Anda di halaman 1dari 11

Page 1

Malayan Law Journal Unreported/2012/Volume /Jamaludin bin Hj Ibrahim & Anor v Noorani Mohamad Ismail
- [2012] MLJU 1102 - 16 October 2012

[2012] MLJU 1102

Jamaludin bin Hj Ibrahim & Anor v Noorani Mohamad Ismail


HIGH COURT (SHAH ALAM)
DATUK YAACOB BIN HAJI MD SAM H
GUAMAN NO 22NCVC-666-2011
16 October 2012

Tort -- Defamation -- Plaintiff seeking damages -- General damages -- Examplary damages -- Punitive
damages -- Injunction -- Statements made on social media website -- Balance of probabilities

Indrani (Jamaludin Ibrahim & Associates) bagi pihak plaintif pertama dan kedua.

Jennifer Thomas (Jennifer Thomas & Co) bagi pihak defendan.

Datuk Yaacob Bin Haji Md Sam H:

ALASAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH

[1] Plaintif pertama dan plaintif kedua telah membawa tindakan fitnah terhadap defendan dan menuntut
gantirugi masing-masingnya seperti berikut:

Tuntutan oleh plaintif pertama:

(a) gantirugi am sebanyak RM100 juta;


(b) gantirugi teladan;
(c) gantirugi yang melampau;
(d) gantirugi punatif;
(e) satu injunksi menghalang defendan daripada menyebabkan atau menerbitkan kata-kata fitnah
mengenai plaintif pertama dalam apa jua bentuk penerbitan yang memfitnahkan mengenai plaintif
pertama;
(f) defendan diperintahkan untuk memohon maaf kepada plaintif pertama melalui iklan dalam surat
khabar bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris;
(g) kos untuk ditaksirkan;
(h) relif lain yang dianggap sesuai dan suaimanfaat oleh mahkamah.

Tuntutan oleh plaintif kedua:

(a) gantirugi am sebanyak RM50 juta;


(b) gantirugi teladan;
(c) gantirugi yang melampau;
(d) gantirugi punatif;
(e) satu injunksi menghalang defendan daripada menyebabkan atau menerbitkan kata-kata fitnah
mengenai plaintif kedua dalam apa jua bentuk penerbitan yang memfitnahkan mengenai plaintif
kedua;
(f) defendan diperintahkan untuk memohon maaf kepada plaintif kedua melalui iklan dalam surat khabar
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris;
(g) kos untuk ditaksirkan;
(h) relif lain yang dianggap sesuai dan suaimanfaat oleh mahkamah.

Latar belakang plaintif pertama dan plaintif kedua

[2] Plaintif pertama adalah seorang peguamcara dan peguambela, Mahkamah Tinggi Malaya dan rakan
Page 2

kongsi Tetuan Jamaludin Ibrahim & Associates dan beramal di bawah nama firma tersebut.

[3] Plaintif kedua adalah firma guaman yang berdaftar di Majlis Peguam Malaysia dan beramalan semenjak
tahun 1996.

[4] Kedua-dua plaintif pertama dan plaintif kedua menggunakan alamat beramalan dan penyampaian di No.
16, Jalan Cendana 3/13B Seksyen 3, 40000 Shah Alam Selangor. Plaintif pertama juga menggunakan
alamat No.16A selain daripada No. 16 di lokasi alamat yang sama.

Latar belakang tindakan finah terhadap defendan

[5] Pada 13.5.2011 plaintif pertama diberitahu oleh rakannya bernama Dato' Zulkifli Zainal Abidin bahawa
beliau (Dato' Zukifli Zainal Abidin) telah secara kebetulan terbaca paparan atau posting di dalam "Facebook"
dengan tajuk "Scam by professional, Dato' Jamaluddin and Husni Aziz UMNO". Paparan "Facebook"
tersebut menggunakan alamat e-mail defendan annie.ismeth(S).qmail.com.

[6] Paparan di facebook tersebut kemudiannya telah dimuat turun dan dicetak sebagaimana yang
plaintif-plaintif eksibitkan di eksibit P2(1-7) Ikatan Dokumen "B" di sini. Paparan tersebut bagaimana pun
telah dipadamkan daripada facebook tersebut setelah rakan plaintif pertama menghubungi pihak pentadbir
facebook. Oleh itu di hadapan mahkamah ini ialah salinan muat turun paparan daripada facebook (eksibit P2
(muka surat 1-7) Ikatan Dokumen "B".

[7] Pada 16.5.2011 satu Notis Tuntutan telah dihantar kepada defendan di atas nama firma plaintif kedua
yang mewakili plaintif pertama (eksibit P3(muka surat 13-14) Ikatan Dokumen "B"). Di bawah Notis Tuntutan
ini plaintif menuntut supaya defendan membuat permohonan maaf melalui siaran dalam tiga akhbar
tempatan dalam masa tujuh hari daripada tarikh surat tersebut. Plaintif juga memaklumkan bahawa sejumlah
lebih kurang RM100 juta akan dituntut sebagai gantirugi. Pada 18.5.2011 firma guaman plaintif (Jamaludin
Ibrahim & Associates) memaklumkan kepada defendan terhadap hasrat plaintif membawa tindakan guaman
fitnah terhadap defendan dan meminta defendan melantik peguamcara bagi menerima serahan kertas
kausa.

