Anda di halaman 1dari 24

Topik  Perspektif

1 Pengurusan
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum definisi pengurusan secara
konvensional dan Islam;
2. Menjelaskan fungsi-fungsi pengurusan dalam organisasi formal;
3. Membincangkan skop dan pendekatan Islam dalam bidang
pengurusan; dan
4. Menghuraikan konsep tauhid dan kaitannya dengan bidang
pengurusan.   

 PENGENALAN
Ibnu Khaldun, seorang sarjana Islam pada zaman silam, pernah berkata bahawa
manusia itu terbina secara fitrahnya secara bermasyarakat. Manusia hidup bukan
secara bersendirian. Mereka menjalankan kehidupan secara bermasyarakat.

Secara umumnya, setiap kaum dan bangsa di dalam dunia ini mempunyai cara
mengurus yang tersendiri. Manusia selalunya menggunakan akal fikiran mereka
dalam membina cara-cara mengurus kehidupan mereka. Selalunya mereka
memulakan kaedah pengurusan daripada perkara yang mudah kepada yang
lebih terperinci. Masyarakat Jepun, China, Melayu, Arab dan barat ada cara
pengurusan masing-masing. Cuma dalam dunia pengurusan moden sekarang
ini, kaedah pengurusan masyarakat barat nampaknya lebih dikenali di semua
peringkat kerana mereka telah membuat kaedah pengurusan secara sistematik
dan saintifik termasuk mengumpulkannya dalam bentuk makalah yang tersusun
sama ada untuk kegunaan atau sebagai disiplin ilmu pengurusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Dalam topik ini, kita akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai
pengurusan secara konvensional dan Islam dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya seperti definisi pengurusan secara konvensional dan Islam, fungsi-
fungsi pengurusan dalam organisasi formal, skop dan pendekatan Islam dalam
bidang pengurusan dan konsep tauhid dalam bidang pengurusan.

AKTIVITI 1.1

Sebelum anda meneruskan pembacaan, anda boleh memikirkan


beberapa aspek pengurusan Islam seperti apa erti Islam sebagai satu
cara kehidupan dan sama ada terdapat aktiviti Islam dalam
pengurusan di tempat anda bekerja. Anda juga boleh memikirkan
bagaimana bentuk pengurusan dan pentadbiran kerajaan Melayu
pada zaman dahulu dan bagaimana pula pengurusan pada masa
sekarang .

1.1 DEFINISI PENGURUSAN


Apakah maksud pengurusan?

Pengurusan secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu seni bagi


melaksanakan sesuatu proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara
bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Dari segi epistemologi, perkataan mengurus (management) adalah berasal dari


bahasa Itali ÂmaneggiareÊ yang bermaksud menangani. Kata nama ÂmaneggiareÊ
tersebut pula terbit daripada perkataan Latin iaitu ÂmanusÊ yang bermaksud
tangan. Sebenarnya, perkataan bahasa Perancis ÂmesnagementÊ telah banyak
mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris
ÂmanagementÊ iaitu pada abad ke-17 dan ke-18.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  3

Jadual 1.1 menunjukkan tiga lagi definisi pengurusan daripada penulis yang
berbeza.

Jadual 1.1: Definisi Pengurusan

Tokoh Definisi Pengurusan


Mary Parker Follet Pengurusan adalah suatu seni untuk mencapai sesuatu melalui
(1868 -1933) orang lain. Pengurusan juga boleh didefinisikan berdasarkan
kepada fungsinya sebagai Âtindakan untuk mengukur sesuatu
kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan
kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan
untuk mencapai maklumat yang dirancangÊ. Pengurusan juga
adalah suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan
kerjasama, penyertaan dan penglibatan seluruh ahli-ahli dalam
sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau
objektif dengan cara yang paling berkesan.
James A.F Stoner Pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi,
(1955-2012) memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi
mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
Memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan kerja
Charles Babbage melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang
dikhususkan dengan fungsi tertentu dan memberikan idea
(1791 ă 1871)
penubuhan Âline of productionÊ dengan penetapan fungsi kerja
yang rutin.

1.2 FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN DALAM


ORGANISASI FORMAL
Fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung
kepada cara kita mengkelaskannya, iaitu melalui perancangan, penyusunan,
penyelarasan, penstafan dan pengawalan.

Secara umumnya, fungsi pengurusan boleh dibahagikan kepada empat, iaitu


perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan (Lihat Rajah 1.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Rajah 1.1: Fungsi-fungsi pengurusan

Mari kita lihat setiap fungsi dengan terperinci.

(a) Perancangan (Planning)


Perancangan ialah memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa
hadapan (hari ini, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan,
sepanjang lima tahun yang berikut dan sebagainya) dan mencipta
rancangan-rancangan untuk dilaksanakan. Sebelum pihak pengurusan
memulakan sesuatu aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat
terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara-perkara yang perlu
dipersoalkan adalah seperti berikut:

(i) Tujuan dan Objektif


Ini termasuklah mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh
sesebuah organisasi seperti misi dan visi organisasi berdasarkan
matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang
diinginkan, seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan
keuntungan dan lain-lain.

