Anda di halaman 1dari 107

Rancangan Perniagaan

PROJEK
PENANAMAN CILI
MENGGUNAKAN
KAEDAH SISTEM
FERTIGASI
1/1/2019

Ishak Ab Ghani
Rancangan Perniagaan: Tanaman Cili Fertigasi

JADUAL KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. Ringkasan Eksekutif 3

2. Pengenalan 4

3. Tujuan Penyediaan 5

4. Latar Belakang Perniagaan / Syarikat 6

5. Latar Belakang Pemilik 9

6. Rancangan Organisasi / Pengurusan 11

7. Rancangan Pengeluaran / Operasi 12

8. Rancangan Pemasaran 47

9. Rancangan Kewangan 83

10. Jadual Perlaksanaan Projek 94

11. Rumusan 98

2
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Pemagaran

kawasan

untuk

keselamatan

dari

haiwan

perosak tanaman dan mengelakkan kecurian. Penyediaan jalan ladang untuk


memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

2) Sumber Air dan Elektrik Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah
penting dalam operasi sistem fertigasi ini. 3) Bangunan Bangunan yang perlu
disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman. Teduhan tempat meletak
tangki nutrient. Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang. Pusat pengumpulan
hasil ladang. Pejabat pengurusan projek.

7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa
komponen yang diperlukan untuk menjayakan sistem ini. a) Rumah Pelindung Tanaman

18

3
4
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah : 1. Besi G.I. ½ ” Besi ini yang panjang
20 kaki, digunakan untuk membentuk asas struktur. Besi ini digunakan sebagai
sokongan kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman. Setiap sokongan adalah
berukuran 4 kaki panjang dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang struktur
utama.

2. Besi G.I. 1” Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur
yang diperbuat dari besi GI ½ ” tadi. Biasanya, panjang adalah 4 kaki.

3. Klip Besi ½ ” (Long Hook) Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat
tiang besi.

19

5
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4. Klip PVC Hitam Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.

5. Plastik UV Lut Sinar Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung pada
struktur rumah pelindung tanaman. 6. Jaring Kalis Serangga Jaring kalis serangga
bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai

penghalang kemasukan serangga perosak . Ada juga yang menggunakan plastik UV lut
sinar menggantikankan jaring kalis serangga.

20

6
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

b) Sistem Pengairan Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini
adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan
berfungsi secara automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan
bagi sistem pengairan ini adalah : 1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm) 2. Paip
Sekunder (Polypipe HDPE 16mm) 3. Paip Tertier (Microtubing 6mm) 4. Penitis (Pen
Dripper 6mm) 5. Elbow PVC 1” 6. Socket Valve 1 ½ ” 7. Socket Valve 16mm 8. Ball Valve
1 ½ ” 9. Ball Valve 1” 10. Nripper / Adapter 11. Rubber Gromet Set 16mm 12. Tangki
Nutrient 200/600 gelen 13. Pam Air 1.5 HP 14. Timer (Pemasa) 15. PH Meter 16. EC
Meter 17. Penapis Air

21

7
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

c) Bahan Input Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan
keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai keperluan bahan input : 1.
Benih Tanaman – Cili 2. Tray Semaian ’Plug’ 3. Polibeg 14” x 16” 4. Media Semaian 5.
Media Tanaman 6. Plastik ’Silver Shine” 7. Baja Fertigasi (set A & B ) 8. Racun Serangga
9. Racun Kulat 10. Kayu Penyokong 11. Dawai 12. Batu Simen / Bata

22

8
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.2.3 Tenaga Buruh Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara
automatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan
dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi melancarkan operasi projek ini, tenaga
kerja yang diperlukan adalah seperti berikut :

BIL 1.

TENAGA KERJA Penyelia

JUMLAH 1 Orang

FUNGSI Bertanggunjawab melaksana dan menyelia kerja-kerja harian dan jadual


tanaman Melaksana kerja-kerja mengikut arahan penyelia.

2.

Buruh Am

4 Orang

7.3

PERLAKSANAAN Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini,

pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah
perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :

9
23

10
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

1) Penyediaan biji benih 2) Semaian Anak Benih 3) Membuat Larutan Stok 4)


Penyediaan Beg Tanaman 5) Penanaman 6) Pembajaan 7) Pengurusan Sistem
Pengairan 8) Kawalan serangga perosak dan penyakit 9) Penyelenggaraan tanaman
10)Penuaian 11)Pengendalian Lepas Tuai

7.3.1 Penyediaan Biji Benih Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji
benih yang digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga.
Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang dari 90%.

Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama di dalam
stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, biji benih perlu
diganti dengan benih baru. Dalam keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.

24

11
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.2 Semaian Anak Benih Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak
benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan. Peat
moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan. Dengan
menggunakan biji benih yang

diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat moss pasti dapat
memberi pertumbuhan anak benih yang baik.

Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh
digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. Dulang
semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak padat atau terlalu longgar.
Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.

Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau captan ke dalam
lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug. Siram biji-biji benih ini dengan
air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah
dan dapat bercambah. Lubang-lubang terlalu padat. biji benih ini jangan dikambus

Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah
teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik
hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di
dalam takung

25

12
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan
tidak kurus.

Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan larutan bajanya
berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40 watt). Anak-anak benih diberikan
larutan baja dengan kepekatan EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu
kemudian sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia untuk
diubah ke beg-beg tanaman.

7.3.3 Membuat Larutan Stok Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda
daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x
ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat,
Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi
tindak balas PO4 kimia dan dan SO4 untuk

mengelakkan pemendakan.

berlakunya

terjadinya

Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan
daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum dilabelkan dengan
LARUTAN ’A’ manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3,
KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium
molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa

13
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan
serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelakkan berlakunya
sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm
panjang dan 45 cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan suhu
di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan coco peat, dicantum
(staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring bagi membentuk bantal-bantal kecil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan
menyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.

Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam
bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2
– 2.5 kg coco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4
lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan begbeg tanaman
menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan
pada hari atau sehari selepas menanam.

27

14
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.5 Penanaman Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk
diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok 10 –
12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan
pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau
bentuk X.

Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek
pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi
pokok memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang
pokok. Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau
melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini
mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan

pengudaraan yang baik.

Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok
agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali
pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan
kesemuanya

menerima titisan larutan baja.

7.3.6 Pembajaan Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali
sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi

28

15
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk
sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat, magnesium, mangan, ferumi,
kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas
bagi memdapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang
baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara).
Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu formulasi Larutan Wyne dan
formulasi Larutan Cooper. Larutan Wyne : SET A 1. Kalsium Nitrat SET B 1. 2. 3. 4. 5. 6.
7. 8. 9. Kalium Nitrat Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat Ferum EDTA Mangan Sulfat
Kuprum Sulfat Zink Sulfat Asid Borik Natrium Molibdat

Larutan Cooper :

SET A 1. Kalsium Nitrat 2. Ferum

SET B 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kalium Nitrat Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat Mangan


Sulfat Kuprum Sulfat Zink Sulfat Asid Borik Natrium Molibdat

29

16
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Formulasi

baja

tersebut

kemudiannya

dilarutkan

mengikut

kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.

Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili Bagi bancuhan larutan 100 liter air :

BAJA SET A 1. Kalsium Nitrat 2. Ferum EDTA SET B 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kalium Nitrat


Mono Kalium Fosfat Magnesium Sulfat Mangan Sulfat Kuprum Sulfat Zink Sulfat Asid
Borik Natrium Molibdat

KADAR (GRAM)

11,300 164

11,100 1,750 5,640 15.4 0.78 2.2 30 0.18

17
7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa
yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh
masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan
baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan
melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan
selama 5 – 6

30

18
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam
di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100 – 150
ml larutan baja. Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan
garam galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-
mana penitis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana
pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat,
pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut
penitis dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini. Walaubagaimana pun


perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa bersih dari semasa ke semasa untuk
menjamin keberkesanannya. Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium
tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian
ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum
pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.

31

19
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit 1) Kawalan Serangga Perosak Oleh
kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan serangga, maka kawalan adalah
dilakukan apabila perlu sahaja.

Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan
serangga menyerang tanaman maka kawalan dilaksanakan mengikut pengesyoran
seperti di dalam jadual di bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :

Nama Perosak Kutu Daun (Aphis spp.)

Bahagian Diserang Daun, bunga dan buah muda

Peringkat Pokok Diserang Semua peringkat

Simptom

Kawalan

Daun menjadi Sembur dengan racun chlorphyrifos kerekot, atau imidachloprid bunga
gugur dan buah pada peringkat terbantut. awal selepas menanam. Sembur racun
permethrin, cypermethrin atau dimethoate jika serangan pada pokok berumur lebih 60
hari. Daun menjadi Sembur dengan racun chlorphyrifos kerekot dan atau
imidachloprid bunga gugur. pada peringkat awal selepas menanam. Sembur racun
chlorphyrifos atau malathion jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.

Kutu Thrips (Thrips spp.)

Daun dan bunga

20
Semua peringkat

32

21
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Ulat Pengorek Buah (Helionthis armigera spp.) Lalat Buah (Bactocera)

Daun dan buah

Peringkat berbuah

Daun dan buah berlubanglubang

Sembur dengan racun chlorphyrifos jika serangan melebihi tahap 5%

Buah

Peringkat berbuah

Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah dan buah gugur. Daun berkerekot, bunga
gugur dan pokok terbantut.

