Anda di halaman 1dari 5

SBLM 1053

Bahasa Melayu Pengurusan

Soalan : Anda dikehendaki menyediakan LIMA (5) kata alu-aluan dalam buku cenderamata
sempena majlis berikut:

Saya telah memilih tajuk : Persidangan Bahasa dan Sastera.

KATA ALU-ALUAN (1) :

Selamat Sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini pengajian sastera dan bahasa menghadapi cabaran yang sangat besar dan
cabaran ini tidak boleh dihadapi bersendirian oleh sebuah universiti yang ada pengajian sastera
bahasa. Maka universiti-universiti berkenaan perlu bersatu menghadapi cabaran yang datang dan
pada yang sama menambah kecemerlangan pengajian sastera dan bahasa serta prestasi universiti
masing-masing.

Kecemerlangan ini akan membolehkan pengajian sastera dan bahasa mempunyai kewibawaan
yang utuh dan membuat jaringan antarabangsa dengan universiti-universiti di luar negara bagi
membina satu impak yang lebih global tetapi terkawal daripada akarnya di Malaysia. Seterusnya,
pengajian sastera dan bahasa akan terus lestari dengan perkembangan semasa. Ketampakan
pengajian sastera dan bahasa di Malaysia akan lebih jelas dan dihormati.

Menyedari cabaran yang dihadapi bagi mencapai ketampakan dan kelestarian itu maka
diperlukan satu kerjasama yang erat, seimbang, konstruktif dan futuristik antara universiti-
universiti di Malaysia yang mempunyai pengajian sastera dan bahasa. Justeru itu, persidangan
Bahasa dan Sastera ini akan membincangkan cabaran-cabaran yang akan dihadapi bagi
memartabatkan sastera dan bahasa di Malaysia.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa, penganjur dan
peserta di atas kerjasama yang diberikan sehingga terlaksana persidangan ini dan berharap agar
persidangan seperti ini diteruskan dimasa hadapan.

Sekian, terima kasih.

(xxxxx)
Pelajar PJJ Semester Oktober 2014/2015
Universiti Utara Malaysia
Kampus Kuala Lumpur.

1 No. Matrik : xxxxxx


SBLM 1053
Bahasa Melayu Pengurusan

KATA ALU-ALUAN (2) :

Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas atas penganjuran yang julung-julung kalinya
oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur khususnya, dan peserta-perserta
amnya kerana telah memnganjurkan persidangan yang penuh bemakna ini.

Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan perkembangan pengajian bahasa dan
sastera di Malaysia dahulu, sekarang dan masa akan datang. Selain itu, persidangan ini juga akan
membincangkan dan memperkasa pengajian bahasa dan sastera dalam zaman globalisasi serta
mentransformasikan pengajian bahasa untuk kelestarian negara bangsa.

Justeru itu, besarlah harapan saya agar persidangan kali ini dapat memberikan suntikan baharu
yang amat berharga kepada semua peserta yang terbabit dalam menjayakan persidangan ini dan
beroleh maklumat melalui perbincangan dalam bidang bahasa dan sastera.

Akhir kata, saya berharap persidangan seperti ini akan terus mendapat tempat dikalangan peserta
dan akan diadakan setiap tahun anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala
Lumpur.

Sekian, terima kasih.

(xxxxx)
Pelajar PJJ Semester Oktober 2014/2015
Universiti Utara Malaysia
Kampus Kuala Lumpur.

2 No. Matrik : xxxxxx


SBLM 1053
Bahasa Melayu Pengurusan

KATA ALU-ALUAN (3) :

Selamat Sejahtera.

Persidangan Bahasa dan Sastera pertama kali diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM)
adalah untuk membincangkan dan memahami dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi
memartabatkan bahasa dan sastera. Persidangan ini akan mengumpulkan ahli akademik dan
bahasa dari seluruh negeri di Malaysia.

Tema Persidangan kali ketiga ini ialah “Pentingnya Bahasa dan Sastera dalam Merentas
Globalisasi”. Tema ini dipilih kerana pengetahuan bahasa dan sastera semakin mencabar dan bagi
mengharungi cabaran globalisasi dengan penuh persediaan.

Oleh itu, setiap peserta dalam persidangan kali ini perlu bersatu bagi menghadapi cabaran di
samping membantu meningkatkan kecemerlangan pengajian bahasa dan sastera serta prestasi
masing-masing dalam memartabatkan bahasa dan sastera.

Akhir kata, saya bagi pihak tenaga kerja persidangan kali ini dengan rasa besar hati mengucapkan
jutaan terima kasih kepada tuan atau puan, atau individu dan kumpulan yang telah hadir ke
Persidangan Bahasa dan Sastera kali pertama ini. Semoga persidangan ini akan membuahkan
hasil yang amat kondusif demi memartabatkan bahasa dan sastera di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

(xxxxx)
Pelajar PJJ Semester Oktober 2014/2015
Universiti Utara Malaysia
Kampus Kuala Lumpur.

3 No. Matrik : xxxxxx


SBLM 1053
Bahasa Melayu Pengurusan

KATA ALU-ALUAN (4) :

Selamat Sejahtera.

Syukur kepada Tuhan kerana kita dapat bersama-sama dalam Persidangan Bahasa dan Sastera
peringkat Malaysia tahun 2013. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Razak, Perdana
Menteri Malaysia, yang sudi menerima undangan kami bagi menyempurnakan Majlis
Perlancaran Persidangan kali ini. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa Penganjur kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan kata alu-
aluan dalam buku cenderamata ini.

Persidangan kali ini bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan menyerlahklan jati diri
dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Selain itu, persidangan ini juga untuk mempersegarkan kecintaan dan kemegahan
terhadap bahasa dan sastera kebangsaan menerusi kegiatan kebahasaan, mengeratkan dan
memperkukuhkan perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusteraan, dan
menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai satu tonggak
pembinaan negara bangsa.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana sudi menyempurnakan
Majlis Perlancaran Persidangan kali ini. Seterusnya, sekalung penghargaan kepada peserta-
peserta dari seluruh Malaysia kerana sudi hadir ke persidangan kali ini dan tidak lupa juga kepada
semua pihak dan ahli jawatankuasa yang turut sama menjayakan persidangan kali ini, secara
langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

(xxxxx)
Pelajar PJJ Semester Oktober 2014/2015
Universiti Utara Malaysia
Kampus Kuala Lumpur.

4 No. Matrik : xxxxxx


SBLM 1053
Bahasa Melayu Pengurusan

KATA ALU-ALUAN (5) :

Selamat Sejahtera.

Saya berasa bersyukur kerana dengan kita dapat berkumpul pada hari ini untuk menyempurnakan
satu lagi amanah bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat antarabangsa. Sesuai
dengan perkembangan era globalisasi, Persidangan Bahasa dan Sastera kali ini amat tepat pada
masa, dan suasananya.

Saya secara peribadi dan secara rasmi juga berasa amat bertuah kerana terlibat secara langsung
dalam Persidangan Bahasa dan Sastera kali ini dengan tema yang “Memartabatkan Bahasa dan
Sastera dalam Globalisasi”. Tema ini juga amat tepat pada hakikat bahawa kita sedang
mempergiat perkembangan dan memastikan Bahasa dan Satera di negara kita terus terjamin.

Tujuan persidangan Bahasa dan Sastera ini adalah untuk memartabatkan bahasa dan
kesusasteraan serta berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan Melayu di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, persidangan ini juga mengupas beberapa skop pengajian
dan bahasa dan kesusasteraan Melayu di zaman moden ini yang penuh liku-liku cabaran yang
mendatang.

Saya berharap persidangan Bahasa dan Sastera ini akan diberkati oleh tuhan dan mendapat
tempat dikalangan karyawan dan sasterawan negara luar bagi memartabatkan bahasa dan sastera
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang
bertungkus lumus dalam menganjurkan persidangan yang penuh gemilang ini dan akan
diteruskan di masa hadapan bagi menjamin bahasa dan sastera tidak lupus akibat dengan
kemajuan teknologi di dunia.

Sekian, terima kasih.

(xxxxx)
Pelajar PJJ Semester Oktober 2014/2015
Universiti Utara Malaysia
Kampus Kuala Lumpur.

5 No. Matrik : xxxxxx