Pengataan-pengataan yang dikatakan adalah berunsur fitnah terhadap plaintif pertama dan plaintif
kedua

[8] Di perenggan 15 Pernyataan Tuntutan, Plaintif-plaintif memberikan butiran kandungan


pengataan-pengataan yang telah dipaparkan di dalam facebook seperti mana yang dimuat turun di eksibit
"P2(1-7)" Ikatan Dokuman "B" adalah seperti berikut yang kesemuanya dipaparkan dalam facebook di
bawah tajuk "Scam, by professional, Dato' Jamaluddin and Husni Aziz UMNO":

"The sort of legal document"

December 30, 2010 at 7.11pm

(paparan di bawah nama dan gambar profil Husni Aziz memuatnaik dokumen yang tidak dapat dibaca)

"Husni Aziz"

December 30, 2010 at 8.30 pm

(paparan gambar dikatakan wajah profil Husni Aziz)

"woi...mamat nimacam pernah aku jumpa ja..."

December 30, 2010 at 10.32pm

(posting oleh Rasdiana lllias)

"hang jumpa kat mana depa punya group siap bawa ustaz kata this investment is HALAL...ni gang angkat quran"
Page 3

April 31 at 10.27 pm

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz)

"UMNGOK - Last time, now and forever and ever and ever conning people"

January 2 at 1.11am

(posting by Juan Rahmat)

"Then claim Melayu Islam Beraja kasi malu bangsa"

January 2 at 7.12am

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz)

"Not relevant to the posting"

January 2 at 8.22 am

(posting by Juan Rahmat)

"Scammer is melayu maa pray 5 x never miss even on railway track"

January 2 at 9.43 am

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz)

"Dia orang tarak takut punya"

February 7 at 10.44 am

(posting di bawah paparan nama dan profil gambar Husni Aziz)

"Pusat Operasi di Section 9 Shah Alam, Bungalow house"

February 17 at 6.27 pm

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz dengan memuatnaik gambar bangunan yang tidak
nyata kerana terlindung pokok)

February 17 at 6.27 pm

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz dengan memuatnaik gambar kawasan bangunan yang
tidak nyata tanpa apa-apa perkataan)

"Semua kereta dia no 4. Alphard, BMW now all in hiding"

February 17 at 6.28 pm

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz dengan memuatnaik gambar sebuah kereta jenis BMW
berwarna gelap tanpa kelihatan nombor pendataran)

"Amacam wang besaq dah masuk orang kecik nak enjoy"

February 18 at 8.21 pm

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz dengan memuatnaik gambar sebuah kereta berwarna
gelap di bawah porch tetapi tidak kelihatan nombor pendaftaran)

"banyak lawyer buruk kat Malaysia...law sini mana boleh pakai'..."

February 22 at 8.07 pm
Page 4

(view all 4 comments) (posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz)

"kereta dia pakai sekarang fasal takut orang ikut"

February 17 at 6.32 pm

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz dengan memuatnaik gambar sebuah kereta kecil
berwarna hijau tersorok tanpa kelihatan nombor pendaftaran)

"Dato nak lodge police report did he know all his documents are used to convince client to give him money are now in
facebook....leaked his own runner"

April 30 at 9.12 pm

(posting di bawah paparan nam dan gambar profil Husni Aziz yang memuat turun gambar handphone dengan paparan
masej sms yang tidak dapat dibaca)

April 30 at 10.05 pm

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz yang memuatnaik gambar handphone dengan paparan
masej sms yang tidak dapat dibaca)

"SMS Threathened nak police report dah rembat duit"

April 30 at 10.08 pm

(posting di bawah paparan nam dan gambar profil Husni Aziz yang memuatnaik gambarhandphone dengan paparan
tiga mesej sms yang tidak dapat dibaca)

"added 6 new photos to the album Scammer operation HQ in Shah Alam"

April 30 at 10.11 pm

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz yang memuatnaik tiga gambar iaitu papan tanda "Jalan
Cendana 3/13B", dan dua papantanda"Jamaludin Ibrahim & Associates")

"The runner can be found at Menara Maybank Bangsar main office"

23 hours ago

(posting di bawah paparan nama dan gambar profil Husni Aziz).

[9] Keseluruhannya terdapat 20 posting atau paparan di dalam facebook yang dieksibitkan oleh plaintif
tersebut. Perlu disebutkan tidak terdapat satu pun posting tersebut di bawah nama defendan atau di bawah
gambar profil defendan. Daripada 20 posting tersebut, terdapat 17 posting di bawah nama dan gambar profil
Husni Aziz.

[10] Paparan di muka hadapan facebook (wall) di bawah "Basic Information" memberikan butiran berikut:
"Hometown Subang Jaya

Birthday December 30,2010

Country Malaysia

Political Views Other

Email annie.ismeth(5)qmail.com"

Gambar profil pada wall facebook adalah gambar Husni Aziz (terdapat 3 masej pada wall yang masih belum dibuka
(eksibit "P2" muka surat 1-7).
Page 5

Perbicaraan kes

[11] Perbicaraan kes tuntutan oleh plaintif-plaintif ini telah dijalankan. Plaintif pertama (SP1) memberi
keterangan bagi pihak dirinya dan juga bagi pihak plaintif kedua iaitu firma guaman beliau. Plaintif tidak
memanggil mana-mana saksi lain. Pernyataan saksi plaintif bagi tujuan keterangan pemeriksaan utama
ditandakan sebagai Lampiran "G".

