Anda di halaman 1dari 3

Cabaran pendidik dalam pelaksanaan peraturan pendidikan dan undang-undang pendidikan.

Dalam erti kata yang sederhana, pendidik adalah orang yang memberikan pengetahuan
kepada pelajar, sedangkan dalam pandangan masyarakat adalah orang yang melakukan
pendidikan di tempat-tempat tertentu, tidak semestinya di institusi pendidikan formal, tetapi
juga dapat di masjid, di surau , musala, dalam rumah, dan sebagainya. Pendidik juga merupakan
tenaga profesional yang bertugas merencanakan dan melaksanakan proses pembelajaran,
menilai hasil pembelajaran, melakukan pembimbingan dan pelatihan, serta melakukan
penelitian dan pengabdian kepada masyarakat, terutama bagi pendidik pada perguruan tinggi

Keperluan seorang pendidik ialah takut kepada Allah SWT, berpengetahuan luas,
mempunyai kesihatan fizikal yang baik dan perlu mempunyai tingkah laku yang baik. Tugas
dan tanggungjawab pendidik ialah menyampaikan budaya kepada pelajar dalam bentuk
kecerdasan, kemahiran, dan pengalaman. Selain itu mewujudkan keperibadian kanak-kanak
yang harmoni, mengikut cita-cita dan asas Pancasila negara kita serta menyediakan kanak-
kanak agar menjadi warganegara yang baik mengikut Undang-undang Pendidikan yang
merupakan Keputusan MPR No. II tahun 1983. Selain itu, sebagai perantara dalam
pembelajaran malahan pendidik juga adalah sebagai panduan, untuk membawa pelajar ke arah
matang, pendidik tidak maha kuasa, tidak boleh membentuk anak mengikut kehendak mereka.
Di samping itu, pendidik adalah penghubung antara sekolah dan masyarakat dan sebagai
penguatkuasa tatatertib serta pendidik adalah contoh dalam segala hal, perintah boleh berfungsi
jika pendidik dapat meneruskan. Pendidik juga sebagai pentadbir dan pengurus serta pendidik
merupakan perancang kurikulum. Kerja pendidik sebagai mendidik profesion sebagai
pemimpin dan sebagai penaja dalam aktiviti kanak-kanak. Secara tidak langsung tugas sebagai
seorang pendidik sangat besar dan penting kerana mereka merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk mendidik kehidupan pelajar, dan bertanggungjawab membentuk
pelajar untuk menjadi orang moral yang mampu, berguna untuk agama, agama, dan negara
pada masa akan datang.
Cabaran yang dihadapi oleh pendidik dalam melaksanakan peraturan pendidikan dan
undang-undang pendidikan tidak mudah. Pihak kementerian telah membuat peraturan-
peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap sekolah. Dengan kuasa yang diperuntukkan dalam
Akta Pendidikan 1996 Menteri telah meggubal peraturan-peraturan yang dinamakan Peraturan-
peraturan Pendidikan yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998. Tujuan peraturan ini
dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku dan melicinkan perjalanan hidup warga
sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang
gangguan. Ini kerana sekiranya terdapat gangguan dalam sistem pendidikan menyebabkan
sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak
langsung ia juga membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan
nilai-nilai murni ini adalah penting bagi para pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam
alam kehidupan yang sebenar. Bagi golongan guru sebagai seorang pendidik hendaklah
kelihatan kemas dan sesuai semasa bertugas di sekolah. Golongan ini tidak dibenarkan
memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah. Selain itu
pemakaian pakaian formal juga diwajibkan ketika berlangsungnya majlis-majlis rasmi sekolah.
Bagi rambut pula guru lelaki adalah dilarang untuk mempunyai potongan rambut yang
melebihi kolar baju dan haruslah kelihatan kemas kerana guru merupakan contoh yang paling
dekat dengan murid.
Terdapat juga peraturan 3A , peraturan 3B , peraturan 3C dan peraturan 4(1). Daripada
peraturan 3A , contohnya jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 7 hari bekerja
berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat
diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima (AT)
kepada pegawai di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya
melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.Jika surat itu telah dapat diserahkan, Ketua
Jabatan hendaklah sama ada pegawai itu telah hadir bertugas semula atau tidak,
mengemukakannya suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil
tindakan tatatertib terhadap pegawai itu Jika surat itu tidak dapat diserah/surat AT
dikembalikan tidak terserah,Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT
yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas
pegawai itu. Seterusnya bagi peraturan 3B pula mengenai pemberian aku janji. Seorang
pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-
peraturan pegawai awam yang melibatkan perlantikan , kenaikan pangkat dan penamatan
perkhidmatan. Jika tidak diberi aku janji perlantikan tersebut secara langsungnya dibatalkan
oleh pihak berkuasa. Disini jelaslah betapa pentingnya seorang guru mengetahui tentang
peratutaran – peraturan pendidikan.
Manakala bagi peraturan 3C pula memberi pendedahan kepada saya mengenai pegawai
yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap
pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan disifatkan sebagai cuai dan tidak
bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Peraturan 4(1) pula mengenai
pelanggaran peraturan. Pelanggaran peraturan seperti sesiapa yang membocorkan rahsia
kerajaan , menjadi anggota jemaah islamiah , bersuhabat dengan musuh negara , menyertai
kesatuan Militan Malaysia dan memburuk-burukkan serta memperkecilkan dasar dan tindakan
kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu seorang penjawat awam tidak boleh
melakukan pelanggaran tersebut.
Cabaran yang dihadapi oleh pendidik dalam melaksanakan peraturan pendidikan ialah isu
Islamophobia dan prasangka terhadap orang Islam dalam kalangan orang bukan Islam menjadi semakin
ketara selepas peristiwa 11 September 2001. Malah orang Islam telah dianggap sebagai pengganas.
Prasangka buruk bukan hanya kepada orang Islam sahaja tetapi juga menyentuh soal agama Islam itu
sendiri. Prasangka ini berlaku kerana masyarakat bukan Islam di Barat bahkan di Malaysia sendiri tidak
mendapat penerangan yang jelas terhadap kesucian ajaran Islam. Hal ini kerana sumber dan saluran
media barat memberi gambaran yang buruk dan berat sebelah terhadap umat Islam dan agama Islam.
Kedua, menurut Mior Khairul Azrin (2011) terdapat hubungan yang renggang antara murid Islam dan
bukan Islam, kurangnya pergaulan antara murid Islam dan murid bukan Islam terutama selepas waktu
sekolah, kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan,
dan adat resam sesuatu kaum. Permasalahan hubungan yang renggang ini mungkin disebabkan murid
tidak memahami konsep bersosialisasi dalam Islam. Bahkan sebagai pelaksana kurikulum, guru
seharusnya meneliti setiap budaya murid-murid dan mempunyai pengetahuan mendalam terhadap
murid untuk meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Hal ini selaras dengan kajian oleh Abdul Razaq
et al. (2010), berkaitan kepelbagaian pelajar dan sekolah: satu kajian kes di negeri Pahang menunjukkan
bahawa pelajar masih lagi mempunyai perspektif yang sederhana dan tidak memuaskan tentang konsep
kepelbagaian budaya yang wujud di sekolah. Hal ini berlaku kerana pihak sekolah dan guru kurang
memberikan pendedahan dan dorongan kepada pelajar dalam menerima kepelbagaian di sekolah.
Dalam melaksanakan PA21 ini, terdapat beberapa isu penting yang berkaitan dengan budaya sesuatu
komuniti atau masyarakat yang perlu diberikan perhatian khususnya dalam masyarakat yang multi etnik
dan multi agama.

Ketiga, budaya generasi abad ke 21 mengakses and melayari media baru yang semakin
berkembang setiap masa. Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun 2015, terdapat 10.4 juta orang
pengguna aktif Facebook, 3.5 juta orang pengguna twitter dan 5.6 juta orang yang menjadi pengguna
Instragram. Selain itu, data juga menunjukkan bahawa 21.9 juta (73%) penduduk Malaysia
menggunakan aplikasi Whatsapp yang secara nisbah dengan jumlah penduduk adalah yang ketiga
tertinggi di seluruh dunia. Malah, data juga menunjukkan 19.2 juta (64%) orang penduduk adalah
pengguna internet yang mana mereka menggunakan 2.8 jam sehari untuk melayari laman-laman web
sosial. Selain dapatan juga menunjukan bahawa 16.5 juta (55%) penduduk Malaysia adalah pengguna
aktif dalam media sosial. (Malaysia Social Media Statistic 2014, 2016). Malah tahap penggunaan ini
dijangka akan meningkat khususnya Facebook dijangka pada tahun 2019 dijangka terdapat 13.2 orang
pengguna Facebook di Malaysia (Malaysia number of Facebook users, 2016). Kewujudan media sosial
kini merupakan cabaran baru dalam dunia pendidikan kerana ianya telah digunakan secara amat meluas
dalam generasi muda. Media sosial yang popular seperti Facebook, Facebook Messenger, YouTube,
Instragram, Whatsapp, Telegram, Wechat, Google+, Linkedin, Skype, Line telah digunakan secara
meluas di negara ini. Penggunaan media sosial menjadi semakin popular di Malaysia menjadi satu
budaya baru dengan kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband, Streamyx, P1 Wimax
dan Unifi semakin meluas dikalangan masyarakat telah berkembang kepada peningkatan pengguna di
negara ini. Hasil daripada perkembangan dan kemajuan teknologi dan kemudahan asas yang sempurna,
impak budaya media baru bukan sahaja dirasai oleh remaja di kawasan bandar sahaja, malah ianya turut
melibatkan cara dan budaya golongan remaja di kawasan luar bandar (Ab. Halim 2015). Malah, pihak
media sering menggunakan alasan hak dan kebebesan seperti hak dalam demokrasi, kebebasan bersuara
dan juga hak individu bagi membolehkan mereka melaksanakan berbagai-bagai bentuk rancangan dan
program yang akhirnya telah merosakkan budaya dan cara hidup serta pegangan agama seseorang. Ini
menjadi semakin serius apabila konsep “budaya tanpa sempadan” digunakan bagi menyebarkan
maklumat. Syed Ali Ashraf (1997:1) menyatakan kebimbangan tentang isu “kebebasan bersuara” ini
diawal-awal era perkembangan teknologi maklumat.

Keempat, cabaran bagi para pendidik untuk menghubungkan jurang persepsi dan ilmu antara
guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran . Tidak dinafikan bahawa faktor dunia tanpa
sempadan dan ledakan globalisasi telah memberikan kesan yang signifikan dalam pembangunan warga
negara serta keberkesanan pelaksanaan system pendidikan di Malaysia. Tempoh pendedahan yang
tinggi terhadap media massa dan sosial memberikan kesan yang negatif terhadap pegangan nilai-nilai
akhlak pelajar. Kewujudan berbagai saluran television, radio dan ditambah pula jutaan laman web
menjadi isu dalam pendidikan remaja khususnya remaja-remaja Muslim. Apa yang jelas terdapat
hubungan yang signifikan antara pendedahan media masa dan sosial dengan perkembangan
sosiopsikologi remaja. Dalam konteks Malaysia, penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat
Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan
datang. Kemudahan jaringan internet dan penjualan berbagai alat mudah alih tanpa wayar yang murah
dan mudah didapati menyebabkan penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat semakin
meningkat di negara ini.

Kesimpulannya, tugas seorang pendidik sangat sukar dan bukan mudah. Pelbagai aspek yang
perlu diambil kira oleh pendidik dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, semua pihak seharusnya
berganding bahu dalam menjayakan segala masalah. Sekaligus negara kita dapat mencapai wawasan
2020.

Anda mungkin juga menyukai