Anda di halaman 1dari 22

Topik  Pembangunan

2 Disiplin
Pengurusan
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan secara umum mengenai asas pembangunan disiplin
pengurusan Islam;
2. Menjelaskan sumber-sumber rujukan utama pembinaan hukum
Islam;
3. Menghuraikan beberapa prinsip pengurusan Islam; dan
4. Membincangkan bagaimana etika dan tanggungjawab sosial
berkaitan dengan pengurusan Islam.

 PENGENALAN
Proses membangunkan sesuatu sistem pengurusan perlulah mengikut asas
tertentu. Masyarakat barat membangunkan sistem pengurusan mereka
berlandaskan kaedah saintifik seperti apa yang dibuat oleh beberapa tokoh
pengurusan yang telah dibincangkan dalam Topik 1 yang lalu.

Proses membangunkan sistem pengurusan Islam pula perlu berasaskan fikiran


manusia untuk maslahah umum namun ia perlulah tidak bercanggah dengan
sumber hukum Islam serta falsafahnya boleh diambil daripada prinsip-prinsip
al-Quran dan hadis serta apa yang telah dibuat oleh para sahabat. Ini adalah
kerana prinsip Islam menyebut bahawa urusan muamalat adalah asalnya harus
kecuali ada dalil atau sebab yang mengharamkannya. Topik 2 ini akan
membincangkan asas-asas pembentukan sistem pengurusan Islam yang akan
membincangkan sumber-sumber hukum utama dan tambahan bagi dijadikan
asas pembentukan nanti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

AKTIVIT1 2.1
Bincangkan dalam kumpulan bagaimana sesuatu teori pengurusan
Islam boleh dibina dalam memenuhi keperluan hidup yang sentiasa
berubah.

2.1 SUMBER HUKUM PRIMER DAN


SEKUNDER
Pembangunan disiplin ilmu pengurusan Islam adalah berasaskan kekuatan akal
yang dianugerah Allah kerana ia adalah termasuk di dalam urusan muamalat.
Manusia perlu memikirkan kaedah terbaik dalam kehidupan dunia namun ia
hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak. Kaedah tersebut juga boleh
diambil daripada prinsip-prinsip umum di dalam al-Quran, hadis, amalan
sahabat dan tokoh-tokoh Islam di zaman silam.

Mengikut prinsip asas Syariat Islam, semua bentuk urusan muamalat secara
asalnya adalah harus kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya. Sebaliknya
semua bentuk ibadat asalnya adalah haram dilakukan kecuali terdapat dalil yang
sahih dan jelas mengenai pensyariatannya. Semua ulama dan para sarjana
menerima prinsip ini kecuali Ibn Hazm al-Zahiri yang menganggap semua
perkara adalah haram kecuali wujudnya sesuatu yang mengharuskan
(Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t): 52).

Menurut Syeikh al-Qaradawi, antara bukti yang jelas berkenaan prinsip ini ialah
kes pada zaman Rasulullah s.a.w. sewaktu peristiwa pengharaman arak pada
peringkat awal. Ketika itu Allah berfirman: „Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya dosa besar
dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya....‰ (Surah al-Baqarah, 2: 219). Selepas ayat ini turun,
terdapat lagi para sahabat yang masih minum arak kerana belum wujud lagi
dalil yang jelas tentang pengharamannya bahkan sesetengah daripada mereka
juga mahukan suatu penerangan yang menyeluruh berkenaan dengan
pengharaman arak. Kes ini menurut al-Qaradawi ialah bukti bahawa para
sahabat tidak meninggalkan sebarang perbuatan sehingga datangnya dalil yang
jelas tentang haramnya sesuatu perkara (Yusuf al-Qaradawi, 2001: 15-16).

Prinsip ini juga, menurut Ibn Qayyim, adalah berasaskan prinsip al-Istishab.
Mengikut prinsip al-Istishab, segala hukum sekarang adalah dianggap suatu
penerusan daripada hukum terdahulu iaitu selagi tidak ada bukti yang boleh
mengubah hukum dahulu kepada status hukum yang baharu, justeru itu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  27

meletakkan bahawa asalnya manusia ini bebas daripada menanggung sebarang


liabiliti (al-BaraÊah al-Dhimmah) (Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim
al-Jawjiyyah (t.t); 355).

Oleh itu, manusia secara asalnya bebas melakukan apa-apa sahaja dalam urusan
muamalat kecuali setelah terbukti ia diharamkan. Allah s.w.t. berfirman:
„Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah
kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat
kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan
sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan
bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta
terhadap Allah?‰ ( Surah Yunus:59).

Dari segi ibadat pula manusia tidak boleh melakukan ibadah sewenang-
wenangnya kecuali terbukti ia telah ditentukan oleh syariah sebagai ibadat
(al-Qaradawi, 2001: 15-16; Ibn Qudamah, 1999: 112). Membuat ibadat tanpa ada
dalil akan dianggap bidÊah (perkara baru yang dilarang oleh ajaran Islam).

Prinsip semua bentuk muamalat asalnya adalah harus boleh diguna pakai oleh
para ahli pengurusan dalam membuat sistem pengurusan semasa yang
berlandaskan Islam di mana ia boleh memberikan suatu keyakinan kepada
mereka untuk berani mengetengahkan kaedah-kaedah baru yang sesuai dengan
keperluan semasa dalam sistem pengurusan moden berteraskan prinsip Islam.

Bagi memudahkan ahli pengurusan Islam mencipta kaedah-kaedah baru dalam


pengurusan, mereka hendaklah memahami sumber-sumber hukum Islam yang
utama dan tambahan untuk dijadikan panduan. Oleh itu dalam mencari sesuatu
hukum halal atau haram dalam sesuatu produk pengurusan, adalah perlu dicari
kebaikan dalam produk tersebut dan ditentukan adakah terdapat dalil atau
sesuatu yang mengharamkan daripada produk tersebut. Jika tiada sesuatu yang
mengharamkan maka hukumnya adalah harus atau halal walaupun tiada dalil
yang menghalalkan.