[12] Defendan memberi keterangan bagi pihak dirinya (SD1). Keterangan SD1 bagi tujuan pemeriksaan
utama ditandakan sebagai Lampiran "H". Defendan memanggil seorang saksi lain bagi pihaknya iaitu suami
defendan bernama Steven Prakash Patel (SD2). Keterangan SD2 bagi tujuan pemeriksaan utama
ditandakan sebagai Lampiran "I". Defendan menafikan bahawa posting facebook yang dieksibitkan oleh
plaintif-plaintif di eksibit "P2" (muka surat 1-7) Ikatan Lampiran "B" dilakukan oleh defendan. Defendan
bagaimana pun mengakui alamat email di wall facebook iaitu annie.ismeth@gmail.com. adalah group email
keluarga defendan. Bagaimana pun defendan menafikan facebook yang dieksibitkan tersebut adalah milik
defendan. Defendan mengatakan gambar profil di wall facebook adalah paparan gambar seorang lelaki dan
bukannya gambar defendan. (Mengikut keterangan plaintif pertama gambar profil pada wall adalah gambar
Husni Aziz iaitu rakan plaintif pertama). Defendan juga mengatakan butiran tarikh lahir di wall facebook iaitu
"December 30, 2010" bukan merupakan tarikh lahir defendan. Tarikh lahir defendan ialah 27 November
1970. Defendan mengatakan bahawa defendan ada mempunyai satu akaun email lain di alamat
annster@tm.net.my yang dimiliki oleh defendan sejak tahun 2001 dan defendan kebiasaannya akan
menggunakan email ini jika berhubungan dengan rakan-rakan. Defendan dengan itu mengatakan bahawa
defendan tiada kaitan dan tidak terlibat dengan akaun facebook dan posting yang dibuat di bawah eksibit
"P2" tersebut. Defendan dengan itu menafikan telah memfitnahkan defendan pertama dan kedua melalui
facebook di eksibit "P2" tersebut.

Latar belakang kejadian yang telah membawa kepada dakwaan fitnah

[13] Pada 3.5.2009 defendan telah berjumpa dengan Husni bin Aziz yang merupakan bekas pelajar sekolah
defendan semasa majlis reunion belas pelajar Sekolah Menengah Subang Jaya SS14. Defendan dan Husni
Aziz telah bertukar-tukar nombor telefon. Beberapa hari selepas perjumpaan itu Husni Aziz telah
menghubungi defendan dan bertanyakan jika defendan berminat untuk melabur dalam satu skim pelaburan
yang membawa pulangan 5% sebulan berdasarkan jumlah wang pelaburan. Defendan kemudiannya telah
berjumpa dengan Husni Aziz di tempat kerja Husni Aziz di Stock Broking Center, Menara Maybanlife Tower,
Dataran Maybank, Bangsar, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah isteri Husni Aziz
bernama Rose Aidawati bt Isha @ Isa. Husni Aziz telah memberitahu defendan bahawa beliau membuat
kerja pengawasan (monitor) pasaran saham bagi pihak Maybank. Defendan telah menyatakan minat untuk
membuat pelaburan seperti yang ditawarkan oleh Husni Aziz. Husni Aziz telah meminta defendan pergi
berjumpa seorang bernama Ainuddin bin Hasim di "Cofee Bean" Subang Jaya. Defendan telah pergi
berjumpa Ainuddin bin Hasim. Defendan membawa bersama suami beliau (SD2). Di dalam perjumpaan
tersebut Ainuddin memberitahu defendan dan suami defendan bahawa plaintif kedua (Jamaludin Ibrahim &
Associates) mempunyai lesen bagi "Forex Trading". Ainuddin telah memberi defendan contoh salinan
perjanjian pelaburan (Investment Agreement) yang telah dimasuki dan ditandatangani oleh seorang
bernama Zulkifli bin Zainal Abidin dan plaintif pertama Jamaludin in Ibrahim (KP.No. 660829-08-xxxx) yang
bertindak sebagai "Manager" bagi pelaburan sejumlah RM760,000.00 dengan pulangan 5% sebulan
bertarikh 15.12.2008 dengan penyaksian ke atas perjanjian itu oleh "M. Indrani Advocate & Solicitor Shah
Alam" sebagai bukti skim pelaburan tersebut wujud (eksibit "D1" - muka surat 92 hingga 99 Ikatan Dokumen
Tambahan "C"). Di muka hadapan perjanjian terdapat catitan bahawa perjanjian tersebut "prepared by
Messrs Jamaluddin Ibrahim & Associates". Defendan bersetuju untuk melabur sebanyak RM400,000.00.
Pada 6.9.2009 satu perjanjian "Investment Agreement" dimasuki dan ditandatangani di antara defendan dan
Charming Inspiration Sdn Bhd bagi pelaburan sejumlah RM400,000.00 oleh defendan (eksibit "D2" - muka
surat 101-106 Ikatan Dokumen Tambahan "C"). Ainuddin bin Hasim berjawatan "Director" menandatangani
bagi pihak Charming Inspiration Sdn Bhd. Defendan membuat bayaran jumlah RM400,000.00 melalui
pindahan wang ke dalam akaun Charming Inspiration Sdn Bhd. Tempoh matang pelaburan ialah satu (1)
tahun. Perlu disebutkan bahawa di dalam perjanjian ini ada dicatitkan "Jamaludin bin Ibrahim Adovocate &
Page 6

Solicitor " sebagai saksi tetapi tiada apa-apa tandatangan dan cop firma diturunkan oleh plaintif pertama
pada bahagian penyaksian tersebut. Plaintif pertama di dalam keterangan beliau mengatakan beliau tiada
pengetahuan atau kaitan ke atas perjanjian ("D2") tersebut yang menggunakan nama beliau sebagai saksi.
Beliau hanya mengetahui nama beliau telah digunakan setelah perjanjian tersebut ditunjukkan kepada beliau
oleh defendan ketika perjumpaan dengan defendan di pejabat beliau. Hasil daripada pelaburan tersebut
("D2") defendan ada menerima pulangan sebanyak RM 18,000.00 dalam bentuk dua bank draf. Selepas itu
defendan tidak lagi mendapat apa-apa pulangan daripada wang pelaburannya. Setelah beberapa bulan tidak
mendapat apa-apa pulangan pelaburan, defendan telah bertanyakan kepada Husni Aziz dalam mana Husni
Aziz telah mencadangkan defendan untuk berjumpa dengan plaintif pertama di firma guaman plaintif
pertama. Defendan dan suami defendan (S2) telah pergi ke firma guaman plaintif pertama. Defendan
mengatakan semasa perjumpaan tersebut, plaintif pertama telah memberitahu defendan bahawa wang
pelaburan defendan telah dilaburkan di New Zealand (traded in New Zealand) dan berlaku kerugian
sejumlah RM7 juta disebabkan peniaga (trader) di New Zealand menghilangkan diri. Defendan juga
mengatakan plaintif pertama telah memberitahunya bahawa satu laporan telah dibuat kepada Interpol dan
Bukit Aman. Defendan juga mengatakan plaintif pertama memberitahunya bahawa bagi tujuan mendapatkan
wang pelaburan defendan, plaintif pertama sedang menunggu pihak berkuasa di New Zealand menjalankan
tindakan membekukan akaun peniaga (trader) terlibat dan plaintif pertama juga telah membuat mortgage ke
atas rumah plaintif pertama di No. 4, Jalan Dataran 8/1G dengan pihak bank pada jumlah RM3 juta.
Defendan seterusnya mengatakan bahawa plaintif pertama telah mengatakan dengan cara tersebut akan
membolehkan plaintif kedua meneruskan urusan perniagaan forex dan akan dapat membayar semula
kepada pelabur-pelabur secara berperingkat. Defendan juga mengatakan Ainuddin melalui surat bertarikh
18.8.2010 telah memberi akujanji untuk membayar balik pelaburan defendan berserta pulangan pelaburan
yang kesemuanya berjumlah RM600,000.00 (eksibit "D3" - muka surat 108 Ikatan Dokumen Tambahan "C").
Bagi tujuan tersebut Charming Inspiration Sdn Bhd melalui surat bertarikh 6.7.2010 telah menulis kepada
Messrs Jamaludin Ibrahim & Associates (plaintif kedua) bagi memaklumkan tentang akujanji tersebut dan
memohon untuk firma plaintiif pertama yang dikatakan memegang wang Charming Inspiration Sdn Bhd
membuat bayaran terus wang RM600,000.00 kepada defendan (eksibit "D6" - muka surat 114 Ikatan
Dokumen Tambahan "C"). Hj Ainuddin Hj Hasim juga memberikan call card beliau di atas nama Syarikat M &
Z Development Sdn Bhd yang menggunakan alamat berdaftar firma plaintif kedua. Call card tersebut
menyebutkan Ainuddin adalah seorang "Business Advisor" (muka surat 122 Ikatan Dokumen Bersama "B").
Mengikut daftar carian syarikat M & Z Development Sdn Bhd dicatitkan bahawa plaintif pertama adalah
merupakan "Director" syarikat tersebut (eksibit "D8" - muka surat 146-151 Ikatan Dokumen Bersama "B").
Pada 19.5.2011 defendan membuat carian syarikat di SSM bagi Charming Inspiration Sdn Bhd dan
mendapati syarikat tersebut adalah syarikat perniagaan "Food and Beverage" ("D7" - muka surat 132 Ikatan
Dokumen Bersama) dan tidak mempunyai lesen bagi mengambil pelaburan atau menjalankan skim
pelaburan. Bagi M & Z Development Sdn Bhd pula ianya dilesenkan bagi menjalankan aktiviti perlombongan
pasir di Pulau Pinang (eksibit "D8"). Di atas masalah yang timbul tersebut dan merasakan dirinya telah
tertipu ke atas pelaburan yang telah dibuat, defendan telah membuat pengaduan kepada Bank Negara dan
juga kepada Lembaga Disiplin Majlis Peguam terhadap plaintif pertam dan kedua di atas aktiviti menjalankan
perniagaan forex selaku peguamcara dan peguambela tanpa kebenaran oleh Majlis Peguam,
masing-masingnya bertarikh 4.7.2011 (muka surat 26-30 dan muka surat 37-39 Ikatan Dokumen Bersama).
Defendan mengatakan beliau pernah menghantar masej pesanan sms kepada plaintif pertama pada
17.4.2010 dan menerima jawapan daripada plaintif pertama untuk mengembalikan wang pelaburan
defendan dalam mana plaintif pertama dikatakan mengakui terlibat dalam perniagaan "forex and fund
trading'. Pada 3.6.2011 defendan membuat laporan polis berkaitan pelaburannya melalui USJ 8/Report No.
006250/11. Perlu disebutkan diperingkat ini bahawa satu siasatan telah di jalankan oleh Majlis Peguam ke
atas plaintif pertama dan mendapati plaintif pertama tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar
apa-apa etika kepeguaman dan oleh itu tiada tindakan diambil terhadap plaintif pertama.

[14] Keterangan SD2 adalah mengesahkan tentang perjumpaan-perjumpaan yang dibuat oleh defendan
yang mana DW2 turut hadir dan pernyataan-pernyataan sebagai mana yang diberikan dalam keterangan
defendan.

Keterangan plaintif pertama

[15] Keterangan oleh plaintif pertama pada dasarnya mengatakan bahawa beliau bersetuju berjumpa
Page 7

defendan (yang datang bersama DW2) bagi membantu secara moral ke atas masalah yang dihadapi oleh
defendan dalam pelaburan yang telah dibuat defendan dengan Husni Aziz dan Ainuddin. Plaintif pertama
mengatakan beliau tiada apa-apa hubungan berkaitan dengan skim pelaburan yang dijalankan oleh Ainuddin
dan Husni Aziz. Plaintif pertama juga mengatakan beliau tiada kaitan atau pengetahuan ke atas surat
akujanji yang dikeluarkan oleh Ainuddin kepada defendan dan juga penggunaan call card oleh Ainuddin
yang menggunakan alamat firma plaintif. Plaintif pertama juga mengatakan beliau tiada pengetahuan
terhadap penggunaan nama beliau sebagai saksi kepada perjanjian pelaburan "D2" yang dimasuki oleh
defendan dan Charming Inspiration Sdn Bhd. Tiada tandatangan beliau atau cop firma beliau dalam
perjanjian "D2" tersebut. Bagaimana pun plaintif mengatakan beliau tidak membuat laporan polis terhadap
Ainudin atau Husni Aziz berkaitan pelaburan dan penggunaan alamat firma guaman plaintif oleh Ainuddin.
Plaintif mengatakan hubungannya dengan Ainuddin adalah didasarkan kepada persetujuan plaintif pertama
untuk memberi komisyen kepada Ainuddin bagi aktiviti pengeluaran pasir yang akan dijalankan oleh Syarikat
M & Z Development Sdn Bhd. Ainuddin yang mendapat tawaran konsesi perlombongan pasir di perairan
negeri Selangor dan Perak dan setakat meminta Ainuddin mencari pelabur dalam perniagaan pasir yang
akan dilombong (eksibit P7 - muka surat 131-167 Ikatan Dokumen Tambahan). Ainuddin adalah merupakan
rakan plaintif pertama sejak zaman kanak-kanak. Plaintif mengatakan akibat daripada syak oleh defendan
bahawa plaintif adalah terlibat dengan pelaburan defendan telah menyebabkan defendan ingin membalas
dendam dengan mencemarkan nama dan imej plaintif pertama dan plaintif kedua melalui paparan facebook
yang menjadi tindakan guaman plaintif-plaintif di sini. Plaintif pertama telah membuat laporan polis pada
13.5.2011 terhadap defendan di atas terbitan pengataan-pengataan berunsur fitnah di facebook tersebut.
Plaintif pertama di dalam keterangannya mengatakan akibat daripada paparan dalam facebook tersebut
plaintif dan syarikat plaintif (M & Z Development Sdn Bhd) telah kehilangan peluang bagi mendapatkan
konsesi perlombongan pasir dan telah menyebabkan kerugian kepada plaintif dan syarikat plaintif.

Elemen-elemen bagi fitnah dan beban bukti

[16] Adalah prinsip undang-undang yang trite bahawa dalam tindakan fitnah (defamation) beban bukti
adalah terletak ke atas plaintif bagi memuaskan perkara-perkara berikut:

(a) bahawa pengataan atau perkataan-perkataan tersebut adalah mengandungi unsur-unsur


fitnah;
(b) pengataan atau perkataan-perkataan tersebut telah diterbitkan atau disiarkan;
(c) pengataan atau perkataan-perkataan tersebut merujuk kepada plaintif-plaintif.

[17] Isu samada pengataan-pengataan yang dipaparkan di facebook eksibit "P2" (1-7) Ikatan Dokumen "B"
adalah mempunyai unsur fitnah telah tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak. Melalui fakta-fakta yang
dipersetujukan (Lampiran "D"), peguamcara plaintif dan peguamcara defendan telah bersetuju bahawa
pengataan-pengataan yang dipaparkan dalam facebook yang dirujukkan di bawah tajuk "Scam, by
professional, Dato' Jamaludin and Husni Aziz UMNO" mempunyai unsur fitnah terhadap plaintif pertama.

[18] Prinsip undang-undang samada pengataan-pengataan adalah berunsur fitnah telah dibincangkan dan
diberi panduan oleh kes Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub v Bre. Sdn Bhd & Ors [1995] 1 LNS
304 yang mengatakan seperti berikut:

"As to whether the words complained of in this case were capable of being, and were, in fact, defamatory of the
plaintiff, the test to be considered is whether the words complained of were calculated to expose him to hatred, ridicule
or contempt in the mind of a reasonable man or would tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking
members of society generally (see JB Jeyaretnam). Mohamed Azmi J (as he then was) in Syed Husin AH v Sharikat
Penchetakan Utusan Melayu Bhd & Anor [1973] 2 MLJ 56 at p 58 said:

Thus, the test of defamatory nature of a statement is its tendency to excite against the plaintiff the
adverse opinion of others, although no one believes the statement to be true. Another test is: would
the words tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally?
The typical type of defamation is an attack upon the moral character of the plaintiff attributing crime,
dishonesty, untruthfulness, ingratitude or cruelty.

Words could still be defamatory even if they did not really lower a plaintiff in the estimation of those to whom they were
Page 8

published. The law looks only to its tendency (see JB Jeyaretnam v Goh Chok Tong; Syed Husin AH v Sharikat
Penchetakan Utusan Melayu Bhd & Anor)."

[19] Halsbury's Law of Malaysia Vo. 13 (2007 Reiisue) Defamation Tort dimuka surat 36 para 370.043
memberikan langkah ujian bagi menentukan wujudnya "defamatory", sebagai berikut:

"The test of what is defamatory.

The meaning of words is a question entirely for the court. In deciding whether or not a statement is defamatory, the
court must first consider what meaning the words would convey to the law abiding citizen, the average thinking man,
the ordinary, reasonable person or the right thinking members of society generally. Having determined the meaning,
the test is whether, under the circumstances in which the words were published, a reasonable person to whom the
publication was made would be likely to understand it is a defamatory sense."

[20] Berbalik kepada nyataan di bawah laman facebook di eksibit "P2" (1-7). Tajuk yang terdapat di bawah
nyataan facebook tersebut (wall) ialah:

"Scam, by professional. Dato' Jamaluddin and Husni Aziz UMNO". Tajuk tersebut diikuti dengan posting yang
dipaparkan sebanyak 20 posting seperti yang telah mahkamah ini butirkan di atas. Plaintif pertama mengatakan
penyataan posting di facebook eksibit "P2" tersebut adalah ditujukan kepada beliau dan firma beliau kerana
terdapatnya gambar firma beliau dan alamat firma beliau dan juga nama beliau. Oleh itu mana-mana orang yang
membaca paparan akan dapat mengenalpasti orang yang dimaksudkan di bawah "scam" tersebut adalah merujuk
kepada plaintif pertama. Plaintif pertama mengatakan paparan tersebut telah dibaca oleh rakannya Dato' Zulkifly Zainal
Abiden dan beliau telah memberitahunya kepada plaintif pertama.

[21] Mengikut definasi perkataan "scam" oleh Oxford Advanced Learner's Dictionary (7th Edition), ianya
bermaksud "a clever and dishonest plan for making money". Setelah mahkamah ini meneliti secara totaliti ke
atas pengataan-pengataan yang terdapat di bawah posting facebook "P2 (1-7)" mahkamah bersetuju
pengataan-pengataan tersebut secara bersesama adalah berunsur "defamatory" dan "scam" tersebut
dikaitkan dengan plaintif pertama ("Dato' Jamaluddin").

[22] Bagi isu penerbitan (publication) ke atas pengataan-pengataan tersebut, tiada keraguan bahawa
pengataan-pengataan tersebut telah diterbitkan melalui laman facebook yang boleh diakses oleh orang
awam atau pembaca facebook serata dunia kerana ianya tidak dijadikan "private setting". Posting-posting di
bawah nama lain seperti Rasdiana lllias dan Juan Rahmat adalah melihatkan facebook tersebut telah
diakses oleh pembaca lain yang turut menghantar posting sebagi respon. Oleh itu unsur penerbitan bagi
paparan kepada awam telah dibuktikan.

Isu lanjut yang perlu diputuskan oleh mahkamah

[23] Isu lanjut yang perlu diputuskan oleh mahkamah ialah adakah pengataan-pengataan yang berunsur
fitnah tersebut telah diterbitkan oleh defendan.

[24] Profile wall facebook yang dieksibitkan (eksibit "P2") melihatkan gambar profile facebook tersebut
adalah gambar Husni Aziz seperti mana yang diakui oleh plaintif pertama.

Daripada 20 paparan yang terdapat di dalamnya, 17 paparan atau posting adalah di atas nama dan di
bawah paparan gambar Husni Aziz. Plaintif tidak memanggil Husni Aziz bagi memberi keterangan bagi
menjelaskan tentang paparan-paparan (postings) yang menggunakan nama dan gambar beliau. Defendan
telah melihatkan bahawa tiada terdapat walau satu pun posting di bawah facebook tersebut adalah datang
daripada defendan. Keterangan yang dapat mengaitkan defendan adalah apabila wall facebook tersebut
membawa butiran email defendan"annie.ismeth@gmail.com". Bagaimana pun defendan mengatakan alamat
email tersebut bukan merupakan alamat email peribadi defendan tetapi milik keluarga defendan. Defendan
mempunyai email peribadi di alamat annster@tm.net.my. Yang lebih penting defendan menafikan ada
menghantar posting-posting yang menjadi perkara fitnah tersebut.
Page 9

[25] Di dalam pliding plaintif di perenggan 4 pernyataan tuntutan, plaintif mengatakan paparan facebook
tersebut telah dibaca oleh Dato' Zulkifly Zainal Abidin. Tetapi di dalam keterangan plaintif di mahkamah pada
soalan dan jawapan No. 28 (Lampiran "G) plaintif pertama mengatakan paparan facebook tersebut dibaca
oleh isteri Dato' Zulkifly Zainal Abidin.

Diturunkan pengataan plaintif di perenggan 4 pernyataan tuntutan:

"4. Pada 13.5.2011 plaintif pertama diberitahu oleh rakan plaintif pertama Dato' Zulkifly Zainal Abiden yang secara
kebetulan terbaca paparan atau posting di dalam "Facebook" yang diberi tajuk "Scam by professional, Dato'
Jamaluddin and Husni Aziz UMNO". Perkara ini dilakukan oleh defendan kerana informasi mengenai pemunya
"Facebook" tersebut jelas menunjukkan alamat e-mail defendan."

