Anda di halaman 1dari 16

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk

menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang


berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan
juga ibu bapa.
Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini
juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian
digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di
dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.
Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan
dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi
sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada
nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang
didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.
Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok
putih atau
berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja,
maka
pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju
kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat
supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui
lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan
kehidupan nabi.
ADAT RESAM MELAYU

Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya.
Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan
kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari
nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-
amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi
kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam
kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-
mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta
tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.

Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya
adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta
ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat
adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil
ritual.

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di
negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan
nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa
oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini
dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran
cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang
memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu
mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada
juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa.
Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di
dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan
Durhaka.
Pengenalan

Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, puisi merupakan salah satu daripada


kesusasteraan rakyat yang lahir dalam bentuk tradisi lisan. Puisi ini lahir dalam berbagai-
bagai masyarakat. Menurut Ismail Hamid (1986), puisi ini berkembang melalui pertuturan
dan diwarisi lisan dari generasi ke generasi yang lain menerusi tradisi lisan. Dengan kata
lain, puisi merupakan hasil kesusasteraan yang diwarisi dari zaman lampau yang
dirakamkan dalam bentuk ingatan oleh ahli-ahli masyarakat dan dianggap sebagai milik
bersama mereka.

1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Syair

Menurut Raja Ali Haji dalam Cendekia Kesusasteraan Melayu Tradisional


(1987:126)…erti syair ialah susunan perkataan yang berirama sama pada bunyi
akhirannya. Ia wujud berpasangan namun ia tidak sama seperti gurindam serta tidak
memerlukan kesempurnaan pasangan.

Penjelasan yang diberikan oleh Ismail Hamid (1987:247) nampaknya lebih khusus
tentang syair Melayu. Menurutnya :

Syair dalam Kesusasteraan Melayu mengambil pengertian rangkap-rangkap bersajak


yang terdiri daripada empat baris yang berjodoh bunyinya di hujung ke empat-empat baris
dengan sajak a-a-a-a. Setiap baris mengandungi empat kata yang mempunyai 8,9,10
atau 12 suku kata.

Alwi Salim (1983:61) pula berpendapat, syair ialah satu karangan yang tersusun rapi
perkataannya secara berangkap-rangkap dan seimbang serta mempunyai pertentangan
bunyi yang sama pada hujung tiap-tiap barisnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa syair adalah


karangan berangkap yang terdiri daripada empat baris serangkap dengan persamaan
bunyi pada hujung setiap barisnya.

1.2.2 Endoi atau Berendoi

Endoi bermakna buaian. Adat-istiadat berendoi pula bermakna adat membuai anak kecil.
Endoi ini biasanya dilagukan dalam adat berendoi iaitu menyambut kelahiran bayi. Lagu-
lagunya pula tetap dalam bentuk syair (Harun Mat Piah, 1989:226)

1.3 Batasan

Dalam tugasan ini, Penulis akan membincangkan aspek-aspek definisi, ciri-ciri dan fungsi
syair yang merupakan salah satu daripada genre puisi Melayu tradisional dengan
berdasarkan bahan dokumentasi“Syair Berendoi”.

1.4 Kaedah

Penulis menggunakan kaedah perpustakaan, temuramah dan juga rakaman dalam


menyiapkan tugasan ini.

2.0 Syair Berendoi

2.1 Latar belakang syair

Syair adalah salah satu kelompok puisi Melayu tradisional yang tergolong dalam sastera
rakyat. Menurut Siti Hawa Hj. Salleh (ed. 1987:123), syair sebagai satu genre puisi telah
lama wujud seperti bentuk puisi tradisional. Syair terawal yang masih wujud dianggap
berasal dari seorang ahli mistik Sumatera abad ke-16 Hamzah Fansuri dan bentuk ini
masih terus dipergunakan selewat-lewatnya dalam tahun 50-an.
Syair merupakan salah satu seni yang lahir hasil daripada pengaruh Islam di alam
Melayu. Orang Melayu mengenali syair sejak zaman bermulanya Islam bertapak di alam
Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapatnya bentuk syair seperti kitab al-
luma’,Fusus al-Hikam,al-Insan al-Kamil yang mula-mula dibawa pengembang agama ke
Melaka (Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996:xxx) Sebaliknya, asal-usul pemakaian kata-
kata syair dan penciptaanya masih lagi menjadi isu perbahasan di kalangan sarjana.
Mohd. Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (1985:viii) menyatakan, sejauh ini
terdapat empat pendapat yang berbeza :

i. Kata-kata syair itu datangnya dari Arab-Parsi,maka syair dianggap datang dari luar.