Sumber hukum adalah tempat rujukan sesuatu hukum Islam itu diperolehi.
Ulamak telah membahagikan sumber pengambilan hukum-hukum Islam kepada
dua jenis sumber iaitu sumber-sumber hukum yang disepakati ulamak (sumber
hukum utama) dan sumber-sumber hukum yang tidak disepakati ulamak
(sumber hukum tambahan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

2.1.1 Sumber-sumber Utama Hukum Islam


Sumber-sumber hukum yang disepakati ulamak ialah al-Quran, al-Hadis, Ijmak
dan Qiyas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Sumber utama hukum Islam

Berikut adalah penerangan bagi setiap sumber utama hukum Islam.

(a) Al-Quran
Sumber hukum yang utama di dalam Islam yang disepakati oleh para
ulamak ialah al-Quran. Al-Quran didefinisikan sebagai Kalam (perkataan)
Allah yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. dalam bahasa Arab
sebagai mukjizat yang boleh melemahkan sesuatu walaupun dengan hanya
suatu surah yang pendek. Ia ditulis di dalam mashaf-mashaf dan
dipindahkan dari Rasulullah kepada para sahabat secara mutawatir.
Membacanya dikira ibadat. Ayatnya dimulakan dengan surah al-Fatihah
dan disudahi dengan surah al-Nas (al-Zuhaili, Wahbah: 211).

Terdapat empat ciri al-Quran iaitu:

(i) Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu al-Quran
terjemahan tidak dikira sebagai al-Quran dan ia juga tidak boleh
dijadikan rujukan dalam membuat kesimpulan sesuatu hukum Islam.
Ini adalah kerana dikhuatirkan berlaku kesilapan atau pemahaman
yang salah dari maknanya yang sebenar mengikut bahasa Arab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  29

(ii) Lafaz dan makna al-Quran yang berbahasa Arab itu adalah
diturunkan dari Allah s.w.t. Tugas Rasulullah s.a.w. mengenainya
hanyalah menerimanya dari Allah dan menyampaikannya kepada
manusia serta menjelaskan apa yang perlu dijelaskan. Al-Quran
berbeza daripada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. kerana dalam hadis,
lafaznya adalah dari Rasul tetapi makna dari Allah.

(iii) Al-Quran dipindahkan dengan cara mutawatir iaitu secara tulisan


dan mulut ke mulut (musyafahah) dalam semua peringkat masa
semenjak diturunkannya ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah
sekarang. Proses mutawatir itu berlaku dengan al-Quran telah ditulis
oleh para sahabat dari Rasulullah s.a.w. oleh segolongan penulis
wahyu dan dihafaz oleh sejumlah para sahabat yang mana tidak
mungkin mereka (segolongan penulis dan penghafaz-penghafaz
al-Quran) bersepakat untuk memalsukannya. Ia kemudian
dipindahkannya dari segolongan ini oleh segolongan yang lain pula
dengan sejumlah sahabat yang mana tidak mungkin mereka
bersepakat memalsukannya, begitulah berlakunya sepanjang zaman
sehingga sampailah ia kepada kita sekarang ini dalam keadaannya
ditulis di dalam mashaf dan dihafaz oleh para penghafaznya
(Wahbah al- Zuhaili, 1987 : 212-217).

(iv) Al-Quran adalah mukjizat yang tidak mampu dicipta oleh manusia
walaupun dengan satu surah. Ini ternyata berlaku apabila dicabar
oleh pakar-pakar bahasa Arab untuk melakukannya pada zaman nabi
seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah
(2: 23-24):

⎯Ï&Î#÷VÏiΒ ⎯ÏiΒ ;οu‘θÝ¡Î/ (#θè?ù'sù $tΡωö7tã 4’n?tã $uΖø9¨“tΡ $£ϑÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû öΝçFΖà2 βÎ)uρ

öΝ©9 βÎ*sù ∩⊄⊂∪ t⎦⎫Ï%ω≈|¹ öΝçFΖä. χÎ) «!$# Èβρߊ ⎯ÏiΒ Νä.u™!#y‰yγä© (#θãã÷Š$#uρ

ôN£‰Ïãé& ( äοu‘$yfÅsø9$#uρ â¨$¨Ζ9$# $yδߊθè%uρ ©ÉL©9$# u‘$¨Ζ9$# (#θà)¨?$$sù (#θè=yèøs? ⎯s9uρ (#θè=yèøs?

∩⊄⊆∪ t⎦⎪ÌÏ≈s3ù=Ï9

Maksudnya: ‰Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang


Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad),
buatlah[31] satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang


benar. 24. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti
kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari
neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi
orang-orang kafir.‰

Ayat ini merupakan tentangan bagi mereka yang meragukan tentang


kebenaran al-Quran itu tidak dapat ditiru walaupun dengan
mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa kerana ia merupakan
mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

(b) Al-Hadis
Sumber hukum Islam kedua ialah al-Hadis. Al-hadis juga disebut
al-sunnah. Al-Sunnah dari segi bahasa Arab bermaksud perjalanan yang
biasa dilalui sama ada ia baik atau jahat. Rasullullah s.a.w. bersabda:
„Barang siapa mengadakan sesuatu sunnah (perjalanan) yang baik maka
baginya pahala sunat (perjalanan) itu dan pahala orang yang
mengerjakannya hingga hari kiamatÊ dan barang siapa mengadakan
sesuatu sunat (perjalanan) yang jahat atau buruk maka keatasnyalah
dosanya dan dosa orang yang mengerjakannya hingga hari kiamat.‰
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Definisi al-Sunnah pada istilah UlamaÊ Usul al-Fiqh ialah perkara yang
datang dari Rasulullah s.a.w. selain daripada al-Quran sama ada berupa
perkataan, perbuatan atau pengakuan. Pengertian al-Sunnah pada istilah
UlamaÊ Usul al-Fiqh ini membayangkan kepada kita bahawa al-Sunnah
dipandang dari sudut dirinya sendiri dan ia terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu:

(i) Al-Sunnah al-Qauliyyah (Sunnah dengan Perkataan)


Sunnah secara perkataan iaitu segala hadis yang diperkatakan oleh
Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh adalah hadis dari Saidina Umar
al-Khattab bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: „Bahawasanya segala
amalan itu dengan niat dan setiap perkara itu diatas apa yang ia
niatkan.‰ (Riwayat Bukhari dan Muslim).