Di dalam pernyataan saksi oleh plaintif pertama yang dibacakan di mahkamah ini (Lampiran "G") keterangan
pemeriksaan utama plaintif pertama (SP1) adalah seperti berikut:

"28. Question: How did you encounter the facebook?


Answer: It was may 2011 that I was informed by one good friend of mine namely Dato' Zulkifly that his wife
has read a posting statements made against me and my firm which among others implicating me and
my firm to a scam. And there was also mentioned about Husni Aziz and UMNO in that posting."

Di dalam laporan polis plaintif pertama bertarikh 13.5.2011 (muka surat 8 & 9 Ikatan Dokumen Bersama)
plaintif pertama mengatakan seperti berikut:

"Seorang wanita yang bernama Noorani Mohammad Ismail telah memfitnah saya dengan memaparkan nama saya
dan firma guaman saya di dalam facebook beliau yang diberi tajuk "Scam, by professional. Dato' Jamaluddin and
Husni Aziz UMNO'. Saya baru mendapat tahu tentang perkara ini setelah dimaklumkan oleh rakan saya yang bernama
Dato' Zulkifly Zainal Abiden yang secara kebetulan terbaca paparan atau posting di dalam facebook tersebut."

Semasa diperiksa balas oleh peguamcara defendan, keterangan plaintif pertama adalah seperti berikut:

"Q: Who actually read the posting?


A: Dato'Zulkifli's wife."

[26] Oleh itu terdapat dua versi oleh plaintif pertama (SP1) bagaimana beliau mendapat tahu tentang
paparan di facebook "P2". Versi pertama di dalam pernyataan tuntutan (pliding) beliau dan laporan polis
beliau, paparan atau posting tersebut dibaca secara kebetulan oleh Dato' Zulkifli Zainal Abiden. Versi kedua
di dalam keterangan bersumpah beliau di mahkamah plaintif pertama mengatakan paparan tersebut dibaca
oleh isteri Dato' Zulkifly Zainal Abiden.

[27] Tiada penjelasan diberikan oleh plaintif terhadap percanggahan yang berlaku itu. Tiada pemeriksaan
semula oleh peguamcara plaintif ke atas plaintif bagi menjelaskan percanggahan yang terdapat di dalam
pliding, laporan polis dan keterangan plaintif di mahkamah. Percanggahan tersebut adalah material kerana
ia melibatkan pengataan bahawa terdapatnya pihak ketiga yang telah membaca paparan atau posting
berunsur fitnah tersebut. Siapakah sebenarnya yang telah membaca paparan tersebut. Paparan facebook
tersebut telah dimuat turun seperti mana eksibit "P2". Tiada keterangan dibawa siapa yang memuat turun
paparan tersebut, adakah plaintif pertama sendiri atau Dato' Zulkifly Zainal Abiden atau isteri Dato' Zufkifly.
Plaintif pertama telah mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai akaun facebook, maka itu adalah tidak
munasabah paparan tersebut (eksibit "P2") dimuat turun oleh plaintif pertama sendiri. Oleh itu terdapat gap
yang tidak dapat dijelaskan siapakah yang memuat turun "P2" tersebut. Mahkamah juga mendapati terdapat
Page 10

perbezaan serta lompangan dalam sekuen di antara tarikh dan masa paparan yang menjadikan paparan
posting "P2" meragukan samada dimuat turun sepenuhnya atau hanya sebahagian. Posting pengataan
"woi...mamat ni macam aku jumpa ja..." yang dibuat oleh Rasadiana lllias muncul dua kali di muka surat 6
dan muka surat 7 eksibit "P2". Penjelasan bagaimana posting yang sama dimuat turun dalam dua muka
surat yang berlainan hanya akan dapat dijelaskan oleh orang yang memuat turun paparan facebook
tersebut.

[28] Terdapat juga catitan "Scam, by professional. Dato' Lamaluddin and Husni Aziz UMNo joined facebook"
di muka surat 7 eksibit "P2". Aktiviti pertama yang dipaparkan ialah paparan dokumen di bawah pengataan
"The sort of legal document" di bawah posting dan gambar Husni Aziz. Posting dibuat pada 30 Disember
2010 jam 7.11 petang. Ini bermakna pembukaan akaun facebook tersebut dibuat pada 30.12.2010 di bawah
nama dan gambar profil Husni Aziz. Husni Aziz tidak dipanggil bagi menjelaskan samada beliau terlibat
dalam pembukaan akaun facebook pada 30.12.2010 tersebut. Pada hari yang sama juga tercatit bahawa
terdapat "edited" pada wall facebook tersebut yang melibatkan "Hometown, Birthday and Website".
Sekiranya diandaikan bahawa "edited" tersebut dilakukan oleh defendan sendiri bagi mengilangkan
indentitinya, maka agak menghairankan mengapa defendan tidak juga membuat edition ke atas alamat
emailnya di wall facebook tersebut yang boleh mendedahkan identitinya. Pada sekitar tarikh 17 Februari
terdapat lagi catitan bahawa facebook tersebut dibuat "edited" pada maklumat "Hometown, Birthday and
website" (muka surat 5 eksibit "P2"). Fakta yang terdapat ialah wall dan profile facebook "P2" tersebut
sebahagian besarnya membawa posting oleh Husni Aziz dan profil gambar Husni Aziz iaitu 17 posting
daripada 20 posting yang terdapat. Plaintif mengatakan adalah tidak munasabah Husni Aziz membuat
facebook dan posting yang mencemarkan namanya sendiri. Bagaimana pun mahkamah ini berpendapat isu
yang perlu diputuskan ialah adakah defendan yang telah membuka akaun facebook tersebut dan
menghantar posting tersebut dengan menggunakan profil Husni Aziz. Hanya Husni Aziz boleh menjelaskan
bagaimana gambarnya boleh berada dengan defendan jika benar defendan yang menggunakan gambarnya
sebagai profil facebook tersebut. Mahkamah tidak boleh membuat spekulasi di dalam perkara ini atau
membuat inferens tanpa terdapatnya keterangan yang mencukupi dan meyakinkan.

