Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

‘PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK PELAJAR TINGKATAN 3


SEMPENA PROGRAM PASCA PMR
DENGAN
KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PENGERUSI : PN HAJAH ROBIAH BT AHAMAD


(PENGETUA SMK SUNGAI TIRAM)

TIMBALAN PENGERUSI 1 :EN JOHAN B ABD RAHIM


(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

TIMBALAN PENGERUSI 2 : PN ROZITA BT ABD WAHID


(GURU PENOLONG KANAN HEM)

TIMBALAN PENGERUSI 3 : PN HALIS BT SUMALI


(GURU PENOLONG KANAN KOKO)

PENYELARAS : EN AB RAHIM B ARIS


(GURU KAUNSELING SMK SUNGAI TIRAM)

SETIAUSAHA : PN NURASYIKEN BT SUKIRMAN


(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

BENDAHARI : PN FARAH HIDAYU BT JOHA


(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
1.0 Pengenalan

Kebanyakan para remaja yang bergelar pelajar pada masa kini kurang diberi pendedahan
tentang masa depan mereka. Masa depan sebenarnya sedikit sebanyak ditentukan oleh
kebijaksanaan seseorang itu mengatur setiap perjalanan hidupnya dalam kehidupan seharian.
Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana
pelajar tersebut harus berada. Hal ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah
seseorang pelajar itu memilih universiti mana yang terbaik.Sebelum itu, sudah tentulah pelajar
perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda. Ada kursus di universiti yang memerlukan
syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Adalah sangat perlu kepada para
pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti selepas tamat persekolahan nanti
selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

2.0 Objektif

Objektif kursus ini adalah seperti berikut:

2.1 membantu dan membimbing para pelajar untuk menentukan hala tuju selepas tamat
persekolahan

2.2 membekalkan kepada para pelajar kemahiran-kemahiran yang boleh diaplikasikan untuk
mencari pekerjaan selepas tamat persekolahan

2.3 supaya pelajar dapat menanamkan matlamat dan cita-cita untuk mencapai impian dan
meneruskan pelajaran walaupun telah tamat zaman persekolahan

2.4 agar para pelajar dapat membantu diri untuk persediaan ke alam pekerjaan dan memasuki
peringkat kedewasaan.

2.5 memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus jangka pendek yang boleh
diambil selepas tamat peperiksaan PMR & SPM

3.0 Penceramah Jemputan

- Wakil daripada tenaga pengajar Kolej Komuniti Pasir Gudang

4.0 Kumpulan Sasaran

 80 Orang Pelajar PMR (Program Pasca PMR)


5.0 Tempoh, Tarikh dan Tempat Kursus

Tarikh: - 29 Oktober 2013/ Selasa


Tempat: - Kolej Komuniti, Pasir Gudang

6.0 Anggaran Perbelanjaan

Sewa Bas ( 2x RM400.00) - RM 800.00


Yuran Kursus (RM10 x 80 Orang) - RM 800.00

JUMLAH RM1600.00

5.0 SUMBER KEWANGAN

Yuran pelajar (RM15.00 X 80) - RM 1200.00


Bayaran Bas (Peruntukan PCG UBK RM5 x 80) - RM 400.00

JUMLAH RM 1600.00

10.0 Penutup

Kini, masa depan sebenarnya berada di dalam genggaman pelajar itu sendiri. Memilih
kerjaya bukan mudah. Seseorang pelajar memerlukan keberanian yang tinggi untuk membuat
keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran
Malaysia, maka kertas yang akan diduduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti
manamereka akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.

Disediakan Oleh,

……………………………………..
( PN NURASYIKEN BT SUKIRMAN )
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

Disemak Oleh,

……………………………………..
(EN JOHAN B ABD RAHIM)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Disahkan Oleh,

……………………………………..
( PN HAJAH ROBIAH BT AHAMAD)
PENGETUA SMK SUNGAI TIRAM
Tentatif Program

7.30 Pagi – 8.00 Pagi Berkumpul di Sekolah


Pendaftaran/ Taklimat Ringkas

8.00 Pagi – 8.30 Pagi Bertolak ke Kolej Komuniti, Pasir Gudang

8.30 Pagi Sampai di Kolej Komuniti, Pasir Gudang

9.00 Pagi – 12.30 T/Hari Kursus Jangka Pendek, Kolej Komuniti Pasir Gudang

12.30 T/Hari – 2.00 Ptg Makan Tengah Hari


Solat Zohor

Anda mungkin juga menyukai