(ii) Al-Sunnah al-FiÊliyyah (Sunnah dengan Perbuatan)


Sunnah secara perbuatan pula ialah segala perbuatan Rasulullah
s.a.w. seperti baginda berwuduk, bersembahyang, menunaikan fardu
haji dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  31

(iii) Al-Sunnah al-Taqririyah (Sunah Penerimaan/Penetapan)


Sunnah secara penerimaan/penetapan adalah sunnah yang berlaku
apabila Rasulullah s.a.w. hanya mendiamkan diri sahaja tanpa
berkata apa-apa sama ada membenarkan sesuatu perbuatan itu atau
melarangnya sedangkan Rasulullah s.a.w. mengetahuinya berlaku
sama dihadapannya atau dibelakangnya. Diam baginda ini
menunjukkan bahawa perkataan atau perbuatan ini adalah harus
kerana Rasulullah s.a.w. tidak mendiamkan diri pada perkara yang
batil dan mungkar. Contohnya, Rasulullah s.a.w. hanya berdiam diri
apabila melihat seorang Badawi Muslim membawa dhob (sejenis
binatang padang pasir seperti biawak). Diam baginda menunjukkan
bahawa tidak haram memakan dhob walaupun Rasulullah tidak
memakan dhob.

(iv) Al-Ijmak al-Ulamak (Persepakatan Ulamak)


Definisi ijmak dari segi istilah ialah persepakatan para ulamak
mujtahidin dari umat Nabi Muhammad s.a.w. pada mana-mana masa
terhadap hukum syarak selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w..
Ijmak ulamak akan dikira berlaku jika terdapat perkara-perkara
seperti berikut:
 Persepakatan itu mestilah terdiri di kalangan ulamak mujtahidin.
Oleh itu persepakatan di kalangan orang awam yang tidak ada
kemampuan berijtihad mengeluarkan hukum adalah tidak dikira
ijmak ulamak.
 Persepakatan itu hendaklah terdiri daripada kesemua ulamak
mujtahidin yang ada pada zaman itu. Jika hanya sebilangan besar
sahaja bersepakat dan tidak yang lain maka tidak dikira ijmak
ulamak.
 Para ulamak mujtahidin itu hendaklah terdiri daripada umat Nabi
Muhammad s.a.w. Oleh itu jika terdapat orang bukan Islam yang
mahir ilmu agama Islam dan menjadi tempat rujukan orang Islam
dalam mengeluarkan hukum, maka ia tidak boleh melakukan
ijmak kerana ia tidak menganut Islam. Begitu juga jika terdapat
orang berilmu dari pengikut nabi-nabi terdahulu seperti ahli
al-Kitab, maka persepakatan mereka tidak diterima sebagai ijmak.
 Ijmak mestilah dilakukan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Persepakatan para sahabat semasa hayat Rasulullah s.a.w. masih
ada tidak dikira ijmak.
 Hukum yang disepakati itu mestilah terdiri daripada hukum
syarak seperti wajib, sunat, haram, sah, batal dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Persepakatan dalam urusan bahasa, politik, sosial dan sebagainya


tidaklah dikira ijmak ulamak.

(v) Al-Qiyas (Perbandingan)


Al-Qiyas didefinisikan sebagai proses mendapatkan hukum bagi
sesuatu masalah baru dengan membandingkan masalah tersebut
dengan hukum yang telah jelas dalam al-Quran dan hadis atau ijmak
berdasarkan illah (sebab) yang sama.

Masalah yang dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran, Sunnah atau


ijmak dinamakan asal (hukum asal yang dirujuk) atau maqis alaih
(perkara yang dijadikan rujukan asal).

Masalah baru yang tidak dijelaskan hukumnya dinamakannya faraÊ


(cabang) atau maqis. Hukum masalah yang dijelaskan di dalam salah
satu dari tiga dalil itu dinamakan hukum asal. Illah ialah sebab
sesuatu hukum itu dibuat seperti arak diharamkan kerana
menyebabkan mabuk. Maka mabuk adalah illah hukum arak
diharamkan diminum.

Contoh haramnya minum bir kerana arak haram. Firman Allah s.w.t
dalam Surah al-Maidah (5:90):

Maksudnya: „Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya


(meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi
nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungan.‰

Yang dimaksudkan dengan al-Khamru oleh para fuqaha ialah nama


minuman yang memabukkan yang dibuat dari buah anggur sahaja.
Jadi telah difahami daripada ayat di atas adalah hukum haram
meminum arak (yang dibuat dari buah anggur). Illahnya ialah
kerana ia memabukkan. Apabila didapati juga minuman lain yang
memabukkan seperti tuak, bir, todi dan lain-lain tetapi tidak disebut
perkataan tuak, bir dan todi di dalam al-Quran atau Sunnah hukum
yang menjelaskannya. Oleh itu ulama mujtahidin menggunakan
kaedah Qiyas bagi menentukan hukum haram minuman tuak, bir
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  33

dan todi kerana ia sama dengan arak dari segi illah hukum iaitu
memabukkan.

Qiyas mempunyai empat rukun iaitu Ushul, Hukum Ushul, FariÊ


dan Illah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Empat Rukun Qiyas

Rukun Qiyas Penerangan


Ushul Iaitu masalah yang dijelaskan hukumnya dalam al-QurÊan atau
sunnah atau ijma, seperti arak yang sabit hukumnya dengan al-
QurÊan.
Hukum Ushul Iaitu hukum syarÊi bagi masalah yang dijelaskan di dalam salah satu
dari tiga dalil seperti hukum haram arak.
FarÊi Iaitu maslah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam salah satu dari
tiga dalil tersebut seperti tuak.

IÊllah Iaitu sifat berupa sebab bagi hukum ushul yang mana ia serupa
dengan sifat pada farÊi seperti sifat mabuk pada arak.

2.1.2 Sumber Hukum Islam Tambahan


Sebagai agama sejagat, Islam telah membuka pintu bagi menyesuaikan
pelaksanaannya dengan perkembangan hidup manusia. Pada masa hayat
Rasulullah s.a.w. iaitu diperingkat pertama pembentukan hukum Islam,
Rasullullah s.a.w. menerima fikiran dan ijtihad para sahabat sepertimana dalam
hadis Muaz Jabal walaupun sumber-sumber hukum Islam pada masa itu
hanyalah kitab Allah dan Sunnah rasul. Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, para
mujtahid mula menggunakan fikiran mereka dalam bidang hukum secara
meluas berpandukan kepada prinsip al-Quran dan al-Sunnah. Mereka telah
berijtihad memahami nas-nas dan menggunakan kaedah atau prinsip yang
umum bagi maslahah baru yang lahir dalam masyarakat. Penggunaan kaedah
tersebut berasaskan cara Istishab, Qiyas, Istihsan, Masalih al-Mursalah, ÂUrf dan
lain-lain lagi (Manna Al-Qattan, 1995: 46).

Sumber-sumber hukum yang tidak disepakati ulamak ialah Istihsan, Masalih


Mursalah, Uruf dan Istishab (lihat Rajah 2.2).
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Rajah 2.2: Sumber hukum Islam tambahan

(a) Istihsan
Secara amnya, istihsan bererti mengambil sesuatu yang lebih baik
mengikut keperluan. Menurut istilah ulamak Hanafi, istihsan ialah
mengubah sesuatu perkara yang berasal daripada al-Qiyas kepada al-Qiyas
yang lebih baik dan kuat atau perubahan terhadap al-Qiyas kepada dalil
nas yang bercanggah dengan qiyas yang terang nyata.

Manakala menurut istilah ulamak usul fiqh pula, istihsan ialah


menukarkan pengambilan al-Qiyas yang nyata (al-Jaliy) kepada kias yang
tidak nyata (al-Qiyas al-Khafiy) ataupun menukarkan sesuatu hukum
kulliy (umum) kepada hukum pengecualian (IstihnaÊ) atau dari kulliy
kepada hukum takhsis ekoran terdapat dalil yang menyebabkan mujtahid
memindahkannya.

Istihsan juga didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang dikira baik yang
lahir hasil pemikiran ulamak mujtahid dalam perkara yang bertentangan
dengan hukum al-Qiyas terang. Walaupun begitu, ia juga mempunyai
sandaran yang berupa al-QurÊan atau hadis, ijmak atau al-Qiyas yang tidak
jelas atau disebabkan keadaan yang memerlukannya. Sebagaimana Sabda
Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

„Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia adalah baik di
sisi Allah, dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu buruk, maka ia
adalah buruk di sisi Allah.‰
(HR Bukhari )

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  35

Contoh istihsan ialah: Syarak menegah melakukan akad atau jual beli
terhadap barangan yang tidak ada pada waktu akad. Berdasarkan istihsan,
harus akad jual beli bagi barang yang tiada pada waktu akad seperti salam,
sewa-menyewa, upah-mengupah atau membuat tempahan atau semua
bentuk urusan barangan yang tiada pada waktu akad. Hujah dan alasan
penggunaan istihsan kerana manusia memerlukan dan berhajat dan sudah
menjadi kebiasaan mereka menjalankan urusan dengan cara tersebut.

(b) Masalih Mursalah


Masalih Mursalah ialah sifat-sifat atau keadaan yang boleh mendatangkan
kebaikan atau menjauhkan makhluk dari keburukan disebabkan oleh diikat
hukum dengan sifat-sifat itu dan dibinakan hukum ke atasnya, dan tidak
ada sesuatu dalil syarak yang khusus memperakui atau menghapuskannya.

Di antara contohnya ialah harus bagi pemerintah yang adil mewajibkan


orang-orang kaya mengeluarkan sejumlah wang yang ditetapkan bagi
menambah anggota tentera dan alat kelengkapan perang untuk
mempertahankan negara jika wang perbendaharaan tidak mencukupi
untuk membiayainya. Ini adalah merupakan masalih mursalah kerana
tidak ada sesuatu dalil yang khusus menegaskan atau melarang perbuatan
itu bahkan ia merupakan usaha yang baik dan mendatangkan kepentingan
umum kepada masyarakat iaitu dengan angkatan tentera yang kuat dan
dapat mempertahankan masyarakat daripada ancaman musuh.

Masalih Mursalah juga boleh didefinisikan sebagai suatu keadaan yang


sesuai untuk diadakan hukum syarak yang boleh mendatangkan kebaikan
atau menjauhkan daripada keburukan serta tidak ada satupun dalil atau
nas syarak khusus yang mengesahkan atau menghapuskan hukumnya. Ia
juga boleh didefinisikan sebagai membuat sesuatu hukum dan undang-
undang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan
masyarakat yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar
sama ada ia boleh dilaksanakan, harus atau tidak boleh dilaksanakan.

Prinsip utama masalih ialah untuk mencari seuatu yang boleh memberi
manfaat dan menolak sesuatu yang kemudaratan. Konsep penggunaan
masalih mursalah ialah untuk tujuan kemaslahatan dan kebaikan manusia
dengan berdasarkan kepada asas Islam berikut:
(i) Daruriyat iaitu keperluan asasi.
(ii) Hajiyat iaitu keperluan kebaikan dan kebiasaan.
(iii) Tahsiniyat iaitu tujuan kesempurnaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

Antara contoh penggunaan masalih mursalah dalam masyarakat


ialah:
(i) Kerajaan mengeluarkan lesen memandu kereta motor untuk
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan melahirkan
pemandu yang mahir serta mengetahui peraturan jalan raya.
Undang-undang tersebut tidak ada nas yang boleh dijadikan
bukti atau ditolak.
(ii) Kerajaan mengenakan denda terhadap orang-orang yang
melintas jalan raya yang tidak menggunakan jejantas sewaktu
melintas. Hal tersebut untuk mengelakkan daripada berlaku
kemalangan jiwa dan kesesakan lalu lintas.

(c) Uruf
Uruf dari sudut bahasa ialah adat atau perkara yang senang dan diterima
pada perasaan manusia. Manakala Uruf dari segi istilah syarak ialah: Apa
sahaja yang menjadi kebiasaan sekumpulan manusia serta diikuti oleh
orang lain, sama ada dalam percakapan atau amalan. Uruf tidak dianggap
sebagai hujah jika menyalahi dalil-dalil dan hukum syarak yang tetap dan
tidak berubah, walaupun suasana dan adat berubah. Justeru itu
mana-mana uruf yang bertentangan dengan nas atau hukum mestilah
sama-sama kita berusaha untuk menghapuskannya dan meninggalkannya.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

„Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)


dan pencerobohan.‰
(Surah al-Maidah, 5: 2).

Uruf yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak mestilah diambil
kira dalam pembinaan hukum dan pembuatan keputusan. Contohnya:
Syarak mengambil kira dan menjaga adat kebiasaan orang Arab yang baik
serta tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diat
terhadap Âaqilah iaitu ahli keluarga pembunuh. Antara syarat penerimaan
uruf ialah:
(i) Sesuatu uruf itu diamalkan secara berterusan di dalam semua
masalah atau diamalkan pada kebanyakan masalah, walaupun tidak
pada semua masalah.
(ii) Uruf itu wujud dan diamalkan ketika melakukan tindakan sama ada
berupa uruf perkataan atau perbuatan.
(iii) Uruf tidak menyalahi dalil syarak dan kaedah asas.
(iv) Uruf itu mestilah diamalkan oleh orang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  37

(d) Istishab
Istishab ialah sesuatu perkara atau keadaan yang dihukum pada zaman
kedua (zaman sahabat) berdasarkan hukum zaman pertama (zaman
Rasulullah), iaitu menetapkan hukum yang berlaku pada masa kini
berdasarkan hukum yang telah berlaku di masa lalu. Kecuali terdapat nas
yang mengubahnya atau sesuatu yang dibuat oleh ulamak mujtahid dalam
sesuatu perkara yang telah dikaji setelah mereka tidak menemui sesuatu
dalil pun yang boleh mengubah hukumnya. Dalam keadaan tersebut,
ulamak mengekalkan sesuatu hukum itu dengan berasaskan hukum yang
telah sedia ada, kerana tiada sebarang dalil pun yang dapat mengubah
hukum tersebut.

Imam al-Syawkani memberikan definisi istishab ialah sesuatu yang kekal


keadaannya selama mana tiada sesuatu yang boleh mengubahnya.
Ini bermakna keadaan atau kedudukan sesuatu ini kekal seperti
sebelumnya dan akan sentiasa digunakan dan diambilkira di masa
sekarang dan akan datang, contohnya dalam pertelingkahan hak milik
sesuatu barang. Hakim akan memutuskan yang memiliki surat hak milik
itu dikira pemiliknya sehinggalah dapat dibuktikan sebaliknya. Begitu juga
jika seseorang suami itu hilang (mafqud), isterinya tetap dikira isterinya
yang sah kecuali mahkamah mengeluarkan hukum sebaliknya.

SEMAK KENDIRI 2.1


Senaraikan sumber-sumber hukum utama Islam dan sumber-sumber
hukum tambahan.

2.2 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM


Selain daripada hukum aqidah dan hukum ibadat, Islam juga banyak memberi
prinsip-prinsip hidup berasaskan al-Quran dan al-Hadis. Terdapat beberapa
prinsip pengurusan dalam Islam yang akan dibincangkan selanjutnya.

2.2.1 Perbezaan Pemilihan


Setiap manusia dalam perjalanan hidupnya tidak dapat lari dari membuat
pilihan dan keputusan. Seorang manusia yang bijak akan membuat keputusan
setelah menimbang pilihan yang ada. Sepertimana manusia membuat keputusan
untuk memilih apa yang paling baik untuk hidupnya, organisasi juga perlu
membuat pilihan bagi memastikan operasinya berjalan dengan baik. Selain
daripada memiliki peralatan yang moden serta sumber kewangan yang kukuh,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

kelangsungan hidup sesebuah organisasi amat bergantung kepada individu


yang berada di dalamnya. Sejarah telah membuktikan bahawa jatuh bangun
sesebuah organisasi amat bergantung kepada individu yang berada dalam
organisasi tersebut. Ini dibuktikan misalnya dalam kejayaan umat Islam
menundukkan golongan Musyrikin Mekah semasa tercetusnya perang Badar.
Walaupun bilangan tentera Islam hanya sepertiga daripada bilangan golongan
tentera Musyrikin Mekah, mereka berjaya mengalahkan golongan tersebut
seperti mana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran (3:123):

∩⊇⊄⊂∪ tβρãä3ô±n@ öΝä3ª=yès9 ©!$# (#θà)¨?$$sù ( ×'©!ÏŒr& öΝçFΡr&uρ 9‘ô‰t7Î/ ª!$# ãΝä.u|ÇtΡ ô‰s)s9uρ

„Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam


peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit
bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada
Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).‰

Persoalannya bagaimanakah kemenangan tersebut boleh tercapai jika individu


yang berada dalam organisasi tersebut mempunyai agenda tersendiri
berbanding dengan kepentingan organisasi. Selain daripada pertolongan Allah,
kemenangan tentera Islam juga didokong oleh kebijaksanaan Rasululah s.a.w.
dalam mengemudi pasukan di samping semangat anggota-anggota pasukan
perangnya yang merupakan insan terpilih, sama ada hidup untuk mengabdikan
diri kepada Allah atau syahid dijalan Allah. Sebaliknya apa yang berlaku semasa
Perang Uhud adalah berbeza. Tentera Kafir telah berjaya mencapai kemenangan
kerana kealpaan umat Islam dalam perjuangan. Setelah berjaya menggempur
tentera musuh dan hampir berjaya mencapai kemenangan, timbul perasaan
tamakkan kebendaan, lalu memilih untuk meninggalkan medan pertempuran
bagi mengutip harta peperangan dan seterusnya mengabaikan perintah
Rasululah s.a.w. Pilihan untuk merebut harta dari mempertahankan Bukit Uhud
telah menyebabkan bukit tersebut ditawan oleh tentera Musyirikin dan ia
merupakan sebahagian dari punca kekalahan umat Islam di medan Uhud.
Peristiwa-peristiwa yang terungkap di dalam al-Quran sebenarnya bukan
sekadar cerita semata-mata tetapi adalah satu nasihat dan panduan kepada umat
manusia agar tidak membuat pilihan yang salah kerana harga yang terpaksa
dibayar apabila suatu kesilapan dilakukan adalah terlalu tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  39

2.2.2 Huraian Beberapa Prinsip Islam dalam


Pengurusan
Antara beberapa prinsip pengurusan Islam yang lain dalam organisasi ialah:

(a) Pembentukan Keikhlasan dan Semangat Bekerja


Keikhlasan dalam diri untuk memberi sumbangan yang bermakna. Sifat
keikhlasan ini kita sendiri boleh mengetahui dan merasainya. Sekiranya
keikhlasan wujud, ia sudah tentu akan dapat menimbulkan semangat juang
yang tinggi. Keikhlasan bukan terletak pada apa yang kita cakap atau apa
yang kita janji tetapi ianya terserlah melalui perbuatan dan etika seseorang.

(b) Pengurusan Berorientasikan Pelanggan


Pekerja yang berjaya di dalam sesebuah organisasi mestilah
mengutamakan pelanggan. Pelanggan tidak semestinya orang yang
memberi kita perniagaan bahkan pelajar juga dianggap pelanggan kepada
seorang guru. Oleh itu pekerja yang baik akan sentiasa berusaha untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Seorang pekerja yang baik hendaklah
mempunyai pengetahuan dan memahami pelanggannya. Bagi organisasi
sekolah misalnya, murid adalah pelanggan utama dan memahami
pelanggan adalah memahami dari segi pembangunan jasmani, emosi,
rohani dan inteleknya.

(c) Keupayaan Berfikir Kepimpinan


Pemimpin yang baik berupaya untuk berfikir dengan baik. Pemikiran yang
baik pula hanya dapat dihasilkan daripada ilmu dan pengalaman yang
dimiliki. Mereka yang tidak berilmu tidak akan mampu menjadi pemimpin
yang baik di dalam dunia moden ini di mana ilmu merupakan sumber
utama bagi kejayaan sesuatu bangsa. Seseorang pemimpin yang baik bukan
sahaja perlu memiliki ilmu itu sendiri malah mereka berupaya
menggunakan dan mengolah maklumat bagi menghasilkan strategi yang
baik. Oleh itu kepelbagaian ilmu seperti memiliki limu dalam bidang
kepimpinan, pengurusan, kewangan, strategi organisasi, sumber manusia
dan lain-lain adalah penting dalam membentuk strategi, program, aktiviti
dan lain-lain tugasan. Keupayaan berfikir boleh dipraktikkan dengan
memperkayakan ilmu. Cara yang paling mudah untuk mendapat ilmu
adalah dengan membaca. Nabi Muhammad s.a.w. diberi tugas sebagai
pemimpin bermula dengan BACA.

(d) Sistem Berkomunikasi Berkesan


Kepimpinan dalam organisasi sering didefinisikan sebagai keupayaan
seseorang untuk mempengaruhi satu kumpulan untuk melakukan sesuatu
yang tanpanya segala aktiviti organisasi lazimnya tidak dapat dilakukan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
40  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

dengan sempurna atau gagal. Ini bermakna pemimpin sebenar perlu


berupaya memberi nilai tambah kepada organisasi. Ia juga melibatkan
keupayaan mempengaruhi atau mengorientasikan orang lain untuk
melaksana atau menjayakan sesuatu yang dihasrat oleh pemimpin tersebut.
Ini bermakna seseorang pemimpin perlu berupaya berkomunikasi secara
berkesan sama ada secara lisan, penulisan atau lain-lain. Dalam konteks ini,
komunikasi bermakna pemimpin tersebut berupaya dan sentiasa
berkomunikasi secara berkesan dengan pegawai-pegawai dan pekerja di
bawahnya dalam konteks untuk sama-sama memahami, menghayati dan
komited dengan strategi, misi, visi, matlamat dan wawasan serta aktiviti
yang dirancang. Ini juga bererti pemimpin mestilah selalu berbincang,
meminta pandangan, mendengar dan berinteraksi dengan baik dalam
organisasi yang diterajuinya. Dalam hal ini pendekatan turun padang
(management by working around) adalah perlu untuk menjayakan
komunikasi dengan berkesan.

AKTIVITI 2.2
Huraikan beberapa prinsip pengurusan Islam yang boleh
dilaksanakan dalam organisasi anda pada masa kini.

2.3 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL


ORGANISASI
Pembangunan prinsip pengurusan juga berasaskan etika dan tanggungjawab
sosial. Etika adalah salah satu komponen utama ajaran Islam selain aqidah dan
ibadah. Islam sangat mementingkan akhlak dalam kehidupan. Islam adalah
agama yang ada hubungan antara manusia dan Allah (hablum minallah) dan
hubungan antara manusia sesama manusia (hablum minannas). Tanggungjawab
sosial adalah sebahagian daripada hubungan tersebut.

2.3.1 Definisi Etika dan Tanggungjawab Sosial


Kerja yang dilakukan oleh seseorang manusia itu tidak dapat lari dari
pertimbangan moral. Kerja yang dilakukan mungkin baik atau buruk, mungkin
diterima oleh masyarakat dan mungkin juga tidak. Begitu juga kerja boleh
dipertimbangkan sama ada benar dan salahnya oleh pelakunya. Ini kerana
perbuatan manusia tidak sama dengan perlakuan haiwan. Haiwan dijadikan
oleh Allah tergerak melakukan satu-satu perbuatan akibat dari naluri yang ada
dalam diri mereka, sebab itu ia tidak memerlukan pertimbangan etika dan ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  41

jauh sekali dari dipertanggungjawabkan ke atas perlakuannya itu. Sebaliknya


manusia dibekalkan oleh Penciptanya dengan perasaan kemanusiaan serta
keintelektualan yang memungkinkan mereka memilih, meneroka,
membayangkan, menjangkakan atau menyembunyikan sesuatu realiti. Oleh
yang demikian dalam perbuatannya manusia itu dipertanggungjawabkan atas
pilihan yang dibuatnya. Allah menerangkan perkara tersebut di dalam al-Quran:
„Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan perasaan hati manusia semuanya
akan disoal oleh Allah.‰

Setiap perbuatan itu tidak boleh dipisahkan penilaiannya dari aspek agama dan
pertimbangan etika. Setiap perlakuan manusia sama ada aktiviti fizikal atau
pemikirannya terletak kepada pertimbangan agama dan pada masa yang sama
pertimbangan etika. Antara keduanya saling menyokong dan saling melengkapi.
Pada pandangan Islam tidak ada perkataan secular morality seperti yang wujud
dalam sesetengah masyarakat. Konsep secularism telah diketengahkan asalnya
di Eropah Barat bertujuan membebaskan diri masyarakat dalam aspek sosial,
ekonomi dan politik dari ketidakadilan dan penguasaan gereja dan ilmuan
agamanya (Muhammad Abdul Rauf, 1987). Pemisahan antara dua aspek utama
ini yang satunya disebut sebagai sekular (secular) atau keduniaan (worldly)
daripada perkara yang satu lagi disebut sebagai spiritual atau religious
(keagamaan) adalah terlalu asing bagi pemikiran masyarakat dan ajaran Islam
dari dahulu sehingga sekarang.

