Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

LAWATAN PENANDA ARAS


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
ZON SELAMA

1. PENGENALAN

Usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah merupakan isu utama bagi


sekolah-sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan itu, usaha mendapatkan idea
dan inspirasi langkah-langkah meningkatkan prestasi guru perlu dilaksana
dengan mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional Merbok.

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat menjadi langkah
utama merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum Program
Pendidikan Khas Integrasi Zon Selama. Lawatan penanda aras ini bukan sahaja
dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan antara kedua-dua belah
pihak, malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu kedua-dua pihak
dalam mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.

2. MATLAMAT

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia bagi program
kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samada awam atau swasta.
Setiap peringkat atau tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan
kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membolehkan semua peserta lawatan
memperoleh pengetahuan tentang cara-cara mendapatkan SKM yang diiktiraf.

3. OBJEKTIF

i. Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan tenaga


pengajar agar dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan
pelajar di kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi Zon Selama.
ii. Merancang dan menyelaras semula program bagi membolehkan guru-guru
Program Pendidikan Khas Integrasi Zon Selama untuk mendapatkan SKM
melalui kaedah yang betul.
iii. Memurni budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru agar dapat memacu
kecemerlangan pelajar dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan
keperluan mereka.
4. KUMPULAN SASARAN
Penolong PPD Pendidikan Khas, pengetua dan guru besar, guru dan murid bagi
setiap sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi Zon Selama yang berjumlah
42 orang.

BIL NAMA SEKOLAH JUMLAH PESERTA ( JUMLAH


Orang) (Orang)
1 PPD Larut, Matang dan Selama 1 Pen. PPD Pend. Khas 1
2 SMK Sungai Bayor 1 Pengetua 5
1 Guru PPKI
3 Murid PPKI
3 SMK Dato’ Haji Hussein 1 Pengetua 6
2 Guru PPKI
3 Murid PPKI
4 Sek. Model Khas Redang Panjang 1 Pengetua 5
2 Guru PPKI
2 Murid PPKI
5 SK Sungai Bayor 1 Guru Besar 5
1 Guru PPKI
3 Murid PPKI
6 SK Rantau Panjang 1 Guru Besar 5
2 Guru PPKI
2 Murid PPKI
7 SK Sri Selama 1 Guru Besar 5
2 Guru PPKI
2 Murid PPKI
8 SK Bukit Bertam 1 Guru Besar 5
2 Guru PPKI
2 Murid PPKI
9 SK Sultan Idris 1 Guru Besar 5
1 Guru PPKI
3 Murid PPKI
JUMLAH 42

5. TARIKH, HARI DAN TEMPAT

Tarikh : 30 Januari 2018


Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : SMPKV Merbok
6. TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Berkumpul di SK Selama


8.15 pagi : Bertolak ke SMPKV Merbok
10.00 pagi : Dijangka sampai di SMPKV Merbok
Taklimat dari wakil SMPKV Merbok
Lawatan ke bilik-bilik khas
Sesi soal jawab dan berkongsi idea untuk mendapatkan SKM
Majlis Penutup
Penyampaian Cenderahati
Sesi Fotografi
Makan tengahari dan solat
4.00 petang : Bertolak pulang ke SK Selama
6.00 petang : Dijangka tiba di SK Selama

7. JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Hj. Noor Izzuddin Bin Ali Hassan


Pengetua SMK Sungai Bayor

Naib Pengerusi 1 : Pn Rubiah Binti Saleh


Penyelaras PPKI SMK Sungai Bayor

Naib Pengerusi 2 : Semua Penyelaras PPKI Zon Selama

Penyelaras : SK Sri Selama

Setiausaha : SMK Sungai Bayor

Bendahari : SK Rantau Panjang

Pengangkutan : SK Sungai Bayor

Cenderahati : SK Bukit Bertam

Fotografi : SK Sultan Idris

Dokumentasi : SMK Dato’ Haji Hussein

Jamuan : SMK Redang Panjang


8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)


1 Makanan (RM20.00 x 42) 840.00
2 Cenderahati (RM3.00 x 42) 126.00
3 Pengangkutan (RM29.00 x 42) 1218.00
4 Pelbagai 126.00
JUMLAH RM 2310.00

9. SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)


1 Kutipan Wang Guru (RM55 x 22) 1210.00
2 Bayaran Peryertaan Murid (RM55 x 20) 1100.00
- PCG Pendidikan Khas
JUMLAH RM 2310.00

10. PENUTUP

Adalah diharapkan program yang diadakan akan memberi inspirasi kepada


semua peserta untuk mencorak kecemerlangan Program Pendidikan Khas
Integrasi Zon Selama dengan cara yang lebih bersesuaian dengan keperluan
murid.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai