4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan

4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan
sehingga beberapa jam kemudian.
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang
dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk
menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:

5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;

5.1.2. Dalam motor starter;

5.1.3. Lampu Kalimantang;

5.1.4 Bekas stater kalimantang

5.1.5. Bekas tin bedak;

5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan

5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-
pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan
memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga
sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah
yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang
dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau
dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding
dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit
atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan
dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan
plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota
Kinabalu dan lain-lain daerah.

6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa
bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China White

ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I - Cristal Stones

Gred II - China White

Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa
panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;


Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;

Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan

Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);

Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;

Keracunan pada sistem saraf tunjang;

Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;

Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan

Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar
diubati.

Anda mungkin juga menyukai