Anda di halaman 1dari 53

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH MENENGAH

MODUL PEMBELAJARAN
EDUP2023
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

November 2015
(Kemas Kini September 2017)
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan
berdisiplin.

November 2015
(Kemas kini September 2017)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan
komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana

ii
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN MUKA SURAT

Notis Hak Kerajaan i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Falsafah Pendidikan Guru ii

Kandungan iii

Panduan Pelajar iv

Ikon Modul vii

Agihan Tajuk RMK viii

Tajuk Pembelajaran

UNIT 1: Psikologi dan Psikologi Pendidikan 1

UNIT 2: Pertumbuhan dan Perkembangan 7

UNIT 3: Peringkat Perkembangan Fizikal Individu Hingga Remaja 14

UNIT 4: Peringkat Perkembangan Kognitif Individu Hingga Remaja 19

Berdasarkan Perspektif Teori

UNIT 5: Peringkat Perkembangan Moral Individu Hingga Remaja 24

Berdasarkan Perspektif Teori

UNIT 6: Peringkat Perkembangan Sosio Emosi Individu Hingga Remaja 30

Berdasarkan Perspektif Teori

iii
Rujukan

Panel Penulis Modul


Panel Pemurni Modul

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan


pembelajaran anda agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi
peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran
terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan
jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar
pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran
sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah (PDPLI


SM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan
Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

iv
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar
mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI
SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan
60% daripada jumlah jam pembelajaran mod sepenuh masa adalah Jumlah
Pembelajaran Pelajar (JPP) bersemuka dan 40% adalah JPP pembelajaran
kendiri.

SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Penyelidikan

4. Pengalaman

5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda
agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar.
Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

v
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan
juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri


pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira


sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami


pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

vi
IKON MODUL

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

PENYELIDIKAN

PENGALAMAN

AKTIVITI

REFLEKSI

RUJUKAN

vii
AGIHAN TAJUK

Nama Kursus : PSIKOLOGI


Kod : EDUP2023
Kandungan modul ini dibahagi kepada enam unit. Jadual di bawah menjelaskan
agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

JUMLAH JAM
MODUL BERSEMUKA
TAJUK / TOPIK PEMBELAJARAN CATATAN
(18 Jam) (27 Jam)
(45 Jam)

viii
1. Psikologi dan Psikologi
Pendidikan

Perlu
 Konsep Asas Psikologi
dibaca
 Konsep Psikologi Unit 1
3 Jam sebelum
Pendidikan 3 Jam
interaksi
 Tujuan Psikologi
bersemuka
Pendidikan
 Implikasi Psikologi
Pendidikan Kepada Guru

2. Pertumbuhan dan
Perkembangan

 Konsep Asas
Perkembangan Kanak-
Kanak Perlu
 Prinsip-Prinsip Asas dibaca
Unit 2
Perkembangan Kanak- 3 Jam sebelum
3 Jam
Kanak interaksi
 Faktor-Faktor Yang bersemuka
Mempengaruhi
Perkembangan Kanak-
Kanak
 Baka dan Persekitaran
(Nature and Nurture)

3. Peringkat Perkembangan
Fazikal Individu Hingga
Perlu
Remaja
dibaca
Unit 3
3 Jam sebelum
 Perkembangan Fizikal 3 Jam
interaksi
 Implikasi Terhadap
bersemuka
Pengajaran dan
Pembelajaran

ix
4. Peringkat Perkembangan
Kognitif Individu Hingga
Remaja Berdasarkan
Perlu
Perspektif Teori
dibaca
Unit 4
3 sebelum
 Perkembangan Kognitif 3 Jam
interaksi
 Teori Piaget & Vygotsky
bersemuka
 Implikasi Terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran

5. Peringkat Perkembangan
Moral Individu Hingga
Remaja Berdasarkan
Perlu
Perspektif Teori
dibaca
Unit 5
3 sebelum
 Perkembangan Moral 3 Jam
interaksi
 Teori Lawrence Kohlberg
bersemuka
 Implikasi Terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran

6. Peringkat Perkembangan
Sosio Emosi Individu
Hingga Remaja
Berdasarkan Perspektif
Perlu
Teori
dibaca
Unit 6
3 sebelum
 Perkembangan Sosio 3 Jam
interaksi
Emosi
bersemuka
 Teori Erik Erikson
 Implikasi Terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran

x
7. Perbezaan Individu Dan
Pembelajaran

 Aspek-Aspek Perbezaan
Individu
 Fizikal
 Kognitif
 Afektif
 Sosio Budaya Pelajar
 Kecerdasan Bersemuka
6 Jam -
 Teori Kecerdasan 6 Jam
Sternberg
 Teori Kecerdasan
Pelbagai Howard Gardner
 Teori Kecerdasan Emosi
Goleman
 Implikasi Perbezaan
Individu Terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran

xi
8. Perbezaan Individu dan
Pembelajaran

 Gaya Kognitif
 Bersandar/ Tidak
Bersandar (Field
Dependent/ Field
Independent
 Konsep Pemikiran Bersemuka
9 Jam -
 Jenis-Jenis Pemikiran 9 Jam
 Gaya Pembelajaran
 Model Dunn & Dunn
 Model Kolb
 Model Honey & Mumford
 Implikasi Perbezaan
Individu Terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran

9. Personaliti

 Personaliti
 Konsep Personaliti
 Jenis dan Ciri-Ciri
Personaliti
 Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Personaliti
 Implikasi Terhadap Bersemuka
6 Jam -
Pengajaran dan 6 Jam
Pembelajaran

Konsep Kendiri
 Konsep Kendiri
 Pengertian Konsep Kendiri
 Jenis dan Ciri-Ciri Konsep
Kendiri
 Faktor-Faktor Yang

xii
Mempengaruhi
Pembentukan Konsep
Kendiri
 Implikasi Terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran

10. Motivasi dan


Pembelajaran

 Perspektif Behavioris
 Teori Peneguhan Skinner
 Perspektif Kognitivis
 Teori Pencapaian Mc
Clelland
Bersemuka
 Teori Atribusi Weiner 6 Jam -
6 Jam
 Teori Expectancy x Value
Vroom
 Perspektif Humanistik
 Carl Rogers
 Abraham Maslow
Implikasi Motivasi
Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran

JUMLAH JAM 45 Jam 18 Jam 27 Jam

Catatan : Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda.

xiii
UNIT 1 PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:


1. Mendefinisikan konsep asas psikologi dan psikologi
pendidikan.
2. Menjelaskan tujuan psikologi pendidikan.
3. Menghuraikan implikasi psikologi pendidikan kepada guru.

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep


psikologi pendidikan, tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi
pendidikan kepada guru. Modul ini membincangakan kepentingan psikologi
dan psikologi pendidikan terutama sekali yang berkaitan dengan profesion
perguruan. Pengetahuan ini membolehkan mereka yang berkecimpung dalam
bidang pendidikan memahami dengan lebih baik profesion ini, seterusnya
dapat menghasilkan keputusan yang lebih lebih berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Psikologi dan
Psikologi
Pendidikan

Konsep Asas Konsep Psikologi Tujuan Psikologi Implikasi Psikologi


Psikologi Pendidikan Pendidikan Pendidikan
Kepada Guru

1
Pengenalan

Tugas guru sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan


dengan mata pelajaran yang diajarnya tetapi juga bermatlamat membangunkan
anak-anak secara menyeluruh, merangkumidimensi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejajar
dengan kehendak Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid
secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang baharu (2013-2025).

Konsep Asas Psikologi

Istilah psikologi berasas gabungan dua perkataan Greek iaitu psyche dan logos.
Perkataan ‘psyche’ bermaksud „jiwa‟ manakala perkataan ‘logos’ bermaksud
„kajian mengenai sesuatu‟. Jadi perkataan psikologi boleh diertikan sebagai suatu
kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang. Merujuk
kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, psikologi didefinisikan sebagai,

"Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan


perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau
sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”

Merujuk kepada Cambridge International Dictionary of English pula, psikologi


didefinisikan sebagai,

"Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk mengkaji pemikiran manusia


bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkahlaku atau
mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku.”

Maka, secara keseluruhan, psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji
secara saintifik prinsip-prinsip asas mengenai pembelajaran dan tingkah laku
manusia dan haiwan khususnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi,
kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan
persekitaran sosial. Oleh itu, dengan mempelajari psikologi seseorang itu akan
menjadi manusia yang lebih baik dan juga dapat memahami manusia lain dengan
lebih tepat. Psikologi merupakan proses perkembangan potensi dan kemahiran

2
individu dalam bidang-bidang tertentu, berkaitan pembentukan dan perkembangan
ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Menurut beberapa tokoh,
psikologi adalah:

•proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik,


Hamka sikap berani serta budi pekerti mulia.

•suatu proses membentuk individu yang berakhlak


Plato mulia

John Dewey •proses perkembangan individu supaya hidup lebih


berguna dan selamat.

Socrates •latihan moral kewargenegaraan yang baik

•proses membentuk manusia secara menyeluruh dan


Mohammad Syed Qutb seimbang, mengembangkan potensi ke tahap
kesempurnaan (JERIS).

•proses pendidikan merangkumi aspek intelek, latihan


Al-Ghazali jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani
danhormat-menghormati.

Konsep Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan merujuk pada pelaksanaan ilmu psikologi dalam dunia


pendidikan. Menurut Penguin Dictionary of Psychology (2001), psikologi
pendidikan merupakan sub disiplin psikologi berkenaan teori dan masalah dalam
pendidikan. Dalam konteks pendidikan sekolah, psikologi pendidikan boleh
ditafsirkan sebagai kajian tentang aspek psikologi merangkumi pembangunan
potensi individu, personaliti, prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, termasuk pengurusan kelas, keperluan dan motivasi, penilaian,
bimbingan dan kaunseling, penyelidikan pendidikan dan perkara-perkara
pendidikan lain (Mok Soon Sang, 2006).

3
Tujuan Psikologi Pendidikan Kepada Guru

Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami (memerihal dan


menerangkan) tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal
tingkah laku tersebut. Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian
masalah pelajar seperti di bawah, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku
yang negative boleh diganti dengan tingkah laku positif dengan cara
menggalakkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

Psikologi adalah suatu ilmu yang sangat penting kepada guru. Pengetahuan
psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan psikologi pendidikan maka
guru-guru akan menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan
pelajar-pelajar mereka. Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah banyak
memberi kepentingan kepada seseorang guru. Antara implikasi atau
kepentingannya ialah:

 Guru mempunyai pengetahuan asas tentang konsep, ciri, matlamat, fungsi,


metodologi dan kandungan psikologi pendidikan

 Guru dapat menentukan objektif pengajaran yang berkesan

 Guru mampu mengikuti garis panduan dalam menentukan strategi yang


sesuai untuk merancang set induksi

 Guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar dengan betul semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi pengajaran yang
digunakan

 Guru dapat memahami kepentingan perbezaan individu dan hubungannya


dengan pengajaran individu dan kumpulan, serta aktiviti pengayaan dan
pemulihan
4
 Guru dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif serta pengurusan kelas
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

 Guru dapat mengaplikasikan teori pengajaran dan kaedah pengajaran untuk


mencapai objektif pengajaran

 Guru dapat memilih dan menggunakan teknik penilaian yang sesuai dan
berkesan untuk mencapai objektif pengajaran, set induksi, serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan bilik darjah yang sebenar.

 Guru mampu menjalankan penyelidikan tindakan untuk menangani masalah


pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar

Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah memperkenalkan bidang psikologi dan


psikologi pendidikan. Sejarah perkembangan bidang ini turut dibincangkan dari
zaman Greek Purba sehingga kini. Beberapa pendekatan penting dalam psikologi
seterusnya diperkenalkan. Akhir sekali, kepentingan bidang kepada pendidik turut
dibincangkan.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih


lanjut sejarah psikologi

https://en.wikipedia.org/wiki/Educational_psychology

5
Pengalaman

Aktiviti

Lengkapkan rajah di bawah tentang tujuan psikologi pendidikan kepada guru.


Tujuan Psikologi
Pendidikan

Refleksi:

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang


guru, bincangkan bersama rakan-rakan anda darjah
implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah.

6
UNIT 2 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Hasil Pembelajaran Unit

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:


1. Mengetahui dengan jelas tentang konsep asas
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan prinsip-prinsip asas
perkembangan kanak-kanak.
3. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak dari aspek baka dan perspektif (Nature and
Nuture).

Sinopsis

Tajuk ini akan membincangkan beberapa topik berkaitan konsep asas


perkembangan kanak-kanak, prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak,
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berdasarkan aspek
baka dan persekitaran (Nature and Nurture). Oleh itu, ahli pengkaji psikologi
mengkaji kedua-dua aspek iaitu baka dan persekitaran yang lebih berpengaruh ke
atas pertumbuhan dan perkembangan manusia serta ciri-cirinya.

Pertumbuhan dan
Perkembangan

Konsep Asas Prinsip-prinsip Asas Faktor-faktor Yang


Perkembangan Kanak- Perkembangan Kanak- Mempengaruhi Perkembangan
kanak kanak Kanak-kanak

Baka dan Persekitaran


(Nature and Nurture)

7
Pengenalan

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting


di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan
mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat
perkembangan.

Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait.


Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan
guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak pelbagai
umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada
peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang
mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi
dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik
darjah.

Santrock dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2011) mentafsirkan


perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi
individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar (2005), perkembangan
terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran
tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan
bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Mohd. Sharani
Ahmad (2005) pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan
kematangan.

Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa


perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih
awal.

8
Pertumbuhan

Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan manusia adalah fokus


kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji
aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat
kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan
persekitaran. Mereka sering cuba menentukan secara empirikal sama ada baka
atau persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan
perkembangan manusia. Perdebatan ini masih berterusan hingga ke hari ini.
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting kepada
individu. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma
biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu
keturunan.

Perkembangan

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat


perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku melalui peredaran masa jika
dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal, contohnya, perubahan pada
rambut manusia daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada
peringkat akhir dewasa. Contohnya, semasa berumur 4 tahun, Fatin belum boleh

9
melukis seekor kucing tetapi pada usia 7 tahun, dia dapat membuat perkara
tersebut. Pembelajaran boleh berlaku sebab Fatin telah mengalami perkembangan
dari segi kognitif (mencapai peringkat kesediaan yang sesuai) dan terdapat
kesediaan otot tangan (perkembangan psikomotor).

Prinsip-Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat
lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan
berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh
duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan
seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua
peringkat melainkan bayi yang lahir pra matang, mungkin akan lambat dalam
beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak
terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur


daripadakeadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi
boleh menggenggamobjek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari
tangan. Pertumbuhan berlaku denganotot-otot kasar terlebih dahulu sebelum
beransur ke otot-otot halus.

Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan


adalah satuproses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain,
pertumbuhan dan perkembangankanak-kanak berlaku secara berterusan daripada
lahir sehingga mati. Dalam prosesperkembangan, seorang kanak-kanak akan
menambah kemahiran sedia ada. Pada setiapperingkat, kanak-kanak akan
mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanyasekarang juga
merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah
hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.
Sebagai contoh,sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan
manakala ada yang hanya bolehberjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanaktersebut. Perkara ini adalah salah

10
satu faktor yang membawa kepada perbezaan antaramanusia seperti yang kita
dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.

Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil


interaksi diantara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan
potensi yang sediaada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk,
berjalan dan kemudian berlari yang dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik.
Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, prosespeniruan atau identifikasi dan
memerlukan usaha.

Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu


seseorangindividu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya.
Misalnya perkembanganotot dan saraf anggota badan yang sempurna
memungkinkan seseorang itu berenang tetapi diahanya boleh berenang jika
berlatih atau meniru cara-cara berenang.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada


lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima
aspek ini pula adalahberasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi
oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat
bahawa tiada individu di dunia ini yangmempunya kadar perkembangan yang
sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture) sebagai
penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorangindividu.

Rumusan

Secara keseluruhannya, aspek-aspek ini adalah saling berinteraksi antara


satusama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu,
maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza-beza.

11
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan


lebih lanjut teori perkembangan
http://www.academia.edu/5089731/TEORI_PERKEMB
ANGAN

Pengalaman

Aktiviti 1

Lengkapkan jadual ciri-ciri pertumbuhan dan


perkembangan.

12
Perkembangan
Pertumbuhan

Aktiviti 2

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan


kanak-kanak dari aspek baka dan persekitaran

Baka Persekitaran

Refleksi :

13
Berdasarkan faktor-faktor pertumbuhan dan
perkembangan yang dapat anda lihat pada
seorang remaja berusia 15 tahun, bincangkan
faktor manakah yang lebih banyak
mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangannya.

PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL INDIVIDU


UNIT 3
HINGGA REMAJA

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit ini, anda dijangkakan akan dapat:


1. Dapat menghuraikan pertumbuhan dan
perkembangan fizikal individu hingga remaja.
2. Menjelaskan implikasi pertumbuhan dan
perkembangan fizikal terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

Sinopsis

14
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perkembangan fizikal dan implikasi
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Setiap manusia yang normal akan
mengalami pertumbuhan dan perkembangan d a r i s e g i a s p e k f i z i k a l , s e j a k
m e r e k a dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai
seorang guru perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan terhadap
murid-murid supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan
fizikal dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.

Peringkat Perkembangan
Fizikal Individu Hingga
Remaja

Implikasi Terhadap
Perkembangan Fizikal Pengajaran dan
Pembelajaran

Pengenalan

Setiap individu akan mengalami perubahan pada setiap peringkat umur bermula
daripada proses persenyawaan, kelahiran, bayi, kanak-kanak, remasa, dewasa,
tua dan berterusan sehingga kematian. Kadar pertumbuhan dan perkembangan
pada peringkat awal remaja adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar
perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk
badan mula ke arah dewasa. Perkembangan fizikal seseorang individu itu, boleh
dikaji dengan melihat kualiti keupayaan dan kemahiran motor-fizikalnya.

Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang


sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan
apakah kesan-kesan di sebaliknya. Perkembangan fizikal merujuk kepada
perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi
anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007).
Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian,

15
berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal
yang lebih kompleks.

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan
mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan atau fizikal. Perubahan-
perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar
pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki
dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang
individu dengan individu yang lain.

Peringkat Perkembangan Fizikal

 Peringkat Prenatal
 Peringkat Bayi (lahir – 2 tahun)
 Peringkat Awal Kanak-kanak (2 – 6 tahun)
 Peringkat Kanak-kanak (7 – 11 tahun)
 Peringkat Awal Remaja (12 – 15 tahun)
 Peringkat Remaja (16 – 20 tahun)

Implikasi Perkembangan Fizikal Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas


pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan
ceria. Perkembangan fizikal kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami
oleh golongan pendidik supaya perkembangan fizikal kanak-kanak dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) dapat ditingkatkan lagi dalam diri kanak-
kanak tersebut sekaligus membolehkankan para pendidik memahami mengapa
pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor,
struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Pembelajaran kanak-kanak adalah melalui pengalaman fizikal melibatkan


penguasaan aspek psikomotor iaitu motor kasar dan motor halus. Sehubungan itu,
guru dinasihatkan agar dapat menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai berdasarkan dengan jantina, saiz, berat badan dan keperluan pelajar.

16
Contohnya permainan bola jaring, bola sepak, ragbi dan sebagainya. Keprihatinan
guru akan membantu mengurangkan masalah penyesuaian sosial para pelajar.

Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak


melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya
dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia
mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka.
Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap
diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin
mempengaruhi perkembangan personalitinya.

Rumusan

Unit ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan fizikal individu hingga remaja
manusia dan akhir sekali implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap
pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan


lebih lanjut teori perkembangan.
http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

https://www.sistemguruonline.my/2014/11/teori-
perkembangan-fizikal-dan-kognitif.html

http://study.com/academy/lesson/what-is-physical-
development-definition-and-examples.html

Pengalaman

Aktiviti 1

17
Berikan konsep perkembangan fizikal kanak-kanak hingga remaja serta
apakah perubahan yang dapat anda perhatikan dari segi fizikal dari
kecil hingga remaja.

Aktiviti 2 :

Berikan justifikasi anda, sejauhmanakah seorang guru


mengaplikasikan perkembangan fizikal dalam bilik darjah.

Refleksi :

Perkembagan fizikal otak dan badan seseorang individu


akan mempengaruhi perkembangan kognitif dan
keupayaannya mengawal diri dalam menyesuaikan diri
dengan persekitarannya. Pada pendapat anda apa akan
berlaku sekiranya seseorang pelajar itu mengalami
perkembangan fizikal yang lambat?

18
PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF INDIVIDU
UNIT 4
HINGGA REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menerangkan pengertian perkembangan kognitif dan
ciri-ciri utama perkembangam kognitif individu hingga remaja.

2. Dapat menghuraikan perkembangan kognitif individu hingga remaja


serta mengaitkannya dengan teori.
3. Menganalisis implikasi perkembangan kognitif terhadap pengajaran
dan pembelajaran.

Sinopsis

19
Perbincangan dalam Unit 4 ini akan berkisar kepada perkembangan kognitif
seseorang individu dari lahir hinggalah dewasa. Teori psikologi perkembangan
kognitif daripada dua orang ahli psikologi akan mengkaji aspek ini, seterusnya
pelajar menganalisis implikasi teori-teori perkembangan ini terhadap
pengajaran dan pembelajaran alaf ke 21.

PERINGKAT PERKEMBANGAN
KOGNITIF INDIVIDU HINGGA REMAJA
BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

Implikasi Teori
Perkembangan Teori Piaget Teori Vygotsky Perkembangan Kognitif
Kognitif Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Guru

Pengenalan

Teori-teori Piaget dan Vygotsky ini telah memainkan peranan penting di dalam
membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh
memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

Perkembangan Kognitif

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi


pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-
lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap


pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran
kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang
seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua

20
teori utama perkembangan kognitif iaitu Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan
Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky.

Teori Perkembangan Kognitif Piaget Dan Teori Perkembangan Kognitif


Vygotsky

Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1896-1980)

Jeans Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang
perkembangan kognitif, beliau menumpukan perhatiannya kepada kajian
perkembangan kognitif kanak-kanak. Berdasarkan kajian Piaget perkembangan
kognitif kanak-kanak terdapat peringkat ini sebagai peringkat deria motor (0-2
tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan
peringkat operasi formal (12 tahun hingga Dewasa).

Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

Lev Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahwa perkembangan kognitif dan bahasa


kanak-kanak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Vygotsky
bersetuju dengan Piaget yang perkembangan kognitif individu berlaku secara
berperingkat-peringkat, tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget
bahwa kanak-kanak boleh menjelajahi dunianya sendiri dan membentuk gambaran
realitisecara sendiri.

Vygotsky berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam


konteks sosial, iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi
dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak mereka dilahirkan.
Melalui interaksi dengan orang dewasa di sekeliling mereka, kanak-kanak
menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbol-
simbol budaya. Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif kanak-kanak
dengan memberi makna membina atau konstruk pengetahuan. Namun demikian,
kanak-kanak tidak banyak memiliki fungsi mental yang bertahap tinggi seperti
kemahiran berfikir tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Vygotsky

21
menyarankan tiga idea penting yang berkaitan dengan perkembangan kognitif iaitu
internalization, scaffolding dan zon perkembangan proksimal.

Lev Vygotsky juga berpendapat bahawa bahasa merupakan sistem simbol


yang paling penting dalam menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak. Istilah
Internalizationadalah proses di mana seseorang beransur-ansur menyebatikan
aktiviti-aktiviti sosial yang dilaluinya ke dalam proses kognitifnya. Scaffolding pula
bermaksud kerangka yang menyokong proses pembelajaran individu, manakala
Zon Perkembangan Proksimal merupakan perkembangan kognitif kanak-kanak
dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui interaksi mereka dengan
individu-individu yang lebih berkebolehan. Misalnya, semasa bayi belajar berjalan,
ibu menjadi scaffolding (kerangka bantuan) kepadanya untuk berdiri. Setelah bayi
mula yakin berdiri sendiri, ia akan cuba berjalan sendiri tanpa scaffolding daripada
sesiapa.

Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Kepada Guru Terhadap


Pengajaran Dan Pembelajaran

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan


prinsip-prinsip teori perkembangan kognitif akan mendapati proses pembelajaran
yang sangat aktif. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang
bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajaran yang efektif.
Mengikut Vygotsky, guru perlulah menggalakkan murid yang lebih pandai untuk
memberi bimbingan kepada rakan-rakan yang kurang pandai.

Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan
lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu
murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak
langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu
yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan
bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat
dikuasai oleh seseorang murid itu.

22
Implikasi scaffolding ini ialah walaupun murid-murid melibatkan diri dalam
pembelajaran aktif, guru-guru mesti sentiasa mendampingi mereka dalam segala
aktiviti pembelajaran. Bantuan scaffolding berlaku secara maksima semasa murid-
murid berfungsi dalam zon perkembangan proksimal (ZPP) di mana guru-guru
memainkan peranan sabagai pendukung dan menyediakan scaffolding bagi semua
kanak-kanak semasa mereka berfungsi dalam zon ini. Guru-guru merupakan
sumber petunjuk dan pendorong yang membantu menyelesaikan segala masalah-
masalah yang dihadapi oleh kanaik-kanak. Scaffoldingboleh juga dalam kalangan
ibu bapa dan rakan sebaya.

Rumusan

Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan kognitif individu hingga


remaja manusia. Perkembangan kognitif dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali
implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang


perkembangan kognitif individu dengan melayari internet serta
membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan
serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang
lain.Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh, isu –
isu berkaitan aplikasi teori, kaitan perkembangan kognitif
kanak-kanak dengan isu semasa pendidikan.

http://www.academia.edu/4935771/PERKEMBANGAN_KOGNITIF_TEORI_PIAGET
http://www.academia.edu/6260463/PENERAPAN_TEORI_BELAJAR_VYGOTSKY_D
ALAM_PEMBELAJARAN_BAB_1_1_PENDAHULUAN

Pengalaman

23
Aktiviti

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskankefahaman


anda terhadap setiap teori perkembangan kognitif.

Refleksi

Berikan justifikasi bagaimana anda sebagai seorang


guru mengaplikasikan teori perkembangan kognitif
berdasarkan teori Vygotsky.

PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL INDIVIDU


UNIT 5 HINGGA REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF
TEORI

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menerangkan pengertian perkembangan moral dan
ciri-ciri utama perkembangan moral individu hingga remaja.
2. Dapat menghuraikan perkembangan moral individu hingga remaja
serta mengaitkannya dengan teori.
3. Menilai implikasi perkembangan moral terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
24
Sinopsis

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah laku terhadap


nilai kebenaran atau kesilapan. Ia melibatkan regulasi dalaman seseorang individu
dan interaksi sosial dengan individu lain di persekitaran mereka. Moral seseorang
individu terbahagi kepada tiga komponen iaitu komponen emosi, komponen
kognitif dan komponen tingkahlaku.

PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL INDIVIDU


HINGGA REMAJA BERDASARKAN
PERSPEKTIF TEORI

Teori Lawrence Implikasi Perkembangan Moral


Perkembangan Moral Kohlberg Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Guru

Pengenalan

Seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap perkembangan moral yang


utama.Setiap tahap mengandungi dua peringkat. Teori Lawrence Kohlberg (1984)
menghuraikan perkembangan moral sebagai perkembangan yang ditentukan oleh
perkembangan kognitif individu.

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Lawrence Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada tiga tahap, iaitu


tahap prakonvensional, tahap konvensional, dan tahap poskonvensional (Slavin,
2006). Menurut Kohlberg setiap perkembangan moral individu akan melalui dua
peringkat.

25
Orientasi Kepatuhan
dan Hukuman Etika Kontrak Sosial
dan Hak Individu

Orientasi Ganjaran
Peribadi Etika Prinsip Sejagat

Orientasi Perlakuan baik

Akur kepada Sistem Sosial


dan Etika Peraturan

Tahap Pra-konvensional

 Melibatkan individu yang berumur kurang dari 10 tahun


 Dibahagikan kepada dua peringkat:

Peringkat 1: (bawah umur lima tahun)

Orientasi kepatuhan dan hukuman - Berorientasikan egosentrik iaitu


keselarasan moral hanya untuk diri sendiri. Kanak-kanak pada peringkat ini
mementingkan kesan fizikal serta mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang
diterima sekiranya melanggar peraturan.

Peringkat 2: (umur 5 hingga 10 tahun)

Orientasi ganjaran peribadi - dikenali sebagai “hedonisme utilitarian” di mana


seseorang melakukan sesuatu kerana ingin dapatkan ganjaran, dan melakukan
sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapat balasan

Tahap Konvensional

26
 Melibatkan individu yg berumur dari 10 tahun hingga 20 tahun
 Tahap ini dibahagikan kepada dua peringkat:

Peringkat 1:

Orientasi perlakuan baik - Mula aplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan
oleh ibu bapa, guru atau orang di persekitaran. Individu mula dapat menerima
norma masyarakat. Sesuatu pekara akan dinilai samada baik atau buruk.
Menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
Ingin dilihat sebagai „anak yang baik‟

Peringkat 2:

Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan - Merupakan kesanggupan


melakukan sesuatu tanggungjawab dlm masyarakat & mematuhi peraturan sosial
yang sedia ada.

Perlakuan yg baik adalah perlakuan yg boleh membawa kpd kebahagiaan dalam


komuniti. Percaya semua orang perlu patuh kepada undang–undang dan
peraturan yang ada.

Tahap Pos-konvensional

 Melibatkan individu yg berumur lebih dari 20 tahun

 Dibahagikan kepada 2 peringkat:

Peringkat 1:

Etika kontrak sosial dan hak individu - Menganggap undang-undang merupakan


persetujuan di antara orang ramai tentang perlakuan yang memberi kebajikan
kepada masyarakat. Mementingkan nilai, hak dan prinsip; melihat undang-undang
sebagai suatu yang fleksibel dan mempunyai alternatif dan mematuhi undang-
undang sekiranya ia menepati hak-hak individu.

Peringkat 2:

27
Etika prinsip sejagat - Peringkat tertinggi kerana melibatkan soal falsafah tentang
moral itu sendiri dan mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan
menghormati maruah dan prinsip individu lain.

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Implikasi Peringkat Prakonvensional

 Kanak-kanak pada peringkat prakonvensional,akan cuba mengelakkan


tingkahlaku yang boleh menyebabkan mereka menerima hukuman, dan akan
berusaha untuk bertingkahlaku yang membolehkan menerima ganjaran. Oleh itu,
guru digalakkan agar dapat memberikan peneguhan seperti ganjaran terhadap
tingkahlaku positif.
 Guru sebagai suri teladan (role model). Guru perlu menunjukkan tingkahlaku
dan sikap yang baik kepada murid supaya mereka boleh meniru tingkahlaku
tersebut. Guru perlu menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar.

Implikasi Peringkat Konvensional

 Guru perlu mendidik pelajar supaya menghormati pandangan orang lain untuk
mengelakkan sebarang konflik.
 Guru menunjukkan tingkahlaku yang baik supaya boleh menjadi contoh
kepada murid.
 Memberikan pelajar jangkaan terhadap tingkahlaku yang perlu ditunjukkan.

Implikasi Peringkat Pos Konvensional

 Guru berbincang dengan pelajar tentang kesalahan yang dilakukan dan


menggalakkan mereka untuk membuat refleksi dan membetulkan tingkahlaku.

28
 Membincangkan isu-isu semasa dan sejagat serta membuat penyelesaian
masalah tentang isu moral.

 Menggalakkan pelajar membuat penaakulan terhadap isu-isu semasa yang


melibatkan moral sejagat.

Rumusan

Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan moral individu hingga remaja
seseorang individu. Tiga tahap perkembangan moral dijelaskan serta
dibincangkan. Akhir sekali implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran guru
turut dijelaskan. Sebagai guru, kita harus memperkaya ilmu terutama dalam aspek
penyampaian perkembangan dan nilai-nilai moral kepada generasi baru.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Berdasarkan perkembangan moral pelajar pada era


yang penuh cabaran, bincangkan implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran pelajar setelah berlaku
transformasi pendidikan berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Pengalaman

29
Aktiviti

Sebagai seorang guru, cadangkan aktiviti yang boleh


meningkatkan perkembangan moral pelajar anda.

Refleksi

Anda mendapati salah seorang daripada pelajar anda


telah mencuri wang tabung kelas kerana tidak mampu
untuk membeli buku rujukan yang diwajibkan oleh guru
mata pelajaran.

1. Apa tindakan anda sebagai seorang guru?


2. Adakah pelajar tersebut perlu mencuri?
3. Adakah tindakan gurumata pelajaran boleh mewajibkan pelajar
membeli buku rujukan yang mahal?

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI


UNIT 6 INDIVIDU HINGGA REMAJA BERDASARKAN
PERSPEKTIF TEORI

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menerangkan pengertian perkembangan sosioemosi
individu hingga remaja.
2. Dapat menghuraikan perkembangan sosio emosi individu hingga
remaja berasaskan teori.
3. Menilai implikasi perkembangan sosioemosi terhadap pengajaran
dan pembelajaran.
.

30
Sinopsis

Bab ini membincangkan peringkat perkembangan sosioemosi individu dengan


menekan Teori Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson; dan membincangkan
implikasi perkembangan sosioemosi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Teori
ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam menerangkan perkembangan
sosioemosi manusia.

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIO


EMOSI INDIVIDU HINGGA REMAJA
BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

Perkembangan Sosio Teori Implikasi Perkembangan Sosioemosi


Emosi Erik Erikson Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Guru

Pengenalan

Perkembangan sosioemosi dalam topik enam membincangkan perkembangan


sosioemosi Teori Erik Erikson dan implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian perkembangan sosioemosi memainkan
peranan penting dalam kehidupan individu. Ada perkara atau benda yang dialami
seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak
menyenangkan.

Perkembangan Sosioemosi

Menurut kamus Advanced Learner‟sEnglish-Malay Dictionary (2001) menghurai kan


emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci,
takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada

31
sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan
biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

Teori Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson

Teori perkembangan sosioemosi Erik Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial


dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti
seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan ini.

Umur
Peringkat Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial
(Tahun)

• Emosi digambarkan melalui tangisan atau ketawa.


Percaya Bayi • Ketika berumur 3 bulan, emosi suka dan duka bayi
lawan tidak (0 – 2 jelas kelihatan.
percaya tahun) • Ketika lahir, bayi hanya mengutamakan
keperluannya sahaja.
• Apabila semakin membesar, bayi mula memmjukkan
keinginan untuk bersosialisasi dengan memberikan
senyuman dan pelbagai tindak balas jika menerima
rangsangan daripada oranglain.
• Ketika umur setahun, kanak-kanak mula bermain
dengan ahli keluarga.

• Pada peringkat ini, emosi kanak-kanak cepat


Autonomi Awal berubah.
lawan malu / Kanak- • Emosi diluahkan dengan keras dan kiiat terutama
sangsi kanak apabila mereka tidak mendapat sesuatu yang
(2 – 6 diingini.
tahun) • Mereka sangat berimaginatif.
• Perasaan cemburu juga sangat jelas.
• Kanak-kanak sudah mula bertutur menggunakan
bahasa yang mudah.
• Keinginan untuk bersosial meningkat.
• Mereka menggunakan permainan sebagai satu cara
untuk bersosialisasi.

32
• Kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain.
Inisiatif lawan • Kanak-kanak amat peka terhadap kritikan dan sukar
bersalah Kanak- untuk menerima kegagalan.
kanak • Mereka inginkan penerimaan.
(6 -12 • Pengaruh rakan sebaya bertambah penting.
tahun) • Mereka mulai mempelajari tentang nilai seperti
bertolak ansur, bekerjasama, bertimbang rasa.

• Remaja mengalami pelbagai konflik diri.


Kecekapan
Remaja • Kurang sabar dan kerap marah.
lawan rasa • Keinginan untuk menarik perhatian mereka daripada
rendah diri (12 – 17
tahun) kalangan yang bertentangan jantina meningkat.
• Remaja mula menuntut kebebasan.

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Melalui pembelajaran perkembangan sosioemosi, boleh dirumuskan faedah ilmu


psikologi perkembangan sosioemosi kepara para guru. Ini membolehkan para guru
lebih memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikain, membantu pelajar
memahami diri mereka sendiri, membantu guru-guru merancang objektif dan
matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajar dan merumuskan langkah-
langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan.

Rumusan

Secara keseluruhannya, aspek-aspek ini merupakan perkembangan sosioemosi


yang dialami oleh semua pelajar. Guru perlu menguasai kemahiran ini agar dapat
memainkan peranan yang efektif dalam memastikan emosi dan interaksi pelajar
dapat disalurkan dengan cara yang betul.

Penyelidikan: Penerokaan Pelbagai Media

33
Anda bolehmeluaskan pengetahuan anda tentang
perkembangan individu dengan melayari internet serta membuat
bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta
mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.
http://www.academia.edu/16505751/TAJUK-7-PERKEMBANGAN-SOSIO-EMOSI

Pengalaman

Aktiviti

Pada pendapat anda, sejauh manakah implikasi


Perkembangan sosioemosi terhadap pengajaran dan
pembelajaran pelajar
Refleksi

Refleksi

Sejauhmanakah teori perkembangan sosio emosi


dapat membantu guru menyusun aktiviti-aktiviti
yang bersesuaian dengan PdP abad 21

34
Rujukan

Michael. A.J (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi untuk Pelajar Kursus


Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah


Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Ilmu Pendidikan
Pengetahuan Ikhtisas Model 1/3 Unit 1/2 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Guru.

Bahagian Pendidikan Guru. (2004). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah


Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Ilmu Pendidikan
Pengetahuan Ikhtisas Model 2/3 Unit 1 dan Unit 2 Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Guru.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. 1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sd. Bhd.

35
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009). Perkembangan Kanak-Kanak.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Halpin, A.W. dan Croft, D.B. (1963). The Organizational Climate of School.
Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago.

Ibrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ibrahim Md Noh (1997). Pengurusan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khadijah Rohani Mohd. Yusof. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open
University (OUM).

Lee Shok Mee. (1994). Asas Pendidikan 2 : Psikologi dalam Blik Darjah. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee. (1995). Asas Pendidikan 2 : Murid dan Proses Pembelajaran.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas
Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan (Siri Pendidikan Guru). Subang Jaya:
Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (2013). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran.


Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.

Ormrod, J. E. (2008). Educational Psychology: Developing Learners (6th ed.).


Uppersaddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai


dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

36
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi Pembelajaran &
Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi


Pendidikan. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Slavin, R.E. (2005). Educational Psychology: Theory into Practice. Englewood Cliff:
Prentice Hall Ltd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.

Woolfolk,A & Margetts, K (2007). Educational Psychology . Pearson: Prentice Hall.

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN


EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA KELAYAKAN

EN MOHD YUSRI BIN MOHAMD Kelulusan:


NOOR
M.Ed. ( Pengurusan Pendidikan ) UPSI
Pensyarah
B.Ed (Bimbingan dan Kaunseling)
IPG Kampus Batu Lintang, UPSI
93250 Kuching,
Sarawak Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Profesional
Guru Bimbingan dan Kaunseling

PN NOORAZURA BT MOHD Kelulusan:


MAKHTAR
M.Ed. ( Pengurusan Pendidikan ) UPSI
Pensyarah
B.Ed (Bimbingan dan Kaunseling)

37
NAMA KELAYAKAN

IPG Kampus Batu Lintang, UPSI


93250 Kuching, Dip. (Pembangunan Manusial) UPM
Sarawak
Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Profesional
Guru Bimbingan dan Kaunseling

PANEL PEMURI MODUL PEMBELAJARAN


EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA KELAYAKAN

DR. HJ. MOHAMAD ZAKARIA Kelulusan:


BIN MAT KHAZANI
Ph.D (Pengurusan Sumber Manusia)
Pensyarah UM
IPG Kampus Pendidikan Islam M.Sc (Pembangunan Sumber
Manusia) UTM
43657 Bandar Baru Bangi
B.Sc (Hons) UTM
Selangor

Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Profesional

38
NAMA KELAYAKAN

SITI BAROKAH BINTI KASRAN Kelulusan:


Pensyarah M.Sc (Pembangunan Sumber
Manusia) UNIMAS
IPG Kampus Pendidikan Islam
B.A (Hons) UM
43657 Bandar Baru Bangi
Selangor
Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Profesional

39