ii. Meskipun kata syair ada kaitannya dengan bahasa Arab-Parsi,tetapi bentuk syair
adalah ciptaan orang Melayu di Nusantara ini.

iii. Syair sudah ada sejak abad ke-15 di Melaka.

iv. Syair di karang oleh Hamzah Fansuri dan berkembang selepasnya.

Walaupun begitu, kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa istilah syair adalah berasal
daripada bahasa Arab yang bermakna puisi secara umumnya. Dalam masyarakat Melayu
istilah syair telah diterima pakai menjadi satu istilah khusus. Justeru, Harun Mat Piah
(1989) membuat rumusan bahawa syair Melayu adalah hasil ciptaan asli masyarakat
Melayu sendiri. Ini dapat dilihat dari kenyataannya (1989:216) :

Daripada pemeriksaan yang ringkas itu dapatlah dibuat kesimpulan iaitu syair Melayu
tidak dibuat berdasarkan puisi Arab atau Parsi. Jika demikian, nyatalah benarnya
pendapat yang mengatakan syair Melayu sebagai ciptaan masyarakat Melayu.

Dalam sesebuah syair, apa yang dipentingkan ialah ceritanya yang dijadikan dalam
bentuk berlagu supaya dapat dinyanyikan dengan menarik sekali. Hal ini sesuai dengan
tujuan dan peranan syair dahulu dengan masyarakatnya iaitu bertujuan untuk
menghiburkan.

2.2 Ciri-ciri

2.2.1 Bentuk
Lazimnya dalam syair Melayu bentuk yang biasa ditemui ialah empat baris serangkap
dengan rima akhirnya a/a/a/a. Walaupun begitu terdapat juga bentuk-bentuk yang lain.

Keseluruhannya, syair Berendoi ini mempunyai empat baris serangkap dan terdapat
empat perkataan dalam sebaris. Ini dapat dilihat seperti berikut:

Ibu bapamu berdoa selalu

Supaya kamu dimasukkan iman

Inilah saja pesan ibumu

Sabar itu kepala ilmu

Manakala bilangan sukukatanya terdiri di antara 9 hingga 12 suku kata.

Contoh:

Ib/u ba/pa/mu ber/do/a se/la/lu (11 suku kata)

Su/pa/ya ka/mu di/ma/suk/kan i/man (11 suku kata)

I/ni/lah sa/ja pe/san i/bu/mu (10 suku kata)

Sa/bar i/tu ke/pa/la il/mu ( 9 suku kata)

Syair Berendoi juga mengambil bentuk syair namun terdapat sedikit perubahan pada
susunan rima akhirnya. Dalam syair ini, terdapat beberapa pola susunan rima akhir,
antaranya :

i. a/a/a/a

Bentuk ini cukup biasa ditemui dalam syair Melayu dan penggunaannya begitu dominan
sekali. Dalam syair Berendoi, penggunaan susunan rima akhir a/a/a/a ini dapat dilihat
dalam rangkap berikut :

Dua puluh lima rasul pilihan

Nama tersebut di dalam Al-Quran

Martabat yang tinggi dilebihkan tuhan


Hendaklah kita imankan

Mula pertama nabi Allah Adam

Nenek manusia kafir dan Islam

Mula asalnya dari Islam

Di tempat Jibarail tanah segenggam

Dalam rangkap 1 di atas, rima akhir setiap ungkapan ialah a/a/a/a dengan bunyi suku
kata an/an/an/an manakala rangkap 2 juga mempunyai rima akhir a/a/a/a dan bunyi suku
katanya am/am/am/am

ii. a/b/a/b

Susunan rima akhir a/b/a/b ini ditonjolkan melalui seperti berikut dengan bunyi suku kata
an/ta/an/ta, iaitu :