(ii) Strategi Organisasi


Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas,
organisasi perlu mencari strategi untuk mencapai matlamat dan
tujuan yang diharapkan. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan
membincangkan beberapa perkara seperti strategi pemasaran yang
meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan
barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  5

(iii) Pelan Pelaksanaan


Langkah seterusnya ialah pihak pengurusan perlu membuat pelan
pelaksanaan yang teratur mengikut strategi yang berasaskan
matlamat organisasi yang dirancangkan.

(b) Penyusunan (Organising)


Penyusunan ialah menyusun atur penggunaan sumber-sumber yang
diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan
dilaksanakan dengan berjaya. Terdapat juga buku pengurusan yang
menggunakan istilah pengorganisasian bagi penyusunan.

Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan


(proses pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan
pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan
dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan
dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan
sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan
latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah dan faedah),
program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan
kesihatan kakitangan serta program kebajikan dan perkhidmatan
kakitangan.

(c) Pengarahan (Leading)


Pengarahan atau kepimpinan menonjolkan kemahiran dalam bidang-
bidang kepimpinan dan motivasi bagi mendapatkan orang lain untuk
memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-
rancangan.

Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi


berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni.
Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan dan
sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

(d) Pengawalan (Controlling)


Pengawalan ialah proses memeriksa dan membandingkan kemajuan yang
sebenar dengan rancangan serta mengubah suai rancangan tersebut (jika
perlu) berdasarkan maklum balas. Jika sesuatu perancangan tidak dapat
dilaksanakan, maka pengubahsuaian aktiviti perlu dilakukan sehingga
matlamat yang disasarkan tercapai. Pengawalan merupakan fungsi terakhir
untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut
perancangan, masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah
tertentu diambil. Faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat
kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu
diberi perhatian dan diawasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

SEMAK KENDIRI 1.1


Huraikan fungsi-fungsi pengurusan dan kaitannya dengan kejayaan
organisasi.

AKTIVITI 1.2

Bincangkan kenapa aktiviti pengawalan penting untuk pengurusan


organisasi.

1.2.1 Evolusi dan Tahap Pembangunan Pengurusan dari


Perspektif Islam
Kehidupan manusia dalam sistem bermasyarakat dan bernegara memerlukan
ilmu pengurusan. Tanpa ilmu pengurusan sudah pasti kehidupan akan menjadi
tidak tersusun seperti sebuah kapal tanpa nakhoda. Begitu juga dengan manusia
dalam kehidupan seharian, mereka perlukan sistem pengurusan bagi
memastikan kehidupan mereka menjadi sempurna.

Namun dari perspektif Islam, pengurusan yang dijalankan oleh manusia


hendaklah bertepatan dengan kehendak Islam iaitu dengan berpandukan apa
yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi pegangan
seluruh umat Islam. Dalam pengurusan, manusia perlulah saling mengenali,
bekerjasama, ada perancangan serta perlaksanaan dan sebagainya bagi manusia
mencapai tujuan hidup. Hidup yang berpengurusan perlu ada pada setiap orang
sama ada orang biasa, majikan, pemimpin atau siapa saja. Jika semua faham
akan tanggungjawab, barulah hidup ini akan lebih bermakna.

Kedatangan Islam bukan sahaja membawa perubahan pokok dalam bidang


akidah, perundangan dan akhlak, malah ia membawa ciri-ciri perubahan dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran.

Islam bukan saja agama yang membangun kekuatan peribadi atau akhlak, malah
ia juga mengatur kehidupan berorganisasi dan bersistem. Insan atau manusia
sangat memerlukan pedoman bagaimana sesuatu itu harus diurus atau
ditadbirkan. Tanpa pedoman yang menepati keperluan akidah, syariah dan nilai
Qurani, tidak mungkin sesuatu pengurusan dan pentadbiran berjalan mengikut
keperluan ihsan dan insan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  7

1.2.2 Evolusi Pengurusan Konvensional


Berikut diterangkan beberapa evolusi pengurusan yang dibuat oleh beberapa
orang tokoh terkenal:

(a) Frederick Taylor


Para pengkaji ilmu pengurusan selalunya sudah biasa dengan seorang
tokoh bernama Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik.
Antara karya Frederick Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah
Shop Management (1912), Principles of Scientific Management dan pernah
membentangkan testimoninya di hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada
tahun 1912 (Harold Koontz & Heinz Weirich).

Frederick Taylor juga memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang


telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi masing-
masing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick
Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang
ditetapkan akan disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada
dibawah pengawalan dalam jangka masa tertentu. Ia juga turut
memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu
mengurangkan kepenatan bekerja.

(b) Henry Gantt


Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh
Frederick Taylor dan ia mendapati teori ini kurang memberikan penekanan
terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem
Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual
tugasan dan amat relevan dari masa lalu hingga masa kini bagi
membolehkan pengurusan menetapkan sasaran dan tarikh akhir bagi
setiap tugasan. Ia juga turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja
yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut
menekankan kepentingan latihan dalam memahirkan kakitangan dalam
menjalankan tugas.

(c) Frank dan Lillian Gilbreths


Frank dan Lillian Gilbreths banyak memberikan sumbangan dalam kajian
tentang gerakan pengurusan saintifik. Dalam buku bertajuk ÂThe
Psychology of ManagementÊ (1912), mereka telah memberikan penekanan
tentang aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis ke
atas kajian mereka tentang Âkelesuan dan gerakan kerjaÊ. Frank
memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus kepada teknikal yang
sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kelesuan
dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang tidak selesa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

(d) Henry Fayol


Henry Fayol dianggap sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan
antara karya beliau yang terkenal adalah ÂAdministration Industrielle et
GeneraleÊ (1916). Beliau memberikan penekanan kepada fungsi organisasi.
Menurutnya, fungsi organisasi haruslah mantap dan berkemampuan untuk
menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang ditekankan.

1.3 SKOP DAN PENDEKATAN ISLAM DALAM


BIDANG PENGURUSAN
Islam mempunyai skop perbincangan yang tersendiri. Pihak pengurusan yang
ingin menerapkan sistem Islam di dalam pengurusan organisasi mereka perlu
memahami skop dan pendekatan Islam di dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran.

1.3.1 Skop Pengurusan Islam


Islam itu mempunyai tiga cabang utama iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak (lihat
Rajah 1.2). Mengikut perspektif Islam, urusan perniagaan adalah termasuk di
dalam bidang muamalat. Hukum-hukum yang berkaitan dengan bidang tersebut
dinamakan fiqh muamalat.

Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang syumul
(lengkap) boleh dijadikan asas oleh para pengurus perniagaan, ahli ekonomi dan
kewangan dalam membina suatu sistem perniagaan yang baik dan dapat
menyelesaikan berbagai masalah yang berkaitan dengan kehidupan termasuk
isu-isu muamalat iaitu perniagaan, ekonomi, kewangan dan lain-lain. Syariat
Islam melengkapi segenap aktiviti kehidupan meliputi persoalan tauhid,
keimanan, ibadah, akhlak, kekeluargaan, jenayah, muamalat, pengurusan
pentadbiran, politik dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  9

 
Rajah 1.2: Tiga cabang utama Islam

Dari segi sejarah, agama Islam telah dibawa oleh seorang rasul atau utusan
Tuhan yang bernama Muhammad bin Abdullah. Beliau telah dilantik oleh Tuhan
sebagai rasul ketika berumur 40 tahun bagi membawa ajaran Tuhan kepada
seluruh manusia untuk dijadikan panduan hidup yang membawa kepada
kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

Beliau tidak mereka atau mencipta agama Islam sebaliknya beliau hanya
membawa dan menyampaikan apa yang datang dari Allah. Oleh sebab itu nabi
Muhamad s.a.w dinamakan sebagai rasul iaitu penyampai.

Akhirat ialah kehidupan selepas mati dan selepas kemusnahan dunia iaitu hari
kiamat. Kehidupan akhirat kekal abadi dan ia hanya mempunyai dua tempat
iaitu syurga dan neraka. Syurga adalah tempat selesa yang disediakan oleh Allah
untuk semua Muslim yang baik semasa hidup mereka di dunia sementara
neraka ialah tempat azab yang disediakan kepada semua manusia yang jahat
semasa kehidupan mereka di dunia.

Dari segi nama, istilah Islam berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu
salima yang bermaksud sejahtera, damai, suci dan selamat. Dari segi istilah
syarak pula Islam bererti ketundukan, kepatuhan, ketaatan dan penyerahan jiwa
dan raga dengan penuh keikhlasan hanya kepada Allah s.w.t. Terdapat juga
ulamak yang memberikan definisi Islam sebagai kepatuhan, penyerahan dan
ketaatan kepada Allah dalam semua tindak-tanduk manusia yang meliputi aspek
pemikiran, pengetahuan, pertuturan, akhlak, tingkah laku dan iÊtikad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Selain merupakan satu agama mengikut fahaman biasa, Islam juga adalah
kaedah sosial dan tata cara hidup yang lengkap yang berbeza dengan agama
lain. Islam adalah agama yang memberi panduan hidup kepada manusia ke jalan
yang selamat iaitu jalan yang baik dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Islam
ialah ad-din atau satu cara hidup. Ia adalah satu sistem yang merangkumi
peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang-undang yang lengkap dalam
semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkannya
secara menyeluruh. (Abd al-Karim Zaydan, 1984: 3), (Muhammad al-Buraey,
1992: 2).

Oleh itu skop pengurusan Islam adalah menyeluruh. Segala aspek kehidupan
selari dengan konsep Islam sebagai ad-din. Seluruh aspek kehidupan perlu
diurus dengan sempurna sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Manusia perlu
mengurus kehidupan dunia mereka untuk mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat. Aspek ini agak berbeza dengan konsep pengurusan barat yang hanya
membincangkan kebaikan hidup dunia tanpa membincangkan kehidupan
akhirat serta keredaan Allah dalam isu hidup sesudah mati seperti syurga dan
neraka.