Islam sebagai punca penunjuk jalan yang benar dan Allah s.w.t. mengetahui apa
yang terbaik bagi setiap jiwa manusia. Sekiranya diri manusia bebas menentukan
pertimbangan etika tentu akan membawa kepada konflik di mana hukuman-
hukuman yang berbeza diberikan kepada satu perlakuan yang sama akibat dari
perbezaan geografi dan manusia yang terlibat. Panduan etika dan perbuatan
seseorang Islam dalam perkara ini telah ditentukan oleh wahyu yang tentunya
jauh dari sifat kekurangan dan kelemahan.

2.3.2 Pengurusan Kualiti Menyeluruh


Sistem pengurusan kualiti menyeluruh juga boleh dianggap sebahagian
daripada tanggungjawab sosial organisasi malah ia menjadi faktor penting
dalam kejayaan sesebuah organisasi. Islam menerima prinsip ini kerana ia
menjamin sesuatu itu menjadi baik dan elok.

Total Quality Management (TQM) atau juga dikenali sebagai Pengurusan Kualiti
Menyeluruh merupakan satu sistem pengurusan baru yang lahir pada tahun
1920an dan digunakan oleh kilang-kilang di Amerika Syarikat bagi tujuan
mengawal kualiti. Sistem ini kemudiannya mendapat sambutan menggalakkan
daripada para pengurus syarikat di Jepun bermula sekitar tahun 1950an yang
mana pada ketika itu sedang pesat membangun dalam sektor industri dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
42  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

seterusnya konsep ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia pada tahun
1980an, bilamana timbul kesedaran tentang pentingnya kualiti dalam kehidupan
manusia. Kewujudan sistem pengurusan baru ini seterusnya telah berjaya
mempengaruhi serta merubah sikap para pengurus di sektor swasta dan
kerajaan tentang cara mereka menguruskan kualiti dan hal ini telah
menyebabkan para pengurus menukar cara pengurusan mereka dalam
pengurusan bercorak tradisional kepada pengurusan kualiti menyeluruh kerana
diyakini cara pengurusan yang baru ini adalah lebih efektif dan berjaya
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Seterusnya menyentuh mengenai konsep yang dipegang oleh TQM ini, apa yang
jelas ialah pengurusan jenis ini adalah lebih berorientasikan kepada pelanggan
dan akitivitinya adalah berterusan serta melibatkan semua aspek dalam
organisasi yang bertujuan membawa perubahan menyeluruh ke arah melahirkan
organisasi cemerlang yang berjaya mencapai kualiti menyeluruh dalam segala
aspek operasinya. Pada tahap ini kualiti akan dipamerkan melalui kecekapan
pentadbiran, kebolehan pekerja, kelicinan operasi dan sebagainya. Antara ciri-
ciri TQM ialah:

(a) Matlamat
Terdapat tiga matlamat sebenar TQM dan yang pertamanya ialah kepuasan
hati pelanggan, output tanpa cacat (zero defect) dan output yang sentiasa
tepat.

(b) Fokus
Dalam hal ini, pengurusan jenis ini nampaknya adalah lebih memfokuskan
kepada beberapa perkara. Perkara yang pertama yang difokuskan oleh
pengurusan jenis ini adalah sistem dan operasi, budaya organisasi,
pelanggan dan juga pembekal. Pemfokusan mengenai perkara-perkara
yang sebegini adalah penting bagi mengelakkan ketidakcekapan daripada
berlaku.

(c) Strategi
Strategi yang pertama ialah ‰Penambahbaikan yang berterusan‰. Langkah
atau strategi yang pertama ini boleh dilakukan dengan mewujudkan „team
work‰ dalam organisasi. Peranan pihak pengurusan amat penting dalam
melaksanakan tujuan ini kerana pengurusan bertanggungjawab terhadap
seluruh organisasi.

Strategi seterusnya ialah „Pengawalan kos kualiti‰. Ini boleh dilakukan


dengan menggunakan sumber yang ada dengan seoptimum mungkin bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengelakkan
penghasilan output yang tidak berkualiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  43

Strategi terakhir adalah „Tindakan Pencegahan‰. Ini boleh dilakukan


dengan memperbaiki proses-proses kerja supaya peluang untuk berlaku
kesilapan atau kecacatan dapat dikawal sepenuhnya.

(d) Pelaksana
Hal ini merujuk kepada siapakah yang akan melaksanakan tugas-tugas
yang telah dirancang bagi mencapai matlamat yang telah dinyatakan tadi.
Terdapat tiga faktor dalam melaksanakan tujuan ini iaitu pihak
pengurusan atasan, semua pekerja (total participation) dan teamwork.

2.3.3 Budaya Organisasi


Sistem pengurusan secara Islam adalah bersifat komprehensif dan berteraskan
falsafah tauhid dan berasaskan ilmu wahyu iaitu al-QurÊan, al-Hadith dan
amalan ulamak silam. Oleh itu pembangunan modal insan bersepadu adalah
amat penting dalam konteks pengurusan Islam. Dalam sistem ini, segala proses
pembuatan keputusan, perancangan, pengawalan, pelaksanaan projek,
perhubungan dan komunikasi, tanggungjawab di antara majikan dan pekerja,
etika kerja dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pengurusan adalah
berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam yang telah digariskan
oleh ajaran Islam.

Pengurusan dalam Islam amat menekankan aspek pengurusan kerja berkualiti


dan pembangunan modal insan secara terancang. Ia telah dibincangkan sejak
wujudnya dan terbinanya sejarah tamadun manusia. Dari segi sejarah misalnya,
telah ditonjolkan corak pengurusan Nabi Musa a.s. dalam catatan penghijrahan
bani Israel dari Mesir ke Semenanjung Sinai. Nabi Musa a.s. mempunyai
pengikut yang ramai pada masa itu. Selepas diadakan mesyuarat, Nabi Musa a.s.
bersetuju untuk mengikut pandangan yang diutarakan oleh bapa mertuanya
iaitu menyediakan beberapa orang yang berkemampuan menjadi pekerja.
Pekerja ini dilantik dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengikut
masing-masing. Corak pengurusan berasaskan kekuatan modal insan ini telah
dipraktikkan sehingga kini dan ia mempunyai persamaan dengan corak
pengurusan sekarang yang menekankan konsep disentralisasi dan penurunan
kuasa (empowerment) kepada staf bawahan (subordinates) yang dipilih dan
dilantik oleh pihak pengurusan.

