Anda di halaman 1dari 2

Metodologi kajian

i) Instrumen kajian
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan bagi menilai tahap amalan kepimpinan
transformasi mengikut dimensi pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan
intelektual, merangsang motivasi dan memupuk pengaruh ideal Guru Besar di daerah Sepang
dan faktor demografi yang mempengaruhi perbezaan penilaian amalan tahap kepimpinan
transformasi guru besar dalam kalangan guru-guru tersebut. Instrumen soal selidik bagi
menilai amalan kepimpinan transformasi Guru Besar diperoleh dari............

Soal selidik kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A merangkumi demografi responden. Bahagian ini mengandungi enam item
manakala bahagian B pula mengukur gaya kepemimpinan pengetua. Item bahagian ini
mengandungi empat dimensi iaitu dimensi pertimbangan berasaskan individu, dimensi
membina rangsangan intektual, dimensi merangsang motivasi dan dimensi memupuk
pengaruh idea. Setiap dimensi ini mengandungi empat item soalan yang diukur dengan skala
Likert.

ii) Lokasi kajian


Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Sepang.

iii) Populasi dan sampel kajian


Populasi kajian ini ialah guru-guru yang berkhidmat di sekolah tersebut. Persampelan kajian
ini menggunakan persampelan rawak mudah.

Analisis deskriptif dan inferensi


i) Tahap amalan kepemimpinan transformasi Guru Besar

Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan kepemimpinan transformasi Guru Besar di


daerah Sepang secara umumnya adalah pada tahap tinggi dengan nilai min3.737 dan sisihan
piawai 0.600. Dapatan kajian juga menunjukkan dimensi pengaruh idea merupakan amalan
yang paling kerap diamalkan dengan nilai min 3.866 dan sisihan piawai 0.642, diikuti oleh
dimensi merangsang motivasi iaitu min 3.741 dengan sisihan piawai sebanyak 0.603,
rangsangan intelektual juga berada pada tahap tinggi dengan nilai min3.691 dan sisihan
piawai 0.555. Dapatan kajian ini juga menunjukkan dimensi pertimbangan individu dengan
nilai min3.6 dan sisihan piawai 0.600 berada pada tahap paling kurang diamalkan walaupun
masih lagi di tahap tinggi.

KEPIMPINAN MIN S.P TAHAP

Pertimbangan 3.600 0.600 Sederhana


individu
Rangsangan 3.691 0.555 Tinggi
intelektual
Merangsang 3.741 0.603 Tinggi
motivasi
Pengaruh idea 3.866 0.642 Tinggi

Kepimpinan 3.737 0.600 Tinggi


transformasi

ii) Amalan tahap kepemimpinan transformasi Guru Besar mengikut tempoh


perkhidmatan guru.

Berdasarkan jadual di atas, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan


tahap penilaian amalan kepimpinan transformasi guru besar mengikut tempoh
perkhidmatan guru. Dapatan data menunjukkan nilai F (3,26) = 1.153, p> 0.05.

Sum of Squares df Mean F Sig.


Square
Between
.889 3 .296 1.153 .346
Groups

Within Groups 6.684 26 .257

Total 7.573 29

Anda mungkin juga menyukai