AKTIVITI 1.3

1. Bincangkan skop pengurusan dari perspektif Islam.


2. Huraikan pendekatan yang diambil oleh ajaran Islam dalam
ilmu pengurusan.

1.3.2 Pendekatan Pengurusan Islam


Dalam konteks pengurusan Islam, terdapat lima objektif umum yang hendak
dicapai seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  11

Rajah 1.3: Objektif umum pengurusan Islam

(a) Mencapai kebaikan hidup dunia dan akhirat


Kebaikan adalah idaman kepada semua manusia. Persoalannya, apakah
yang dikatakan baik? Apakah kebaikan itu kebahagiaan? Atau keseronokan
itu kebahagiaan sebagaimana yang digambarkan oleh para ahli falsafah
Yunani? Apakah kebahagiaan boleh dinilai sebagai memiliki harta benda
atau wang ringgit yang melimpah ruah, kereta besar menjalar, rumah bagai
mahligai atau pelbagai kenikmatan hidup yang diperolehi?

Dalam konteks pengurusan Islam, baik yang sebenar adalah baik dunia dan
akhirat. Manusia menjadikan dunia sebagai landasan/jambatan ke akhirat
yang kekal abadi. Di akhirat dijauhi daripada api neraka dan mendapat
nikmat hidup di syurga. Ini yang sering didoakan sebagaimana firman
Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah (2:200-202) yang bermaksud:

3 #\ò2ÏŒ £‰x©r& ÷ρr& öΝà2u™!$t/#u™ ö/ä.Ìø.É‹x. ©!$# (#ρãà2øŒ$$sù öΝà6s3Å¡≈oΨ¨Β ΟçGøŠŸÒ%s #sŒÎ*sù

9,≈n=yz ô⎯ÏΒ ÍοtÅzFψ$# †Îû …ã&s! $tΒuρ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $oΨÏ?#u™ !$oΨ−/u‘ ãΑθà)tƒ ⎯tΒ Ä¨$¨Ψ9$# š∅Ïϑsù

$oΨÏ%uρ ZπuΖ|¡ym ÍοtÅzFψ$# ’Îûuρ ZπuΖ|¡ym $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $oΨÏ?#u™ !$oΨ−/u‘ ãΑθà)tƒ ⎯¨Β Οßγ÷ΨÏΒuρ ∩⊄⊃⊃∪

∩⊄⊃⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# z>#x‹tã

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Maksudnya: „Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan


Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan
mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu
menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan
sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang
(berdoa dengan) berkata: ‰Wahai Tuhan kami! berilah kami kebaikan) di
dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada
baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada
yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka‰.
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah
mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya‰.

Untuk mencapai kebaikan tersebut sudah pasti kita perlu melakukan


semua aktiviti hidup yang selaras dengan tuntutan syariah dengan
berpaksikan ketauhidan kepada Allah s.w.t. Bahagia, baik dan buruk
berasaskan kenyataan yang diwahyu oleh Allah s.w.t, bukannya
berasaskan kefahaman manusia semata-mata.

(b) Organisasi yang „baik‰ dan diampuni oleh Allah s.w.t


Objektif seterusnya ialah untuk mewujudkan organisasi yang baik, aman
dan makmur serta dirahmati Allah s.w.t yang Maha Pengampun. Ini
sebagaimana dirakamkan oleh al-Quran melalui Surah SabaÊ (34:15) yang
bermaksud:

É−ø—Íh‘ ⎯ÏΒ (#θè=ä. ( 5Α$yϑÏ©uρ &⎦⎫Ïϑtƒ ⎯tã Èβ$tG¨Ψy_ ( ×πtƒ#u™ öΝÎγÏΨs3ó¡tΒ ’Îû :*t7|¡Ï9 tβ%x. !ô‰s)s9

∩⊇∈∪ Ö‘θàxî ;>u‘uρ ×πt6Íh‹sÛ ×οt$ù#t/ 4 …çμs9 (#ρãä3ô©$#uρ öΝä3În/u‘

Maksudnya: „Demi sesungguhnya! Adalah bagi penduduk negeri SabaÊ


satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat ditempat
tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subor), yang
terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (qariah mereka). (Lalu
dikataan kepada mereka): „makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu
dan bersyukurlah kepada-Nya; (Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik
(aman makmur), dan (Tuhan kamu ialah) Tuhan yang amat Pengampun! ‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  13

(c) Menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan


Objektif seterusnya ialah menegakkan kebaikan dan menghapuskan
kerosakan di atas muka bumi. Ini adalah antara tugas manusia sebagai
khalifah fi al-ardh ă khalifah di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t dalam
Surah al-Baqarah (2: 30) yang bermaksud:

⎯tΒ $pκÏù ã≅yèøgrBr& (#þθä9$s% ( Zπx‹Î=yz ÇÚö‘F{$# ’Îû ×≅Ïã%y` ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 š•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ

ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) tΑ$s% ( y7s9 â¨Ïd‰s)çΡuρ x8ωôϑpt¿2 ßxÎm7|¡çΡ ß⎯øtwΥuρ u™!$tΒÏe$!$# à7Ïó¡o„uρ $pκÏù ߉šøãƒ

∩⊂⊃∪ tβθßϑn=÷ès? Ÿω $tΒ

Maksudnya: „Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;


‰Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi„.
mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata):
‰Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-
bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?‰. Tuhan berfirman: ‰Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa Yang kamu tidak mengetahuinya‰.

Khalifah ialah manusia, bermula dengan Adam a.s. dan keturunannya. Visi
dan misi cukup jelas iaitu memakmurkan alam dengan syariat-Nya. Dalam
Surah al-Haj (22: 41) pula Allah berfirman, bermaksud:

(#ρãtΒr&uρ nο4θŸ2¨“9$# (#âθs?#u™uρ nο4θn=¢Á9$# (#θãΒ$s%r& ÇÚö‘F{$# ’Îû öΝßγ≈¨Ψ©3¨Β βÎ) t⎦⎪Ï%©!$#

∩⊆⊇∪ Í‘θãΒW{$# èπt6É)≈tã ¬!uρ 3 Ìs3Ζßϑø9$# Ç⎯tã (#öθyγtΡuρ Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/

Maksudnya: „Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.‰

Gambaran dalam ayat ini cukup jelas, iaitu mereka yang diberikan
kedudukan, memegang jawatan, berkuasa atau sebagainya tidak boleh
mengabaikan tanggungjawab asas, solat, zakat dan berbuat baik serta
mencegah kejahatan dan mungkar. Ini sesuai dengan fungsi manusia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
14  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

sebagai hamba-Nya. Dalam Surah ad-Dzariyat (51:56), Allah berfirman,


bermaksud:

∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ

Maksudnya: „Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.‰

(d) Menjaga nilai dan maslahat (kepentingan) manusia


Terdapat pelbagai nilai dan kepentingan (maslahat) yang diperlukan oleh
manusia. Ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan sesuai dengan
tujuan kedatangan syariat (maqasid syariat). Antara maslahat yang utama
tersebut ialah agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Objektif
pengurusan Islam adalah untuk menjaga kelima-lima maslahat ini agar
berada dalam keadaan yang diredai Allah s.w.t. Justeru, para pengurus dan
pekerja Muslim perlu memelihara kelima-lima aspek ini agar tidak
terjerumus ke arah larangan Allah s.w.t. Kelima-lima nilai (maslahat) ini
merupakan perkara dharuri (asas) kepada manusia.

1.3.3 Aplikasi Pengurusan Islam


Umat Islam di Malaysia agak bertuah kerana agama Islam telah dianuti oleh
majoriti penduduk Malaysia. Semua penduduk berbangsa Melayu yang
memegang tampok pemerintahan sejak dahulu pula beragama Islam. Islam telah
dijadikan agama persekutuan. Pentadbiran agama Islam juga terdapat disetiap
negeri untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam. Usaha-usaha
menerapkan sistem Islam dalam pengurusan dan pentadbiran hendaklah
dilaksanakan secara berterusan.

Sehingga kini terdapat tiga bidang pengurusan Islam yang telah diaplikasikan
dalam sistem kehidupan semasa iaitu bidang kewangan Islam, perbankan Islam
dan takaful. Umat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi dari segi halalnya produk-
produk tersebut kerana disetiap bidang tersebut terdapat jawatankuasa syariah
yang melihat dan mengkajinya. Begitu juga dalam produk makanan halal
terdapat bahagian hub halal JAKIM yang melihat, mengkaji dan memutuskan
sama ada sesuatu produk itu halal atau sebaliknya. Dalam bidang latihan
sumber manusia pula terdapat beberapa organisasi yang menerapkan konsep
Islam dalam latihan seperti ESQ Training yang telah berjaya membawa konsep
baru dalam latihan sumber manusia walaupun terdapat beberapa isu kontroversi
dalam pelaksanaannya. Umat Islam perlu terus menerus memperjuangkan
pelaksanaan sistem pengurusan Islam dalam kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  15

SEMAK KENDIRI 1.2

Huraikan beberapa prinsip Islam dalam bidang pengurusan.

AKTIVITI 1.4

Bincangkan bagaimana prinsip Islam boleh diterapkan di dalam


sistem pengurusan organisasi pekerjaan anda sekarang.

1.4 TAUHID DAN PENGURUSAN


Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang konsep tauhid dalam bidang
pengurusan.

1.4.1 Pengertian Tauhid


Tauhid (bahasa Arab: ‫ )توحيد‬merupakan konsep monoteisme Islam yang
mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam
bahasa Arab, ‰Tauhid„ bermaksud ‰penyatuan„, sedangkan dalam Islam,
‰Tauhid„ bermaksud ‰menegaskan penyatuan dengan Allah„. Lawan kepada
perkataan Tauhid ialah ‰mengelak daripada membuat„ dan dalam bahasa Arab
bermaksud ‰pembahagian„ dan merujuk kepada ‰penyembahan berhala‰.

Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada
lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang
wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz
(harus) dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka
yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan
yang berhubung dengan perkara-perkara samÊiyat, iaitu perkara yang diambil
dari al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai ilmu yang menerangkan


hukum-hukum syarak dalam bidang iÊtiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang
qatÊi (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, al-Quran dan Hadis.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Kalimah Âlaa ilaha illallahÊ bermaksud tidak ada Tuhan selain Allah. Kalimah ini
menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan
berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada
yang memberi dan menolak melainkan Allah. Zahirnya syariat menyuruh kita
berusaha beramal, sedang hakikatnya syariat melarang kita menyandarkan diri
pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia Allah. Konsep ini
melahirkan konsep tawakkal, di mana selepas kita berusaha, kita tetap perlu
kepada Allah.

Tauhid bukanlah sekadar ucapan Âlaa ilaha illallahÊ, walaupun ucapan tersebut
merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama untuk
pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar, lebih besar
dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan daripada penyembahan
kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan hati serta
pengibadahan kepada Allah semata. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah
(2: 163):

∩⊇∉⊂∪ ÞΟŠÏm§9$# ß⎯≈yϑôm§9$# uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Hω ( Ó‰Ïn≡uρ ×μ≈s9Î) ö/ä3ßγ≈s9Î)uρ

Maksudnya: „Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang
berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani‰.

Dan Allah berfirman lagi dalam Surah al-Mukmin (40: 41-42)

∩⊆⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# ’n<Î) û_Í_tΡθããô‰s?uρ Íο4θyf¨Ζ9$# ’n<Î) öΝà2θãã÷Šr& þ’Í< $tΒ ÏΘöθs)≈tƒuρ ãt*

Í“ƒÍ“yèø9$# ’n<Î) öΝà2θãã÷Šr& O$tΡr&uρ ÖΝù=Ïæ ⎯ÏμÎ/ ’Í< }§øŠ9s $tΒ ⎯ÏμÎ/ x8Îõ°é&uρ «!$$Î/ tàò2L{ ©Í_Ρt θããô‰s?

∩⊆⊄∪ Ì≈¤tóø9$#

Maksudnya: ‰Dan Wahai kaumku! apa halnya Aku Dengan kamu? Aku
mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?42.
‰Kamu mengajakku supaya Aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan
mempersekutukanNya Dengan apa Yang Aku tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya, padahal Aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  17

Ayat-ayat seperti ini terdapat banyak dalam al-Quran dan menerangkan bahawa
erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah,
dan mengkhususkan Allah sahaja untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk
dalam beragama dan untuk perkara inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan
untuk perkara inilah juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.

Orang-orang musyrik sebenarnya percaya dengan kewujudan Allah dan mereka


mencari perantara untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu
diharapkan kepada rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas
berpendapat bahawa yang mereka seru dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair.
AthaaÊ dan ad-Dhahhaq pula berpendapat mereka menyeru pada para malaikat.
Yang dibenarkan dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau
perantara lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap
kepada Allah kerana itu hak Allah daripada hambanya. Suatu kisah terjadi di
zaman Rasulullah s.a.w, di mana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu
dia berkata kepada Nabi, „Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat
kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.‰ Nabi s.a.w
langsung bersabda, „Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.‰ Perkara ini
menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan
dipanjatkan doa ialah Allah dan Allah semata.

Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:

‰Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah ialah
meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada orang-orang
saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan Allah untuk
menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat.‰

Orang Islam mempercayai bahawa Allah tidak boleh disamakan dengan


makhluk atau konsep yang lain. Monoteisme Islam adalah mutlak, bukannya
relatif atau majmuk dalam semua erti kata perkataan ini. Oleh itu, orang Islam
menolak konsep Triniti yang dipegang oleh kebanyakan orang Kristian yang
memerihalkan Tuhan sebagai tiga entiti.

1.4.2 Penerapan Tauhid dalam Aspek Pengurusan


Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan
atau pelaksanaan. Dalam kontek pengurusan Islam, prinsip bertindak selaku
landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk
mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan. Pentadbiran
dan pengurusan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah di samping tidak
mengenepikan daya pemikiran manusia. Lantaran itu prinsip pengurusan Islam
bersifat global, universal dan kekal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Rajah 1.4 menunjukkan beberapa pengaruh tauhid dalam pengurusan Islam.

Rajah 1.4: Pengaruh tauhid dalam pengurusan Islam

(a) Kepatuhan kepada Keesaan Allah


Kepatuhan kepada Keesaan Allah menjadi teras kepada Islam. Seluruh
aktiviti manusia terikat dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah
Yang Maha Agong mentadbir dan mengurus segala-galanya. Kepatuhan
manusia kepada keesaan dan kekuasaan Allah akan melahirkan para
pekerja, pentadbir dan pengurus yang sedar tentang tanggungjawab
mereka yang sebenarnya. Justeru pentadbiran atau pengurusan akan
menjadi perantaraan serta alat yang boleh memartabatkan kemanusiaan
dalam diri manusia. Ia boleh menyusun dan mengagihkan segala nilai yang
diperlukan oleh manusia secara adil dan saksama. Inilah hasrat yang ingin
dicapai oleh sesuatu pengurusan atau pentadbiran.

(b) Melaksanakan Amalan Syura


Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu
diterapkan dalam segala bidang kehidupan. Proses syura yang dijalankan
akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan
pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan
pihak lain. Akhirnya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui
penyertaan pelbagai pihak.

