Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Nama Pengkaji : NURUL ASHIKIN BINTI ZULKAPLI

Tajuk Kajian :

KAEDAH 3PU : MENINGKATKAN KEKUATAN MENGHANTAR DALAM PERMAINAN HOKI MURID


TAHUN 5.

MEREFLEK

Saya mengajar di SK Taman Perling 3 bagi matapelajaran Penddikan Jasmani dan Kesihatan.

Masalah utama bagi murid saya ialah terdapat beberapa orang murid yang mempunyai kekuatan
yang lemah semasa melakukan hantaran bola hoki.

 Hal ini dapat dibuktikan daripada


Pemerhatian saya semasa mengajar kemahiran menghantar bola hoki.
Kebanyakan bola hoki yang dihantar oleh murid tidak sampai ke jarak yang
ditetapkan.

Analisis yang didapati daripada hasil pemerhatian murid seperti berikut :


5 orang murid sahaja yang dapat menghantar bola hoki ke sasaran dengan tepat berbanding 10
orang murid lain yang tidak dapat menghantar bola hoki sampai ke sasaran.

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa


Murid tidak dapat menghantar bola hoki ke sasaran kerana tidak mempunyai kekuatan tangan.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah


kerana murid tidak berusaha untuk menghantar bola hoki dengan menggunakan kekuatan tangan
yang ada.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana


Saya kurang memberikan latihan untuk meningkatkan kekuatan tangan terhadap murid-murid.

FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, di dapati murid tidak dapat menguasai kemahiran
a) Tiada kekuatan semasa enghantar bola hoki
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk,
Objektif pembelajaran tidak akan tercapai. Kelas juga menjadi terganggu kerana setiap kali hantaran yang
dilakukan tidak berjaya dan murid menunjukkan perasaan kecewa. Terdapat sebahagian murid yang
berputus asa dan tidak mahu melakukan kemahiran hantaran setelah diminta untuk mengulangi perlakuan
tersebut.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah bercadang untuk melakukan satu tindakan untuk mengatasi
masalah yang dihadapi iaitu melalui kaedah 3 PU iaitu Basic Push Up, Incline Push Up dan Wall Push Up.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya murid akan dapat meningkatkan kemahiran di dalam

Secara khususnya :-

1. Membantu guru dalam meningkatkan kekuatan menghantar dengan menggunakan kaedah 3 PU


(Basic Push Up, Incline Push Up dan Wall Push Up) dalam permainan hoki murid tahun 5

Kajian Tindakan ini melibat (sasaran)

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 5 Berlian di Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 yang
menghadapi masalah dalam kekuatan menghantar bola hoki. Terdapat seramai 5 orang murid lelaki dan 5
orang murid perempuan yang dijadikan peserta kajian kerana mereka mempunyai kekuatan yang lemah
semasa hantaran bola hoki dilakukan.
MERANCANG

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi adalah bergantung kepada
masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap aktiviti/
tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dipejelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci.

Jenis Perancangan

PROJEK P&P
TERANCANG Mengubah suai cara / Mencipta cara baru
(Kaedah P&P untuk kaedah yang sedia (inovasi P&P guru
merawat masalah) ada. terhasil dari sini)

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

1. Pemerhatian
2. Temu bual
3. Ujian

Saya menjalankan kaedah 3PU dengan mengadakan sesi latihan selama empat minggu sebanyak tiga kali
latihan dalam seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah :-

Aktiviti: Wall Push Up

Langkah 1 : Murid dikehendaki berdiri kira-kira 3 langkah berhadapan dengan dinding dan menekap
kedua-dua belah tangan pada dinding

Langkah 2 : Murid perlu menggerakkan tubuh dekat dengan dinding dengan kedua-dua belah tangan
menolak dinding tersebut. Pastikan tapak kaki murid rata pada lantai.
Langkah 3 : Murid hendaklah menahan tubuh badan selama 1 minit. Aktiviti ini dilakukan sebanyak 10
kali bagi setiap 1 set.

Aktiviti: Incline Push Up

Langkah 1 : Murid perlu meletakkan tangan di atas bangku dengan kedudukan tangan yang sedikit
luas daripada lebar bahu.

Langkah 2 : Kedudukan kaki mestilah dibelakang bangku dengan tangan dan badan yang lurus.
Tangan mestilah selari dengan badan.
Langkah 3 : Kekalkan badan yang lurus, dada direndahkan menuju ke bangku dengan siku
dibengkokkan. Kemudian, tolak badan ke atas sehingga tangan lurus kembali seperti asal.

Aktiviti: Basic Push Up

Langkah 1 : Bagi murid lelaki, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan kedudukan
sokong hadapan iaitu berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Kemudian, badan
diluruskan. Prosedur yang seterusnya adalah turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga
dada menyentuh span. Seterusnya, luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Tekan tubi dilakukan
sebanyak 10 kali bagi setiap satu set.

Langkah 2 : Bagi murid perempuan pula adalah mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan
berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki mestilah disilangkan dan
badan diluruskan. Badan kemudiannya diturunkan dengan membengkokkan siku sehingga dada
menyentuh span. Seterusnya, luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Tekan tubi dilakukan
sebanyak 10 kali bagi setiap satu set.
BERTINDAK

Melaksanakan
perubahan
(tindakan/rawatan)

Catat segala tindakan dan Sesi rawatan atau tindakan ini


buat refleksi bagi setiap aktiviti mungkin melibatkan beberapa
semasa pelaksanaan. masa p&p biasa. Dalam waktu
pembelajaran atau di luar
waktu pembelajaran (mesti
dilaksana oleh guru sendiri).

Ujian sebelum akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendapatkan data yang sah tentang tahap
kekuatan menghantar bagi peserta kajian. Selepas itu, saya akan menjalankan tindakan yang telah saya
pilih iaitu kaedah 3 PU bagi meningkatkan kekuatan menghantar dalam permainan hoki bagi murid tahun 5
Bestari. Latihan tambah beban yang dilaksanakan mengandungi 3 aktiviti iaitu Wall Push Up, Incline Push
Up dan Basic Push Up.

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut:

i. Aktiviti: Ujian sebelum

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa


Sebelum tindakan dijalankan, semua peserta kajian tidak berjaya langsung melakukan hantaran ke jarak
yang ditetapkan pada minggu pertama pemerhatian dijalankan. Semasa minggu kedua pemerhatian dibuat,
M6, M7 dan M10 sahaja yang berjaya melakukan kemahiran menghantar sebanyak sekali daripada tiga
percubaan yang dibuat. Pada minggu ketiga pemerhatian dibuat, M1, M2, M6, M7, M8, M9 dan M10 telah
berjaya melakukan hantaran sebanyak sekali daripada tiga percubaan yang dilakukan.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan


Selepas tindakan dijalankan, terdapat seramai tujuh orang peserta yang berjaya melakukan ketiga-tiga
percubaan hantaran dengan berjaya manakala terdapat seramai tiga orang peserta kajian iaitu M6, M7 dan
M8 hanya berjaya melakukan dua kali hantaran sahaja. Pada minggu kedua dan ketiga pemerhatian dibuat
selepas peserta kajian melakukan tindakan, kesemua peserta kajian berjaya melakukan ketiga-tiga
percubaan hantaran.
ii. Aktiviti: Ujian semasa iaitu melakukan kaedah 3 PU bagi meningkatkan kekuatan menghantar dalam
permainan hoki bagi murid tahun 5

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa


Catatan jarak bagi peserta kajian sebelum tindakan dijalankan hanyalah mencapai 1, 2 dan paling jauh hanya
3 meter sahaja. Selepas saya menjalankan tindakan, jarak bola hoki semasa hantaran dilakukan telah berubah
iaitu separuh daripada peserta kajian berjaya melakukan hantaran ke jarak yang ditetapkan sejauh 8 meter.
Selain itu, terdapat tiga orang peserta kajian yang berjaya melakukan hantaran sejauh 7 meter dan selebihnya
melakukan hantaran sejauh 6 meter.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan


Secara keseluruhannya, setiap peserta telah menunjukkan hasil yang positif dan terdapat peningkatan dalam
kekuatan menghantar. Memandangkan kemahiran asas merupakan perkara yang sangat penting di dalam
sesuatu permainan maka permainan tidak akan berjaya jika kemahiran asas gagal dikuasai (Taverner, 2005).
MEMERHATI
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Membuat penilaian
keberkesanan proses
tindakan dan mengukur
pencapaian objektif kajian

Pemerhatian boleh dilakukan Guru membuat renungan atau Laporan juga ditulis di
oleh guru sendiri sebagai refleksi terhadap kajian yang peringkat ini. Dokumentasi
penyelidik atau guru juga telah dilakukan sama ada penting. Sekiranya program
boleh meminta bantuan berjaya atau tidak. tindakan tersebut berjaya,
daripada guru lain untuk maka bolehlah disebarkan
membuat pemerhatian Dapatkan data sekali lagi. kepada guru-guru lain. Jika
semasa sesi pengajaran guru. Gunakan cara mengutip tidak berjaya, perlu dirancang
Penilaian mesti dilakukan data yang sama semasa semula.
untuk menilai keberkesanan peringkat awal mereflek.
TINDAKAN. (temubual, soal selidik,
pemerhatian)

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, kaedah
3PU dapat meningkatkan kekuatan menghantar dalam permainan hoki yang diperkenalkan kepada murid tahu
5 merupakan kaedah yang amat berkesan yang mana kaedah ini berjaya meningkatkan kekuatan menghantar
murid-murid tahun 5.
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang ketara pada Ujian Pos
yang terakhir yang dijalankan. Berdasarkan hasil dapatan kajian dari ujian-ujian yang dijalankan oleh pengkaji
membuktikan bahawa kaedah 3 PU berjaya meningkatkan kekuatan menghantar dalam permainan hoki murid
tahun 5. Hasil dapatan kajian dibuktikan melalui terdapat peningkatan jarak hantaran yang dilakukan oleh
murid selepas tindakan dijalankan.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya
berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam
tajuk yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu, saya bercadang untuk meningkatkan teknik penguasaan
menolak bola hoki melalui kaedah pengajaran berasaskan resiprokal bagi pemain hoki pasukan sekolah. Di
dalam gaya pengajaran tersebut, guru dan murid memainkan peranan masing-masing dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.