Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS

1. PENDAHULUAN

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains . Ia merupakan satu
program tahunan Panitia Sains. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SK
Tualang Tinggi terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Program-program yang telah
dirancang mampu memberi perangsang kepada pelajar supaya mahir dalam kemahiran
menjawab soalan sains.

2. RASIONAL

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains diadakan agar murid dapat mempelajari teknik dan
kemahiran yang betul semasa menjawab soalan peperiksaan.

3. MATLAMAT
Bengkel ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, dan cemerlang
dalam pelajaran.

4. OBJEKTIF.

4.1 Dapat mengetahui cara atau teknik yang betul untuk menjawab soalan Sains.
4.2 Meningkat prestasi murid-murid tahun 5 dan 6.
4.3 Membangkitkan minat murid-murid terhadap pelajaran Sains.
4.4 Menggalakkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Sains.
4.5 Meningkatkan kemahiran berfikir membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
secara analitis, kritis dan kreatif.
5. CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat: Dewan tertutup SK Tualang Tinggi ( Kelas Tahun 6 )
Penceramah :

6. SASARAN
Murid tahun 5 dan 6 ( 102 Orang ) SK Tualang Tinggi

7. PERSONALIA
1. Guru-guru Sains
2. Penceramah Bengkel

8. PENDEKATAN DAN PENGISIAN


Ceramah dan bengkel

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Bayaran penceramah : RM 150 x 1 orang = RM 150.00

10. KOS SUMBER


Sekolah

11. PERALATAN YANG DIPERLUKAN


a. 1 Unit LCD
b. Laptop
c. PA sistem
d. Papan putih dan marker
e. Kertas dan alatan tulis
f. Air Mineral Penceramah ( 2 botol )
12. JAWATAN KUASA
Pengerusi : En. Saupi Bin Mat Zain (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : Tuan Rohani Binti Tuan Mat (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi II :En. Mohamad Ropi Bin Mohamad (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi III : En. Rumaizi bin Yusof (Penolong Kanan Ko-kurikulum)
Setiausaha : Pn. Zaharah Binti Hamzah
Bendahari : En. Wan Mohd Tarmizi Bin Wan Ismail
AJK : Pn. Rosmawati Binti Husin
En. Tarmizi Bin Yusof
Pn. Che Hasnah Binti Mat Hussin

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar bengkel yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dan seterusnya
mendatangkan manfaat kepada pelajar Sk Tualang Tinggi. Diharap dengan bengkel ini para
pelajar dapat memahami teknik menjawab soalan sains sebaiknya disamping menggunakan
peluang yang ada untuk menambah ilmu pengetahuan. Semoga segala matlamat yang ingin
dicapai mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T dan memperolehi keberkatanNya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

................................................ ...................................................
(PN. ZAHARAH BT. HAMZAH) (EN. SAUPI B. MAT ZAIN)
Ketua Panitia Sains Guru Besar,
Sk Tualang Tinggi SK Tualang Tinggi