Sembur dengan racun chlorphyrifos apabila pokok mula berbuah. Sembur dengan
racun amitraz, dicofol, malathion atau prothiofos

Hamama Merah (Tetranychus spp.)

Daun dan bunga

Pokok Matang

22
2) Kawalan Penyakit Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama
dalam penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena serangan
penyakit.

Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang bebas tanah untuk
mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran
tapak projek. Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah :

Penyakit Antraknos Buah

Penyebab Colletotrichum capsici

Bahagian Diserang Buah

Cara Merebak Biji benih, angin

Simptom Bintik-bintik lekok dan berpusar, berwarna keperangan terdapat di luar kulit
buah. Lekoklekok ini akan membesar,

Kawalan Rawatan biji benih denga racun kulat captan atau thiram. Musnahkan
pokok yang diserang. 33

23
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

menjadi kehitaman dan akhirnya buah busuk dan gugur. Bintik Daun Cercospora capsici
Daun dan tangkai daun. Angin Terdapat bintikbintik kecil bulat berwarna perang pada
daun.

Sembur dengan racun kulat mancozeb Musnahkan bahagian yang kena serang.
Sembur racun benomyl Rawatan awal diperingkat biji benih. Musnahkan pokok
yang diserang.

Hawar Pucuk

Choanephora cucurbitarum

Pucuk

Angin

Terdapat sporaspora hitam pada pucuk yang kena penyakit. Pucuk menjadi layu dan
berwarna hitam

Reput Pangkal

Sclerotium rolfsii

Pangkal pokok

Tanah

24
Daun layu, terdapat maisilia putih dan skelerotia seperti biji sawi pada pangkal pokok.
Pangkal pokok menjadi hitam dan mereput. Di pangkal anak benih seakanakan lecuh.
Serangan yang teruk menyebabkan anak benih tumbang.

Cabut, bakar dan musnahkan keseluruhan pokok yang kena penyakit.

Lecuh Anak Pythium sp., Batang Rhizoctonia sp. anak benih Benih

Tanah dan air

Rawatan benih di peringkat awal. Elak siraman berlebihan Pastikan tapak


semaian mempunyai saliran yang baik. Cabut dan bakar pokok berpenyakit.
Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek.

Layu Bakteria

Pseudomonas solanacearum

Daun dan batang

Tanah, air dan sentuhan akar

Daun layu dan kuning. Empulur berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau
batang direndam dalam air, ianya mengeluarkan

34

25
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

cecair jaluran putih. Mozek Daun Mosaic virus Semua bahagian pokok Biji benih, kutu
daun sebagai pembawa penyakit. Daun berbintik Cabut dan bintik dan bakar pokok
berkerekot. Urat berpenyakit. daun Tentukan membengkak . saliran baik di Pokok
bantut dan kawasan tapak kurang berbuah. projek. Buah menjadi Elak guna biji kecil
dan berubah benih yang bentuk. berpenyakit. Kawal serangga pembawa virus iaitu
kutu daun dan thrips dengan menyembur racun chlorpyrifos. Kawal rumpai yang
menjadi perumah serangga pembawa virus.

7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang


dilaksanakan sepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini
dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut adalah kerja-
kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan :

35

26
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

GERAK KERJA

HARI / MASA

AKTIVITI Mengira keperluan baja dan coco peat. Membuat pesanan pembelian
baja mengikut keperluan. Membuat pesanan pembelian coco peat. Membuat pesanan
pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm bertebuk di tepi sahaja.
Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat
moss, dulang semaian ’plug’, kayu pancang, tali rafia, bilah buluh, dawai bersalut, hand
sprayer, racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan keperluan lain.

PERSEDIAAN AWAL

25 Hari Sebelum Tanam

PENYEMAIAN BENIH 20 Hari Sebelum Tanam

Menyediakan dulang semaian. Mengisi dulang semaian dengan medium percambahan


peat moss. Melembapkan medium percambahan. Merawat anak benih dengan racun
kulat ’Thiram’. Membuat lubang kecil 1 – 2 cm dalam (1 lubang 1 plug). Menyemai biji
benih (1 biji dalam 1 lubang). Menutup lubang berisi biji benih. Menyembur dulang
semaian berisi biji benih dengan air bersih menggunakan hand sprayer. Menutup
dulang semaian dengan helaian plastik hitam untuk memberi haba dan mengawal
lembapan medium percambahan supaya tidak 36

27
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kering. PENYEDIAAN TAKUNG PEMBESARAN 19 Hari Sebelum Tanam


Membersihkan takung pembesaran. Mengisi tangki pengumpul dengan air bersih.
Memastikan pam kecil akuarium berfungsi dengan baik. Menetukan alat pengatur masa
pam akuarium boleh dihidupkan dengan menjadualkan 4 – 6 kali sehari (boleh berubah
mengikut keadaan, jenis dan umur tanaman). Menimbangkan baja menggunakan
formulasi yang betul. Membancuh baja stok. Gunakan tong biru (tebus guna) muatan
100 liter.

18 Hari Sebelum Tanam

PENIMBANGAN BAJA

16 Hari Hingga 1 Hari Sebelum Tanam

PEMBESARAN ANAK BENIH

Membuka plastik yang menutup dulang semaian. Memindahkan dulang semaian ke


dalam takung pembesaran. Memasang alat pengatur masa dan pam akuarium
dihidupkan. Melarutkan baja pada bacaan EC 2.5 Memerhatikan pertumbuhan anak
pokok. Memeriksa sebarang tanda jangkitan penyakit atau serangga perosak. Membuat
kawalan segera sekiranya terdapat tandatanda kerosakan. Membilas coco peat.
Mengetoskan coco peat. Menimbangkan coco peat 2 – 2.5 kg untuk setiap beg ( basah
dan telah ditoskan).

PENYEDIAAN BEG TANAMAN

20 Hari Hingga 5 Hari Sebelum Tanam

28
37

29
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Mengisi coco peat ke dalam beg tanaman. Mengangkut beg-beg berisi coco peat ke
dalam rumah tanaman. Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris yang telah
ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak tanaman untuk cili ialah 75 cm
dalam baris dan 150 cm antara baris. Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg.
Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk
memastikan tidak ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis tersumbat.
Menghidupkan pam untuk membasahkan medium tanaman di dalam beg-beg tanaman.

PENANAMAN

0 Hari

Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah tanaman. Mengorek lubang 4 cm x


4 cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih. Mencabut anak benih dengan cermat
dengan memicit bahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak benih. Dengan
cara ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang plug.

30
Memasukkan ketulan tanah bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah
disediakan. Kemaskan lubang bersama akar anak benih supaya tidak longgar. Mencucuk
penitis

38

31
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

berhampiran dengan pangkal anak pokok. Mencucuk bilah-bilah buluh hampir kepada
anak benih. Mengikat anak benih pada bilah buluh bagi memastikan pokok tumbuh
tegak. Memeriksa semua pokok. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau
serangan perosak seperti belalang, cengkerik atau siput. Jika terjumpa, musnahkan.
Memastikan tidak ada pokok yang tercabut disebabkan oleh binatang. Memastikan tidak
ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok.
Menghidupkan pam sekali pada awal pagi. Pastikan bahawa medium tanaman tidak
terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman. Sekiranya ini berlaku,
tebuk beberapa lubang di sisi beg (bukan di bawah beg tanaman) menggunakan pisau
kecil untuk mengalirkan air keluar dengan segera. Jika air bertakung, pokok akan mati.
Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Mana-mana pokok yang masih layu atau mati
perlu diganti. Sebaiknya diganti dengan beg tanaman yang baru keran ditakuti pokok
yang mati tersebut telah dihinggapi penyakit. Melarutkan baja stok ke dalam tangki
larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5 Menghidupkan pam,

1 Hari Dan 2 Hari Selepas Tanam

PENYELIAAN SELEPAS MENANAM

3 Hari Selepas Tanam

32
39

33
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

memberi baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari.
Menghidupkan pam pada awal pagi. Pemberian larutan baja masih 1 kali sehari.
Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit
atau serangan serangga perosak. Sekiranya terdapat pokok yang layu pada awal pagi,
periksa medium tanamannya. Sekiranya kering, kemungkinan alat penitisnya telah
tercabut atau tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan cuci saambil
mengetukkannya pada benda keras agar bahan-bahan yang menyekat pengaliran
larutan baja akan terkeluar. Menambah kekerapan pemberian larutan baja kepada 2
kali sehari, pada awal pagi dan lewat petang. Tetapi sekiranya keadaan cuaca sepanjang
minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini boleh
ditangguhkan. Membuang tunas air atau tunas ketiak supaya pokok kekal
mengeluarkan satu batang utama sahaj sehingga cabang utama keluar. Membuat
rawatan pencegahan penyakit akar ’Pythium’. Larutkan racun kulat Previcur N
sebanyak 10 ml atau FoliR-Fos sebanyak 13 ml ke

4 Hari Hingga 7 Hari Selepas Tanam

7 Hari Selepas Tanam

10 Hari Hingga 35 Hari Selepas Tanam PENGURUSAN PENYAKIT DAN SERANGGA


PEROSAK

7 Hari Dan 17 Hari Selepas Tanam

40

34
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

dalam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok. Pastikan
bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam
selepas rawatan ini dilakukan.

