Anda di halaman 1dari 2

Penderaan Warga Emas

Penderaan warga emas didefinisikan sebagai tindakan atau kurang tindakan wajar yang
menyebabkan bahaya atau kesengsaraan kepada indvidu berusia lanjut yang terjadi
dalam sebarang perhubungan yang berdasarkan kepercayaan. Semua jenis penderaan
warga emas boleh mendatangkan impak terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Bagi penderaan psikologi, ia paling meluas berlaku termasuk tingkah laku yang
membahayakan harga diri warga tua itu seperti panggilan nama kurang elok, perlakuan
menakut-nakutkan, tindakan memalukan, memusnahkan harta benda atau menghalang
mereka bertemu rakan atau ahli keluarga.

Penderaan Psikologi atau emosi pula termasuk memarahi, memaki hamun,


mengejek, mengugut dan tidak menghormati. Gagal memberi bantuan alat
pandengaran atau penglihatan kepada warga emas juga dianggap penderaan emosi.

Penderaan kewangan meliputi penyalahgunaan wang pencen, wang harta atau


aset seseorang warga tua secara haram. Mengabaikan atau gagal memenuhi
keperluan asas mereka seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan penjagaan
perubatan..

Penderaan Sosial terhadap warga emas sepertimana menafikan peluang dan


hak mereka untuk berjumpa atau bergaul dengan orang lain, tidak membenarkan
mereka mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sosial, gagal memberi penjagaan
kesihatan atau kebajikan atau tidak memberi mereka ruang privasi.

Kesan penderaan terhadap kesihatan termasuk kecederaan trauma dan


kesakitan, malah mangsa turut berdepan kemurungan, tekanan dan kebimbangan.
Penderaan warga tua juga boleh membawa ke peningkatan risiko menempatkan
mereka di rumah kebajikan, penggunaan perkhidmatan kecemasan, hospital dan
kematian.

Punca Penderaan Warga Emas

Pepatah Melayu yang berbunyi “bagai kacang lupakan kulit”mungkin sesuai untuk
dibincangkan bagi isu golongan warga emas yang kian terabai, kurang bernasib baik
dan didera. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh banyak faktor yang
mempengaruhinya, justeru itu juga masalah ini harus dibendung supaya tidak menjadi
lebih teruk lagi pada masa akan datang.

Faktor perdana penderaan warga tua ialah masalah kewangan. Menurut


Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, penderaan warga emas akibat
masalah kewangan yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita. Apabila si ayah
meminta wang daripada anak untuk membeli nasi lemak, rokok ataupun surat khabar,
misalnya, si anak akan mengutuk dan mencemuh ayah mereka sebagai cacing di
pelimbahan. Kesannya, warga tua akan hidup melarat di tengah-tengah masyarakat.

Selain masalah kewangan, warga emas didera oleh anak yang runtuh akhlak.
Anak-anak yang terjerumus ke dalam kancah maksiat sering mendera ibu bapa mereka.
Akibat pengaruh dadah ataupun arak, mereka akan merampas wang ataupun meragut
rantai emas, apatah lagi lagi memukul, menumbuk atau menyepak terajang ibu
bapanya. Ekoran masalah sosial, ibu bapa yang tua menjadi mangsa penderaan

Di samping keruntuhan moral, ketandusan nilai-nilai kemanusiaan mencetuskan


masalah penderaan sosial dalam kalangan warga tua. Dewasa ini, generasi muda tidak
lagi menghormati dan sayangi ibu bapa mereka yang sudah tua. Mereka hanya
mementingkan kekayaan dan kemewahan dalam pemilikan kereta atau rumah yang
mewah sehingga mengabaikan kesihatan dan kebajikan ibu bapa mereka. Suda terang
lagi bersuluh, warga emas didera dari segi social oleh anak-anak yang tidak bermoral.

Sesetengah warga emas yang suka uring-uringan turut didera oleh anak-anak
yang panas baran. Apabila menjadi tua, mereka mengomel dan marah-marah sehingga
memarahkan anak-anak. Anak yang berdarah muda pun akan menampar dan
mengurung mereka di dalam bilik utiliti, serta membiarkan mereka kelaparan. Demi
mengurangkan beban, ada juga anak akan membawa mereka ke rumah kesayangan
dan membiarkan di situ sehingga pulang ke rahmatullah. Penderaan psikologi terhadap
warga emas ini akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan mereka sepanjang
hayat

Kesimpulannya, penderaan warga tua berpokok pangkal pada masalah


kewangan, ketandusan nilai-nilai kemanusiaan, keruntuhan akhlak, dan kerenah warga
tua. Walau apa-apa pun sebabnya, ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita.
Jadi, kita hendaklah menghormati dan menyayangi mereka kerana mereka telah
berkorban untuk kita. Dengan demikian, warga tua akan mengecap nikmat kebahagiaan
dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.