1. Petikan Cerita
2. Surat Tidak Rasmi
3. Rencana
4. Berita
5. Catatan Harian
6. Rencana
7. Berita
8. Rencana
9. Surat Tidak Rasmi
10. Sajak
11. Cerita Pendek
12. Rencana
13. Dialog
14. Rencana
15. Puisi
16. Pengumuman
17. Cerita
18. Cerita
19. Rencana
5 Pada pendapat anda, apakah tajuk yang sesuai bagi petikan itu?
A Bukit Besi Bandar Bijih
B Keindahan Bandar Dungun
C Percutian Yang Menyeronokkan
D Dungun Bandar Bersejarah
JAWAPAN
1. B kedudukannya di tepi laut
2. B dibuka
3. A Kerana air laut dangkal
4. C Dungun merupakan pusat utama pendaratan ikan
5. D Dungun Bandar Bersejarah
MEMAHAMI SURAT
Kawanmu,
Azhar
(Azhar bin Sulaiman)
JAWAPAN
1. A Kerana ingin bekerja di kilang
2. D untuk mengelakkan belia itu daripada terjebak dalam masalah sosial
3. D Kelicinan pergerakan persatuan belia di kampung itu terjejas
4. B Rancangan ini masih memerlukan khidmat sahabat penulis untuk dimulakan
5. A mengetuai
MEMAHAMI RENCANA
Jalan raya di negara kita dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara.
Perkembangan perusahaan melombong bijih timah dan ladang getah yang baru dibuka
menjadi faktor utama jalan raya dibina di negara kita. Perusahaan ini juga
menyebabkan munculnya bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan baru.
Pada mulanya, sebelum terbina jalan raya yang berturap tar, jalan tersebut
merupakan lorong-lorong di dalam hutan. Jalan itu berlumpur apabila hujan dan
berdebu ketika musim kemarau. Kemudian lorong itu bertukar menjadi laluan kereta
lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan barang-barang ke pengkalan
di tepi sungai.
Serentak dengan kemajuan perusahaan bijih timah dan getah itu juga jalan raya
telah dibina untuk menghubungkan antara bandar-bandar itu.
Jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Perlis telah siap dibina
pada tahun 1928. Hanya selepas tahun 1945, barulah jalan raya yang menghubungkan
negeri-negeri Pantai Timur dengan negeri-negeri Pantai Barat siap dibina.
Jalan raya dan lebuh raya terus dibina dengan pesat untuk memudahkan
perjalanan antara negeri dengan kawasan-kawasan yang baru membangun. Dengan
adanya lebuh raya, perjalanan menjadi lebih cepat serta selamat. Antara lebuh raya itu
ialah Lebuh Raya Timur - Barat, Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Krai-
Gua Musang, Lebuh Raya Kuantan-Segamat dan banyak lagi.
Pembinaan jalan raya juga berlaku dengan pesat di Sabah dan Sarawak. Kini
terdapat tiga batang lebuh raya yang menjadi tulang belakang rangkaian jalan raya di
Sabah. Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Tamparuli-Ranau, Lebuh Raya Papar-
Sindumin dan Lebuh Raya Lahad Datu-Semporna. Di Sarawak juga banyak jalan raya
baru dibina seperti Jalan Bintulu-Tanjong Kidurong, Jalan Raya Bako dan Jalan Lubuk
Antu-Batang Ai.
Data>Petikan 1.doc/BIL.104/Ariff
JAWAPAN
1. A Jepun
2. D Jalan itu berupa lorong dalam hutan.
3. B kemajuan perusahaan bijih timah
4. C Pahang
5. B memudahkan perjalanan antara negeri
MEMAHAMI BERITA
PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam tadi
telah menyebabkan bandar raya Georgetown dilanda banjir. Antara kawasan yang
paling teruk dilanda banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan
Jalan Rawak.
Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi
dengan bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung
berkenaan. Mereka ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat
pemindahan.
Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga
setengah meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit.
Akibat banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini
menimbulkan masalah kesesakan jalan raya serta menjejaskan kemeriahan perayaan
Deepavali yang sedang berlangsung.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu
tidak seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.
Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai
yang suka membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah
berlaku setiap kali hujan turun.
Beliau berharap orang ramai tidak menuding jari kepada MPPP dalam hal ini.
Walau bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca
banjir selain daripada masalah sampah.
2 Pihak manakah yang tidak terlibat dalam pemindahan mangsa banjir itu?
A Pihak MPPP
B Polis marin
C Jabatan Pertahanan Awam
D Orang kampung
Data>Petikan1.doc /BIL.105/Ariff
JAWAPAN
1. B terus-menerus
2. A Pihak MPPP
3. C Mereka beraya dalam suasana kurang meriah.
4. D pengurusan MPPP yang kurang cekap
5. B menuduh pihak tertentu
20 September 2007
Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan
kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari
jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah
Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan
akhir tomoi anjuran kerajaan negeri Kedah.
21 September 2007
Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis
perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari
situ kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau
Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak
dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula,
ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada batu karang.
Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga
melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas
peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat
di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal
menemui beting pasir.
Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari
negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara
semakin tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam
pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.
23 September 2007
Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh
dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di
tengah pelayaran nanti.
Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam.
Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri
Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang
muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat
ketiga.
1 Tomoi ialah
A nama sejenis seni pertahanan diri
B nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
C nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
D nama sejenis permainan yang popular di Kedah
Data>Petikan1.doc/BIL.106/Ariff
JAWAPAN
1. C nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
2. D Untuk menyertai pertandingan berkayak
3. A Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian
4. D Pasukan dari negeri Kedah
5. B Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam pertandingan itu.
MEMAHAMI RENCANA
Dalam seminggu dua ini masyarakat dikejutkan dengan berita kemalangan jalan
raya yang meragut banyak nyawa. Ini kerana kemalangan itu melibatkan kenderaan
awam seperti bas atau van yang membawa ramai penumpang.
Kemalangan ini membimbangkan pihak berkuasa sehingga telah dibawa ke
dalam mesyuarat Kabinet. Kementerian Pengangkutan pula akan merangka draf
undang-undang yang lebih ketat dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Misalnya kenderaan yang rosak di lebuh raya akan ditunda dalam masa 30 minit
setelah tersadai di lorong kecemasan. Di samping itu, satu tempat khas untuk
kenderaan rosak di tepi lebuh raya itu akan disediakan.
Dengan ini kenderaan yang rosak tidak lagi diletakkan di lorong kecemasan itu.
Selama ini kenderaan inilah yang menjadi punca utama kemalangan maut di lebuh
raya. Diharap dengan langkah-langkah tersebut kemalangan maut dengan jumlah yang
banyak akan berkurangan.
Walau apapun undang-undang yang akan dikuatkuasakan, yang penting ialah
sikap pemandu. Tabiat buruk ketika memandu seperti tidak bertimbang rasa dan tidak
sabar haruslah dikikis. Mereka juga tidak mengambil kira keadaan jalan raya, kereta
dan cuaca. Malahan ada pemandu yang terus memandu walaupun dalam keadaan
mengantuk atau mabuk.
Sikap buruk inilah yang harus diubah oleh pemandu terutamanya pemandu
kenderaan berat. Dengan langkah-langkah itu diharap kadar kemalangan jalan raya
akan menurun.