Rasulullah s.a.w. sendiri bagi orang Islam adalah model pekerja yang
berwawasan dalam konteks pengurusan Islam yang sebenar. Baginda telah
mempelopori sistem pengurusan Islam pada zaman awal Islam lagi, melalui
praktik-praktik kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan negara. Fungsi-
fungsi pengurusan barat seperti perancangan (plan), pengorganisasian
(organise), pengawalan (control), penstafan (recruitment), kepimpinan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
44  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

(leadership) dan pelaksanaan (execute) telahpun dilaksanakan oleh Rasulullah


s.a.w. dalam mengurus modal insan iaitu pengikut-pengikutnya semasa
penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah dan juga dalam usaha baginda
menyebarkan agama Islam di muka bumi ini. Berpandukan fakta sejarah ini,
adalah perlu bagi setiap pekerja untuk mencontohinya. Dalam konteks ini,
seorang pekerja organisasi yang baik akan sentiasa berusaha untuk
menambahbaik pencapaian organisasi dengan penuh komitmen dan semangat.
Justeru itu, pekerja yang baik akan menetapkan objektif-objektif yang beliau
percaya sepenuhnya akan dapat memberi kesan positif kepada organisasi dalam
suasana kerja yang penuh bersemangat dan ceria. Ini bererti kepimpinan yang
berkesan merupakan agen perubah kepada organisasi. Mereka ini akan sentiasa
berusaha untuk menambahbaik organisasi.

Dengan perkataan yang lebih mudah, ciri utama pekerja yang baik ialah
mengetahui dan menetapkan halatuju organisasi dari segi visi dan misi serta
objektif yang jelas yang hendak dicapai. Malah pekerja juga bertanggungjawab
dalam mengawalselia perancangan dan mengatur strategi, mewujudkan
program dan memantau pelaksanaan projek. Pekerja yang berkesan bukan
sahaja berupaya dalam melaksana perkara yang betul dan dirancang tetapi juga
memastikan pelaksanaannya adalah mengikut jadual dan mencapai objektif dan
matlamat dengan sumber mentah yang boleh digemblengkan.

Seterusnya, budaya kerja cemerlang ialah budaya kerja murni dan berkualiti
yang menjadi amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses,
prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan
oleh peringkat atas pentadbiran organisasi, seterusnya diturun dan
diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau pertengahan dan
seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja bawahan (subordinates).

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Huraikan prinsip Islam dalam etika organisasi dan


tanggungjawab sosial.
2. Huraikan budaya organisasi berteraskan prinsip Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM  45

AKTIVITI 2.3

Apakah pandangan anda mengenai konsep Pengurusan Kualiti


Menyeluruh dan kaitannya dengan sistem pengurusan Islam?

 Proses membangunkan sesuatu sistem pengurusan perlu mengikut asas


tertentu.
 Proses membangunkan sistem pengurusan Islam perlu berasaskan fikiran
manusia untuk maslahah umum dan tidak bercanggah dengan sumber
hukum Islam.
 Falsafah pengurusan Islam boleh diambil daripada prinsip-prinsip al-Quran
dan hadis serta apa yang telah dibuat oleh para sahabat.
 Prinsip Islam menyebut bahawa urusan muamalat adalah asalnya harus
kecuali ada dalil atau sebab yang mengharamkannya.
 Asas-asas pembentukan sistem pengurusan Islam yang akan melibatkan
sumber-sumber hukum utama dan tambahan bagi dijadikan asas
pembentukan nanti.
 Sumber hukum Islam yang utama ialah al-Quran, al-Hadis, Ijmak Ulamak
dan Qiyas.
 Terdapat juga sumber-sumber hukum tambahan iaitu Istihsan, Masalih
Mursalah, Uruf dan Istishab.

Al-Qiyas Masalih mursalah


Al-Quran dan al-Sunnah Pengurusan kualiti menyeluruh
Disiplin pengurusan Islam Sumber hukum Islam tambahan
Ijmak ulamak Sumber hukum Islam utama
Istihsan , Istishab Uruf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 PEMBANGUNAN DISIPLIN PENGURUSAN ISLAM

al-Quran versi 6.31. (1997). CD-ROM. Kaherah: Sakhr Technologies.

al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islamiy. juz 1, Damsyik: Dar al-Fikr.

Abu Muhammad ÂAli ibn Ahmad ibn SaÊid Ibn Hazm al-Andalusi, (t.t).
al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Âiliyyah, juz 1, h. 52.
Badran Abu ÂAynayn Badran (t.t), al-ShariÊah al-Islamiyyah, Tarikhuha wa
Nazariyyah al-Milkiyyah wa al-ÂUqud. Kaherah: Dar al-Fikr.
Manna Al-Qattan. (1995). Tarikh al-TasyriÊ al- Islami. Beirut: Muasasah Risalah,
h. 46, 83.

Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawjiyyah (t.t). IÊlam al- MuwaqqiÊin Âan
Rabb al-ÂAlamin. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyyah.
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, (t.t), al-mustafa min ÂIlm
al-usul, Cet 1. Beirut: Dar al-IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi.
Yusuf al-Qaradawi. (2001). BayÊ al-Murabahah Li al-Amr bi al-SyraÊ. Beirut: Dar
al-Fikr, h. 15-16.

Zainal ÂAbidin Bin Ibrahim, Ibn Nujayn (1968). al-Asybah wa al-nazaÊir Âala
Madhhab Abi Hanifah al-NuÊman. Juz 1, Kaherah : Muassasah al-Halabi wa
Auladuhu, h. 118.

Zaydan, ÂAbd al-Karim. (1984). al-Madkhal li al-Dirasah al-Syariah


al- Islamiyyah. Bahgdad: MatbaÊah al-ÂAini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai