Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BUKU RUJUKAN SAINS

A. PENDAHULUAN

Kepentingan sains tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia kini sudah menjadi satu komoditi yang
tidak ternilai dan sesiapa yang menguasai subjek ini mampu menguasai dunia. Apa sahaja
yang berada disekeliling kita dan digunakan oleh kita adalah berkait rapat dengan sains.
Malah, perkara-perkara yang amat kecil seperti menghidupkan api untuk memasak
memerlukan sains.
Dalam skala yang lebih tinggi, sains membantu membangunkan kehidupan
manusia untuk hidup dengan lebih selesa lagi. Bangunan pencakar langit, pengangkutan
keretapi berkelajuan tinggi dan telefon pintar semua dibangunankan menerusi kemajuan
dalam bidang ini.
Untuk itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam bidang ini. Tingkatkan minat anak-
anak kita dan generasi akan datang untuk mempelajari dan menguasai bidang ini. Semakin
maju negara lain dalam sains dan teknologi dan semakin ketinggalannya kita akan
menyebabkan pergantungan kita pada negara lain dalam penghasilan barang-barang
teknologi. Sekaligus menyebabkan defisit dalam import-eksport kita dan ini menjejaskan
ekonomi dan semua orang di Malaysia..
Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing juga telah mengorak
langkah memperkenalkan mata pelajaran Sains di semua peringkat pendidikan termasuk di
peringkat rendah. Ia telah dijadikan salah satu subjek teras kepada semua murid di sekolah-
sekolah rendah.

B. MATLAMAT

Memohon kelulusan dari pihak sekolah bagi membeli Buku Teks dan Bahan Bantu
Mengajar Sains SK Tualang Tinggi untuk kegunaan semasa sesi Pengajaran dan
Pembelajaran.

C. OBJEKTIF

Objektif pembelian Buku Rujukan dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) :

1. Membantu guru dan murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang
telah dirancang.
2. Memudahkan murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan
konsep yang betul.
3. Membantu murid-murid menerima pembelajaran dengan lebih cepat dan
berkesan.

D. KUMPULAN SASAR

Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Tualang Tinggi


E. SUMBER KEWANGAN

Geran Per Kapita (PCG) Sains

F. ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT (RM) (RM)
1. BUKU RUJUKAN
SAINS
2.
Jumlah Keseluruhan

E. PENUTUP

Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan untuk pembelian barang-
barang sebagaimana yang dinyatakan untuk membantu guru-guru menyediakan alat bantu
mengajar bagi murid-murid sebagai peneguhan kepada murid untuk pembelajaran yang
lebih berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

................................................ .........................................
(PN. ZAHARAH BT. HAMZAH) (EN. SAUPI B. MAT ZAIN)
Ketua Panitia Sains Guru Besar,
Sk Tualang Tinggi SK Tualang Tingg
PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN

01. Pendapatan

a. Yuran Peserta
b. Tajaan / Sumbangan
c. Sumbangan Universiti
d. Lain-lain
e. Jumlah Keseluruhan

02. Perbelanjaan

a. Pentadbiran
-Percetakan [Buku Cenderamata/Sijil/Kad Jemputan/Risalah/dll]
-Urusan Pos
-Telekomunikasi [Topup dsb]
-Pentadbiran Urusetia

b. Logistik
-Penginapan
-Pengangkutan [Sewa bas dan tuntutan perjalanan]
-Sewaan dewan, siaraya, hiasan dll
c. Cenderahati
-Cenderahati Perasmi / Penceramah dll
-Honororium [saguhati] Penceramah dll

d. Publisiti
-Banner
-Poster
-Iklan Media

e. Kontigensi [5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan. Kontigensi ini


biasanya digunakan untuk tujuan kecemasan]

f. Jumlah Keseluruhan

PANDUAN RINGKAS PENULISAN MINIT MESYUARAT

01. Tajuk Minit


(Nyatakan minit mesyuarat beserta bilangan)

02. Maklumat Mesyuarat


a. Tarikh
b. Masa
c. Tempat

03. Kehadiran
a. Ahli-ahli yang hadir
b. Tidak hadir dengan kenyataan

04. Perkara
a. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis*
b. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
c. Perkara-perkara yang dibincangkan seperti dalam agenda
d. Hal-hal lain (Nyatakan dengan ringkas, padat dan tepat)

*Pengerusi Majlis [MC] biasanya ialah Timb. Setiausaha. Jika tiada, ianya akan
diambil alih oleh Pengarah Program.

05. Tindakan / Makluman


(Nyatakan tindakan / makluman bagi setiap perkara untuk rujukan)

06. Penangguhan Mesyuarat


(Nyatakan masa penangguhan mesyuarat)
07. Tandatangan
a. Pencatit (Semakan) -- Setiausaha
b. Pengesah (Pengesahan) -- Pengarah / Pengerusi Program

(Nyatakan nama, jawatan dan tarikh**)

**Ditulis berdekatan dengan tandatangan

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI

Nota: Maaf, ini hanyalah draf. Tulisan penuh akan dilengkapkan kemudian.
Harap maklum.

Perkara / Isi Kandungan

a. Nama Projek / Aktiviti

b. Pendahuluan

c. Tarikh / Masa

d. Tempat

e. Perasmi Pembukaan

f. Perasmi Penutupan

g. Penyertaan

h. Perjalanan Projek / Aktiviti beserta perincian

i. Penilaian Projek / Aktiviti


- Sama ada mencapai objektif atau tidak
- Masalah yang dihadapi (sebelum, semasa dan selepas)
- Cadangan memperbaiki

j. Gambar-gambar terpilih