5 Bagaimanakah cara terbaik untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya itu?
A Melalui perubahan sikap pengguna jalan raya
B Melalui penguatkuasaan undang-undang
C Mengenakan hukuman yang lebih keras
D Menggubal undang-undang baru
Data>Petikan1.doc/BIL.107/Jan97/Ariff
JAWAPAN
1. B Untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.
2. C menggubal
3. B Kenderaan yang rosak berada di lorong kecemasan
4. D bersabar di jalan raya
5. A Melalui perubahan sikap pengguna jalan raya
MEMAHAMI BERITA
Data>Petikan1.doc/BIL.108/Jan97/Ariff
JAWAPAN
1. B Kerana kedudukan kilang itu yang tersorok.
2. A Jalan masuk di kawasan itu akan semakin buruk.
3. D Pihak terbabit mendirikan kilang di situ kerana sempadan kawasan itu tidak
jelas.
4. D Kerana keselamatan dan keselesaan penduduk yang semakin tergugat.
5. C Untuk mempastikan kilang-kilang itu beroperasi secara halal.
MEMAHAMI RENCANA
Kayu gaharu mendapat pasaran yang baik serta mahal pula harganya kerana
kegunaannya yang meluas dalam pembuatan bahan pewangi. Kayu gaharu yang
harum baunya itu didapati daripada pokok tengkaras yang banyak didapati di dalam
hutan Hulu Tembeling, sempadan Kelantan dengan Terengganu.
Kayu gaharu menjadi rebutan para pedagang Inggeris dan Cina sejak abad ke-
18 lagi. Mereka sanggup menjelajah ke kawasan pedalaman untuk membeli kayu
tersebut daripada penduduk tempatan.
Pada masa kini kayu gaharu kian sukar didadapti akibat ditebang orang tanpa
kawalan. Ini menjejaskan mata pencarian penduduk Hulu Tembeling yang bergantung
hidup dengan mencari kayu gaharu. Akibat daripada kekurangan pokok tengkaras itu
juga ialah meningkatnya harga kayu gaharu di pasaran.
“Kini harga kayu gaharu kelas satu ialah RM 2500 sekilogram berbanding
RM1000 sebelum ini,” kata Encik Mat, pencari kayu gaharu. “Sejak seminggu dua ini
pendapatan kami kira-kira RM500 sahaja dan kadangkala pulang dengan tangan
kosong,” tambah beliau.
Encik Mat memberitahu, kayu gaharu itu didapati daripada pokok tengkaras
yang cukup matang. Kumpulan pencari kayu gaharu pula terpaksa masuk ke dalam
hutan belantara selama seminggu atau lebih.
Jelasnya, pokok tengkaras yang ditebang akan dikerat-kerat batangnya dan
dimuatkan ke dalam perahu lalu dibawa menghilir ke Kampung Bantal. Setibanya di
rumah, barulah kayu itu dibelah lalu dijemur sehingga kering sebelum dijual kepada
peraih.
Bagi pencari kayu gaharu, mereka bukan sahaja menghadapi masalah
kekurangan kayu tersebut, malahan terpaksa berdepan dengan sesetengah pencari
kayu gaharu dari daerah lain. Tindakan mereka menebang pokok tengkaras yang muda
telah memburukkan lagi keadaan.
Untuk menghadapi masalah kepupusan pokok tengkaras ini, penduduk
kampung melalui pihak tertentu perlu berbuat sesuatu seperti menanam semula pokok
tersebut.
4 Berikut ialah kesukaran yang dihadapi oleh pencari kayu gaharu kecuali
A mereka terpaksa meredah hutan tebal
B kayu gaharu dibeli oleh peraih dengan harga murah
C kayu tengkaras terpaksa dibelah dan dijemur sebelum dijual
D pokok-pokok tengkaras muda ditebang orang yang tidak
bertanggungjawab
Data>Petikan1.doc/BIL.109/Jan97/Ariff
JAWAPAN
1. C hendak mendapatkan kayu gaharu
2. A tanpa sekatan
3. C Kerana kekurangan bekalan kayu tersebut
4. B kayu gaharu dibeli oleh peraih dengan harga murah
5. C Menanam semula pokok tengkaras dengan bantuan Jabatan Perhutanan
Kawanmu,
Nazri
( Ahmad Nazri )
1 Mengapakah kapal terbang yang dinaiki penulis singgah di bandar New Delhi?
A Untuk menukar penerbangan.
B Untuk menghilangkan rasa letih.
C Supaya dapat meninjau kehidupan di bandar itu.
D Supaya penumpang dapat melihat-lihat bandar itu.
4 Ayat manakah yang membuktikan keadaan suhu yang amat sejuk menimpa kota
London ?
A Saljji terdapat di mana-mana.
B Sungai Thames pula beku airnya.
C Jarang sekali Sungai Thames itu membeku airnya.
D Kata orang, musim sejuk kali ini agak luar biasa.
Data>Petikan1.doc/BIL.110/Jan97/Arif
JAWAPAN
1. A Untuk menukar penerbangan.
2. C Kerana bimbang sesuatu yang buruk menimpa penulis.
3. D berada di tengah-tengah kemiskinan.
4. B Sungai Thames pula beku airnya.
5. B pelajar-pelajar yang sudah lanjut umur masih belajar di situ.
MEMAHAMI SAJAK
A kurus
B kurang
C pupus
D tidak banyak
Data>Petikan1.doc/BIL.111/Jan97/Ariff
JAWAPAN
1. D Tidak cukup untuk keperluan keluarganya
2. A Anak isterinya yang perlu diberi makan
3. B kurang
4. C pencemaran laut
5. B bekerja di ladang getah
Berita itu amat menggembirakan ibu. Maklumlah sudah lima tahun Along tidak
pulang. Kini pengajiannya sudah tamat. Along akan pulang membawa segulung ijazah,
kemudian dia akan mencari kerja. Di kampung tidak ada kerja yang sesuai dengan
kelulusannya. Kerja untuknya ada di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Surat Along ibu tunjukkan kepada tetamu yang datang. Surat sekeping itu ibu
bawa ke rumah jiran. Ibu tidak pandai membaca. Ibu minta adik membacakan surat itu
di depan jiran atau tetamu ibu. Kasihan adik. Dia terpaksa mengekori ibu. Dua tiga
petang dia tidak dapat menonton drama kegemarannya.
Ibu sudah hafal benar isi surat itu. Jika adik tidak membaca satu dua ayat,
cepat-cepat ibu menambah bacaan adik. Ibu sudah hafal benar isi surat itu. Oleh
kerana dibawa ke sana ke mari, surat itu ronyok dan sampulnya koyak. Jadi ibu tampal
surat itu pada upih pinang.
Hari itu, ketika hampir waktu Maghrib, Along pun sampai. Along pulang dengan
kawan. Kawan perempuan Along orang putih. Orangnya kurus tinggi, hidung mancung
dan rambut perang macam warna daun tembakau hampir masak.
Malam itu berhimpun anak-beranak dan jiran tetangga. Seperti yang dirancang,
ibu mengadakan kenduri doa selamat. Tetamu dan jiran yang hadir tersentak. Along
dan orang putih itu macam laki bini. Duduk dekat-dekat, duduk rapat-rapat. Sesekali
Along ketawa keras dan perempuan itu mengilai panjang.
Along sudah berubah. Along tidak lagi peramah. Along asyik berbual. Dia tidak
peduli sangat dengan tetamu, malahan bersalampun dia agak segan.
Ibu amat sedih. Ibu malu tetapi Along macam tidak mengerti perasaan ibu. Along
sudah tidak lagi menghormati budaya hidup kampung sendiri.
Data>Petikan1/BIL.112/Feb.97/Ariff
JAWAPAN
1. B Kerana anak sulungnya akan pulang
2. D Dengan meminta adik membaca surat itu di depan jiran
3. A kumal
4. C Along berkelakuan tidak manis
5. B Dia tidak melayan tetamu yang datang
MEMAHAMI RENCANA
Di samping gas dan minyak, arang kayu masih lagi dipakai orang sebagai bahan
api. Bahan ini amat popular di kalangan pengusaha restoran kerana harganya yang
murah. Arang digunakan untuk merebus air, membakar sate, membakar ikan dan
sebagainya.
Arang dihasilkan dengan membakar kayu menggunakan kaedah pembakaran
tertutup. Pengusaha arang akan membina satu binaan daripada tanah liat yang
berbentuk seperti sebuah busut yang besar. Busut itu berongga dan mempunyai
ketinggian dua meter. Di sisi binaan itu dibentuk dua lubang atau lebih yang menjadi
laluan untuk asap keluar. Binaan itu dibiarkan betul-betul keras sebelum kerja
membakar kayu dilakukan.
Kaedah lama itu masih digunakan oleh sesetengah pembuat arang. Akan tetapi
kini mereka menemui cara baru yang lebih menjimatkan masa dan tenaga. Pembuat
arang akan mencari sebuah busut besar yang dibentuk oleh anai-anai. Busut besar itu
ditebuk dan diperdalamkan kira-kira satu meter. Cara yang lebih maju ialah membuat
binaan semacam itu dengan simen tetapi kosnya lebih mahal.
Setelah siap tempat untuk membakar arang itu, pengusaha terpaksa menebang
pokok yang boleh dibuat arang. Pokok-pokok itu ditebang, dikerat batangnya, lalu
dipunggah ke tempat membuat arang itu.
Di dalam binaan itu, puntung kayu disusun dalam bentuk menegak sebelum
dibakar. Proses pembakaran berlaku secara perlahan-lahan tetapi berterusan selama
dua minggu. Selepas tempoh itu baharulah kayu itu masak dan menjadi arang serta
boleh dikeluarkan daripada busut itu.
Sebarang pokok kayu boleh dibuat arang. Yang baik ialah kayu sentul, kayu
getah, kemahang dan halban tetapi arang yang paling baik diperolehi daripada kayu
bakau.
Maksud baik di sini ialah arang itu susah pecah dan tidak mengeluarkan asap
ketika digunakan. Sebuah busut arang yang sederhana besarnya boleh menghasilkan
pendapatan sebanyak RM200. Setelah ditolak kos pengangkutan, upah menebang
pokok dan lain-lain, seorang pengusaha arang boleh mendapat untung bersih
sebanyak RM100.
JAWAPAN
1. D membuat sate
2. A Kerana tanah liat senang dibentuk
3. B Kerana busut itu telah sedia ada
4. C membina busut, menebang pokok, memunggah, membakarnya
5. C kayu bakau
MEMAHAMI DIALOG
Karim : Dua tiga hari lagi sekolah akan dibuka. Kau sudah beli buku dan pakaian
sekolah?
Tamin : Pakaian sekolah sudah kubeli. Abangku yang bekerja di bandar itu yang
membelikannya tetapi buku-buku tulis dan buku-buku tambahan belum kubeli
lagi.
Karim : Mengapa belum dibeli lagi? Susah kau nanti. Semalam aku ke kedai buku di
sekolah kita. Aku tiba awal tetapi tengah hari baharulah dapat apa yang
hendak kubeli. Orang sangat ramai. Semuanya hendak membeli buku-
buku tulis dan buku-buku tambahan.
Tamin : Bukannya aku tidak mahu beli tetapi aku belum ada wang. Abangku cuma
sanggup menanggung pakaian sekolah sahaja, maklumlah adik-beradik aku
ramai. Lagi pun berapalah gaji nya kerja di kilang itu.
Karim : Yalah, berapa sangat gaji bekerja di kilang. Sebab itulah kita perlu belajar
kuat-kuat supaya tidak senasib dengan abang kamu itu. Kata ayah saya,
dalam dunia sekarang hanya ilmu yang akan meningkatkan taraf hidup
seseorang.
Tamin : Memang benar kata ayah kamu itu. Tanpa ilmu kita tidak akan maju.
Karim : Bukan kita sahaja, tetapi negara pun. Berbalik kepada soal buku itu, bila pula
kamu hendak membelinya?
Tamin : Cuti yang lalu aku menolong ayahku menoreh getah. Kata ayah, hujung
minggu ini getah akan dijual.
Karim : Nampaknya kamu menggunakan masa cuti itu dengan baik.
Karim : Nampaknya itulah yang boleh kulakukan. Aku kasihankan ayahku, usianya
sudah lanjut tetapi masih kuat berkerja.
1 Mengapakah Tamrin belum membeli buku lagi ?
A Kerana orang sangat ramai di kedai buku
B Kerana dia tidak mahu beratur lama-lama
C Kerana ayahnya belum ada wang
D Kerana abangnya bergaji kecil
Data>Petikan1.doc/BIL.114/Feb.97/Ariff
JAWAPAN
1. C Kerana ayahnya belum ada wang
2. C dia ingin mengubah nasibnya
3. A Ilmu menentukan taraf hidup seseorang
4. B Dia menoreh getah bersama ayahnya
5. D tua
MEMAHAMI RENCANA
Ikan merupakan sumber protein yang termurah. Malangnya, sumber utama ini
kian berkurangan akibat pelbagai kegiatan, misalnya menuba dengan menggunakan
bahan letupan, tumpahan minyak di laut dan yang paling serius ialah pencemaran air
oleh kilang-kilang.
Jabatan Perikanan Negeri Kelantan menyedari masalah tersebut, lantas telah
mengorak langkah untuk mengatasinya. Jabatan telah memberi benih ikan secara
percuma kepada penternak.
Mereka kemudiannya melepaskan benih-benih ikan itu ke dalam sungai, tali air,
terusan, tasik, bekas lombong, sawah padi dan sebagainya. Cara ini secara tidak
langsung dapat menambahkan pendapatan kaum nelayan dan penternak ikan,
khususnya di negeri itu.
Di kawasan perairan itu ikan lampam jawa, kap rumput, jelawat, patin dan sepat
siam adalah antara spesies ikan yang dilepaskan. Sementara di kawasan air masin
atau air payau, ikan siakap, siput sudu, kerang, ketam dan udang pula dilepaskan.
Sepanjang tahun 1994, sebanyak 2.3 juta benih ikan telah dilepaskan di semua
kawasan perairan umum di negeri Kelantan. Namun, bukan semua benih ikan itu hidup
kerana diancam pelbagai musuh.
Kekurangan itu diatasi dengan lebih banyak benih ikan dilepaskan dari semasa
ke semasa. Untuk itu, bekalan benih ikan diambil dari pusat pengeluaran Jitra dan
Pulau Sayak di Kedah dan Pusat Penyelidikan Ikan Laut, Tanjung Demong,
Terengganu.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan akan bekerjasama
dengan jabatan tertentu untuk menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.
1 Apakah masalah yang dihadapi oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan?
3 Dalam kumpulan ikan air tawar, ikan manakah yang paling terkenal
kerana keenakan rasanya ?
A ikan lampam jawa
B ikan sepat siam
C ikan jelawat
D ikan siakap
Data>Petikan1.doc/BIL.115/Feb.97/Ariff
JAWAPAN
1. D Berkurangannya sumber protein dalam kalangan rakyat
2. A Dengan memberi benih ikan kepada penternak
3. C ikan jelawat
4. B benih ikan sentiasa perlu ditambah
5. D Jabatan Kesihatan
MEMAHAMI PUISI
Data>Petikan1.doc/BIL.116/Mac97/Ariff
JAWAPAN
1. C kisah kejayaan anak yatim piatu
2. D Kerana ayah dan ibunya telah meninggal dunia
3. A urusan wang menjadi tanggungjawab nenek itu
4. B dengan memelihara neneknya di rumah
5. B syair
MEMAHAMI PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Pengumuman penutupan sementara Jalan Cempaka di Km 15,
Petaling Jaya, pada 9 November 2007, dari pikul 1.00 pagi hingga 7.00 pagi.
Penutupan sementara Jalan Cempaka adalah bagi memudahkan
kerja-kerja pemasangan saluran gas bawah tanah oleh Syarikat Maju
Mesra di jalan berkenaan.
Pemandu-pemandu yang ingin ke Jalan Melor boleh menggunakan
jalan lencongan melalui Jalan Naga Sari ke Petaling Jaya.
3 Siapakah yang terlibat dalam projek pemasangan saluran gas bawah tanah
tersebut?
A Pemandu-pemandu yang ingin ke Petaling Jaya
B Syarikat Maju Mesra
C Syarikat Petaling Jaya
D Petronas Gas Sendirian Berhad
Data>Petikan1.doc/BIL.117/Mac97/Ariff
JAWAPAN
1. D Penutupan jalan
2. A 2 hari
3. B Syarikat Maju Mesra
4. C Jalan Naga Sari
5. A Jalan tersebut boleh digunakan semula apabila kerja-kerja pemasangan
saluran gas bawah tanah tersebut selesai.
MEMAHAMI CERITA
Data>Petikan1.doc/BIL.118/Mac97/Ariff
JAWAPAN
1. C Kerana semua ahli keluarga rumah itu sedang tidur
2. D Kerana udara biliknya panas
3. B mendengar dengan hati-hati
4. A takut
5. D Kerana dia berjaya menyelamatkan kucingnya
MEMAHAMI CERITA
Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Hari masih pagi nian. Kabus menyelimuti pokok-pokok dan udara amat
sejuk. Cahaya matahari berserak di mana-mana dan menimpa apa sahaja.
Ketika itu aku, Hisham dan Faizal sedang meredah kawasan kebun getah.
Beberapa ekor tupai dan kera berlompatan kerana terkejut dengan kehadiran
kami yang sedang dalam perjalanan ke Jeram Linang.
Di hujung kebun getah itu terdapat anak bukit dan di bawahnya terbentang
sawah padi. Kami menuruni anak bukit itu dan berjalan di atas batas sawah
hingga ke kaki bukit. Di situlah letaknya air terjun tersebut.
Dari jauh dapat kami dengar deru air terjun. Bunyinya gemuruh bertingkah
dengan jeritan pengunjung. Kami mempercepatkan langkah. Adakalanya Faizal
yang tidak biasa dengan keadaan lorong dalam hutan itu terjerumus. Aku dan
Hisham ketawa.
“Tidak baik ketawakan rakan,” ujar Faizal sambil menahan kesakitan.
Lututnya berdarah. Aku dan Hisham cepat-cepat meminta maaf.
Ketika kami sampai di Jeram Linang, pengunjung telah pun ramai. Kami
menyewa dua pelampung. Kami takut lemas dalam kolam yang dikhaskan untuk
pengunjung mandi-manda itu. Kolam itu cetek di tepinya tetapi dalam di
tengahnya.
Sebaliknya aku memberanikan diri dengan mandi tanpa menggunakan
pelampung. Tidak kusedari arus sungai itu menolak aku ke tengah. Aku cuba
menginjakkan kakiku ke dasar kolam tetapi nyatalah kolam itu dalam benar. Aku
panik. Aku tertelan air lalu terbatuk-batuk. Aku cuba berenang ke tepi tetapi aku
tenggelam dengan tangan yang tergapai-gapai di udara. Hisham dengan segera
menarik tanganku. Faizal pula mencekau rambutku dan menarikku ke tepi. Di
atas tebing aku termuntah-muntah. Hisham dan Faizal cemas tetapi sempat lagi
ketawa. Hatiku terbakar.
Data>Petikan1.doc/BIL.119/Mac97/ Ariff
JAWAPAN
1. B Kabus menyelubungi persekitaran
2. A Di bahagian bawah bukit
3. C silih berganti
4. C menyedari air di tengah sungai itu dalam
5. B Penulis rasa amat tersinggung
MEMAHAMI RENCANA
Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
5 Apakah yang perlu dilakukan oleh petani sebelum padi ditabur ke dalam
petak sawah?
A Menyediakan petak sawah
B Memilih benih yang sesuai
C Membaja dan merumput
D Membuat batas
Data>Petikan1.doc/BIL.120/April97/Ariff
JAWAPAN
1. B lama
2. D merugikan masa dan tenaga
3. B beban kerja
4. C Ditanam dalam barisan lurus
5. A Menyediakan petak sawah
PEMAHAMAN PETIKAN
1. Dialog
2. Puisi
3. Surat Rasmi
4. Catatan Harian
5. Surat Tidak Rasmi
6. Laporan / Aduan
7. Berita
8. Cerita
9. Dialog
10. Rencana
11. Catatan Harian
12. Iklan
13. Berita
14. Rencana
15. Puisi
16. Cerita/ Cerpen
17. Berita
18. Dialog
19. Catatan
20. Rencana
MEMAHAMI DIALOG
4 Berikut ialah ciri-ciri novel yang baik menurut pandangan Nafisah kecuali
A berilustrasi
B bahasanya baik
C kertasnya bermutu
D jalan ceritanya bagus
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.121/April 97
JAWAPAN
1. A 3 tahun
2. B Nafisah tidak menerima tawaran kedua itu
3. A Dia memang rajin belajar
4 C kertasnya bermutu
5. D pekedai tidak membenarkan pelanggan meneliti kandungan buku
MEMAHAMI PUISI
Bangkitlah teman
jangan biarkan waktu berlalu
termangu di jendela
atau menunggu simpang jalan.
Bangkitlah teman
kita mengait bintang-bintang
di dada langit cita-cita.
Bangkitlah teman
hari masih panjang
perjalanan kita masih jauh
perjuangan kita belum selesai
mengangkat martabat bangsa
di mata dunia.
1 Apakah nilai murni yang terdapat dalam rangkap pertama puisi itu
A termangu di jendela
B menunggu simpang jalan
C menghargai waktu
D membazirkan waktu
JAWAPAN
1. A termenung
2. B berusaha mencapai kegemilangan
3. C menghargai waktu
4 C Perjuangan untuk mengangkat maruah bangsa
5. D Bangkitlah Teman
MEMAHAMI SURAT
Tuan,
3. Oleh sebab ketika itu sekolah cuti, saya akan melantik seorang guru untuk
bertugas pada hari itu. Guru tersebut akan berada di sekolah pada pukul 7:00
pagi iaitu sejam lebih awal daripada waktu kedatangan pihak tuan dijangka
sampai.
5. Pihak sekolah kami meminta maaf kerana tidak dapat menyertai perkhemahan
tersebut kerana murid-murid tahap II sekolah kami akan melawat ke Utara
sepanjang tempoh tersebut. Walau bagaimanapun pihak kami mengucapkan
ribuan terima kasih atas jemputan untuk menyertai perkhemahan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Ismail
(ISMAIL BIN LONG)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Delima.
JAWAPAN
1. B 8:00 pagi
2. C mereka membuat lawatan sambil belajar ke Utara
3. D sudi
4 B guru-guru diberi kebenaran menggunakan pejabat sekolah
5. A memupuk kerjasama antara dua buah sekolah
9:15 pagi - Ketua pengawas masuk ke kelas kami. Ketika itu guru kelas tiada. Kami sedang
menyiapkan latihan Matematik. Dia memanggil namaku dan meminta aku segera ke pejabat
Guru Besar. Hatiku berdebar-debar. Apakah salahku? Aku datang lewat? Conteng dinding
bilik air?
9:20 pagi - Kuberi salam lalu dijemput oleh Guru Besar masuk ke biliknya. Guru Besar
meminta aku supaya bertenang. Ayah kamu terlibat dalam kemalangan, beritahu Guru Besar.
Aku terduduk. Aku menahan sebak di dada. Macam-macam pertanyaan bermain di benakku.
Cedera parahkah keadaan ayah? Sekarang ini banyak pula kemalangan maut berlaku, fikirku
lagi.
9:30 pagi - Cikgu Izan, guru hal ehwal murid membawaku ke hospital. Dalam perjalanan aku
membisu sahaja. Fikiranku bercelaru.
10:30 pagi - Kami sampai di wad. Ibu dan sanak-saudara yang rapat telah sampai. Aku meluru
ke arah ibu dan memeluknya. Ayahmu agak parah, beritahu ibu. Aku menangis tersedu-sedu.
11:00 pagi - Jururawat membenarkan aku dan ibu masuk ke dalam wad. Ayah terlantar di atas
katil. Kaki dan kepala ayah berbalut. Kupegang tangan ayah. Kurenungi wajah yang pucat lesi
itu. Air mataku mengalir deras. Kulihat ibu mengesat air matanya.
12:00 tengah hari – Ayah membuka matanya. Syukurlah ayah telah sedar
daripada pengsan. Ibu memberitahu ayah bahawa kakinya patah dan kepalanya luka sedikit
akibat kemalangan itu. Ayah kelihatan tenang sahaja tetapi sekali sekala wajahnya berkerut
2:00 petang – Aku pulang ke rumah bersama Pakcik Usin, bapa saudaraku.
Motosikal ayah bergesel dengan kereta. Ayah jatuh dan kakinya
tertampan dengan tiang lampu, cerita Pakcik Usin.
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.124/April 97
Munirah Ahmad,
82 A, Felda Kecau 2,
26500 Kuala Lipis,
Pahang.
15 Disember 2008.
Yang benar,
Munirah
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.125/Mei 97
JAWAPAN
1. B memberitahu keadaan dirinya
2. A ketua blok menerima Munirah dengan rela hati
3. D murid-murid suka membantah cakap Munirah
4 C Pada hujung bulan Disember
5. B Sekincan
Saudara pengarang,
Pada hari Jumaat yang lepas saya telah mengunjungi Pantai Dalam Rhu
yang juga dikenali dengan nama Pantai Bisikan Bayu. Suatu ketika dulu saya
pernah ke pantai ini. Ketika itu pantai ini telah dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan untuk para pengunjung. Antaranya taman permainan yang siap
berpagar, tandas awam yang lengkap dengan pili air serta perigi dan sebuah
surau yang cantik.
Apa yang saya lihat pada hari itu amat mengecewakan hati saya dan
mungkin pengunjung lain. Kemudahan-kemudahan awam yang menelan banyak
belanja itu berada dalam keadaan yang amat teruk dan terbiar.
Pagar di sekeliling taman permainan dan laluan untuk pejalan kaki yang
diperbuat daripada batu bata telah musnah. Pokok-pokok bunga di dalam taman
itu mati akibat perbuatan manusia dan kambing yang bebas berkeliaran.
Perkara yang paling mengguris hati saya ialah keadaan surau. Dinding
surau itu telah pecah-pecah dan persekitarannya berselerak dengan najis
kambing. Di samping itu, perigi dipenuhi sampah-sarap. Tandas awamnya pula
amat kotor dan menjijikkan.
Semua ini mencerminkan sikap pengunjung dan pihak yang
bertanggungjawab. Seharusnya pihak majlis tempatan membuat pemeriksaan dari
semasa ke semasa ke kawasan ini. Undang-undang sudah cukup jelas untuk
mendakwa perbuatan sebegini, namun penguatkuasaannya lemah. Dengan itu
tabiat buruk sesetengah pengunjung berleluasa. Saya benar-benar berharap agar
pihak berkenaan mengambil langkah yang wajar untuk mengatasi masalah ini.
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.126/Mei 97
4 Pada pendapat penulis, cara terbaik untuk mengatasi perbuatan yang tidak
bertanggungjawab itu ialah
A dengan mendakwa mereka yang terlibat
B dengan penguatkuasaan undang-undang
C dengan mengadakan pengawasan yang rapi
D dengan menggubal undang-undang yang lebih jelas
5 Penulis mungkin sekali menimbulkan perkara itu di dalam akhbar supaya
A mendapat tindakan segera daripada pihak berwajib
B keadaan di pantai itu diperbaiki
C diketahui oleh semua pembaca
D dia menjadi terkenal
JAWAPAN
1. A berkelah dan mandi-manda
2. B tidak dipedulikan
3. D Mereka yang berkunjung ke pantai itu
4 C dengan mengadakan pengawasan yang rapi
5. A mendapat tindakan segera daripada pihak berwajib
MEMAHAMI BERITA
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.127/Mei 97
JAWAPAN
1. C kuala
2. D bot-bot pukat tunda terpaksa berlabuh di luar Kompleks LKIM
3. B kapal-kapal korek itu membuang pasir di tempat lain
4 A musim hujan lebat
5. A mengelakkan banjir
MEMAHAMI CERITA
Aku terjaga daripada tidur apabila mukaku terkena tempias yang bolos
melalui daun tingkap yang separuh terbuka. Di luar hujan renik-renik dan udara
kedinginan. Keadaan ini membuatkan aku kesiangan, fikirku sambil menutup
tingkap itu.
Aku ke dapur. Rumahku sunyi sahaja. Entah ke mana emak dan ayahku,
aku tidak pasti.
Kubuka saji. Semuanya sudah siap. Nasi pulut dengan ikan sepat bakar.
Melihat sajian itu, perutku berkeroncong. Aku makan sambil berfikir tentang
perkara yang harus kubuat pada waktu hujan begini.
Sebentar kemudian kudengar bunyi benda keras mengenai lantai lambur.
Kubuka pintu. Rupa-rupanya emakku baru balik. Dia mencampakkan sahaja
golok di atas lambur itu sebelum pergi ke perigi.
Aku dapat mengagak apa yang dibuat oleh emakku. Selalunya jika tidak
dapat menoreh seperti hari-hari biasa, dia akan menetak mengkuang di tepi paya.
Mengkuang itu akan dianyam menjadi tikar.
Emak naik ke rumah. “Lain kali bangunlah pagi-pagi,” leter emak. “Boleh
tolong emak tetak mengkuang,” tambahnya lagi.
“Ayah ke mana?” tanyaku. “Katanya, tadi dia hendak ke kebun tembakau.
Dia bimbang benar kalau-kalau air sungai naik dan memusnahkan pokok-pokok
tembakaunya,” jawab emak.
“Ingatkan ayah menjaring ikan,” kataku. Pokok-pokok tembakau
kepunyaan ayah hampir boleh dipungut daunnya. Kalau semalam dua pokok
tembakau itu terendam dalam air habislah,” jawab emak. Suaranya risau.
“Tapi harap-harap hujan ini akan reda dengan cepat,” sambungnya lagi.
Ayahku memang rajin. Di sebelah pagi dia menoreh bersama emak. Di
sebelah petang pula dia menanam tembakau. Kadang-kadang aku menolongnya
di kebun tembakau itu.
Aku membuat kerja-kerja yang ringan sahaja seperti membaja dan
meracun. Ulat suka benar makan daun-daun tembakau. Habis berlubang-lubang
daun tembakau itu.
“Jangan termangu lagi. Pergilah baca buku,” kata ibu. Lamunanku
tergencat.
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.128/Mei 97
JAWAPAN
1. D Kerana hari hujan dan udara dingin
2. C pergi ke dapur, membuka tudung saji dan bersarapan
3. B Menganyam tikar
4 D daun-daun tembakau akan dipungut tidak lama lagi
5. A terhenti
MEMAHAMI DIALOG
Arif/Data>Petikan2.doc/Bil.129/Jun 97
JAWAPAN
1. C berasa kesal dengan apa yang berlaku
2. A perbuatan yang tiada perasaan belas kasihan
3. B Untuk menentukan jenis bahan kimia yang mencemari air tasik itu
4 B menghasilkan tenaga elektrik
5. D Memupuk perasaan cintakan sungai
MEMAHAMI RENCANA
Sejak akhir-akhir ini ikan air tawar terutamanya ikan haruan semakin sukar
didapati di sungai, tali air atau sawah.
Kekurangan ikan haruan ini disebabkan oleh tebus guna tanah sawah
untuk dijadikan penempatan rumah atau kilang. Keadaan menjadi lebih buruk
lagi akibat penggunaan racun di sawah.
Penggunaan racun telah menyebabkan spesies ikan tersebut mengalami
kepupusan. Ini ditambah dengan sikap tidak bertanggungjawab oleh sesetengah
orang yang menggunakan tuba dan racun serangga untuk tujuan menangkap
ikan. Keadaan sungai juga tercemar akibat pembuangan sisa toksid daripada
kilang.
Kekurangan ikan haruan itu menyebabkan harganya melambung antara
RM7 hingga RM25 sekilogram. Ikan haruan rasanya enak, di samping
mempunyai khasiat tertentu dari segi perubatan.
Masyarakat Cina percaya dengan memakan ikan haruan boleh membawa
keuntungan dalam perniagaan manakala bagi masyarakat Melayu pula ikan
haruan menjadi ubat terutamanya bagi wanita bersalin.
Berbeza dengan spesies ikan air tawar lain, ikan haruan ialah spesies ikan
air tawar yang boleh hidup dalam keadaan air yang rendah kandungan
oksigennya. Ini kerana ikan ini mempunyai alat pernafasan tambahan.
Ikan haruan ialah jenis ikan yang makan secara memburu
mangsanya. Oleh itu makanan kegemarannya ialah katak, ikan-ikan
kecil dan jenis-jenis belalang.
Walau bagaimanapun ikan ini boleh diternak dalam sangkar dan diberi
makanan seperti perut ayam atau baja ikan. Dalam pada itu jika diternak dalam
sangkar ikan haruan ini memerlukan kawalan paras air yang baik.
Ikan haruan mudah membiak. Justeru itu persekitaran semulajadinya
harus dijaga, di samping usaha menternaknya dalam sangkar dipergiatkan.
Usaha itu diharapkan dapat mengatasi masalah ikan ini daripada mengalami
kepupusan.
Arif/Data>Petikan2.doc/Bil.130/Jun97
4 Apakah yang perlu diberi perhatian utama jika memelihara ikan haruan
dalam sangkar?
A Paras air
B Makanan
C Persekitaran
D Bentuk sangkar
JAWAPAN
1. C ikan merah
2. B menjadi buruan kerana harganya yang mahal
3. C makanannya terhad kepada serangga sahaja
4 A Paras air
5. D Persekitarannya dijaga dan dibiakkan dalam sangkar
Arif/Data>Petikan2.doc/Bil.131/Jun97
JAWAPAN
1. D Kerana helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru
2. C banyak
3. A Kerana bot itu turun naik di muka air
4 B Menyambung kerja mencari gali minyak
5. C Helikopter yang mereka naiki mengalami kerosakan
MEMAHAMI IKLAN
Arif/Data>Petikan2.doc/Bil.132/Jun97
2 Jika Ali membeli sebuah buku cerita kanak-kanak di kedai itu yang tertera
harganya RM9.00, berapakah wang yang perlu dibayarnya setelah ditolak
potongan harga?
A RM 6.75
B RM 6.30
C RM 2.75
D RM 2.25
4 Antara berikut manakah maklumat yang tidak benar tentang butiran dalam
iklan itu?
A Semua pelanggan akan dapat hadiah penanda buku
B Kedai buku itu dibuka lima tahun lalu
C Pelanggan akan diberi hadiah menarik jika membeli lebih daripada
RM 150
D Pembeli boleh berjumpa dengan pengarang-pengarang sepanjang
masa di kedai buku itu
JAWAPAN
1. A potongan harga yang banyak bagi semua jenis bahan bacaan
2. B RM 6.30
3. D Supaya buku yang ditulis oleh pengarang-pengarang itu laris
4 D Pembeli boleh berjumpa dengan pengarang-pengarang sepanjang
masa di kedai buku itu
5. A membaca dapat menajamkan fikiran
MEMAHAMI BERITA
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.133/Julai 97
JAWAPAN
1. C pasukan Selangor berjaya ke separuh akhir
2. A 5 minit
3. B Rashid Mohd Nor, penjaga gol Kelantan yang gagal menangkap bola
dengan
kemas
4 D Halim Napi mengalami kecederaan apabila dirempuh oleh pemain lawan
5. C 11 orang
MEMAHAMI RENCANA
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.134/Julai 97
JAWAPAN
1. B Pembinaan jalan kereta api pertama di Tanah Melayu
2. D Tambak Johor
3. A terpengaruh
4 B Mencari tapak ternakan yang baik
5. C Kerana di situ terdapat persekitaran yang baik
MEMAHAMI PUISI
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.135/Julai 97
1 Apakah yang tidak diceritakan dalam surat yang diterima oleh penyair?
A Kehidupan warga desa
B Kesukaran hidup penulis di kota
C Perubahan yang berlaku di desa
D Pencemarana yang berlaku di desa
JAWAPAN
1. B Kesukaran hidup penulis di kota
2. C Menanam padi
3. A dibersihkan
4 B Kerana pokok-pokok telah ditebang
5. D hubungan sesama manusia
MEMAHAMI CERPEN
Ketika aku berada dalam bas yang sarat dengan penumpang itulah
hujan turun dengan lebatnya. Sekali-sekala kilat menyambar dan guruh
berdentum. Aku bersyukur kerana tidak kebasahan ketika menunggu bas
tadi.
Bas bergerak seperti siput. Pemandunya, lelaki berusia setengah
abad terpaksa memandu dengan berhati-hati. Jalan licin, hujan masih turun
dan pemandangan agak kabur. Tingkap kaca dalam bas itu mengalami
pengewapan.
Ketika hampir dengan kawasan kampungku, aku segera menekan
loceng. Bas berhenti. Aku dan beberapa orang penumpang lain turun. Dari
jalan besar aku berlari ke rumah Pak Mat.
Di bawah rumah Pak Mat yang bertiang tinggi itu aku tinggalkan
basikalku. Basikal itu uzur benar dan mengeluarkan bermacam-macam
bunyi. Jadi setiap pagi aku menaiki bas sahaja ke sekolah.
Aku duduk di bawah rumah sementara menanti hujan reda. Bau ikan
kering goreng dari dapur Pak Mat menyebabkan perutku berkeroncong.
Kulihat jam tanganku, sudah pukul tiga petang, fikirku.
Aku terpaksa menunggu hujan reda. Bukan kerana aku takut basah
atau demam tetapi beg sekolahku telus air. Nanti habis buku-bukuku
basah, fikirku dalam hati.
Setengah jam menunggu, hujanpun reda. Aku keluarkan basikal dari
bawah rumah ke jalan tanah merah. Jalan itu becak dan bertakung air di
sana-sini. Aku mula mengayuh dengan berhati-hati. Aku takut terjatuh ke
dalam parit atau ke dalam lopak.
Sambil mengayuh basikal itu fikiranku bergerak liar. Kawan-kawanku
telah lama sampai di rumah. Mereka menaiki bas pertama. Sedangkan aku
pula ketinggalan bas itu kerana keluar agak lewat dari bilik darjah.
Dalam keadaan demikian, tayar basikalku terlanggar seketul batu.
Aku tersembam. Pakaianku habis basah dan bersalut dengan lumpur.
Mujurlah beg sekolahku tidak tercampak sama. Beg itu masih kemas terikat
pada pelantar basikalku.
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.136/Julai 97
JAWAPAN
1. A penuh
2. A Kerana jalan raya licin
3. B basikalnya sudah tua
4 D Kerana hendak menjaga keselamatan buku-bukunya
5. C basikalnya terlanggar batu
MEMAHAMI BERITA
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.137/Julai 97
JAWAPAN
1. B akibat daripada sesuatu
2. D Kerana habuk itu banyak serta halus
3. A peniaga gerai lebih prihatin tentang kebersihan
4 A mereka tidak prihatin tentang kebersihan
5. C Bukit Katil Diancam Pencemaran
MEMAHAMI DIALOG
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.138/Ogos 97
JAWAPAN
1. A Dia baru hendak memulakan kerja menebas semak-samun
2. B ada dua tujuan dalam satu kerja
3. B hendak menanam sayur-sayuran
4 D hendak meminta Abu supaya membaiki tetikus komputernya
5. C sambungan kabelnya longgar
MEMAHAMI CATATAN
15 November
Betapa pun ibu cuba menyembunyikan berita itu daripadaku, namun
berita itu ‘pecah‘ juga. Mak Cik Liah yang memberitahuku. Aku amat
terkejut. Tidak kuduga duri nibung yang tersusuk di telapak kaki ayah
begitu sekali akibatnya.
Kata Mak Cik Liah, ayahku mengidap penyakit kencing manis. Luka
yang kian membengkak itu akan menjadi busung, akan melarat hingga ke
tulang. Luka itu tidak akan sembuh. Tiada jalan lain untuk menyelamatkan
ayah melainkan di …… Takut aku hendak menyebut perkataan itu. Tuhanku ,
selamatkan ayah, jerit batinku. Sejak itu, fikiranku kusut. Selama ini ayah
tonggak hidup kami anak-beranak. Selepas ini, nampaknya beban itu akan
terhimpun di bahu ibu. Ketika itu aku teringat kepada abangku. Dia sudah
lama berhijrah ke bandar. Pada mulanya kerap juga dia mengirim wang.
Kini, surat jarang ditulisnya, apatah lagi wang.
Hatiku sebak memikirkan tentang abang. Mahu sahaja aku berhenti
sekolah dan menolong ibu di kebun getah. Akan tetapi kuat benarkah
kudratku untuk menoreh dan mengutip susu getah? Fikirku.
18 November
Ayah dibedah hari ini. Aku tidak berada di sisinya ketika itu. Yang
ada hanyalah ibu dan Mak Cik Liah.
Di sekolah ada ujian percubaan UPSR. Aku mahu ponteng saja tetapi
ibu melarang.
Emma teman baikku memujukku. Dia tahu kemelut yang melanda
hidupku. Dia tahu aku tidak bersedia untuk peperiksaan ini. Ketika
peperiksaan berlangsung mindaku tidak tertumpu pada kertas soalan.
Akhirnya aku menjawab secara rambang.
20 November
Cikgu Fadil, guru Matematik memanggilku. Belum sempat aku duduk,
dia membaling kertas jawapanku. Mukanya seperti seekor singa lapar yang
ingin menerkam mangsanya. Hatiku amat gementar.
“Apa dah jadi dengan kamu ni? Soalan senangpun salah,” bentaknya
keras. Air mataku meluncur laju. Aku menangis semahu-mahunya. Cikgu
Fadil tergamam. Hatiku bagai disiat-siat.
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.139/Ogos 97
2 Apakah berita yang dikhabarkan oleh Mak Cik Liah kepada penulis?
A Ayahnya tertikam duri nibung
B Luka di kaki ayah tidak akan sembuh
C Ayahnya mengidap penyakit kencing manis
D Ayahnya akan menjalani pembedahan
MEMAHAMI RENCANA
Ariff/Data>Petikan2.doc/Bil.140/Ogos 97
1 Perbezaan antara nanas Johor dengan nanas Sarawak ialah dari segi
A rasa
B warna
C bentuk
D saiz
JAWAPAN
1. D saiz
2. B pokok nanas yang tinggi dan kecil buahnya
3. B Supaya batangnya tidak patah
4 C Jambak lebih besar daripada buahnya
5. A mahal
PEMAHAMAN PETIKAN
DIDIK 1999
MEMAHAMI CERITA
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Seperti yang direncanakan, pada petang itu saya pun tiba di jeti Kuala Besut.
Beberapa buah motobot kelihatan masuk dari muara dan berlabuh di jeti itu.
Saya mencari-cari Sri Duyung. Tekong bot itu, Pak Leh telah berjanji dengan
saya untuk ditemu ramah secara tidak rasmi. Bahan temu ramah itu akan
kuhantar kepada pengarang majalah sekolah.
'Sri Duyung' masuk ke jeti dan melabuhkan sauh. Awak-awaknya dengan
tangkas mula memunggah hasl tangkapan ke darat. Di darat sedia menunggu
peraih-peraih ikan.
Mereka tawar-menawar harga ikan itu dengan Pak Leh dan urusan itu beres
dalam masa setengah jam.
"Ikan-ikan semakin berkurangan," kata Pak Leh dengan suara yang lemah.
Ketika itu kami telah pun berada di sebuah warung. Pak Leh seterusnya bercerita
tentang hidupnya.
"Minyak mahal, gaji awak-awak pun mahal, tetapi ikan-ikan murah," keluhnya.
"Tetapi apabila tiba di bandar-bandar besar, harga-harga ikan itu naik
mendadak," celah saya.
"Dulu sekilogram ikan kembung RM4, sekarang RM8," sambung saya.
"Ya, ya, tapi kami masih hidup di takuk lama," ujar Pak Leh.
"Ikan di laut bukan seperti sayur-mayur, ditanam ia tumbuh. Ikan di laut hidup
dan membesar. Tetapi belum sempat membesar, pukat harimau telah
menyautnya. Jadi ikan-ikan pun kian kurang," ulas Pak Leh.
"Lagi pun banyak kawasan hutan bakau telah dibersihkan. Akibatnya
persekitaran ikan berubah. Laut pula kadang-kadang tercemar," celah saya.
"Betul tu," sokong Pak Leh.
"Jadi kami terpaksalah ke laut dalam untuk memburu ikan-ikan yang semakin
berkurangan itu," sambungnya.
"Dengar khabar ikan-ikan itu dibawa ke Thailand, kemudian dijual balik ke
negara kita," kata saya.
"Ya… ikan-ikan itu dipasarkan melalui beberapa orang tengah sebelum
sampai ke gerai ikan. Akibatnya kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi,"
jelas saya.
"Kalau hal ini tidak berlaku, pengguna boleh membeli ikan dengan harga yang
lebih murah," kata Pak Leh.
"Saya pula mendapat tahu ikan-ikan itu banyak yang dijual di Singapura.
Akibatnya ikan dalam negeri berkurangan. Sebab itulah harga meningkat," jelas
Pak Leh sambil merenung ke arah muara Kuala Besut.
Data>Petikan99/Dis.1999
Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi sekarang telah
pun tersebar luas di seluruh negara Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan
kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa atau nama saintifiknya curcuma demostica,
sedangkan jenis-jenis lain diberi nama temu.
Di Malaysia terdapat beberapa speises kunyit yang tumbuh liar dan
digunakan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional. Antara spesies itu ialah
temu putih, temu emas, temu pauh, temu hitam dan temu lawas.
Kalau dilihat secara sepintas lalu adalah sukar hendak membezakan setiap
spesies yang dinyatakan itu.
Secara amnya bentuk dan struktur rumpun tumbuh-tumbuhan ini adalah
sama. Bagaimanapun jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesies itu
mempunyai beberapa perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan
rizom, warna rizom dan baunya.
Kunyit amat banyak digunakan sebagai perasa dalam makanan, pewarna,
pengawet, bahan dalam istiadat keagamaan dan tidak ketinggalan sebagai
ramuan dalam ubat tradisional.
Kunyit biasa mudah ditanam di negara ini dan sering ditemui di pinggir rumah
atau ditanam dalam pasu oleh masyarakat Melayu.
Daun kunyit misalnya sering dicampur dalam masakan ikan atau daging bagi
mendapatkan perisa yang menyelerakan.
Daun dan isi (rizom) yang muda digunakan sebagai ulam. Ikan dibalut
dengan daun kunyit kemudian dibakar memang sedap rasanya.
Kunyit merupakan tumbuh-tumbuhan yang merumpun. Tingginya lebih kurang
satu meter, daunnya lebar, licin dan bertangkai panjang.
Bunga kunyit berwarna kuning muda keputihan. Rizomnya berwarna kuning
tua dan mempunyai bau yang tersendiri.
Analisis kimia menunjukkan rizom kunyit mengandungi bahan kimia seperti
curcumin yang memberi warna kuning dan minyak.
Selain kegunaan yang disebutkan itu, kunyit banyak digunakan sebagai
bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional.
Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk
menyembuhkan penyaki t bengkak hati.
Kunyit beserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati
bengkak gusi, sakit dada dan perut, dan melancarkan aliran darah. Di India,
kunyit digunakan sebagai alat solek.
Sebatian kimia daripada kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai
ramuan untuk menghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.
Kunyit juga didapati berkesan untuk mencegah pertumbuhan kulat dan
bakteria.
A) Soalan-soalan subjektif
B) Soalan-soalan objektif
Data>Petikan99/214/Jan.99
PEMAHAMAN DIALOG
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Man : Balik dari sekolah nanti, apa kata kita ke kebun Haji
Salleh. Kulihat pokok
rambutannya berbuah lebat dan sedang masak ranum.
Din : Minta maaflah, aku dah serik. Pada tahun lepas aku
dibelasah ayahku apabila dia
mendapat tahu aku mencuri buah duku di kebunnya.
Man : Macam mana ayah kamu tahu perbuatan kamu itu?
Din : Siapa lagi yang memberitahunya kalau tidak Haji Salleh
tangkai jering itu.
Man : Pasal dia tangkai jeringlah aku hendak ke kebunnya itu.
Kalau kita minta dengan baik,
sebiji pun kita tak merasa.
Din : Aku rasa dia sudah banyak berubah, terutama sejak dia
balik dari Mekah, Mat ada
cerita kepadaku bahawa dia dan kawan-kawannya sering dijamu oleh
orang tua itu
dengan buah-buahan di kebunnya.
Man : Tapi aku tak pernah pula dipelawanya.
Din : Nak pelawa macam mana sebab kau tidak ke
kebunnya.
Man : Kalau macam itu balik nanti kita singgah di rumah dia.
Din : Ya, kita singgah di rumahnya dan minta kebenaran
untuk ke kebunnya dan memetik
buah rambutan itu.
Haji Salleh : Ha, Man dan Din, naiklah ! Langkah kanan betul kamu. Saya baru
sahaja balik
dari kebun. Jemput naik dan rasalah buah rambutan ini.
Man : Terima kasih Pak Haji. Kami datang ni pun memang
bercadang hendak meminta
izin Pak Haji untuk memetik buah rambutan di kebun Pak Haji.
Din : Ya, Pak Haji. Saya tidak mahu mencuri macam dulu
lagi.
Haji Salleh : Kalau nak makan buah-buahan, pergi sajalah ke kebun itu. Cuma
janganlah
dipanjat pokoknya, nanti dahannya serkah. Petik sahaja, lagipun
banyak dahannya
mencecah ke tanah.
Man : Kalau kami guna galah bagaimana?
Haji Salleh : Gunalah apa-apa sahaja, asalkan jangan dipanjat atau dilastik.
Din : Kami tak suka melastik buah rambutan, kalau buah
mangga seronok juga.
Haji Salleh : Aku larang kamu melastik tu bukannya apa, nanti kamu terlastik
sarang tebuan,
nahas kamu berdua nanti.
A) Soalan subjektif
B) Soalan objektif
Data>Petikan99/215/Jan.99
PEMAHAMAN PUISI
A) Soalan Subjektif
1. Mengapakah kokokan ayam tidak lagi kedengaran di
hutan batu itu?
……………………………………………………………………………………………
B) Soalan Objektif
Kawanmu,
Wardah
(Wardah bt.
Ali)
1. Bilakah surat ini tibqa ke tangan penulis?
A 15 Januari 1999
B 12 Januari 1999
C 13 Januari 1999
D 7 Januari 1999
Tuan,
Berhubung dengan perkara di atas, surat tuan SKP 400/ 18/ (3) dirujuk.
3. Oleh sebab ketika itu sekolah sedang bercuti, saya akan melantik seorang
guru untuk bertugas pada hari itu. Guru tersebut akan berada di sekolah pada
pukul 9.00 pagi iaitu sejam lebih awal daripada waktu kedatangan pihak tuan
dijangka sampai.
Ismail
(ISMAIL BIN AHMAD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Garung.
MEMAHAMI IKLAN
' Hadiah Sastera Pelajar ' pada tahun ini dinamakan "Hadiah Sastera Pelajar
Bank Wira 1999". Penganugerahan untuk 'hadiah' ini dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu cerpen dan puisi.
Bagi bahagian cerpen pihak kami akan memilih lima buah cerpen yang dihantar
untuk ruangan "Cerpen Daripada Pelajar" setiap bulan untuk dinilai. Sebuah
daripada cerpen itu akan disiarkan dalam majalah Warta Pelajar pada bulan
berkenaan. Walau bagaimanapun peluang empat buah cerpen lagi yang tidak
tersiar itu tetap sama dengan cerpen yang tersiar.
Bagi bahagian puisi pula, 10 buah puisi yang tersiar dalam ruangan puisi (kecuali
puisi pada kulit belakang majalah) akan dinilai. Di samping itu, setiap cerpen dan
puisi yang tersiar akan menerima wang sagu hati yang agak lumayan.
Pengumuman dan 'hadiah' akan diberi dalam satu majlis yang akan diadakan
pada akhir tahun ini.
Syarat-syarat penyertaan
1. Hadiah ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Malaysia yang
berumur 13 hingga 20 tahun.
2. Setiap cerpen/ puisi yang dikirimkan hendaklah disertakan dengan borang
khas
yang tersiar dalam majalah Warta Pelajar. Segala maklumat yang diperlukan
hendaklah diisi dengan lengkap. Cerpen/ Puisi anda tidak akan dinilai jika
maklumat yang diminta tidak lengkap.
3. Tema dalam cerpen/ puisi bebas tetapi tidak boleh menyentuh isu yang
membangkitkan perasaan perkauman.
4. Cerpen/ puisi yang dikirim itu mestilah karya asli. Jika peniruan, penyaduran
dan seumpamanya dikesan setelah cerpen/ puisi itu disiarkan, karya tersebut
tidak
akan dinilai. Jika unsur-unsur di atas dikesan selepas cerpen itu diumumkan
sebagai pemenang maka hadiah yang ditawarkan akan ditarik balik.
5. Panjang cerpen ialah kira-kira 2 000 patah perkataan (10 - 12 halaman kertas
kuarto), ditaip langkau dua baris. Panjang puisi pula adalah bebas.
6. Karya hendaklah dikirimkan sebelum 31 Disember 1999.
7. Semua karya untuk pertandingan ini hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
8. Alamatkan cerpen/ puisi anda kepada :
MEMAHAMI PETA