Ayuhai budak yang cantik rupawan

Lahirlah kamu ke alam nyata

Untuk berbakti kepadanya tuhan

Dunia akhirat wajib serta

iii. a/a/a/b

Susunan rima kahir ini terdapat dalam rangkap terakhir dalam syair Berendoi ini seperti
berikut :

Ilmu yakin mula pertama

Dipetualah sekalian ulama

Itulah menjadi pakaian kita

Kepada Allah kita berserah

Dalam aspek ini umumnya dari segi bentuk, syair berendoi ini adalah menepati dengan
ciri-ciri yang berikan oleh Harun Mat Piah (1989:231-239):
i. dua baris serangkap, dengan rima a-b,a-b dan seterusnya.

ii. Tiga baris dengan rima a-a-b, a-a-b dan seterusnya.

iii. Empat baris dengan rima a-a-a-a.

iv. Empat baris dengan rima a-b-a-b

v. Empat baris dengan rima a-a-b-b.

vi. Empat baris dengan skema rima a-a-a-b, c-c-c-b, d-d-d-b dan seterusnya.

vii. Empat baris dengan skema rima a-a-a-b, c-c-c-d, e-e-e-f dan seterusnya.

viii. Empat baris serima (monorhyme)

ix. Empat baris dalam bentuk berkait.

Jika diteliti, biasanya dalam setiap satu baris syair, akan terdapat hentian pendek di
pertengahan barisnya menjadikan baris tersebut terbahagi kepada dua. Pembahagian ini
menjadikan adanya timbangan dalam pengucapan dan apalagi dalam lagu dan nyanyian
di mana syair digunakan (Harun Mat Piah,1989:226). Dalam syair berendoi, hentian ini
terdapat dalam setiap baris dan ianya jelas dapat dikesan apabila syair ini dilagukan.

Contoh:

Dua puluh lima / rasul pilihan

Nama trsebut / di dalam Al-Quran

Martabat yang tinggi / dilebihkan tuhan

Hendaklah kita / imankan

Mula pertama / nabi Allah Adam

Nenek manusia / kafir dan Islam

Mula asalnya / dari Islam

Di tempat Jibrail / tanah segenggam


Oleh yang demikian, berdasarkan penjelasan di atas didapati syair berendoi ini menepati
ciri-ciri bentuk yang terdapat dalam syair.

2.2.2 Isi dan Tema

Dalam syair rangkap-rangkapnya mempunyai tautan yang menunjukkan kesatuan idea


bersesuaian dengan isi yang ingin disampaikan. Oleh itu, syair biasanya terdiri daripada
beberapa rangkap. Kebiasaannya bagi menjelaskan tema yang ingin disampaikan, syair
memerlukan jumlah rangkap yang agak banyak.

Berdasarkan isi dan tema yang disampaikan, syair dapat dikelaskan kepada bentuk-
bentuk tertentu. Memanglah sukar untuk mengadakan suatu cara membahagikan syair-
syair kepada bentuk-bentuk tertentu. Za’ba telah membahagikan syair kepada beberapa
bentuk berdasarkan isi dan kepanjangan syair tersebut iaitu syair romantis, syair agama
(mistik) dan syair sejarah. Pembahagian ini didapati agak terbatas memandangkan
adalah sukar untuk menentukan bentuk yang benar-benar sesuai bagi menempatkan
syair-syair lain yang mungkin tidak sesuai dengan bentuk tersebut. Harun Mat Piah
(1989: 243) telah mengkelaskan syair Melayu kepada tujuh bentuk berdasarkan isi dan
tema syair-syair tersebut, iaitu :

I Berbentuk cerita (narratives);

a. syair romantis

b. syair sejarah

c. syair keagamaan

d. syair kiasan

II Berbentuk bukan cerita (non-narratives);

a. syair agama

b. syair nasihat

c. syair dengan tema-tema yang lain.


Berpandukan bentuk-bentuk di atas, syair berendoi adalah dalam kelompok bentuk syair
bukan cerita dengan tema-tema lain yang berasingan. Ini kerana syair ini mengandungi
tema keagamaan, nasihat dan pengajaran sebagai panduan kepada pendengar.

Dalam syair berendoi ini, penyair menekankan keutamaan beriman kepada rasul
sepertimana yang terkandung dalam Rukun Iman. Ini jelas seperti berikut :

Dua puluh lima rasul pilihan

Nama tersebut di dalam Al-Quran

Martabat yang tinggi dilebihkan tuhan

Hendaklah kita imankan

Sesuai dengan syair ini yang dilagukan dalam adat-istiadat berendoi, pesanan kepada
anak disertakan dengan puji-pujian tentang tujuan lahirnya ke dunia ini dalam rangkap
berikut :

Ayuhai budak yang cantik rupawan

Lahirlah kamu ke alam nyata

Untuk berbakti kepadanya tuhan

Dunia akhirat wajib serta

2.3 Fungsi

Menurut Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh (1985:xx), pada umumnya puisi
tradisional memiliki dua fungsi pokok. Pertama puisi tersebut sering dikaitkan dengan
unsur hiburan, kedua dikatakan sebagai penyalur unsur-unsur didaktik, adat-istiadat
serta undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat ketika itu.

Syair-syair yang dilagukan pada masa lalu memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Khalayak secara langsung dipaparkan dengan
nilai-nilai keagamaan, nasihat, pengajaran, kasih-sayang, berbudi bahasa, tolong-
menolong dan sebagainya. Secara ringkasnya fungsi-fungsi syair dalam masyarakat
adalah seperti berikut :
i. sebagai hiburan

ii. sebagai media komunikasi dalam aktiviti kesenian seperti upacara keagamaan,
perkahwinan, menyambut kelahiran bayi, hadrah dan sebagainya.

iii. Menjadi wahana dalam aktiviti masyarakat yang lain seperti menujum, mentadbir
mimpi, mentera dan sebagainya.

iv. Sebagai media untuk menyampaikan cerita.

v. Sebagai media menyampaikan pengajaran.

vi. Menggambarkan masyarakat Melayu dalam penglahiran keindahan.

vii. Menggambarkan world-view masyarakat Melayu.

Dalam hal ini, syair berendoi juga menepati beberapa ciri-ciri di atas. Ini dapat dilihat
dalam penjelasan berikut:

i. Hiburan

Dalam masyarakat dahulu syair menjadi wadah hiburan yang penting selepas pantun.
Malahan syair menjadi penyeri dalam majlis seperti perkahwinan, menyambut kelahiran
bayi, maulud dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana pada ketika itu media hiburan
masih belum wujud. Syair-syair yang dilagukan inilah yang menjadi hiburan kepada
masyarakat ketika itu. Keistimewaannya jelas terletak pada penggunaan kata-kata dan
apatah lagi bila dilagukan. Irama-irama dari syair yang dilagukan inilah yang
menimbulkan suasana tertentu kepada khalayak pendengar. Ini dijelaskan oleh Siti
Zainon Ismail (1994:98) :

Irama berasal daripada suara yang mampu mengolah dan mencipta suasana. Sungguh
suara adalah pemberian semulajadi (daripada Allah) tetapi manusia boleh membimbing
rohnya untuk mencapai keharmonian bunyi, irama atau melodi daripada gema suara. Dia
bisa melengking nyaring menuju ruang tinggi, lembut, mendesah jauh ke dasar bawah
atau berlegar-legar terapung tenang bergelombang.

Menurut Hj. Hamid dan Idris (penutur), syair berendoi ini mempunyai pelbagai lagu dan
salah satu tujuan adalah sebagai melahirkan tanda gembira menyambut kelahiran anak.
ii. Media komunikasi dalam jenis-jenis kesenian.

Selain sebagai hiburan, syair berendoi juga menjadi media komunikasi dalam adat-
istiadat berendoi. Meneliti kepada isi-isi syair dan temanya, jelas menunjukkan wujudnya
interaksi antara penutur dengan pendengar apabila syair ini dilagukan. Isinya mempunyai
pesanan kepada pendengar dan juga puji-pujian.

iii. Menyampaikan pengajaran

Biasanya isi dan tema syair berendoi ialah nasihat dan pengajaran. Ini ditujukan terutama
kepada anak-anak agar menjadi anak yang baik, taat,berbakti dan membalas budi
kepada ibu bapa.