8 Hari Hingga 180 Hari Selepas Tanam

Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit
atau serangga perosak. Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan serangan hama
dan juga kutu trips. Lihat di bawah daun-daun di bahagian pertengahan ( 2/3 bahagian
pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih (white fly). Serangan ulat
pelombong daun jelas nampak serangannya pada daun-daun separa tua. Memeriksa
sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik. Memacak dua batang panjang, 180
cm kayu (2.5cm x 2.5cm) atau besi galvani 1.25 cm, di sepanjang baris paip pembahagi
(membentuk X) bagi mengikat dawai atau tali penyokong pokok cili. Mengikat dahan-
dahan pokok cili pada tali atau dawai penyokong bagi mengelakkan dahan-dahan
daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan). Ia dilakukan
berterusan apabila perlu.

20 Hari Selepas Tanam

MENGIKAT POKOK 30 Hari Selepas Tanam Hingga 150 Hari

35
41

36
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

25 Hari Selepas Tanam Dan Seminggu Sekali MEMBILAS MEDIUM TANAMAN

Membilas medium tanaman dengan air bersih iaitu dengan memberikan air tanpa baja
kepada semua pokok mengikut kekerapan yang sedia ada. Ini bertujuan untuk
membersihkan timbunan garam-garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman
bagi mengelakkan proses air keluar dari pokok (deplasmolisis) yang boleh
menyebabkan pokok mati. Menambahkan kekerapan penitis larutan baja kepada 4
kemudian menjadi 5 seterusnya menjadi 6 kali sehari mengikut pertumbesaran pokok.
Bunga-bunga cili mesti menjalani proses pendebungaan sebelum menjadi buah.
Pendebungaan sendiri sukar berlaku kerana ketiadaan agen pendebungaan seperti
seranggan atau angin jika menggunakan Rumah Tanaman dengan dinding kalis
seranggan ini. Pendebungan berbantu boleh dilakukan dengan menepuk perlahan
dahan-dahan pokok cili yang telah berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali
bagi setiap 2 hari. Cara ini terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili.
Alat penggetar bunga (pollen vibrator) yang digerakkan menggunkan bateri juga boleh
digunakan. Penggetaran tangkai-tangkai bunga hanya akan berkesan sekiranya
dilakukan antara

28 Hari Selepas Tanam

MEMBANTU PENDEBUNGAAN

25 Hari Selepas Tanam Hingga Tamat Projek

37
42

38
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang. 55 Hari Selepas Tanam Dan Selang 3 Hari
150 Hari Selepas Tanam Atau Apabila Sesuai Memetik buah cili masak. Membuat
penggredan buah cili Memasarkan buah cili Memetik buah cili yang masak termasuk
juga yang hijau. Mengasingkan yang masak dengan yang hijau. Mencabut semua pokok
bersama akar dan memusnahkan semuanya.

MEMETIK BUAH

MENAMATKAN TANAMAN

7.3.10 Penuaian Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30 –
35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah dan biasanya
dipungut secara manual setiap empat hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 –
6 bulan. Hasil cili bergantung kepada jenis kultivar yang ditanam.

Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar ialah bila buah
berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk diproses atau cili kering,
peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah apabila buah berwarna merah sepenuhnya.
Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja
mengutip hasil dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.

43

39
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.11 Pengendalian Lepas Tuai Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili
dilakukan termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan
pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu dilakukan adalah
penyahhijauan dan perawatan air panas.

Penyahhijauan Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara
mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada suhu 20º – 25º
celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %. Cara ini akan menghasilkan
warna merah cili yang seragam. Penggredan Penggredan cili dilakukan secara subjektif
berdasarkan warna, saiz, tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga
penyakit atau perosak. Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA,
penggredan berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan ini
boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu :

INDEKS KEMATANGAN

KETERANGAN Kulit berwarna hijau muda. Dipasarkan sebagai cili hijau

GAMBARAN

Indeks 1 (Tidak Matang)

44

40
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Indeks 2 (Matang)

Kulit berwarna hijau tua. Keadaannya berkilat Dipasarkan sebagai cili merah.
Kulit kelihatan berwarna hijau dan merah ataupun hijau merah. Dipasarkan sebagai
cili merah. Kulit berwarna merah kehitaman (hampir masak). Keadaan ini masih
boleh diterima oleh pasaran pada peringkat runcit. Kulit cili berwarna merah
sepenuhnya.

Indeks 3 (Cukup Matang)

Indeks 4 (Cukup Matang)

Indeks 5 (Cukup Matang)

Kulit cili berwarna merah kehitaman. Indeks 6 (Cukup Matang)

Pembungkusan Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik yang
muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara bagi pembungkusan
runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin (plastik) , jaring plastik, beg kertas dan
dulang polistirifom berbalut filem polivinil klorid adalah sesuai.

45

41
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Penyimpanan Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C boleh menurunkan
suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5 jam. Cili segar dapat disimpan
selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8º Celcius dengan kelembapan relatif 90 – 95 % .

7.4

CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN

46

42
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.0

RANCANGAN PEMASARAN Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek


yang dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus
dengan cekap dan berkesan. Perancangan dan analisa semasa penting untuk
memastikan perlaksanaan sesuatu projek menghasilkan pendapatan yang lumayan
kepada pengusaha. Perkaraperkara yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini
adalah :

1) Analisa Pasaran 2) Analisa Pesaing 3) Analisa Persekitaran 4) Analisa SWOT


(Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat) 5) Strategi Pemasaran 6) Pemilihan
Strategi 7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan

8.1 8.1.1

ANALISA PASARAN Takrif Dan Informasi Pemasaran Definisi : Pemasaran ”Adalah satu
daripada komponen sistem ekonomi keseluruhannya di mana ia melibatkan
penggunaan hasil-hasil pertanian yang

mendatangkan manfaat kepada semua.”

Definisi : Jualan ”Adalah satu proses yang melibatkan aktiviti jualan atau urusniaga.”

47

43
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.2

Proses Pemasaran HIMPUNAN SETEMPAT Kawasan Pengeluaran HIMPUNAN PUSAT


Kawaan Pengumpulan PEMPROSESAN / PENGILANGAN Perubahan Bentuk
PEMBORONGAN Pasaran Borong PERUNCITAN

8.1.3

Saluran Pemasaran PENGELUAR

EJEN / BROKER

PEMBORONG

PEMBORONG

PERUNCIT

PERUNCIT

PERUNCIT

48

44
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.4

Penetapan Harga Sistem Hantaran Sayur dihantar pemborong. Harga tidak


diketahui. Semua jenis gred kepada

PENGELUAR

PEMBORONG

Persetujuan hantaran. Tiada apa-apa bayaran

AKTIVITI JUALAN

Jualan secara tunai. Pengeluar – menanggung kerosakan, susun. Pemborong –


ambil upah dan kos yang terlibat.

PENGELUAR

Pembayaran pemborong.

yang

dibuat

oleh

45
8.1.5

Sistem Pemborongan Di Peringkat Borong Sasaran : Peruncit, Pengedar, Pengguna dan


lain-lain.

Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem pemborongan di


mana sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar dan pengguna sasaran. Penetapan
harga adalah dipengaruhi oleh : 1) Masa 2) Kualiti 3) Kuantiti 4) Permintaan 5)
Persaingan

49

46
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.5 Kedudukan Harga Ladang (Purata) Harga ladang (purata) bagi cili Kulai dari tahun
1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI 1996 (RM) 3.16 1.30 4.45 2.79 2.27 2.74
2.56 4.38 2.43 3.40 3.53 2.83 NIL 3.16 1997 (RM) 2.70 4.32 4.30 2.87 2.53 2.19 1.70
3.43 3.30 5.07 3.32 3.36 NIL 3.30 1998 (RM) 3.58 5.89 5.32 4.80 3.38 NIL 1.80 5.10 4.11
5.65 4.63 4.35 2.8 4.48 1999 (RM) N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A
N/A N/A N/A 2000 (RM) 3.45 4.41 3.79 4.57 3.14 NIL 7.50 3.53 5.06 5.75 NIL 3.46 NIL
3.95

KEDAH PERAK JOHOR KELANTAN TERENGGANU PERLIS SELANGOR PAHANG


SARAWAK MELAKA P.PINANG N.SEMBILAN SABAH PURATA

50

47
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.6 Kedudukan Harga Borong (Purata) Harga borong (purata) bagi cili Kulai dari
tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI KEDAH PERAK JOHOR
KELANTAN TERENGGANU PERLIS SELANGOR PAHANG SARAWAK MELAKA P.PINANG
N.SEMBILAN SABAH WILAYAH PURATA 1996 (RM) 4.16 1.40 5.31 3.28 3.36 4.65 6.13
5.62 4.29 5.29 4.45 4.05 2.56 5.04 4.54 1997 (RM) 4.00 5.12 5.51 3.53 3.44 4.62 5.48
5.30 5.20 5.21 4.49 4.85 2.66 4.83 4.73 1998 (RM) 5.53 6.56 6.61 4.89 4.76 NIL 7.92
7.26 5.53 6.47 5.89 5.65 2.83 6.05 6.13 1999 (RM) N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A
N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A 2000 (RM) 5.03 5.12 5.21 5.09 4.25 NIL 6.43 6.01 6.93
5.59 4.86 4.99 6.05 5.74 5.46

