Anda di halaman 1dari 3

kesihatan

ARKIB : 11/08/2002

Jantina bayi: Pilihan atau


anugerah?
Oleh NAJIBAH HASSAN
ANDAI diberi pilihan, anda mungkin salah satu daripada
berjuta-juta pasangan di seluruh dunia yang akan
memilih sendiri jantina bayi anda.
Mengapa tidak, selama ini anda mungkin merasakan
jantina bayi hanyalah suatu anugerah. Sebaliknya tanpa
disedari ia juga sesuatu yang boleh dirancang.
Sama ada menggunakan kaedah semula jadi mahupun
saintifik, kedua-duanya mampu merealisasikan impian JANIN berusia sepuluh minggu ini boleh dikenal
pasti jantinanya.
anda bersama pasangan.
Meskipun ia tidak menjanjikan 100 peratus jaminan, namun setakat ini kajian mendapati usaha
seumpama ini membuahkan hasil.
Mungkin anda memikirkan ini semua agak mustahil. Namun, segalanya berkemungkinan. Bagi
pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, ini mungkin bukan persoalan utama.
Namun, bagi pasangan yang telah mempunyai beberapa orang cahaya mata daripada jantina yang
serupa, naluri untuk memiliki cahaya mata berbeza daripada jantina yang sedia ada pasti terdetik
juga.
Pernahkah anda terfikir bahawa kita berupaya memilih dan melahirkan bayi dengan jantina yang
kita ingini?
Justeru, benarkah kepercayaan amalan meminum minuman cola anda akan dikurniakan anak
lelaki?
Atau adakah dengan melahap coklat anda bakal menimang anak perempuan? Atau adakah
dengan melakukan hubungan seksual ketika bulan mengambang mampu merealisasikan salah
satu impian yang selama ini terpendam?
Ini mungkin sebahagian kepercayaan dan amalan yang pernah anda dengar.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), salah sebuah hospital swasta, Dr. Susanna
Huam Siew Hoon berkata, keinginan untuk mendapatkan jantina pilihan untuk bayi bukanlah
sesuatu yang luar biasa.
Bagaimanapun, katanya keinginan seumpama ini biasanya lahir daripada pasangan yang telah
mempunyai cahaya mata daripada jantina yang sama.
``Selain itu, ada juga pasangan yang ingin mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil. Sebagai
contoh mereka hanya inginkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan,'' ujarnya.
Jantina bayi semasa hamil ditentukan oleh jenis sperma lelaki yang disenyawakan dengan telur
wanita.
Biasanya, seorang lelaki yang normal akan menghasilkan dua jenis sperma Y dan X dengan
jumlah yang serupa.
Kromosom Y akan menentukan jantina bayi lelaki, manakala kromosom X menentukan jantina
perempuan.
Menurut Dr. Susanna, keinginan untuk mendapatkan jantina pilihan ini juga banyak bergantung
kepada budaya atau kepercayaan turun-temurun sesuatu kelompok masyarakat.
Sebagai contoh katanya, di kalangan masyarakat Cina mereka memerlukan sekurang-kurangnya
seorang anak lelaki untuk mewarisi nama ahli keluarga.
Bagaimanapun, senario ini mungkin berbeza bagi masyarakat India. Bagi mereka, kanak-kanak
perempuan tidak begitu berharga jika dibandingkan dengan kelompok masyarakat lain.
Budaya yang meletakkan tanggungjawab `dowri' atau mas kahwin ke atas wanita apabila mereka
ingin berkahwin juga salah satu sebabnya.
Di luar negara sesetengah pasangan melakukan pemilihan jantina ini untuk mengelakkan anak-
anak mereka menjadi pembawa yang mewarisi penyakit keturunan.
``Ini termasuklah penyakit hemofilia, Dunchenne muscular dystrophy dan sebagainya,'' katanya.
Persoalan yang sering timbul di kalangan sesetengah pasangan ialah mengapa mereka lebih
cenderung melahirkan anak daripada satu jantina yang serupa - contohnya lebih ramai
perempuan?
Dalam kes ini, suami mungkin akan menyalahkan isteri kerana tidak berupaya melahirkan anak
lelaki.
Sebaliknya, apabila pasangan terbabit lebih ramai melahirkan anak lelaki, isteri akan
menyalahkan suami kerana tidak memiliki sperma yang menentukan jantina anak perempuan.
Justeru, siapakah yang menentukan jantina bayi yang dilahirkan?
Sebenarnya individu yang bertanggungjawab menentukan jantina dalam setiap kehamilan adalah
lelaki. Ini kerana mereka memiliki kedua-dua jenis sperma iaitu sperma X dan Y.
Kedua-dua jenis sperma yang menentukan jantina bayi ini dihasilkan dengan jumlah yang
serupa.
Ini bermakna, setiap pasangan sebenarnya mempunyai peluang yang seimbang sama ada
mendapat anak lelaki atau perempuan.
Secara fitrahnya, pembentukan satu-satu jenis jantina bagi setiap kehamilan adalah 50-50.
Dengan erti kata lain, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki atau perempuan dalam satu-
satu kehamilan adalah sama.
Dr. Susanna berpendap
Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#i
xzz5BNdzXAjR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai