Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERTING HILIR KOMPLEKS

UJIAN BULANAN 2
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4

Nama : ___________________________________ Tingkatan:_________

Bahagian Objektif : Jawab semua soalan

1.
- Membaca untuk menambah ilmu
- Bersenam supaya cergas
- Bersabar mengawal emosi

Kita perlu mengamalkan sifat-sifat di atas dalam kehidupan kerana


A baik untuk kehidupan
B amat digalakkan dalam kehidupan harian
C langkah ke arah mencapai keseimbangan diri
D tindakan perlakuan yang tidak membosankan

2. Mengapakah keperluan ekonomi dalam keluarga merupakan faktor utama yang


wajar diberi perhatian?
A Kehidupan bukan di alam fantasi
B Hidup perlukan makanan dan tempat tinggal yang sempurna
C Anak dan ahli keluarga yang lain adalah suatu tanggungjawab
D Kehidupan yang sempurna adalah impian semua ahli keluarga

3. - Terdorong melakukan perbuatan maksiat


- Lahirnya anak luar nikah

Maklumat di atas menerangkan tentang akibat yang akan ditanggung oleh individu
yang terjebak dengan masalah
A Penderaan
B Gangsterisme
C Pergaulan bebas
D Penyalahgunaan dadah

4. Mengapakah kanak-kanak yang disabitkan kesalahan juvana akan dihantar ke pusat


pemulihan akhlak?
A Kerana masih bersekolah
B Kerana belum cukup umur
C Kerana masih di bawah tanggungan ibu bapa
D Kerana ada pihak lain yang lebih bertanggungjawab

5. Mengapakah semua adat dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat majmuk di
negara ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri?
A Ia satu ciptaan baru kaum itu
B Ia satu warisan turun temurun
C Ia amalan tradisi satu kaum sahaja
D Ia adalah satu kemestian dalam pentadbiran negara demokrasi
6. Antara berikut, yang manakah menunjukkan cara untuk meneruskan amalan adat
dan budaya supaya tidak pupus?
A Memerhati dari jauh
B Menyambutnya jika perlu
C Menilai kebaikan dan keburukan
D Mengamalkan dalam kehidupan harian

7.
- Memupuk hubungan baik antara kaum
- Membolehkan adat dan budaya diteruskan
dan tidak luput

Pernyataan di atas menunjukkan kebaikan mengamalkan adat dan budaya tradisi.


Apakah kesan kepada konsep perpaduan kaum di negara ini?
A Mewujudkan warisan budaya Malaysia
B Menggalakkan masyarakat bersatu padu
C Memupuk semangat persefahaman antara kaum
D Mempelbagaikan warisan kepelbagaian budaya Malaysia

8.
“Jangan seseorang itu memperagakan kebaikan
dirinya sahaja , tetapi mengabaikan jirannya.
(1 Corinthians 10:24)

Apakah nilai yang ditekankan dalam agama Kristian kepada penganut-penganutnya?


I Bertolak ansur
II Bersopan santun
III Tidak mementingkan diri sendiri
IV Mengambil berat akan kebajikan orang jiran
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9. Antara berikut yang manakah contoh perkara yang ditegah oleh setiap agama
kepada penganutnya?
A Mengamalkan rasuah
B Menghormati orang tua
C Menggalakkan menderma
D Menekankan nilai-nilai murni

10.
Pokok pisang dijadikan hiasan utama dalam perayaan

Masyarakat yang mengamalkan adat budaya ini adalah:


A Cina
B India
C Melayu
D Kadazan

11. Antara berikut, yang manakah menunjukkan anda sentiasa menghormati adat dan
budaya kaum lain?
A Menghina adat dan budaya kaum lain
B Mentambut perayaan itu bersama-sama
C Tidak membenarkan pengamalan adat dan budaya kaum lain.
D Menimbulkan pergaduhan apabila perayaan itu sedang disambut
12. Apakah kepentingan lambang lampu atau pelita kepada penganut agama Hindu?
A Sebaris cahaya atau sinaran cahaya
B Cara untuk menghalau roh-roh jahat
C Langkah persediaan awal sekiranya bekalan elektrik terputus
D Kecerahan dan kebaikan mengatasi kegelapan dan kejahatan.

13. Situasi yang manakah antara berikut tidak menggambarkan amalan nilai-nilai murni
dalam kehidupan?
A Fizi membantu Ravi mengangkat kotak yang berat itu.
B Puan Tan mendermakan pakaian baharu itu ke rumah anak yatim
C SMK Kebun Bunga telah mengadakan kutipan derma untuk mangsa banjir
D Ah Chong mengambil buah durian di kebun itu tanpa pengetahuan tuannya.

14. Apakah amalan utama orang Melayu pada pagi Hari Raya Aidilfitrri?
A Makan kuih raya
B Bersalam-salaman
C Bersembahyang hari raya
D Menziarahi kubur ahli keluarga

15. Apakah masej yang hendak disampaikan dalam amalan makan besar bagi
masyarakat Cina pada petang Tahun Baru Cina?
A Bertemu saudara mara
B Kekayaan untuk tahun hadapan
C Perjumpaan untuk ahli keluarga
C Menghormati golongan yang lebih tua

16. Mengapakah majlis rumah terbuka yang disambut pada setiap kali perayaan perlu
diperluaskan?
A Meningkatkan prejudis terhadap kaum lain
B Mengukuhkan keharmonian dan perpaduan kaum
C Menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara
D Menghabiskan peruntukan yang disediakan kerajaan

17. Amalan kunjung-mengunjungi digalakkan semasa tibanya musim perayaan untuk


A Kesejahteraan Negara
B Memupuk perpaduan
C Menghindari pergaduhan
D Berkongsi hidup bersama

18. Perayaan Thaipusam disambut setiap tahun dengan perarakan kavadi.Antara


berikut, pernyataan yang manakah yang menunjukkan anda menghormati perayaan
tersebut?
A Menghina perayaan itu
B Menyambutnya apabila ada kelapangan
C Tidak memberi kerjasama kepada mereka
D Memahami kesesakan jalan raya akibat perayaan itu

19. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu prihatin terhadap kepercayaan agama kaum lain
kerana
I mengeratkan perpaduan
II membolehkan kita belajar menghormati agama kaum lain
III membolehkan kita mengikuti amalan agama kaum lain
IV membolehkan kita membantu kaum lain apabila tiba musim perayaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
20.
AMANAH

Cara-cara kita dapat mengamalkan nilai di atas ialah


I menjauhi rasuah
II menghormati pendapat rakan
III menjaga harta benda sekolah
IV bekerja mengikut masa yang ditetapkan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

21.
Mabuk
Amalan negatif
semasa hari
Pergaulan bebas
perayaan

Berjudi

Bagaimanakah remaja dapat menjauhi amalan negatif di atas


I Banyak merujuk bahan bacaan
II Mendalami ilmu agama masing-masing
III Menyedari kesan negatif perbuatan tersebut
IV Meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

22. Antara prinsip dalam ajaran pelbagai agama ialah


I mempercayai kewujudan Tuhan
II menekankan konsep pembalasan
III setiap perbuatan ada ganjaran dan hukuman
IV mengangkat martabat mereka yang kaya
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

23.
Ajaran Alam

agama sekitar

Nilai manakah berkaitan dengan hubungan di atas?


A Benar
B Ikhlas
C Tanggungjawab
D Berperibadi mulia
24. Sesebuah masyarakat atau negara yang tidak mengambil berat tentang pelaksanaan
peraturan dan undang-undang akan
A Mempunyai masyarakat atau Negara yang bekerja bersungguh-sungguh
B Mempunyai masyarakat yang berdisiplin atas usaha sendiri
C Mewujudkan masyarakat yang bersifat mementingkan diri sendiri
D Mewujudkan suasana yang tidak sejahtera dan tidak tenteram

25.
Amalan yang menjadi kebiasaan dan telah
diterima oleh sesebuah masyarakat

Definisi di atas adalah berkaitan dengan


A norma komuniti
B undang-undang
C peraturan
D akta

26. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Peribahasa di atas menggambarkan


A Pesalah juvana melakukan kesalahan tanpa berfikir dahulu
B Pesalah juvana boleh membaiki kehidupan mereka ketika dalam tahanan
C Pesalah juvana perlu menerima hukuman setimpal atas kesalahan yang
dilakukan
D Pesalah juvana perlu mencari jalan untuk melepaskan diri daripada dituduh
Bersalah.

27. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip penting dalam ajaran agama?
A Panduan untuk bersembahyang
B Jenis dosa dan pahala yang akan dihadapi oleh pengikutnya
C Amalan utama yang ditekankan oleh agama kepada penganutnya
D Nasihat yang dinyatakan dalam ayat-ayat suci

28. Hari wesak dirayakan oleh


A penganut agama Buddha
B penganut agama Kristian
C kaum Cina beragama Buddha
D kaum Cina beragama Kristian

29. Mengapakah kita perlu mempunyai pengetahuan tentang perayaan semua kaum di
Malaysia?
A Kita dapat membuat perbandingan perayaan yang paling meriah
B Kita dapat menonjolkan budaya kaum masing-masing
C Kita dapat mengadakan jamuan hari raya bersama-sama
D Kita dapat hidup dengan lebih harmoni dan bertoleransi
30.
9A dalam SPM

Mewakili sekolah
dalam pertandingan
syarahan Tinggal bersama ibu
dan 5 orang adik

Pada pendapat anda, apakah nilai yang diamalkan oleh murid tersebut dalam
kehidupannya
I Bertanggungjawab
II Bersyukur
III Berdisiplin
IV Tekun
A I, II dan III C II, III dan IV
B I, II dan IV D I, II, III dan IV

JAWAPAN
1. 6. 11. 16. 21. 26.
2. 7. 12. 17. 22. 27.
3. 8. 13. 18. 23. 28.
4. 9. 14. 19. 24. 29.
5. 10. 15. 20. 25. 30.

Bahagian Subjektif : Jawab soalan berikut

1.
REMAJA IALAH ASET NEGARA YANG PENTING UNTUK
MENCAPAI WAWASAN NEGARA

Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan cara-cara golongan remaja dapat


merealisasikan wawasan Negara

a) ___________________________________________________________

b) ___________________________________________________________
2. Berikan satu punca berlakunya gejala sosial di kalangan golongan remaja dan cara
menanganinya

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

3.

Perayaan Prinsip penting/ Amalan dalam perayaan

-
Hari Raya Aidilfitri
-

-
Tahun Baru Cina
-

-
Deepavali
-

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................. .........................................

(Haryati binti Ali) (Bavani a/p Perumal)


Guru PSK Ketua Panitia PSK

Anda mungkin juga menyukai