Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Imam Asy-syathiby.

Nama beliau ialah Al-Qasim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Ahmad Abu Qasim
Muhammad As-Syathiby Ar-Ra’ini Ad-Dhorir dan bermazhab Imam As-Syaf’ie. Beliau
merupakan seorang Ajam ( bukan Arab ). Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Andalus
( spanyol ) dalam keadaan buta. Beliau meninggal dunia setelah berusia 52 tahun, pada hari
Ahad selepas sembahyang Asar, 28 Jamadil Akhir, tahun 590 Hijrah dan dikebumikan pada
hari Isnin di atas Bukit Muattam, Mesir.

Imam As-syatibi telah mengambil qiraat dari Imam Abi Abdullah Muhammad bin Abi
Al,AS. Beliau telah menghafaz Al-Qiraat di dalam kitab At-Taisir dan Ilmu Hadis dari
seorang yang bernama Imam Ibnu Huzail.

Bermulanya Imam As-syatibi mempelajari Ilmu qiraat, beliau telah pergi menunaikan ibadat
haji di Baitullah, kemudian beliau telah mengambil Ilmu Qiraat dari seorang syeikh yang
bernama Abi Thohir As- Salafi di Iskandariah ( Mesir ) dan Imam As-syatibi telah diberi
penghormatan yang tinggi oleh ulama- ulama di sana dan dilantik sebagai ketua didalam
Lujnah Ilmu Al-Quran oleh Sultan Negeri Mesir. Beliau diberi kebenaran untuk mengajar Al-
Quran di kesemua tempat di Tanah Mesir. Imam As-syatibi mempunyai beberapa kelebihan
antaranya, zuhud, amanah, thiqoh, tajam fikiran, banyak beribadat, mempunyai ketokohan di
dalam politik, seorang yang pendiam dan dikatakan sebagai seorang yang mengamalkan
Sunnah Rasulullah s.a.w. Ketokohan beliau didalam Ilmu Agama amat dikagumi oleh ulama-
ulama di Mesir, sehingga Imam Al-Hafiz Abu Syammah Ad-Dimasyqi bersyair “ Aku
melihat para ulama Mesir yang terkemuka mengagungkan Syeikh Asy-Syathiby”

Masyarakat di Mesir ketika itu berlumba-lumba untuk mempelajari Ilmu Al-Quran


daripadanya, dimana beliau memulakan pengajarannya selepas solat subuh. Beliau terkenal
sebagai seorang yang sentiasa sembahyang diawal waktu. Di dalam majlis Ilmu, beliau
mendahulukan murid-muridnya yang datang awal dengan perkataan “ sesiapa yang datang
awal, hendaklah dia membaca dahulu”.

Apabila beliau mendengar azan, beliau tidak akan bercakap kecuali yang perlu sahaja,
didalam majlis ilmunya, ia tidak mensia-siakan dan sentiasa berkeadaan berwuduk dan
sepenuhnya bersama Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang yang khusyuk, tawaddu’, dan
sentiasa dalam keadaan tenang dan tidak pernah malas didalam menyampaikan pengajiannya.
Setelah selesai mengarang kitab yang bernama “ Hirzul Amani Wa Wajhu At- Tahani, beliau
berangkat ke Baitullah. Setelah selesai mengerjakan tawaf, beliau telah berdoa di satu tempat
didalam Masjidil Haram yang berbunyi :
" ‫" اللهم فاطر السموات واألرض عالم الغيب والشهادة رب هذا البيت العظيم انفع بها كل من قرأها‬
Maksudnya : Wahai Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, yang mengetahui ilmu ghaib
dan ilmu syahadah, Tuhan yang mempunyai Kaabah ini, wahai Tuhanku, manfaatkanlah
kitabku ini bagi sesiapa yang membacanya.

Imam As-syatibi juga pernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menunjukkan
karangan beliau kepada Baginda. Setelah Baginda melihat kitab tersebut lalu Baginda
bersabda “Kitab ini mempunyai keberkatan, sesiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke
syurga”.

Anda mungkin juga menyukai