Syair berendoi ini dimulai dengan menceritakan tentang rasul-rasul dan wajib beriman
dengannya serta diikuti dengan nasihat kepada si anak. Dalam syair berendoi yang
dikumpulkan, unsur pengajaran dan nasihat yang terkandung di dalamnya ialah
hendaklah sentiasa berpegang dengan ajaran Islam dan mengabdikan hidup kepada
Allah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Di samping harapan ibu bapa kepada
anaknya menjadi anak yang beriman dan sentiasa bersabar serta berserah kepada Allah.

iv. Menggambarkan daya kreativiti dalam penglahiran keindahan

Apa yang membezakan antara syair dengan bentuk-bentuk lain ialah daya penariknya
kepada deria, terutama sekali melalui penggunaan rentak irama, pola irama dan
bahasanya.

Kesan dan kekuatan bahasa dalam masyarakat Melayu memang terkenal. Kata dianggap
mempunyai kuasa bagi melaksanakan maksud dan menyampaikan kesannya. Di sinilah
letaknya kreativiti penyair iaitu melahirkan keindahan dalam syair melalui penggunaan
kata-kata.

Malahan Marsden sendiri mengakui bunyi vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu
menyebabkan ia amat sesuai dengan puisi yang begitu disukai oleh orang Melayu.
Disebabkan unsur bunyi dalam puisi lisan, ia dapat memikat pendengaran, ia dianggap
mempunyai nilai estetik serta magis. Isi sesebuah syair dan keahlian penyair boleh
menentukan sejauh mana kata-kata yang enak boleh digunakan (Siti Hawa Salleh, ed.
1987:130).

Dalam syair berendoi ini, penulis berpendapat baris-baris berikut menunjukkan kreativiti
penyair menggunakan susunan kata-kata untuk menimbulkan keindahan dalam syair ini.
Justeru syair tersebut dapat disampaikan melalui kata-kata yang tersusun indah,
ditambah dengan iramanya yang merdu. Keindahan bahasa hasil kreativiti penyair dalam
syair berendoi dapat dilihat antaranya melalui baris-baris berikut:

Manusia karamah sekalian nabi

Di tempat Jibrail tanah segenggam

Ayuhai budak yang cantik rupawan

v. Menggambarkan world-view masyarakat Melayu

Umumnya,

3.0 Penutup

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas terbukti dan menunjukkan bahawa syair


berendoi yang telah didokumentasikan dan dibincangkan di sini adalah tergolong dalam
kategori syair dalam Puisi Melayu. Kesahihan penggolongan ini adalah terbukti
berdasarkan beberapa kriteria yang telah dibincang itu iaitu definisi, ciri-ciri, fungsi dan
kepentingan cerita tersebut dalam konteks masyarakat Melayu ketika itu. Malahan tidak
dapat dinafikan, syair berendoi ini masih lagi mendapat tempat di kalangan masyarakat
Melayu terutama dalam majlis menyambut kelahiran bayi. Syair berendoi ini masih terus
dilagukan dan tetap mengekalkan ciri-ciri syair yang baik dan menunjukkan ciri-ciri
kelisanannya yang hingga kini masih menjadi warisan dan kebanggaan serta khazanah
bangsa yang tidak ternilai harganya.

BERENDOI

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di
negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan
nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa
oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini
dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran
cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang
memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu
mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada
juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa.
Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di
dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan
Durhaka.

Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian,

Pejamkan mata jangan tangiskan,

Lagu Berendoi kami dendangkan,

Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,

Namun engkau tak kunjung tiba,

Dengan takdir ilahi rabbi,

Kini engkau sudah menjelma.

Lagu Anak dalam Buaian (Perak)

Ayuhai anak di dalam buaian,

Pejamkan mata jangan tangiskan,


Lagu berendoi kami dendangkan,

Dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,

Namun engkau tak kunjung tiba,

Dengan takdir ilahi rabbi,

Kini engkau sudah menjelma.

(Rogayah A. Hamid, 2003)

Anda mungkin juga menyukai