[29] Keraguan-keraguan yang dinyatakan oleh mahkamah di atas telah gagal ditutup atau diperjelaskan oleh
plaintif. Kegagalan plaintif memanggil mana-mana saksi yang telah melihat paparan tersebut menjadikan
unsur keperluan pengataan-pengataan dibaca oleh pihak ketiga (published to third party) telah tidak
dibuktikan. Adakah paparan itu dibaca oleh Dato' Zulkifly atau isteri Dato' Zulkifli. Adakah paparan itu yang
dikemukakan oleh plaintif sebagai eksibit "P2" dimuat turun oleh Dato' Zulkifly atau isteri Dato' Zulkifli atau
plaintif pertama sendiri. Mahkamah tidak boleh membuat andaiannya sendiri bahawa paparan itu telah
dibaca oleh pihak ketiga. Keterangan tersebut perlu ada dan dibuktikan oleh plaintif kerana paparan tersebut
telah tidak lagi wujud di dalam laman web. Facebook berkaitan telah ditutup dan tidak lagi boleh diakses.
Kegagalan plaintif memanggil Dato' Zulkifly atau isteri Dato' Zulkifli telah menyebabkan kes plaintif menjadi
lemah dan gagal dibuktikan. Mahkamah berpendapat Husni Aziz dan Dato' Zulkifly Zainal Abidin adalah
saksi-saksi material yang perlu dipanggil oleh plaintif bagi menutup gap yang terdapat dalam kes plaintif.
Adakah plaintif tidak memanggil Dato' Zulkifli kerana tidak mahu penama tersebut juga diperiksa balas
berkaitan pelaburannya dengan plaintif pertama seperti dieksibit "D1". Adakah plaintif tidak memanggil Husni
Aziz kerana tidak mahu penama tersebut juga diperika balas berkaitan skim pelaburan yang defendan telah
melabur RM400,000.00 di dalamnya melalui representasi oleh Husni aziz dan Ainuddin Hasim yang
kedua-duanya adalah kenalan rapat plaintif pertama. Yang demikian mahkamah ini menggunapakai
anggapan adverse inference di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 ke atas plaintif-plaintif di atas
kegagalan memanggil kedua-dua saksi tersebut yang telah menyebabkan rantaian keterangan plaintif
terputus atau terdapat gap berkaitan paparan facebook yang dieksibitkan. Adakah eksibit "P2" adalah
paparan sebenar dari facebook atau muat turun tersebut telah dibuat pengeditan telah gagal diberikan
penjelasan oleh plaintif-plaintif. Mahkamah berpendapat kegagalan tersebut bukanlah satu "omission" yang
boleh diabaikan. Plaintif-plaintif gagal membuktikan bahawa posting pengataan-pengataan yang dipaparkan
di eksibit "P2 (1-7)" adalah dilakukan oleh defendan. Terdapat keraguan ke atas ketulinan dan identiti "P2"
tersebut.

[30] Di dalam kes Allied Bank (M) v Yau Jiok Hua [1998] 2 CLJ 33 mahkamah mengatakan:
Page 11

"It is settled law that where a document is sought to be proved in order to establish the truth of the facts contained in it
the maker has to be called (see R v Gillespie [1967] 51 Cr App R 172; R v Plumer [1814] R & R 264; Hill v Baxter
[1958] 1 QB 271; R v Moghal [1977] Crim LR 373). Non-compliance with this rule will result in the contents of the
documents being hearsay. The evidential effect of a document which has not been properly proved was described by
Abdoolcader J (as he then was) in PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 LNS 92 at p. 183 [1977] 1 MLJ
180 in the following terse terms:

It is necessary to refer to certain exhibits which have been put in the course of these proceedings for
identification but have not in fact been proved as they should have been and are accordingly not
exhibits in the strict sense and cannot form part of the record in this case, namely, D 41 and D 43
which were both put in for identification only and which are the audited accounts and annual report of
the bank for the years 1973 74 and 1972 respectively. As these two exhibits have not been proved
and properly admitted as such, they must in the ultimate analysis be discounted and I shall
accordingly disregard references to them and also all oral testimony as well adduced in relation
thereto."

Kesimpulan

[31] Di atas huraian dan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah dapati plaintif-plaintif telah gagal
membuktikan kes plaintif di atas beban imbangan kebarangkalian (on the balance of probabilities). Tuntutan
plaintif pertama dan plaintif kedua dengan ini ditolak dengan kos. Mahkamah menetapkan kos sebanyak
RM30.000 dibayar oleh plaintif-plaintif kepada defendan.

Anda mungkin juga menyukai