Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Menjaga Alam Sekitar

Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan


perbincangan dalam surat khabar. Hal ini kerana alam sekitar negara kita sudah
semakin tercemar. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh
dipandang ringan. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar.

Antara kebaikan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan menjadi bersih.
Oleh itu, semua lapisan masyarakat mestilah mengamalkan nilai-nilai murni
supaya kebersihan alam sekitar dapat terus terjaga. Alam sekitar yang bersih
membolehkan kita menikmati keindahan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih
juga akan memberikan ketenangan jiwa kepada kita.

Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat mengelakkan
daripada berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat beberapa pencemaran
yang sering berlaku seperti pencemaran sungai dan pencemaran udara. Pencemaran
alam sekitar yang berlaku akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri,
orang awam dan pihak kerajaan. Oleh itu, jika ada pihak yang mencemarkan alam
sekitar, aduan hendaklah dibuat segera kepada pihak berkuasa seperti Jabatan
Alam Sekitar.

Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik, pasti kita hidup dalam keadaan
yang sihat dan gembira. Sesungguhnya, alam sekitar yang kotor boleh
mendatangkan penyakit kepada kita kerana banyak binatang perosak suka tinggal
di kawasan yang kotor. Antara binatang yang suka tinggal di tempat yang kotor
ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita hidup dalam keadaan yang sihat, pasti
kehidupan kita akan lebih bahagia dan gembira.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dapat memajukan sektor


pelancongan negara. Sektor pelancongan negara amat penting kepada negara
kerana sekiranya sektor pelancongan maju maka secara tidak langsung ekonomi
negara juga akan turut maju. Sebagai contoh, apabila alam sekitar bersih dan cantik,
pasti ramai pelancong akan datang ke negara kita. Kehadiran pelancong ini akan
menambahkan pendapatan negara seterusnya dapat memajukan negara.

Alam sekitar yang bersih juga akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan


dalam membersihkan alam sekitar yang kotor. Projek membersihkan alam sekitar
yang kotor memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika alam sekitar bersih, maka
kerajaan boleh menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, dewan orang
ramai dan kemudahan awam yang lain. Selain itu, kerajaan juga boleh
menumpukan sepenuh usaha dan tenaga ke arah pembangunan negara.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar agar
sentiasa bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan
negatif kepada negara. Pada pendapat saya, semua pihak mesti memainkan peranan
dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih
dan ceria akan menjadikan Malaysia bertambah makmur dan maju.

Anda mungkin juga menyukai