51

48
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.7 Kedudukan Harga Runcit (Purata) Harga runcit (purata) bagi cili Kulai dari tahun
1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI 1996 (RM) 5.71 1.90 6.34 4.31 4.65 5.77
7.06 6.68 6.20 6.51 5.54 6.03 4.33 6.84 5.88 1997 (RM) 6.30 6.59 6.92 4.89 4.92 5.76
7.41 6.30 7.58 6.33 5.83 6.73 6.65 7.52 6.53 1998 (RM) 7.82 7.59 8.67 6.07 6.99 NIL
8.87 8.83 7.39 7.77 7.91 8.35 NIL 8.74 7.92 1999 (RM) N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A
N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A 2000 (RM) 7.20 6.78 6.99 6.09 6.19 NIL 7.55 8.00
8.91 6.99 6.17 6.19 8.31 7.57 7.20

KEDAH PERAK JOHOR KELANTAN TERENGGANU PERLIS SELANGOR PAHANG


SARAWAK MELAKA P.PINANG N.SEMBILAN SABAH WILAYAH PURATA

52

49
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.8 Kuantiti Penggunaan Cili (Metrik Tan) Peringkat Kilang, Institusi Dan Isi Rumah.
TAHAP PENGGUNAAN TAHUN INSTITUSI (MT) 5,282.30 5,431.70 4,252.10 5,203.90
5,984.50 6,882.20 7,914.50 9,101.70 ISI RUMAH (MT) 21,684.40 22,248.20 22,826.70
23,420.20 24,029.10 24,653.90 25,294.90 25,952.50 KILANG (MT) 2,037.00 1,963.00
13,215.00 15,197.30 17,476.80 20,098.40 23,113.10 2,658.10

1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998

8.1.9 Saiz Dan Bahagian Pasaran Sayur cili dapat tumbuh dikebanyakan negara di dunia,
namun begitu negara Asia merupakan kawasan penanaman cili paling luas berbanding
benua lain iaitu seluas 688,710 hektar, manakala benua Afrika mempunyai kawasan
tanaman seluas 204,890 hektar. Jumlah Keluasan (Hektar) Bagi Tahun 1998 Amerika
Tengah 119,730 Afrika 204,890 Asia 688,710 Eropah 145,411 Amerika Latin 149,350
Amerika Selatan 28,438 Amerika Utara 29,620

53

50
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Keseluruhan pasaran bagi cili didapati banyak kepada cili segar, tetapi bagi pasaran
luar, bentuk cili yang dikeluarkan adalah cili kering. Namun yang demikian, terdapat
pelbagai jenis cili yang dapat diterima pasaran ini termasuklah cili Bangi, cili Kulai, cili
merah dan cili api.

Pengeluar utama cili dunia adalah negara China, ia berdasarkan sumber The Chilli
Pepper Institute yang mana negara tersebut meliputi 46% pengeluaran dunia iaitu
sebanyak 7,025,360 metrik tan pada bulan Disember 2002 .

Negara pengeluar utama cili dunia adalah : NEGARA PENGELUAR JUMLAH


PENGELUARAN ( 1 MT = 1000 KG)

China 7,025,360 Turkey 1,390,000 Mexico 1,181,924 Nigeria 970,000 Sepanyol 888,400
USA 760,810 Egypt 369,500 Korea 322,341 Indonesia 274,022 Italy 245,800
Netherlands 240,000 Tunisia 210,000 Yugoslovia 209,000 Morocco 203,700 Romania
191,376 Algeria 190,000 Bulgaria 185,000 Japan 165,000 Hungary 140,000 Macedonian
110,676 Greece 110,000 JUMLAH 15,382,909 Sumber : The Chili Pepper Institute,
Disember 200

54

51
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.10 Pendekatan Pemasaran Di Dalam Menjamin Daya Maju Pendekatan utama yang
di kenal pasti bagi menjamin daya saing pasaran cili ialah pasaran domestik dan
pasaran eksport . Maka aktiviti pemasaran akan dilaksanakan bersesuaian dengan
segmen yang terlibat .

1) Pasaran Domestik Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk, trend pengguna


dan gaya hidup mempengaruhi permintaan cili dalam negara. Faktor menggalak seperti
promosi, memainkan peranan penting bagi menimbulkan kesedaran perlunya sayur-
sayuran , contohnya dalam pemakanan harian.

”Kempen

Makan

Sayur-Sayuran”

perlulah

dilihat

kepada

kepentingan sayur-sayuran yang dikeluarkan di dalam negara. Usaha ini akan dapat
mengurangkan bil import, seterusnya mengurangkan kadar tukaran wang asing. Di
samping itu, galakan perlu diberi kepada institusi-institusi seperti hotel, sekolah, pusat
latihan menggunakan sepenuhnya sayur-sayuran tempatan.

52
Insentif juga perlu diberi kepada industri yang menggunakan sayursayuran tempatan
terutamanya cili bagi tujuan pemprosesan.

2) Pasaran Eksport (Segmen Luar Negara) Pasaran eksport utama cili Malaysia ke
Singapura, Brunei, Hong Kong dan EU, perlulah dikekalkan. Cili varieti baru perlu

55

53
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

diperkenalkan

dan

hantaran

percubaan

akan

dibuat

bagi

memungkinkan cili Malaysia dapat diterima di pasaran luar negara khususnya pasaran
baru di negara-negara EU.

Pendekatan pemasaran secara ’niche market’ serta disokong dengan program promosi
perlu dilaksanakan secara berkesan. Sayur-sayuran organik jenis berbuah, seperti cili
dan berdaun dikenal pasti sebagai peluang pasaran ke negara-negara

pengimport utama sayur-sayuran Malaysia.

8.1.11 Masalah Pemasaran a) Harga Tidak Stabil Kedudukan harga yang tidak stabil di
mana harga ditetapkan mengikut keadaan semasa.

54
b) Kurang Saluran Pemasaran Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran
yang efektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang betul bagi
memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkan pengguna, pemborong dan peruncit.

c) Kurang Maklumat Pasaran Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan
hasilhasil pertanian, mereka perlu memastikan mendapat maklumat pasaran yang
lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapat

56

55
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukan pasaran semasa.

d) Kurang Prasarana Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran

pengakutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya.

e) Bekalan Tidak Terjamin Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana
berlakunya pasaran tidak ada kawalan dan sumber yang baik.

f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran Terdapat juga hasil pertanian yang tidak
memenuhi kehendak pasaran semasa. Ini menyebabkan berlakunya lambakan dan
mengakibatkan pembaziran.

g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu Wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang


menghadkan

pengagihan pemasaran.

h) Sistem Pembungkusan Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan


yang tidak menarik dan juga tidak sesuai untuk digunakan.

57

56
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

i) Persaingan Persaingan yang hebat di kalangan negara-negara pengeluar cili yang lain.

j) Kurang Pendedahan Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran terutamanya


di luar negara.

8.1.12 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah i) Pendekatan konsep ”Pasaran


Pengeluaran Pemasaran” ii) Penyebaran maklumat pasaran iii) Mempertingkatkan
promosi iv) Penggunaan teknologi terkini v) Pengwujudan industri hiliran cili vi)
Memperbanyakkan prasarana pemasaran vii) Perlaksanaan penguatkuasaan

8.1.13 Strategi Pemasaran Yang Berkesan i) Berkualiti ii) Jaminan pengeluaran iii)
Pengendalian yang sempurna iv) Kos pengeluaran yang minima v) Pembungkusan yang
baik vi) Kecekapan operasi ladang kontrak vii) Memenuhi citarasa pembeli

58

57
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

viii)Keberkesanan aktiviti promosi ix) Rangkaian pemasaran yang terjamin x) Berdaya


saing xi) Bijak mencari peluang

8.1.14 Kedudukan Pasaran Eksport Dan Import Cili Malaysia Cili merupakan salah satu
sayuran berbuah yang cukup popular di Malaysia. Berdasarkan jadual eksport import
cili Malaysia, kita boleh merumuskan bahawa eksport cili berada dalam kedudukan
agak statik dari tahun 1995 – 2001. Namun begitu, nilai import terus meningkat dari
tahun 1995 – 2001 itu.

59

58
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

60

59
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.13 Pasaran Domestik Pasaran domestik cili boleh dibahagikan kepada 3 kategori
utama iaitu institusi, isi rumah dan kilang. Penggunaan cili pula boleh dibahagikan
kepada 4 kategori iaitu cili hijau, cili kering, cili merah dan cili padi. Jangkaan
penggunaan cili adalah untuk penggunaan cili tahun 2008, 2009 dan sehingga tahun
2010. Jangkaan bagi 6 tahun akan datang, penggunaan cili akan terus meningkat berikut
pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan
permintaan terhadap cili segar dan juga yang telah diproses cili sos atau cili giling.

61

60
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan wujudnya


perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan isi rumah.

