Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR

JALAN MATANG
93050 KUCHING

LAPORAN SESI DIALOG BERSAMA A GUARD FORCE

TARIKH : 08 JAN 2019


HARI : SELASA
MASA : 0930-1030
TEMPAT : Bilik Guru Besar
KEHADIRAN:

Agenda 1 : Kajian Soal Selidik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


1.1 Guru Besar meminta para guru melakukan ujian pengesanan tentang visi dan misi sekolah
serta visi dan misi KPM. Beliau menekankan kepentingan para guru untuk mengetahui
serta mengingati visi dan misi sekolah seiring dengan visi dan misi KPM.

Agenda 2 : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


2.1 Guru Besar menekankan kepentingan para guru untuk memahami dan menghayati 11
Anjakan yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Agenda 3 : Dialog Prestasi Kurikulum


3.1 Guru Besar menegaskan tentang tanggungjawab keberadaan guru di dalam kelas sewaktu
proses PdP dan kepentingan pengisian data MMI.
3.2 Guru Besar turut menyentuh tentang sasaran OTI yang perlu dicapai oleh murid-murid
Tahun 6.
3.3 Guru Besar mengumumkan GPS subjek UPSR bagi Ujian OTI 1 Mac 2014 yang
membanggakan iaitu sebanyak 1.94 manakala subjek UPSR dan Bahasa Arab sebanyak
2.23. Beliau turut membuat rumusan keseluruhan pencapaian Tahun 6 dalam Ujian OTI 1
Mac 2014.
3.4 Para guru ditekankan agar sentiasa menulis buku rekod mengajar pada setiap hari dan
dilarang sama sekali membawa pulang dokumen tersebut. Semua guru dikehendaki
menghantar buku rekod mengajar pada hari jumaat pada setiap minggu.

Agenda 4 : Dialog Prestasi HEM – Displin dan Kehadiran Murid


4.1 Guru kelas diingatkan agar melengkapkan rumusan kehadiran murid pada setiap bulan
dalam buku kehadiran murid. Guru kelas atau pembantu juga diminta menghantar buku
kehadiran murid sebelum jam 8.00 pagi pada setiap hari.
4.2 Guru Besar menyatakan sekiranya murid terlibat dengan aktiviti sekolah dan tidak berada
di dalam sekolah perlu dicatatkan sebagai tidak hadir. Beliau menyatakan maksud tidak
hadir ini adalah kerana murid tidak berada di sekolah dan berlainan dengan ponteng atau
pun sebab-sebab lain.
4.3 Para guru ditekankan supaya tegas dalam pengurusan kelas serta disiplin murid.

Agenda 5 : Dialog Prestasi Kokurikulum


5.1 Ucapan tahniah daripada Guru Besar kepada guru-guru yang terlibat menjadi tulang
belakang kejayaan pasukan sekolah dalam aktiviti kokurikulum seperti pasukan kompang
formasi, pasukan perbarisan MSSR, pasukan Sofball dan lain-lain pasukan.
5.2 Guru disarankan untuk tampil terlebih dahulu sekiranya ingin memberi sumbangan dan
bakti kepada sekolah ke arah meningkatan prestasi kokurikulum sekolah di masa yang
akan datang.

Agenda 6 : Perhimpunan di Dewan


6.1 Guru Besar meminta para guru bekerjasama untuk memantau disiplin murid sebelum,
semasa dan selepas perhimpunan. Beliau turut menegur keadaan dewan terutama keadaan
pintu dan langsir di dalam dewan.
6.2 Masalah alatan siar raya yang sering bermasalah serta cekera padat lagu patriotik yang
rosak turut disentuh. Guru Besar berharap segala permasalahan dapat diatasi oleh guru
yang terlibat agar tidak mengganggu perjalanan perhimpunan di masa akan datang.
Agenda 7 : Peranan Guru
7.1 Guru Besar menyentuh peranan serta tanggungjawab guru bertugas, tugasan semasa
bacaan Yassin, hari Bahasa Inggeris serta soal keselamatan di dalam sekolah terutama
dalam hal memarkir kereta di kawasan sekolah. Para guru disarankan untuk memarkir
kereta secara undur.

Agenda 8 : Kehadiran Guru


8.1 Guru Besar mengingatkan para guru bahawa ketepatan masa amat penting. Para guru perlu
hadir ke sekolah sebelum pukul 7.00 pagi pada setiap hari.
8.2 Guru juga perlu sentiasa bersedia dengan kes kecemasan sekirannya berlaku semasa sesi
persekolahan.
8.3 Guru Besar juga mengingatkan tentang prosedur keluar masuk guru ke sekolah. Guru perlu
memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya ingin keluar pada waktu persekolahan.
8.4 Guru Besar memohon para guru supaya tidak mencapai kurang daripada 80% kehadiran
guru ke sekolah.
8.5 Guru diingatkan supaya merancang cuti dengan baik dan sentiasa mengikut prosedur yang
ditetapkan.

Agenda 9 : Sistem Maklumat Guru


9.1 Guru Besar memaklumkan bahawa aplikasi E-Operasi boleh dibuka sehingga 13 April
2014. Guru baharu juga diminta untuk mendaftar di dalam aplikasi E-Operasi.
9.2 Maklumat EMIS juga perlu dikemaskini oleh guru pada setiap tahun dengan berhubungan
dengan Cikgu Dorothy.
9.3 Guru Besar turut mengingatkan para guru membuat pengesahan dahulu dalam aplikasi E-
Operasi sebelum memaklumkan kepada En.Sapri dan seterusnya mendapat pengesahan
Guru Besar.
9.4 Segala maklumat perlu lengkap agar tidak mengganggu proses E-GTukar. Guru juga
diingatkan untuk membuat pengisytiharan harta setiap 5 tahun sekali.

Hal-Hal Lain

 Taklimat daripada GPK 1, En.Sapri berkaitan giliran guru lelaki bertugas untuk program solat
hajat Tahun 6.
 En.Sapri juga mengingatkan para guru supaya menyediakan item soalan 2 minggu sebelum
peperiksaan. Guru Besar turut menyarankan guru melakukan perbincangan sebelum penyediaan
kertas soalan bagi menjamin mutu soalan yang dihasilkan.
 En.Sapri turut memaklumkan kepada guru menyiapkan tugasan memasukkan data subjek di dalam
aplikasi SAPS ketika cuti semester ini.
 Makluman daripada GPK HEM tentang aplikasi SPS di mana guru kelas perlu mengemaskini
nombor pendaftaran setiap murid.
 GPK Kokurikulum, En.Sarbini mengingatkan para guru supaya menghantar minit mesyuarat
setiap persatuan untuk diletakkan di dalam fail pengurusan kokurikulum.

Dialog ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ………………………
(AHMAD MUINUDDIN BIN DERAMAN) (EN.ZAIDI BIN ABDUL HAMID)
Guru Besar
SK Agama (MIS) Miri