Anda di halaman 1dari 1

RED VELVET COOKIES (AZLITA MASAM MANIS)

Bahan-bahan :

120 gm margerin Planta ( sis guna butter )


10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor ( sis guna 80gm )
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang ( sis tambah kuaci bunga matahari )
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips

Cara-cara :

1. Mula-mula kita ayak bahan kering.


2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
3. Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit ( sis sangai
dlm kuali tanpa minyak hingga sedikit perang )
4. Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar
hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
5. Tambahkan telur dan putar sebati.
6. Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
7. Masukkan bahan yang telah kita ayak tadi, gaul dengan senduk kayu atau spatula rata
8. Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
9. Gaul adunan rata.
10. Sudukan adunan di atas dulang pembakar
11. Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
12. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum
memasukkan doh)
13. Bakar selama 20 minit

24 Mei 2018

Anda mungkin juga menyukai