8.2

ANALISA PESAING

8.2.1 Analisis Dayasaing Tanaman Cili Analisis dayasaing dilaksanakan bagi


menentukan kedudukan

Malaysia dalam perusahaan tanaman cili berbanding negara-negara pesaing utama iaitu
Thailand, Indonesia, China dan India yang merupakan sumber import negara.

Dayasaing tanaman cili di Malaysia dapat dinilai menggunakan kaedah ’Peta Dayasaing’
yang memperlihatkan dayasaing tanaman ini dari segi perniagaan, teknologi dan
strategi yang perlu diambil bagi meningkatkan atau mengekalkan daya saing di pasaran
terbuka ( rujuk Peta 1).

62

61
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Dayasaing dan teknolgi, masing-masing dibahagikan kepada 3 tahap : i) Dominan ii)


Berdaya Maju iii) Lemah

Pengkelasan ini berasaskan kepada perbandingan relatif bagi angkubah kos


pengeluaran (atau lain-lain angkubah yang sesuai) dan penghasilan (atau lain-lain
angkubah yang sesuai) di antara negaranegara pesaing.

Angkubah-angkubah kos pengeluaran (RM/tan), harga cili apabila tiba di pasar borong
Selayang (RM/tan) , harga import (RM/tan) dan kos

63

62
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pemasaran (RM/tan) diguna bagi menilai dayasaing perniagaan dan angkubah hasil
(tan/ha) diguna bagi menilai dayasaing teknologi.

Berikut dibincangkan tahap dayasaing perniagaan dan dayasaing teknologi bagi


tanaman cili berasaskan harga import cili segar dan disejukkan.

8.2.2 Dayasaing Tanaman Cili @ Angkubah Harga Import Dan Hasil Persaingan di
pasaran tempatan boleh dinilai dengan membandingkan harga cili yang di import
(harga borong bagi cili bagi Malaysia) dan penghasilan cili se hektar bagi negara-negara
pesaing (rujuk Peta 2).

64

63
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Malaysia berada pada kedudukan dominan daripada aspek dayasaing teknologi


memandangkan penghasilan se hektar tertinggi (19.0 tan/ha) berbanding negara-
negara pesaing. Indonesia pula berada pada kedudukan terkebelakang dalam dayasaing
teknologi dengan

penghasilan terendah iaitu 2.97 tan/ha. Pesaing terhampir pula ialah China dengan
kadar penghasilan 18.5 tan/ha dan Thailand dengan kadar hasil 14.44 tan/ha.

Bagi dayasaing perniagaan pula, Malaysia berada dalam kedudukan lemah kerana harga
borong yang tinggi berbanding harga import dari negara-negara pesaing.

Harga import cili segar dan disejuk beku dari Thailand adalah paling rendah, diiukuti
oleh China, Indonesia dan India. Dengan mengambil kira dayasaing teknologi dan
dayasaing perniagaan, Malaysia berada pada kedudukan dominan dalam dayasaing
teknologi dan lemah.

Dalam dayasaing perniagaan, strategi yang perlu diambil ialah ”breakout-strategies” ,


dengan mempelopori penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan produktiviti dan
kecekapan pengeluaran di ladang dan pemasaran hasil.

Kos pengeluaran di Malaysia dianggarkan kira-kira RM 0.95 / kg. Harga cili di peringkat
ladang dianggarkan pada RM 3.00 / kg dan harga borong pula adalah RM 4.15 / kg.
Wujud ketidakcekapan dalam

65

64
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pemasaran cili dengan margin yang tinggi bagi peringkat ladang, borong dan runcit.

8.3

ANALISA PERSEKITARAN Cili dikategorikan di antara produk pertanian yang mendapat


beberapa insentif kerajaan di dalam pelaburannya. 1) Insentif Bukan Cukai 2) Insentif
Potongan Cukai 3) Insentif Mengikut Projek Naungan

8.3.1

Insentif Bukan Cukai i) Export Credit Refinancing (ECR) Scheme Diuruskan oleh Export-
Import Bank Berhad bermula 01/01/1998. Pelaburan cili mendapat kemudahan secara
langsung atau tidak langsung daripada pinjaman jangka pendek untuk tujuan eksport
seperti berikut :

a) Kemudahan Pasca Penghantaran Boleh memohon pinjaman semula maksimum RM50


juta ataupun 100% daripada jumlah pinjaman dan minimum hanya RM10 juta.

b) Kemudahan Sebelum Penghantaran Maksimum pinjaman semula sebanyak


RM50,000 ataupun 80% daripada pinjaman asal.

66

65
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

ii) Export Credit Insurance And Guarantee Schemes Skim ini ditubuhkan pada tahun
1977 dan equitinya dipegang oleh Bank Industri Malaysia. Objektifnya adalah untuk
menolong mempromosikan eksport dan pelaburan.

iii) Industrial Technical Assistance Fund (ITAF) Dana ini ditubuhkan oleh Kerajaan
Malaysia dengan pembiayaan permulaan RM50 juta untuk memberi geran kepada
Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebanyak RM70 juta lagi telah ditambah untuk skim
berikut : a) Business Planning And Development Scheme b) Process Improvement And
Product Development Scheme c) Productivity And Quality Certification Scheme d)
Market Development Scheme

iv) Fund For Food Dana ini telah ditubuhkan pada Januari 1993. Bank Negara Malaysia
telah memperuntukkan sebanyak RM1,000 juta dan Bank Pertanian Malaysia pula
memperuntukkan sebanyak RM300 juta.

8.3.2

Insentif Potongan Cukai Pelaburan di dalam pengeluaran cili telah digariskan sebagai
produk yang boleh diberi potongan cukai di bawah ”The Promotion Of Investment Act,
1986” dan ”Income Tax Act, 1967”. Potongan boleh dibuat secara sepenuhnya ataupun
sebahagian sahaja. Tambahan

67

66
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kepada potongan cukai tersebut, insentif secara potongan cukai jualan dan duti juga
boleh diminta di bawah ”Customs Act, 1967”, “Sales Tax Act, 1972” dan “Excise Duty Act,
1976”.

i) Promotion Of Investment Act, 1986 Adalah dibawah kawalan Kementerian


Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). Permohonan untuk perkara ini boleh
dipohon daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan perkara-
perkara yang boleh dipohon adalah : a) Pioneer Status b) Invesment Tax Allowance c)
Infrastructure Allowance d) Double Deduction On Expenses For Promotion Of Exports

ii) Income Tax Act, 1967 Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF) dan permohonan boleh dipohon daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Insentif-insentif yang boleh dipohon di bawah akta ini adalah seperti berikut : a)
Agriculture Allowance b) Reinvestment Allowance c) Double Deduction On Research
And Development d) Double Deduction For Training e) Double Deduction For Insurance
Premiums f) Double Deduction For Promotion Of Local Brand Name

68

67
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

g) Single Deduction On Pre-Operating Expenses h) Industrial Building Allowance i)


Deduction For Capital Expenditure On Approved Agriculture Projects j) Special Tax
Treatment For Gift k) Tax Exemption Of Increased Exports l) Special Capital Allowances

iii) Customs Act, 1967, Sales Tax Act, 1972 dan Excise Duty Act, 1976 Adalah dibawah
kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pengecualian cukai boleh dipohoon
kepada perkara-perkara berikut : a) Sektor Pertanian b) Aktiviti Penyelidikan c) Aktiviti
Latihan d) Kawalan Alam Sekitar

8.3.3

Insentif Mengikut Projek Naungan Beberapa insentif di bawah Pekeling Kementerian


Pertanian adalah seperti berikut : i) Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM) ii)
Kualiti Dan Standard iii) Skim Akreditasi Tanaman Ladang iv) Projek Perdana

69

68
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

v) Khidmat Nasihat Dan Bimbingan

Taman Kekal Pengeluaran Tanaman Makanan (TKPM) Satu kemudahan yang disediakan
khas dengan kemudahan asas untuk pengeluaran jangka pendek secara berterusan di
mana pihak MOA Inc. (agensi di bawah Kementeri Pertanian) telah diarahkan untuk
menyediakan prasarana kawasan ini. Kerja-kerja secara intergrasi oleh agensi pertanian
(Kementerian Pertanian) seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Parit Dan Saliran dan lain-
lain, adalah termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan pembekalan sistem
pengairan yang bernilai RM10,000 / hektar, telah dijalankan.

Kualiti Dan Standard FAMA menerusi SIRIM telah melaksanakan satu sistem berasaskan
CODEX , menyediakan satu program kawalan gred dan standard untuk pasaran
domestik dan antarabangsa. Enakment Dan PeraturanPeraturan Pemasaran Sayur-
Sayuran, 1975 adalah berkaitan.

Skim Akreditasi Tanaman Ladang Skim di bawah Kementerian Pertanian ini


menggalakkan golongan pengeluar untuk menyertainya. Beberapa kriteria dan
pemeriksaan perlu dilalui untuk mendapatkan sijil ini.

70

69
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Projek Perdana Projek di bawah satu agensi Kementerian Pertanian membuat secara
intergrasi di mana urusan berkaitan pemasaran dan tanaman disokong oleh badan
tersebut. Projek digalakkan dikalangan ahli-ahlinya dengan bantuan.

Khidmat Nasihat Dan Bimbingan Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian


mempunyai tugas memberi nasihat di dalam bidang masing-masing seperti khidmat
pemasaran dan motivasi oleh FAMA, khidmat tanaman dan subsidi oleh Jabatan
Pertanian dan MARDI.

8.4 8.4.1

ANALISA SWOT Analisis Matrik TOWS Matrik TOWS (rujuk Peta 3) adalah satu alat
analisis (analysist’s tool) yang digunakan bagi memaparkan kekuatan (S), kelemahan
(W), peluang (O) dan ancaman (T) bagi sesuatu projek, seperti perusahaan tanaman cili
di Malaysia. Peta 3 : MATRIK TOWS BAGI TANAMAN CILI KEKUATAN (S) 1. Mempunyai
tanah subur, iklim sesuai dan kemudahan infrastruktur untuk pengeluaran. 2. Teknologi
pengeluaran dan pengendalian lepas tuai yang cekap. 3. Penggunaan dalam negeri
bertambah. KELEMAHAN (W) 1. Benih import. 2. Kebun kecil dan berselerak. 3. Kurang
pekerja. 4. Kos pengeluaran yang tinggi. 5. Mudah rosak. 6. Harga tidak stabil. 7. Kurang
maklumat pasaran. 8. Tidak memenuhi

71

70
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4. Rantaian pasaran kukuh. 5. Khidmat sokongan agensi kerajaan. PELUANG (O) 1.


Insentif dan galakan kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran. 2. Penggantian import. 3.
Kesan WTO peluang eksport terbuka. 4. Kontrak pasaran dengan syarikat multinasional
(contoh: pasaraya besar Giant, TESCO dll , Nestle

kehendak pasaran. 9. Sisa toksik yang tinggi.

Stretegi – SO Strategi – WO 1. S1/S2, O1/O2 /O3 – 1. W2, O1/O2/O3/O4 tingkat


pengeluaran – tumpuan bagi memenuhi penanaman permintaan dalam ekstensif di
tanah negeri. rendah 2. S1/S2, O5 – tingkat menggunakan pengeluaran untuk teknologi
teroka pasaaran persekitaran eksport baru dan terkawal (seperti bangunkan pasaran
sistem fertigasi) tradisi. atau organik bagi 3. S1/S2, O4 – tingkat mengurangkan sisa
kecekapan dan kimia. produktiviti secara 2. W3/W4/W5, O1/O2/ ekstensif bagi O3/O4
– pengeluaran di pengeluaran secara tanah rendah. berkelompok / besar-besaran
dengan mekanisasi persekitaran terkawal bagi meningkatkan kecekapan dan
mengurangkan kos. 3. W1, O1/O2 – bangunkan teknologi pengeluaran biji benih .
Strategi – WT 1. W6, T1 – insentif galakan bagi menerokai pasaran eksport baru dan
membangunkan pasaran tradisi. 2. W5, T2 – penggunaan cili import oleh institusi dan
memproses. 3. W4, T2/T2 – teknologi baru bagi meningkatkan

ANCAMAN (T) Strategi – ST 1. WTO dan AFTA 1. S3, T1/T2 – membuka peluang
pendidikan dan bagi negara lain promosi pengguna mengeksport ke tentang kelebihan
Malaysia. cili Malaysia. 2. Kemasukkan cili 2. S1/S2, T3 – harga murah dari wujudkan
insentif Thailand, Indonesia, galakkan eksport China dan India. terutama 3. Tahap
kesedaran kemudahan pengguna terhadap pengendalian lepas kesan makanan tuai dan
pedas dan bertoksik pengangkutan.

72

71
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

tinggi meningkat.

3. S1/S2, T1/T2 – teknologi mengurangkan kos pengeluaran dan kos pemasaran.

kecekapan, produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran.

Strategi SO Menggunakan peluang luaran. kekuatan dalaman bagi mengambil


kesempatan

Strategi WO Bertujuan memperbaiki kelemahan dengan mengambil peluang luaran.

Strategi ST Menggunakan kekuatan industri bagi mengelakkan / mengurangkan kesan


ancaman luaran.

Strategi WT Adalah taktik bertahan bertujuan mengurangkan kelemahan dalaman dan


mengelakkan ancaman persekitaran.

8.4.2 Pemilihan Strategi 1) Meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan


dalam negeri dan eksport. 2) Tumpuan pengeluaran cili di tanah rendah di bawah
persekitaran terkawal bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia.

73

72
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

3) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran tanaman cili dengan


pengeluaran yang dilaksanakan secara berkelompok menggunakan mekanisasi dan
automasi bagi mengurangkan kos pengeluaran. 4) Membangunkan teknologi
pengeluaran biji benih yang toleran kepada penyakit. 5) Pendidikan dan promosi
pengguna tentang kelebihan cili tempatan.

8.5

STRATEGI PEMASARAN

8.5.1 Strategi Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan dayasaing


tanaman cili bagi pasaran tempatan dan eksport :

1) Strategi Produk Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran
cili domestik dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat pemasaran, strategi
produk perlu berkualiti, menitikberatkan

kepada pembungkusan, penggredan dan pelabelan. Untuk pasaran jangkamasa panjang,


cili Malaysia perlu melepasi standard piawaian bagi membolehkan perluasan pasaran
ke negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Korea, Australia, EU dan USA.

2) Strategi Harga Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan
produk-produk yang diimport daripada negara jiran. Contohnya,

74

73
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kedudukan harga cili Thailand agak rendah di pasaran. Maka bagi menyaingi harga
tersebut, kita terpaksa menurunkan harga di pasaran tempatan. Bagi pasaran eksport,
strategi harga perlulah mengambil kira pasaran ”niche market” yang bercirikan produk
yang unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.

3) Strategi Promosi Pendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perlu
dilaksanakan di dalam dan luar negara. Kempen galakan memakan sayur-sayuran
tempatan dan produk-produk pertanian tempatan hendaklah diprogramkan secara
berjadual sepanjang tahun. Bagi pasaran luar negara, aktiviti promosi perlu melihat
kepada memperkenalkan produk dari segi uji rasa, khasiat dan cara penggunaannya.

4) Strategi Pengedaran Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan
semua hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh itu, kaedah
mengurangkan kadar kerosakan selepas tuai dari segi pemprosesan, penggredan,
pembungkusan dan penyimpanan,

perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepada kaedah


pemborongan melalui pasar borong, institusi dan

pengilangan.

75

74
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.5.5 Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran i) Rangkaian pemasaran pemborongan dan


peruncitan perlu

diperbanyakkan. Sistem komisyen perlu ditukarkan kepada sistem yang lebih telus
seperti sistem lelongan. Perlaksanaan ini boleh dipraktikkan melalui rangkaian pesaran
FAMA seperti penubuhan Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong baru
yang telah diprogramkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8.

ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkan bagi membolehkan
pengguna mendapatkan produk.

iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’fanchais’ bagi


penjualanbarang segar juga boleh diperkenalkan terutamanya dikawasan bandar.

iv) Penguatkuasaan sistem penggredan,pembungkusan dan pelabelan yang


dilaksanakan sejak tahun 2001, membolehkan sayur-sayuran keluaran Malaysia
mempunyai standard yang tersendiri.

v) Pemasaran sayuran segar cili misalnya dikuasai oleh satu terma disebabkan ciri
mudah rosak dan kecekapan barangan tersebut tiba di pasaran. Perlindungan yang rapi
dan sesuai perlu dipraktikkan bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang
dikeluarkan.

76

75
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

vi) Pembungkusan pukal (bulk packaging) yang diamalkan sekarang menggunakan


bakul buluh, guni dan lain-lain yang tidak sesuai, perlu diubah. Trend permintaan
pasaran yang memerlukan pembungkusan yang lebih kecil menggunakan kotak, nilon
bag dan bakul plastik, merupakan kaedah pembungkusan yang terbaik. Cara ini lebih
sesuai, mudah dikendalikan dan mengurangkan peratus kerosakan.

vii) Dasar menyekat kemasukkan barangan yang tidak berkualiti bagi mengelakkan
lambakan sayur-sayuran di pasaran yang

menjejaskan pendapatan petani perlu dikuatkuasakan.

viii)Bagi pasaran eksport, sektor udara dan laut perlu efisyen serta menawarkan kos
perkhidmatan yang kompetitif. Penyediaan ruang kargo yang mencukupi bagi
pengeksportan barangan segar dan mudah rosak perlu dikhaskan.

ix) Sistem bayaran rebet perkhidmatan kargo udara perlulah dikaji bagi
mengimbangkan tanggungan kos ejen penghantaran. Galakan pelaburan kepada
syarikat luar yang melabur dalam sektor sayursayuran untuk tujuan eksport perlulah
diadakan. Di samping itu, galakan untuk pelaburan semula (reverse investment) kepada
syarikat Malaysia yang melabur di luar negara untuk sayur-sayuran gantian import
perlu diperkenalkan.

77

76
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

x) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam bidang


pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan dan penggredan boleh
dilaksanakan melalui cara berikut : Mengadakan latihan usahawantani
Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani Mewujudkan dana dan modal
pusingan Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan Menyediakan peluang-
peluang perniagaan pelbagai bidang seperti pembekalan input, pemprosesan dan lain-
lain. Menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang berkesan dengan
keperluan input pertanian.

xi) Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan cara pengedaran.


Pengedaran seperti e-dagang akan menjadi

pendekatan terbaru yang memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan


keselesaan dan gaya hidup.

8.6

PEMILIHAN STRATEGI i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili,
satu strategi bersepadu perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah berpandukan
kepada kecekapan pemasaran yang strategik di mana ia boleh didefinasikan seperti
berikut :

Kecekapan Pemasaran : Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman

78

77
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Kecekapan Faktor Dalaman : Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran

Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitan

ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing dan
berdaya maju dalam sesuatu kemajuan pemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait
dengan kos

pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan. Faktor penyesuaian tanah
tidak menjadi halangan kepada penanaman cili disebabkan semua tanah di Malaysia
mempunyai tahap kesuburan yang baik.

iii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran per hektar Malaysia adalah di antara
yang terbaik di rantau Asia tetapi ”keeping quality” yang mencacatkan rantaian
pengeluaran (supply chain).

iv) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategik di mana
tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket, supermarket, kedai runcit, pasar malam,
pasar awam serta lebih 280 buah gerai pasar tani. Saluran pasaran adalah agak baik
dengan adanya jalan perhubungan darat yang sempurna dan pelabuhan yang efisyen.

79

78
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

v) Faktor keamanan dan kestabilan sosio politik negara amat penting kepada
perkembangan pemasaran. Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang
selamat. Sekatan tarif akan dikurangkan dengan adanyan perjanjian WTO dan
perlaksanaan AFTA, Malaysia boleh diancam oleh lambakan dari negara persekitaran
terutama dari Thailand dan Indonesia.

vi) Maka, Malaysia perlu memperkukuhkan prosedur ”phytosanitary” untuk


kemasukkan komoditi dari negara asing. Faktor bukan tarif ini adalah senjata terbaik
Malaysia untuk mengelakkan komoditi yang tidak dikelaskan untuk dimakan. Faktor ini
dapat menstabilkan harga komoditi cili dan akhirnya dapat menceriakan petani dan
pengguna di Malaysia.

vii) Oleh itu, strategi yang perlu dijelaskan ialah negara Malaysia dapat mengeluarkan
komoditi cili dengan kos pengeluaran yang efisyen dan kehilangan lepas tuai yang
rendah serta kualiti penyimpanan (keeping quality) yang baik. Dengan ini, bolehlah
dijadualkan rantaian penyaluran pengeluaran kepada pengguna.

80

79
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.7

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN i) Isu dan masalah yang mempengaruhi dalam


rancangan pemasaran cili adalah : BIL. 1. ISU / MASALAH Harga yang tidak stabil
2. Kurang saluran pasaran PEMANTAUAN Pengeluaran tidak
konsisten Maklumat pasaran terhad Jadual penanaman/pemasaran lemah Cuaca tidak
stabil Maklumat terkini lambat Prasarana canggih di Malaysia

3.

Kurang maklumat pasaran Kurang prasarana

Penyebaran terhad Tidak menepati sasaran Tidak menggunakan prasarana secara


berkesan. Tidak menggunakan secara optima. Mengikut musim dan selera petani Masih
mengutamakan pengeluaran daripada pilihan pasaran. Perubahan akta dan peraturan
undang-undang. Mengikut selera penjual dan keadaan komoditi Perkara biasa dalam
pasaran Kebanyakan petani buta maklumat. Genetik baru / genetik ubahsuai.

4.

5.

Bekalan tidak terjamin

6.

Tidak memenuhi pasaran

80
7.

Perlaksanaan peraturan tertentu Sistem pembungkusan

8.

9. 10.

Persaingan Kurang pendedahan

11.

Kualiti Penyimpanan

81

81
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

ii) Pengguna dan petani selalu merungut tentang faktor harga yang selalunya tidak
stabil. Pengguna mahu nilai ringgit yang dibayar dan petani mahu nilai tenaga yang
disumbangkan untuk

membangunkan industri cili dan titik perseimbangan perlu dicari.

iii) Faktor utama kepada harga tersebut adalah pengeluaran yang tidak konsisten
kerana faktor cuaca yang tidak kondusif sepanjang tahun. Oleh itu, faktor tersebut dan
faktor-faktor lain seperti di dalam jadual di atas dapat di atasi dengan melahirkan
produk cili yang boleh disimpan selepas tuai dengan tempoh tidak kurang daripada 6
bulan.

iv) Dengan penyimpanan 6 bulan ke atas, produk cili dapat distabilkan harga sepanjang
tahun dan pelan pemasaran dapat dijadualkan. Untuk melahirkan kualiti penyimpanan
yang ini perlulah ada genetik baru yang boleh ditanam. Genetik ini diperolehi
pengubahsuaian genetik atau dari penemuan baru. sama ada dari

82

82
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.0

RANCANGAN KEWANGAN Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang
terlibat serta pulangan (hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman 5,000
pokok cili menggunakan sistem fertigasi di dalam 10 unit rumah pelindung tanaman
(berukuran 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang) di atas tapak seluas 5 ekar.

9.1

ANGGARAN KOS PERMULAAN Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi
terutama kos pembinaan struktur rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan
yang terlibat adalah : 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran

9.1.1

Kos Pembangunan i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan BIL 1. PERKARA


Meracun rumpai dan tumbuhan secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah untuk
mematikan tumbuhan supaya mudah dibersihkan. Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar
KOS (RM) 2,500

2.

Pembersihan kawasan secara kontrak menggunakan jentolak / JCB untuk keluasan 5


ekar tanah.

5,000

83

83
84
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Kadar upah : RM 1,000 / 5 ekar x 5 hari kerja 3. Kerja-kerja merata dan memadatkan
tanah secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah. Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar
Jumlah Kos 10,000 2,500

ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. PERKARA Jalan


Ladang Perparitan Pagar Kawasan Sumber Air Sumber Elektrik Bangunan Pejabat
Operasi Rumah Pam Sistem Fertigasi Stor Peralatan dan Bahan Input Pusat
Pengumpulan Hasil Jumlah Kos KOS (RM) 5,000 5,000 5,000 2,500 2,000 15,000 10,000
7,500 7,500 60,000

iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan Untuk memuatkan 5,000 pokok cili
yang bakal ditanam, sebanyak 10 buah rumah pelindung tanaman yang perlu dibina
dengan keluasan strukturnya adalah 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang.

84

85
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Besi GI 1”

PERKARA

KOS (RM) 50,000 20,000 15,000 10,000 5,000 5,000 10,000 115,000

Besi GI 1 ½ ” Klip Besi Long Hook 1” Klip PVC (hitam) 1” Plastik Politena UV Lut Sinar
Jaring Kalis Serangga Upah Pemasangan Jumlah Kos

iv) Pembinaan Sistem Fertigasi BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. PERKARA Paip
Utama (Polypipe HDPE 35mm) Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm) Paip Tertier
(Microtubing 6mm) Start Joiner 4/6mm (2 way) Pen dripper Off Take Valve Rubber
Gromet Barb End Line Digital Timer Disc Filter 50mm Pam Air Tangki Air 2,700 Liter
KOS (RM) 1,000 2,000 3,500 1,500 2,000 500 500 500 500 1,000 1,000 1,500

85

86
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tangki Air 200 Liter Fitting pH Meter EC Meter Penebuk Lubang Efektif 4mm Penebuk
Lubang 16mm (Drill Bit) Plastik Tutup Bumi (Silvershine) 1.2m x 250m Upah
Pemasangan Jumlah Kos

500 500 500 500 500 500 1,500 5,000 25,000

9.1.2

Anggaran Kos Pembangunan BIL 1. 2. 3. 4. PERKARA Kerja-Kerja Awalan Dan


Pembersihan Kawasan Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana Pembinaan Struktur
Rumah Pelindung Hujan Pembinaan Sistem Fertigasi Jumlah Kos Pembangunan KOS
(RM) 10,000 60,000 115,000 25,000 210,000

86

87
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.3

Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim) Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek
meliputi perbayaran gaji, elaun, bil-bil utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang
diperlukan setiap bulan bagi tempoh 4 bulan atau 1 musim. i) Gaji Pengurusan /
Kakitangan / Buruh BAYARAN BULANAN (RM) 2,000 3,000 KOS BAGI 4 BULAN (RM)
8,000 16,000

BIL 1. 2.

PERKARA Penyelia (1 orang) Buruh Am (4 orang) Jumlah Kos

5,0000

24,000

ii) Utiliti Dan Pengendalian (api, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain) BIL 1. PERKARA
Sewa tanah (5 ekar) Kadar : RM 500.00/ ekar / bulan Air JBA Elektrik Telefon dan
Faksimili Alat Tulis dan keperluan pejabat Petty Cash Jumlah Kos BAYARAN BULANAN
(RM) 2,500 KOS BAGI 4 BULAN (RM) 10,000

2. 3. 4. 5. 6.

500 250 250 500 1,000 5,000

2,000 1,000 1,000 2,000 4,000 20,000

88
87

89
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.4

Anggaran Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim) BIL 1. 2. PERKARA Gaji Pengurusan /


kakitangan Utiliti Dan Pengendalian Jumlah Kos Pembangunan BULANAN (RM) 5,000
5,000 10,000 1 MUSIM (RM) 20,000 20,000 40,000

9.1.5

Kos Pengeluaran ( 4 Bulan @ 1 Musim) Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian


bahan input seperti baja, benih, racun kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah
keperluan bagi satu pusingan tanaman dan berulang pada setiap pusingan (musim).

9.1.6

Anggaran Kos Pengeluaran (4 Bulan @ 1 Musim) BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. PERKARA


Benih Cili (5,000 pokok) Polybeg 16" x 16" x 0.12mm Tray Semaian 'Plug' Peat Moss
Cocopeat (Sabut Kelapa) Sekam Bakar Baja Fertigasi (Set A & Set B) Racun Kimia Lain-
lain keperluan Jumlah Kos KOS BELANJA 1 MUSIM (RM) 500 2,000 500 500 3,000 4,000
12,000 1,500 1,000 25,000

88

90
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.7

Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi


memulakan projek ini awal kerja-kerja pembersihan kawasan, penanaman hingga
penuaian hasil, iaitu bagi tempoh selama 4 bulan adalah : BIL 1. PERKARA KOS
PEMBANGUNAN i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan ii) Pembinaan
Infrastruktur Dan Prasarana iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan 20’ lebar
x 100’ panjang (10 buah) iv) Pembinaan Sistem Fertigasi Jumlah Kos Pembangunan 2.
KOS OPERASI ( 4 BULAN) i) Gaji Pengurusan / Kakitangan ii) Utiliti Dan Pengendalian
Jumlah Kos Operasi 3. KOS PENGELUARAN (4 BULAN) i) Benih Cili (5,000 pokok) ii)
Polybeg iii) Tray Semaian 'Plug' iv) Peat Moss v) Cocopeat (Sabut Kelapa) vi) Sekam
Bakar vii) Baja Fertigasi (Set A & Set B) viii)Racun Kimia ix) Lain-lain keperluan Jumlah
Kos Pengeluaran JUMLAH KESELURUHAN KOS PERMULAAN KOS (RM) 10,000 60,000
115,000

25,000 210,000 20,000 20,000 40,000 500 2,000 500 500 3,000 4,000 12,000 1,500
1,000 25,000

275,000

89

91
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.2

HASIL DAN PULANGAN i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan
pokok yang ditanam x hasil sepokok . Bilangan Pokok Ditanam Anggaran Hasil Semusim
Jumlah Hasil Semusin = = = = = Bilangan Musim / Tahun Jumlah Hasil Setahun = = = =
5,000 pokok 5 kg / pokok 5 x 5,000 25,000 kg 25 tan / musim (4 bulan) 3 musim 25,000
kg x 3 musim 75,000 kg / tahun 75 tan

ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang. Harga jualan di ladang = RM 4.00 /
kg RM 4.00 x 25,000 kg RM 100,000.00 / musim RM 100,000.00 x 3 musim RM
300,000.00 / tahun

Jumlah Pendapatan Semusim = = Jumlah Pendapatan Setahun = =

90

92
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.3

ALIRAN TUNAI Aliran Tunai Musim 1 : PERKARA BULAN 1 0 210,000 10,000 25,000
245,000 ( 245,000) 2 0 10,000 10,000 (255,000) 3 0 10,000 10,000 (265,000) 4 25,000
100,000 RM 100,000 10,000 10,000 (175,000)

PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan


PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran Jumlah
Perbelanjaan Lebihan / Defisit

Aliran Tunai Musim 2 : PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan (


RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3)
Kos Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit BULAN 5 0 10,000 25,000
35,000 ( 210,000) 6 0 10,000 10,000 (220,000) 7 0 10,000 10,000 (230,000) 8 25,000
100,000 RM 100,000 10,000 10,000 (140,000)

91

93
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Aliran Tunai Musim 3 : PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan (


RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3)
Kos Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit BULAN 9 0 10,000 25,000
35,000 ( 175,000) 10 0 10,000 10,000 (185,000) 11 0 10,000 10,000 (195,000) 12
25,000 100,000 RM 100,000 10,000 10,000 (105,000)

Aliran Tunai Satu Tahun : PERKARA PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan (
RM 4 / kg) Jumlah Pendapatan PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3)
Kos Pengeluaran Jumlah Perbelanjaan Lebihan / Defisit MUSIM 1 25,000 100,000
100,000 210,000 40,000 25,000 275,000 (175,000) MUSIM 2 25,000 100,000 100,000
40,000 25,000 75,000 35,000 MUSIM 3 25,000 100,000 100,00 40,000 25,000 75,000
35,000 JUMLAH 75,000 300,000 300,000 210,000 120,000 75,000 405,000 ( 105,000)

9.4

DAYA MAJU PROJEK Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk:
1) Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV 2) Kadar Pulangan Dalaman (Internal
Rate Of Return) / IRR 3) Jangka Masa Pulang Balik Modal

Dari

unjuran

aliran

tunai

seperti

94
dalam

jadual

dibawah

ini,

kedayaanmajuan projek ini dapat diukur.

92

95
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun TAHUN PENDAPATAN KASAR
Pengeluaran (kg) Jualan @ RM4 / kg PERBELANJAAN Kos Pembangunan Kos
Pengeluaran Kos Operasi Dan Penyelenggaraan Jumlah Kos Pendapatan Bersih Jumlah
Pendapatan Bersih Terkumpul 1 75,000 300,000 2 75,000 300,000 3 75,000 300,000 4
75,000 300,000 5 75,000 300,000

210,000 120,000 75,000 405,000 (105,000) (105,000)

120,000 75,000 195,000 105,000 0

120,000 75,000 195,000 105,000 105,000

120,000 75,000 195,000 105,000 210,000

120,000 75,000 195,000 105,000 315,000

NPV @ 10% IRR (%) Tempoh Pulang Modal

= = = 2 tahun

93

96
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

10.0 10.1

JADUAL PERLAKSANAAN Kalender Perlaksanaan BULAN 6 7 8

AKTIVITI LADANG 1) Pembersihan Kawasan 2) Penyediaan Tapak 3) Penyediaan


Semaian 4) Penanaman 5) Pembajaan 6) Kawalan Perosak 7) Kawalan Penyakit 8)
Penyelengaraan Tanaman 9) Penuaian 10) Aktiviti Lepas Tuai 11) Jualan Dan
Pemasaran

10 11 12

10.2

97
Jadual Kerja CATATAN Bagi projek yang baru bermula, kerja-kerja seperti membina
jalan, perparitan, infrastruktur dan prasarana. Bagi pusingan musim seterusnya, kerja-
kerja membuang sisa polibeg tanaman, membetulkan sistem fertigasi dan lainlain.
Memusnahkan rumpai perumah serangga perosak dan penyakit dan lain-lain.
Membersihkan bumbung rumah pelindung tanaman dari kulat, lumut atau sebarang
kekotoran. Membaiki apa-apa kerosakan pada struktur rumah pelindung tanaman dan
lain-lain.

MINGGU AKTIVITI -4 Penyediaan Kawasan

-3

Penyediaan Tapak

94

98
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

-2

Penyediaan Media Tanaman

Menggaul dan mengisi media tanaman. Menyediakan campuran media dan lain-lain.
Menyemai benih tanaman dalam tray semaian plug. Semburan baja dan kawalan
serangga dan penyakit. Kawalan suhu, haba dan air pada media semaian. Memindahkan
ke ladang. Menyusun polibeg ikut barisan. Agihan baja melalui sistem fertigasi.
Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga
perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak
tersumbat. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap
tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin
harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja melalui sistem
fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan
serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

-1

Penyediaan Semaian

Penanaman

99
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

95

100
101
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Buang sulur air. Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong tanaman. Agihan baja
melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk
mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis
sistem pengairan agar tidak tersumbat. Buang sulur air. Penyediaan kayu / tali / dawai
penyokong tanaman. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari
terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan
rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja melalui
sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan
serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem
pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin
setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan
penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

102
Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit.

96

103
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

agar tidak tersumbat. 8 Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga


dan Penyakit. Agihan baja melalui sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari
terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan
rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Agihan baja melalui
sistem fertigasi. Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan
serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem
pengairan agar tidak tersumbat. Mula menuai hasil, selepas 60 hari cili mula masak.
Memetik cili Membersih, membungkus, menggred. Pengedaran kepada pemborong.
Jualan terus. Memetik cili Membersih, membungkus, menggred. Pengedaran kepada
pemborong. Jualan terus. Memetik cili peringkat akhir Membersih, membungkus,
menggred. Pengedaran kepada pemborong. Jualan terus.

Penyelenggaraan Tanaman Pembajaan Kawalan Serangga dan Penyakit. Mula Menuai


Hasil

11 Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran 12


Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran

10

Menuai Hasil, Lepas Tuai Jualan dan Pemasaran

104
97

105
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

11.0

RUMUSAN Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini
mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masa
panjang.

Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kenaikkan kos
bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan oleh
kenaikkan harga bahan api baru-baru ini, namum ia dapat diseimbangkan dengan
peningkatan harga bagi cili di pasaran.

Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi serta
faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran, masih menunjukkan
kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing
domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yang mahir
dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa projek ini
adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka
masa panjang.

98

106
107

Anda mungkin juga menyukai