Anda di halaman 1dari 1

Abdullah bin Ab Rahman

No. 19, Jalan 3,


Taman Dato’ Moyang Salleh,
71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan

Pegawai yang berkenaan,


Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3&4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA 01 Mac 2018

Tuan,
Memberi Keizinan kepada Isteri untuk Bertukar ke PPD Kerian, Perak

Saya Abdullah bin Ab Rahman, No kad pengenalan 780928-03-5711, suami kepada Akmah binti
Abdul Hamid, no kad pengenalan 780415-01-5520. Isteri saya sedang bertugas di Sekolah
Kebangsaan Undang Jelebu bermula dari 03 Januari 2006 sehingga kini.

2. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu keizinan saya bagi membenarkan
isteri saya membuat permohonan bertukar dari PPD Jempol Jelebu ke PPD Krian, Perak. Hal ini
adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
a) Tempoh perkhidmatan melebihi 4 tahun di negeri semasa. Isteri saya telah berkhidmat
melebihi 1/3 tempoh perkhidmatannya ataupun 13 tahun di Negeri Sembilan dan ingin
pulang berbakti di negeri Perak disamping dapat bersama dengan kedua ibubapanya yang
sudah uzur.
b) Jarak perjalanan balik kampung kami yang jauh iaitu daripada Negeri Sembilan ke Perak dan
Kelantan yang dibimbangi berisiko mengalami kemalangan. Dengan berpindah ke Perak,
jarak perjalanan kami lebih singkat dan lebih selamat.
c) Perpindahan bersama yang mana saya juga memohon untuk berpindah dengan alasan sudah
berkhidmat selama 10 tahun di Negeri Sembilan.

3. Saya sangat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan pertukaran isteri saya.
Segala pertimbangan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

...............................................
(ABDULLAH BIN AB RAHMAN)

Anda mungkin juga menyukai