(c) Mementingkan Persamaan (al-Musawah)


Para pentadbir, pengurus, ketua dan lain-lain adalah sama di sisi peraturan
dan undang-undang Islam. Tiada sesiapa yang boleh dilucutkan hak
asasinya melainkan mengikut undang-undang. Setiap pekerja adalah sama
dari segi:
(i) Tanggungjawab terhadap undang-undang.
(ii) Tanggungjawab terhadap hukuman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  19

(iii) Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

(d) Melaksanakan Keadilan (al-ÂAdalah)


Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat dan keadaan yang
betul. Ia mesti dipatuhi di dalam setiap aktiviti. Skop keadilan teramat luas,
meliputi keadilan dalam urusan persendirian, menguruskan harta,
pertuturan, proses perbicaraan dan penghukuman, melayani mereka yang
tidak sealiran pendapat.

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, keadilan boleh berlaku dalam


hal-hal seperti keadilan dalam bentuk persamaan ă semua kakitangan
dibayar gaji pada hari yang sama, keadilan dalam bentuk yang berbeza ă
jumlah imbuhan atau gaji diberi berbeza mengikut kepakaran atau
profesion masing-masing, keadilan dalam bentuk hak keistimewaan ă
ketua boleh menetapkan peraturan dalam pejabat demi kebaikan
jabatannya.

(e) Mengutamakan Kebebasan (al-Hurriyyah)


Mengikut undang-undang, setiap orang berhak untuk mendapat kebebasan
dalam perkara-perkara seperti kebebasan diri, kebebasan beragama,
kebebasan bergerak, kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat dan
kebebasan mencari dan memiliki harta dengan cara yang halal.

1.4.3 Visi, Misi, Matlamat dan Fungsi Pengurusan


Islam
(a) Definisi Visi dan Misi

Visi boleh didefinisikan sebagai suatu bayangan masa depan yang ingin
diwujudkan atau dicapai.

Pernyataan visi selalunya dapat menerangkan di mana kedudukan penentu


matlamat pada masa depan. Ia mungkin dapat menerangkan perubahan
yang akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang jika
semua perkara berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Ia adalah satu gambaran yang ringkas mengenai pandangan sesebuah


organisasi dari segi tujuan dan nilainya. Pernyataan misi diperoleh dari
pernyataan visi (wawasan).

Bagi memahami lebih jelas tentang visi dan misi mari kita lihat contoh visi
dan misi syarikat Telekom Malaysia Berhad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

(b) Visi dan Misi Syarikat Telekom Malaysia

Jadual 2.2 dan 2.3 menerangkan visi dan misi Syarikat Telekom Malaysia.

Jadual 2.2: Visi Syarikat Telekom Malaysia

English Bahasa Malaysia


‰To be MalaysiaÊs leading new „Untuk menjadi peneraju pembekal
generation communications provider, komunikasi generasi baru Malaysia,
embracing customer needs through menerima keperluan pelanggan
innovation and execution excellence‰ menerusi inovasi dan kecemerlangan
pelaksanaan‰

Jadual 2.3: Misi Syarikat Telekom Malaysia

English Bahasa Malaysia


(a) Strive towards customer service (a) Berusaha ke arah kecemerlangan
excellence and operational perkhidmatan pelanggan dan
efficiency. kecekapan operasi.
(b) Enrich consumer lifestyle and (b) Memperkayakan gaya hidup dan
experience by providing pengalaman pengguna dengan
innovative new generation menyediakan perkhidmatan
services. generasi baru yang inovatif.
(c) Improve the performance of our (c) Meningkatkan prestasi pelanggan
business customers by providing perniagaan kami dengan
high value information and menyediakan maklumat yang
communications solutions. bernilai tinggi dan penyelesaian
komunikasi.
(d) Deliver value for stakeholders by (d) Memberikan nilai terbaik bagi
generating shareholder value and mereka yang berkepentingan
supporting MalaysiaÊs growth and dengan menjana nilai pemegang
development. saham dan menyokong
pertumbuhan dan pembangunan
Malaysia.

(c) Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam


Dari pandangan Islam, pihak pengurusan dan pekerja adalah khalifah
Allah s.w.t yang diamanahkan untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t
dengan menjalankan pengurusan secara adil dan memelihara hubungan
yang baik sesama manusia. Perkara tersebut perlu menjadi matlamat
umum pekerjaan mereka. Objektif pengurusan Islam juga adalah untuk
melaksanakan syariah secara total termasuk di dalamnya ibadat, muamalat
dan hukum Islam. Matlamat umum pengurusan Islam ialah untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  21

memakmurkan bumi Allah s.w.t mengikut cara yang diredai-Nya.


Manusia perlu menggunakan segala kemampuan yang ada dalam diri
seperti keazaman, dedikasi, fikiran, tenaga, kemahiran bakat dan sumber
alam untuk memaksimumkan produktiviti dan kualiti yang tinggi

(d) Pelaksanaan Sistem Pengurusan Islam


Pelaksanaan sistem pengurusan Islam boleh mengeratkan hubungan antara
pihak pengurusan dengan pekerja dan masyarakat melalui nilai bersama
yang dibangunkan oleh organisasi. Organisasi perlu mengutamakan syura
dalam proses pembuatan keputusan dan kerjasama dalam tindakan untuk
meningkatkan produktiviti dan kualiti. Pelaksanaan sistem pengurusan
Islam akan memperkukuhkan ekonomi dan kemakmuran di samping
menjaga kebajikan pekerja. Kepimpinan organisasi perlu mengagihkan
bidang kuasa, tanggungjawab, tugas dan kawalan kepada pekerja dengan
adil dan beramanah.

(e) Pengurusan Sumber Manusia


Organisasi perlu menyediakan tenaga kerja yang mencukupi, berkelayakan
dan berkemahiran serta diberi latihan yang sesuai. Kepimpinan organisasi
memupuk sifat amanah dalam tingkah laku dan meningkatkan keyakinan
diri pekerja dengan kekuatan rohani dan akhlak. Mereka perlu
meningkatkan disiplin dari perancangan, pengurusan tugas, pelaksanaan,
penyeliaan, peneguhan pekerja hinggalah kepada produktiviti dan kualiti.
Mereka perlu meningkatkan kerjasama seperti ketaatan, kepatuhan dan
kesetiaan kepada pengurusan oleh pihak pekerja.

(f) Kesan Tauhid dalam Pengurusan Islam


Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan seharusnya akan
melahirkan budaya kerja cemerlang dalam organisasi. Penghayatan konsep
tauhid dalam pengurusan seharusnya akan melahirkan sistem pengurusan
organisasi yang berkualiti. Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan
seharusnya akan melahirkan perkhidmatan masyarakat yang sempurna.
Penghayatan konsep tauhid dalam pengurusan seharusnya akan
melahirkan masyarakat yang adil, stabil dan bahagia.

SEMAK KENDIRI 1.3


Apakah maksud visi dan misi dalam sesuatu organisasi serta
bagaimana pula matlamat organisasi dari perspektif Islam?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

 Pengurusan adalah satu ilmu yang penting untuk memenuhi kehidupan


manusia untuk berjaya.

 Terdapat perlbagai definisi pengurusan, antaranya ialah satu seni bagi


melaksanakan sesuatu proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara
bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

 Terdapat empat fungsi pengurusan yang utama iaitu perancangan,


penyusunan (pengorganisasian), pengarahan (kepimpinan) dan kawalan.

 Mengikut perspektif Islam, ilmu pengurusan adalah tergolong di dalam


bahagian muamalat.

 Sumber ilmu muamalat adalah akal fikiran selagi ia tidak bercanggah dengan
al-Quran dan al-Hadis.

 Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh telah menganjurkan supaya
manusia dapat mengurus kehidupan dengan sempurna supaya mencapai
kebaikan hidup dunia dan akhirat.

 Islam menerapkan nilai tauhid dalam aspek pengurusan. Prinsip-prinsip


Islam yang banyak dalam pengurusan hendaklah diamalkan disetiap fungsi
pengurusan yang dilaksanakan dalam organisasi.

 Semua aktiviti manusia yang dibuat dengan niat yang ihklas dan bertepatan
dengan kehendak syarak akan dikira ibadat oleh Allah s.w.t.

 Mengurus organisasi secara Islam akan melahirkan budaya kerja yang baik
untuk mencapai kecemerlangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM  23

Aqidah Islam Prinsip Pengurusan Islam


Evolusi pengurusan Skop Pengurusan Islam
Fungsi pengurusan Syariah Islam
Khalifah Allah Syura
Organisasi formal Tauhid dalam pengurusan
Pengurusan Islam Visi dan misi pengurusan Islam

Al-Quran versi 6.31 (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies.

Abu Sin, Ahmad Ibrahim (1991). Pengurusan dalam Islam (terjemahan Abd
Rashid Ngah dan Jusoh Kadir), K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koontz, H., & Weirich, H. (1999). Principles of management. New York:


McGraw-Hill.

Muhammad al-Buraey (1992). Administrative development: An Islamic


Perspective. United Kingdom: Islamic Publisher.
Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. K.Lumpur: Utusan Publications
& Distributions.

Lewis, P.S., Goodman, S.H., and Fandt, P.M. (2004). Management: Challenges for
tomorrowÊs leaders. Ohio: Thomson South-Western.
Rue, L.W dan Byars, L.L (2005). Management theory and application. Illinois:
Richard D. Irwin Inc.

Sohair Abdel Moneim Sery (1990). Konsep pengurusan pentadbiran menurut


ajaran Islam satu kajian perbandingan dengan penekanan ke atas
konsepsi kepimpinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara.

Stoner, James A.F Stoner & Charles Wienkel (2000). Management. Prentice Hall,
New Jersey: Inc., Englewood Cliff.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Taylor, F. W. (1978). Principles of scientific management. New York: Harper &


Row.

Yusof Ismail (2004). Mengurus secara Islam. Edisi Kedua. K.Lumpur: A.S
Noordeen.

Zaydan, ÂAbd al-Karim (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah al-Islamiyyah,


Bahgdad : MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai