Anda di halaman 1dari 20

TOPIK 1: PENGENALAN RIBA

1.1. DEFINISI RIBA


BAHASA

Menurut bahasa Arab, riba merujuk kepada lebihan, pertambahan dan perkembangan.
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Hajj ayat 5, maksudnya: “Engkau melihat bumi itu kering,
kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-
tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan
berbahagian-bahagian tanaman yang indah permai.”

Maknanya, bumi ini bergerak, meningkat dan bertambah berbanding sebelum hujan
turun. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Nahl, ayat 92, maksudnya: “Disebabkan adanya satu
golongan yang lebih ramai dari golongan lain.”

Maknanya bertambah dari segi jumlah dan kuasa.

Di dalam Surah al-Rum, ayat 39, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ketahuilah
bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya
dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak
mendatangkan kebaikan).”

Maknanya, semua bayaran tambahan kepada modal yang kamu berikan kepada pemakan
riba akan menambah dan mengembangkan harta mereka tetapi Allah SWT akan
menghapuskannya dan tidak akan memberkatinya.

Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri , 6 Januari 2012M bersamaan 12 Safar 1433H , (m/s 4)

ISTILAH
1
Menurut istilah para fuqaha terdapat beberapa definisi, antaranya:

• Mazhab Hanafi: Riba ialah lebihan suatu harta tanpa tukaran (gantian) di dalam sesuatu akad
tukaran harta dengan harta. Maksudnya ialah lebihan harta walaupun lebihan itu dalam bentuk
hukum sahaja. Oleh itu, definisi ini meliputi riba al-nasi’ah dan juga meliputi segala jenis jual
beli yang rosak dan tidak sah (al-buyu’ al-fasidah), atas alasan bahawa tangguhan pada sekali
satu barang tukaran itu mengakibatkan lebihan, dari sudut hukum, tanpa tukaran kebendaan yang
dapat dirasai. Tangguhan itu pada kebiasaannya melahirkan tukaran tambahan.

• Mazhab Maliki: Setiap jenis daripada jenis riba mengikut yang ditakrifkannya.

• Mazhab Syafie: Riba ialah akad yang dimeterai sebagai pertukaran barang tertentu tetapi pada
ketika akad dimeterai pertukaran ini tidak diketahui kesamarataannya menurut ukuran Syarak
ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan. (Lihat Mughni al-
Muhtaj 2/21)

• Mazhab Hanbali: Riba ialah berlaku lebihan dalam beberapa perkara dan kelewatan penyerahan
yang dikhususkan dengan perkara tertentu berdasarkan syariat yang mengharamkannya.

1.2. HUKUM RIBA


Hukum melakukan adalah haram berdasarkan Al-Qur’an, sunnah, dan ijmak ulama.
Keharaman dikaitkan dengan sistem bunga dalam jual beli atau transaksi yang bersifat
komersial. Di dalam transaksi tersebut, terdapat keuntungan atau bunga yang tinggi melebihi
keumuman (batas kewajaran) sehingga merugikan sebuah pihak-pihak tertentu. Fuad Moch.
Faruddin memberikan pendapat bahawa riba adalah sebuah transaksi pemerasan.

(ISTILAH) Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri , 6 Januari 2012M bersamaan 12 Safar 1433H , (m/s 4), http://al-
badar.net/pengertian-hukum-dan-macam-riba/

Dasar hukum diharamkan adalah firman Allah swt., sunnah, dan ijmak para ulama.

1. Al-Qur’an

2
‫ك بمأ عنلهل يم عقاَللوواا إمنلعماَ ٱيلبعييلع مميثلل ٱلرربعووااا عوأععحييلل ٱللليي ٱيلبعييييعع‬ ‫ٱللمذيعن يعيألكللوعن ٱلرربعوواا عل يعلقولموعن إملل عكعماَ يعلقولم ٱللمذيِ يعتععخبلطلهل ٱللشيي وطعلن ممعن ٱيلعم س ر‬
‫س وعذلم ع‬
‫و‬ ‫عوعحلرعم ٱلرربعووساا فععمن عجاَعءهۥُل عميومع ع‬
٢٧٥ ‫ب ٱللناَرمر هل يم مفيعهاَ وعخلملدوعن‬ ‫صوعح ل‬ ‫ك أع ي‬ ‫لم عوعمين ععاَعد فعأ لاولعئم ع‬ ‫ف عوأعيملر وهۥُل إمعلىَ ٱ ل ر‬
‫ظةة رمن لربرمهۦِ عفٱَنتعهعوىَ فعلعهۥُل عماَ عسلع ع‬

275. Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya
orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian
itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan
riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang
telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka
baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah)
kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-
penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

2. Sunnah Rasulullah SAW


Ertinya:

“Jauhilah tujuan hal yang membinasakan “. Para sahabat bertanya “Apakah ketujuh hal tersebut
wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang
diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim,
melarikan diri pada saat perang, dan menuduh berzina wanita yang suci, beriman dan lupa (lupa
dari maksiat).” (H.R. al-Bukhari: 2560 dan Muslim: 129)

3. Ijmak Ulama

Para ulama sepakat bahawa seluruh umat Islam mengutuk dan mengharamkan kerana
mendatangkan kemudaratan bagi manusia.

http://al-badar.net/pengertian-hukum-dan-macam-riba/ , Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri , 6 Januari 2012M


bersamaan 12 Safar 1433H , (m/s 12)

TOPIK 2: JENIS-JENIS RIBA

3
Berkaitan pembahagian jenis-jenis riba ulama mempunyai pandangan yang berbeza. Ulama
mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali membahagikan riba kepada dua jenis manakala ulama
mazhab Syafie pula membahagikan riba kepada tiga bahagian.

Riba al-Fadhl ( ‫) الفضل‬

Riba al-fadhl ialah berjual beli atau bertukar di antara dua item ribawi yang sama jenis
dengan kadar berat yang berbeza (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara
bilangan kuantiti). Riba al-fadhl juga juga ditakrifkan sebagai riba penambahan iaitu setiap
penambahan tanpa pengganti dalam tukar menukar barang dengan barang lain yang sama (Dr.
Ahmad Muhammad al-‘Assal & Dr. Fathi Ahmad Abdul Karim: hlm. 50).

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang riba al-fadhl, disini dibawakan
satu contoh berkaitan riba jenis ini (Zaharuddin Abd Rahman: hlm 25):

Seseorang menukar 5 gram emas (jenis 916) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750). Hukumnya
menjadi haram kerana sepatutnya kedua-dua emas itu mesti sama berat iaitu 5 gram. Apabila
beratnya berbeza, ia jatuh dalam hukum riba.

http://zakwanhalim.blogspot.com.tr/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

4
Sabda Nabi s.a.w berkaitan pengharamannya ialah (Ar-Raudhu Al-Marba’: 1994: hlm. 2980:
‫ فمن زاد‬.‫ال ذذهب باَلذهب والقضة باَلقضة والبر باَلبر والشعير باَلشعير والتمر باَلتمر والملح باَلملح مثل بمثل سواء لسواء يدا بيد‬
‫ فاَءذا اختلفت هذه الجناَس فبيعوا كيف شئتم‬.َ‫أواستزاد فقد أربى‬

Maksudnya: emas bertukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, jelai
dengan jelai, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, yang sama dengan yang sama,
yang serupa dengan yang serupa, tunai dengan tunai. Maka barang sapa menambah atau meminta
tambahan, dia telah melakukan riba. Apabila jenis-jenis ini berlainan antara satu dengan yang
lain, maka berjual belilah sebagaimana yang engkau mahu. (Riwayat Ahmad & Muslim).

Menurut hadis di atas, apabila melakukan transaksi dalam komoditi-komoditi di atas,


hendaklah kita melakukannya tanpa ada tambahan dari mana-mana belah pihak, bererti sama
timbangan dan kadarnya serta pertukaran tersebut dilakukan on the spot sekiranya dua barang
yang ditukarkan itu sama jenisnya. Sekiranya berlainan jenisnya akan tetapi masih dalam
kategori di atas, hendaklah pertukaran dilakukan secara on the spot sahaja tanpa perlu mengikut
syarat-syarat persamaan dari kadarnya.

Walaubagaimanapun ulama berbeza pendapat dalam menentukan komoditi yang tertakluk


dengan syarat pertukaran sama kadar dan secara spontan. Ulama Zahiri berpendapat komoditi
yang tertakluk adalah hanya 6 komoditi yang disebutkan dalam hadis. Manakala mazhab fiqh
yang lain berpendapat, pengharaman riba ini bukan tertakuluk kepada 6 komoditi itu sahaja, akan
tetapi apa-apa sahaja komoditi yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 6 komoditi tersebut.
Ulama Maliki berpendapat pertukaran yang tidak sama nilainya antara emas dan emas serta
perak dengan perak adalah dilarang kerana ianya termasuk dalam kategori wang (medium
pertukaran). Mereka juga berpendapat komoditi yang tertakuluk kepada riba al-Fadhl ini adalah
mana-mana komoditi makanan yang boleh disimpan berdasarkan analogi yang diambil daripada
hadis.

http://zakwanhalim.blogspot.com.tr/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

5
Ulama Syafie dan Hambali bersependapat dalam hujah ulama Maliki mengenai emas dan
perak akan tetapi tidak bersependapat dalam hal komoditi-komoditi lain yang mana Ulama
Maliki menegaskan komoditi makanan yang boleh disimpan termasuk dalam komoditi yang
berkaitan dengan riba al-Fadhl. Manakala Ulama Hanafi berhujah bahawa komoditi-komoditi
yang boleh terlibat dengan riba al-Fadhl tidak hanya tertumpu dengan apa yang disebut di dalam
hadis, akan tetapi boleh dikembangkan kepada semua komoditi yang kebiasaannya dijual
menggunakan ukuran dan timbangan.

Riba Nasi’ah (‫)النسيئة‬

Riba Nasi’ah ialah adalah tambahan yang diambil kerana penundaan pembayaran hutang di mana
hutang itu sepatutnya dibayarkan pada tempoh yang tertentu, akan tetapi dilewatkan pembayaran
hutang kepada tempoh yang baru. Menurut pandangan alim ulama riba nasi’ah ialah riba yang
yang dibayar lebih kerana dilambatkan pembayarannya iaitu caj tambahan atau membayar balik
pinjaman melebihi jumlah pinjaman yang dibuat kerana melambatkan pembayaran (Hj Abd
Razak Hj. Muhammad: hlm 28). Selain itu, ia juga disebut sebagai riba nasi’ah kerana pemiutang
meningkatkan nilai hutang apabila penghutang gagal membayarnya untuk satu-satu tempoh masa
(Fiqh Muamalat: hlm. 19).

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan riba nasi’ah, di sini disertakan satu
contoh yang boleh menjelaskannya:

Adli berhutang dengan Ismail sebanyak RM 100 dan berjanji akan membayar hutang RM 100 itu
dalam tempoh sebulan akan datang. Namun begitu, apabila genap tempoh sebulan itu, Adli tidak
mampu membayar hutangnya dan meminta untuk dilewatkan sedikit waktu untuk dia membayar
hutangnya. Oleh kerana penangguhan itu, Ismail meminta Adli membayar RM 120 kepadanya.
RM 20 ini merupakan tambahan akibat kelewatan pembayaran hutang tersebut dan dikenali
sebagai Riba an-Nasii`ah.

http://zakwanhalim.blogspot.com.tr/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

6
Dalam membincangkan jenis-jenis riba ini, ulama mazhab Syafie menambah satu lagi jenis riba
iaitu riba al-yad.

Riba al-Yadd (‫)اليد‬

Riba al-Yadd ialah riba yang berlaku akibat penangguhan dalam pertukaran barang-barang.
Contoh dibawah akan menjelaskan bagaimana riba al-yadd boleh berlaku:

Yusof menjual kereta kepada Syahmi. Mereka telah berakad bahawa Yusof menjualnya
dengan harga RM 30 ribu. Mereka berdua berpisah dari majlis akad dan Syahmi telah
menangguhkan pembayaran. Apabila Syahmi ingin membayar hutang pembelian kereta tersebut
kepada Yusof, Yusof telah minta RM 32 ribu daripadanya, lebih daripada apa yang telah
dipersetujui dalam akad.

2.1. RIBA DALAM KONTEKS SEMASA

2.1.1. WANG RIBA BOLEH DI SERAH KEPADA BAITULMAL

Tidak syak lagi bahawa wang faedah atau “interest” yang diberikan oleh mana-mana
bank konvensional adalah ditegah dan haram hukumnya seseorang mengambil dan menggunakan
wang itu untuk kepentingan peribadinya atau keluarganya seperti membeli makanan, pakaian,
tempat tinggal atau menggunakan wang itu untuk membayar hutangnya, walaupun orang yang
memberi hutang itu bukan Islam atau untuk membayar hutangnya, walaupun orang yang
memberi hutang itu bukan Islam atau untuk membayar cukai, termasuk cukai pendapatan.

http://zakwanhalim.blogspot.com.tr/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

7
Sikap sesetengah orang tidak mahu mengambil wang “interest” dan membiarkannya terus
berada di dalam bank adalah juga salah dalam ajaran Islam kerana ini bermakna dia
mengukuhkan lagi kedudukan bank ribawi serta menolong dan membantu berkembangnya
maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram. Lebih malang lagi bagi umat Islam yang
menyimpan wang mereka di bank luar negara seperti di Eropah atau Amerika dan tidak
mengambil faedah “Interest” di mana akhirnya wang itu digunakan oleh bank itu bagi membantu
pertubuhan-pertubuhan Kristian dan Yahudi yang berada di negara-negara Islam bagi
memantapkan lagi usaha mereka untuk mengkristiankan umat Islam atau sekurang-kurangnya
membuat pelbagai kegiatan bagi melemahkan keimanan umat Islam dan seterusnya terpesong
daripada ajaran Islam.

Oleh itu, wang faedah atau “interest” hendaklah diambil dan diserahkan kepada
Baitulmal untuk dibelanjakan dan membiayai projek-projek kebajikan umum seperti membantu
fakir miskin, anak-anak yatim, membuat jambatan, jalan dan seumpamanya. Kesimpulannya, ada
empat hukum berkaitan penggunaan wang “interest” atau mana-mana wang daripada sumber
haram, iaitu mengambil dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi hukumnya haram,
membiarkannya tersimpan dalam bank juga hukumnya haram, mengambil dan merosakkannya
seperti dibakar atau dibuang ke laut, juga hukumnya haram dan mengambil dan menyerahkannya
kepada Baitulmal, inilah yang dituntut.

Satu hal yang ingin jelaskan disini bahawa penggunaan wang itu pada urusan kebajikan
umum bukanlah termasuk dalam erti kata sedekah, cuma ia satu cara perbelanjaan atau
penggunaan wang haram pada satu-satunya jalan yang diharuskan. Mereka yang mengambil
wang "interest" dan menyerahkannya kepada Baitulmal tidak mendapat pahala sedekah, tetapi
akan mendapat pahala dari dua segi, iaitu keengganannya menggunakan wang haram untuk
faedah sendiri adalah satu sikap yang baik dan akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. dan dia
sebagai orang tengah yang membuat kebajikan dengan menyerahkannya kepada Baitulmal juga
diberi pahala oleh Allah s.w.t.

http://zakwanhalim.blogspot.com.tr/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

8
2.1.2. HAD KEUNTUNGAN DALAM ISLAM

Dalam Islam tiada dalil khusus mengenai permasalahan ini. Setiap penjual berhak menentukan
harga barangan yang dimilikiya. Namun begitu, keadaan ini masih terikat dengan harga pasaran.
Para ulama berbeza pendapat bagi asset atau barang yang tiada sebarang perbezaan tambah nilai.
Terdapat mereka yang membenarkan tidak lebih 1/6 daripada harga pasaran, ada yang
meletakkan 1/3 iaitu pandangan ulama Maliki, ½ dan lain-lain. (Zaharuddin Abd. Rahman, 2010:
hlm.139)

Bagaimanapun, menurut tahkik atau analisa terkini yang dibuat oleh Syeikh Prof. Dr.
Muhyidin al-Qurrah Daghi, pandangan terkuat dalam hal ini adalah terserah kepada uruf atau
suasana setempat. Semua kadar yang diberikan itu tidak disokong oleh dalil khusus. Bagi mereka
yang menginginkan dalil keharusan harga tanpa had iaitu harga yang menepati syara, dalilnya
ialah:

,‫ فجباء ببدينار‬,‫ فباع احبداهما ببدينار‬,‫ فاشترى له به شاتين‬,‫ أعطاة دينارا ييشتري له به شاة‬,‫أن النبي صلى ا عليه وسلم‬
‫ وكان لو اشتري التراب لربح فيه‬,‫فدعا له بالبركة في بيعة‬

Maksudnya : “sesungguhnya Nabi S.A.W. memberi ‘Urwah satu dinar untuk membeli seekor
kambing, maka (atas kebijaksanaanya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor
dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi S.A.W. membawa satu dinar dan seekor
kambing, maka Nabi S.A.W. terus mendoakannya dalam jaulannya, yang jika ia membeli tanah
sekalipun pasti ia akan mendapat untung.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambung dengan harga
satu dinar, bermakna ½ dinar seekor. Kemudiannya menjual dengan harga 1 dinar iaitu
keuntungan 100%. Transaksi ini diiktiraf oleh Baginda S.A.W malah dipuji dan didoakannya.

http://zakwanhalim.blogspot.com.tr/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

9
2.1.3. BELI KERETA CARA ISLAM TETAPI INSURANS RIBA

Terdapat sesetengah daripada ahli masyarakat membuat transaksi dengan bank Islam iaitu
menjadikan Bank Islam sebagai pembiaya melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati
system muamalat syariah. Antara konsep yang digunakan ialah Mudhorabah, iaitu bank akan
membeli daripada pengedar dan menjualnya semula kepada pembeli dengan harga “mark up”
kerana pembeli memilih pembayaran secara ansuran.

Kebanyakkan Bank Islam yang lain akan mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma al-Bai
iaitu sewaan yang ditamatkan dengan jualan. Proses dilakukan apabila pihak bank akan membeli
kereta daripada pengedar atau mungkin juga terus daripada pembeli. Selepas pemilikan bank
keatas manfaat kereta telah sempurna, maka pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali
kepada pembeli. Apabila pembayaran terakhir dilakukan oleh pembeli, dianggap bayaran terakhir
sebagai jualan terus. Semuanya telah disahkan oleh Penasihat Syariah masing-masing.
(Zaharuddin Abd. Rahman 2010: hlm.152)

Hukum insurans konvesional adalah haram menurut Majlis Fatwa Kebangsaan. Hal ini
sebagaimana yang telah diputuskan oleh kesepakatan para ulama kerana ianya mempunyai
elemen-elemen riba, gharar dan maisir. (Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 2009:
hlm.57)

Biasanya insurans tidak akan diuruskan oleh pihak bank, sebaliknya diuruskan oleh
pembeli atau penjual kereta. Walaubagaimanapun, jika ianya diurus oleh bank atau syarikat
penjual kereta tersebut, pembeli berhak untut menuntut perlindungan takaful untuk keretanya.
Tidak terdapat sebarang peruntukan undang-undang yang boleh memaksa pembeli memilih
insurans yang ditetapkan oleh penjual kereta tersebut. Muzakarah telah memutuskan bahawa
konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan syariat Islam. (Keputusan
Muzakarah Kebangsaan 2009: hlm. 80)

http://zakwanhalim.blogspot.com.tr/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

10
TOPIK 3: IMPLIKASI RIBA

Seperti mana yg kita semua sedia maklum, islam mengharamkan riba dan menyatakan riba
sebagai kejahatan terbesar dan dosa terberat yang dilakukan oleh manusia. Rasulullah S.A.W.
juga melaknat setiap orang yang terlibat dalam riba ini.

Namun, terdapat beberapa kesan buruk terhadap orang yang mengamalkan riba’.

1.1. Dari masyarakat

Amalan riba ini akan menjadikan pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan
berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja. Ia juga
merupakan penindasan terhadap orang-orang miskin di mana pihak pemberi hutang akan
bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan tertekan. Ini akan
merosakkan hubungan dalam hidup bermasyarakat. Selain itu, amalan riba boleh menyebabkan
kasih-sayang, sikap tolong-menolong dan mengasihani antara satu sama lain akan hilang antara
orang miskin dan orang kaya. Konflik ini boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di kalangan
peminjam seperti rompakan, pembunuhan dan lain- lain. Ini boleh mengganggu gugat kestabilan
masyarakat secara keseluruhan.

1.2. Dari segi akhlak dan sosial

Riba mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha


sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja. Ia juga merupakan
penindasan terhadap orang-orang miskin di mana pihak pemberi hutang akan bertambah kaya
sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan hidup diselubungi dengan tertekan.
Selain itu, amalan riba boleh menyebabkan kasih sayang, sikap tolong menolong dan
mengasihani antara satu sama lain akan hilang. Riba boleh merosak dan merenggang hubungan
antara orang kaya pemakan riba dengan orang miskin dan menimbulkan perasaan benci dan juga
iri hati di kalangan mereka. Konflik boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di kalangan
peminjam seperti rompakan, pembunuhan dan lain-lain lagi. Ini boleh mengganggu gugat
kestabilan masyarakat secara kesuluruhan.

http://ppismp205.blogspot.com.tr/2012/03/1.html

1.3. Dari segi ekonomi


11
Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, menyebabkan kekurangan
pekerjaan dan pendapatan. Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan mengakibatkan
inflasi. Riba diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu dan meletakkan kesemua risiko ke atas bahu
peminjam. Kita bimbang denga berlakunya riba dalam negara akan menyebabkan keretakan
institusi keluarga, meningkatnya jenayah, bertambahnya kes bunuh diri, menjual maruah diri,
penindasan, keruntuhan moral dan sebagainya. Justeru, semua pihak diseru agar menyediakan
perancangan kewangan yang baik untuk menjauhi budaya berhutang dan riba’, bagi
mengelakkan kehancuran masa depan individu, masyarakat dan negara.

Apabila al-Quran mengharamkan urusniaga yang melibatkan riba tujuannya adalah untuk
melindungi mereka yang tidak berkemampuan daripada mereka yang kaya yang mungkin
mengambil kesempatan daripada mereka. Pengharaman riba oleh Islam hendaklah dilihat sebagai
satu usaha untuk memperbaiki etika manusia bahawa semua manusia mestilah dilayan dengan
adil, bukannya sebagai halangan kepada perniagaan.

Oleh itu, ingatlah bahawa orang yang terlibat dengan riba’ akan dicabut keberkatan dalam
hidupnya. Allah tidak menyukai setiap orang yang ingkar (yang menghalalkan riba’) lagi banyak
melakukan dosa”.

http://ppismp205.blogspot.com.tr/2012/03/1.html

1.4. DALIL DAN HIKMAH PENGHARAMAN RIBA

12
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 275 yang bermaksud:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk oleh syaitan, dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan
yang merasuk) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya
berjual-beli itu hanyalah seperti riba padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga)
dan mengharamkan riba

1) Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin
kerana yang miskin bertambah miskin

2) Pemakan riba’ akan bertambah kaya dan senang. Riba’ akan mendorong pemakannya
hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan
umatnya untuk berusaha dan bekerja

3) Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’
dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan
negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya

4) Membuka pintu-pintu kebaikkan didepan orang Muslim agar ia mencari bekal untuk
akhiratnya.

http://ppismp205.blogspot.com.tr/2012/03/1.html

TOPIK 4: PENYELESAIAN MASALAH RIBA

13
4.1. PERANAN MASYARAKAT

Masyarakat Islam mesti disedarkan tentang ancaman hutang yang sedang dihadapi.
Mereka juga mesti dimaklumkan bahawa operasi sistem perbankan dan kewangan di Malaysia
yang berasaskan kepada riba perlu dihapuskan dengan segera kerana sistem ini akan sentiasa
menambahkan kadar hutang dalam masyarakat. Mereka juga mesti dimaklumkan bahawa
perbankan Islam, walaupun halal dari aspek urusniaga, sebenarnya adalah sebahagian daripada
industri hutang dan oleh yang demikian bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang sedang
dihadapi.

Proses pendidikan atau tarbiah yang mantap sangat diperlukan untuk mengatasi ancaman
yang sedang dihadapi. Pengukuhan akidah dalam sanubari orang Islam mesti menjadi asas
kepada sistem pendidikan muda-mudi sejak dari bangku sekolah lagi.

Perspektif Islam tentang kehidupan, yang menekankan keperluan umat Islam menjadikan
kejayaan akhirat sebagai fokus kehidupan di dunia hendaklah ditanam dalam sanubari
masyarakat Islam Islam sejak dari bangku sekolah juga. Perspektif ini hendaklah juga menjadi
unsur utama dalam proses pentarbiahan pelajar Islam apabila mereka masuk ke alam remaja dan
seterusnya ke alam dewasa.

Di samping itu, proses pentarbiahan ini juga mesti mampu memaklumkan kepada mereka
tentang industri riba. Ini termasuk maklumat tentang sejarah penubuhan dan perkembangan
industri hutang di Eropah selepas zaman Renaissance. Muda-mudi Islam juga mesti
dimaklumkan bagaimana sistem riba telah dibawa masuk ke dalam negara kita oleh penjajah dan
bagaimana sistem pendidikan di sekolah dan universiti yang berasaskan fahaman liberal sekular
telah membuat ramai orang Islam, terutama sekali kalangan pemimpin masyarakat yang dididik
dalam sistem yang dibangunkan oleh penjajah tidak lagi peka tentang betapa kejinya amalan
riba.

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/32-prof-dr-nazari-ismail/1508-aspek-tarbiah-dalam-
pelaksanaan-sistem-kewangan-islam-bahagian-iii-akhir

14
Masyarakat Islam juga hendaklah dimaklumkan bahawa perbankan Islam bukannya
mencerminkan pendekatan Islam yang sebenar dalam menangani masalah riba. Bahkan
perbankan Islam mungkin akan menambahkan ancaman kepada masyarakat Islam kerana usaha-
usaha yang giat dalam kalangan bank Islam untuk menambahkan jumlah pelanggan yang juga
merupakan penghutang kepada mereka.

Sebaliknya pendekatan yang betul ialah menggalakkan masyarakat Islam supaya


meminimumkan tahap hutang mereka. Apa yang lebih baik ialah jika masyarakat dapat
diyakinkan supaya berpegang kepada prinsip `Hidup bebas hutang, terutama daripada industri
perbankan’. Tetapi ia sudah tentu memerlukan rombakan kepada sistem pentarbiahan masyarakat
di semua peringkat.

Sistem pentarbiahan yang baru ini hendaklah melibatkan kita semua supaya kita boleh
menjadi contoh kepada generasi akan datang tentang bagaimana kita boleh hidup tanpa
berhutang dengan industri hutang. Mungkin kehidupan kita akan kurang selesa akibat daripada
keputusan untuk tidak berhutang dalam menguruskan kehidupan kita. Namun kita hendaklah
yakin bahawa inilah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk merubah budaya masyarakat demi
menjamin kesejahteraan anak dan cucu kita pada masa hadapan.

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/32-prof-dr-nazari-ismail/1508-aspek-tarbiah-dalam-
pelaksanaan-sistem-kewangan-islam-bahagian-iii-akhir

15
4.2. PERANAN PERBANKAN

“…Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (iaitu band) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan
yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh
sesiapa…”; al-Quran: Al-Baqarah: 279

Sistem perbankan hendaklah berdasarkan hukum Islam. Bagi membolehkan sistem


perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam, urusniaga berbentuk faedah (riba)
adalah haram sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh menjana keuntungan walaupun tanpa
urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:-

a) Muharabah (perkongsian keuntungan)

Ialah pengaturan atau perjanjiandi anta pemberi modal dan pengusaha projek di mana pengusaha
projek menggunakan dana bagi menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan
yang diperolehi akan dibahagidi antara pemberi modal dan pengusaha projek tersebut mengikut
nisbah yang dipersetujui sementara kerugian akan ditanggung seluruhnya oleh pemberi modal.

b) Wadiah (simpan amanah)

Wadiah atau simpanan adalah konsep perbankan islam yang hampir sama dengan konsep akaun
simpanan dalam perbankan konvensional. Dalam konsep wadiah, bank dianggap sebagai penjaga
dan pemegang amanah dana. Seseorang pengdeposit akan mengdepositkan dana ke dalam bank
dan akan menjamin pembayaran balik kesemua amoun deposit berkenaan, atau sebahagian
daripada amaun belum jelas apabila pendeposit memintanya. Pengdeposit mungkin akan
diberikan ‘hibah’ (hadiah), atas budi bicara bank, sebagai satu bentuk penghargaan kerana
membenarkan pengguna dana pendeposit oleh bank.

http://ensiklopediamuslim.blogspot.com.tr/2009/05/riba.html

c) Murabahah (kos tambahan)


16
Murabahah atau kos tokok ditakrifkan sebagai penjual barang, yang tidak melanggar syariah,
pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua penjual dan
pembeli. Antara syarat adalah harga belian dan juala, koa-kos lain serta margin keuntungan
hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan.

d) Ijarah (pajakan)

Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan. Kontrak pertama ialah kontrak ijarah
(pemajakan/menyewa) akan ditandatangi terlebih dahulu sebelum kontrak kedua iaitu kontrak
Bai’ (belian) dimeterai. Sebagai contoh, dibawh kemudahan pembiayaan kereta, pelanggan akan
memasuki kontrak pertama dan memajak kereta tersebut daripada pemilik (bank) pada kadar
sewa yang telah dipersetujui untuk sesuatu tempoh tertentu. Ada akhir tepoh pemajakan, kontrak
kedua akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada
harga yang telah dipersetujui.

4.3. PERANAN ULAMA

Ilmu

Menyebarkan dengan menumpukan tentang punca-punca riba, akibat mengamalkan riba


supaya masyarakat faham pekara ini.

Kitab

Membukukan kitab yang menengahkan tentang riba dan memasarkan kepada masyarakat
supaya dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya bahawa masalah riba boleh
merosakan dan mendatangkan pekara yang buruk.

http://ensiklopediamuslim.blogspot.com.tr/2009/05/riba.html

4.4. PERANAN KERAJAAN

17
a) Pihak kerajaan perlulah membubarkan sistem riba disetiap perbankan atau wang
riba boleh diserahkan kepada Baitulmal.

Secara umum fungsi untuk memungut dan menampung harta yang menjadi hak masyarakat
muslim dari berbagai sumber mata pendapatan negara dan mendistribusikan kembali kepada
masyarakat. Tujuannya, adalah untuk mengelakkan daripada masaalah riba berlaku dan untuk
dibelanjakan untuk kemaslahatan ummat.

b) Tanggungjawab pemerintah menyejahterakan rakyat

Al-Qur’an memaklumatkan visi negara dalam bidang ekonomi ini:

“Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan da dalamnya dan tidak akan terlanjang, dan
sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di
dalamnya.” (Thaha: 118-119)

Tanggungjawab penguasa adalah membantu rakyat ketika mereka menghadapi kelaparan


dan penderitaan, kerajaan perlulah penggunaka kewangan negara untuk tujuan-tujuan yang
menjadi kewajiban negara.

4.5. TINDAKAN YANG DIKENAKAN

Menggunakan segala kaedah yang diajari islam melalui sumber utama al-Qur’an and al-hadis.
Masalah riba pasti dapat diatasi melaluinya. Kerajaan perlu mengenakan tindakan jika sesebuah
pembankan masih menjadikan riba sebagai satu faktor untuk mereka mengaut keuntungan.
Tindakan sewajarnya perlulah dikenakan kepada mereka seperti menyita bank berkenaan atau
mengambil sejumlah wang riba untuk di berikan kepada Baitulmal.

TOPIK 5: PENUTUP

18
Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba' iaitu
amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Dari segi bahasa
sendiridigambarkan bahawa riba' membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan
dalam istilah riba' iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba' muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas
menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya - “
membantu kemudian membunuh “. Apabila Islam muncul, riba' dikeji dan diperangi habis
habisan. Amalan riba' diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan
perlakuan riba' itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini di akhir zaman, riba' muncul
semula tetapi dalam situasi yang berhemah. Simboliknya–mengikut kemampuan semasa.

Pengharaman riba masih merupakan elemen yang penting dalam perniagaan Islam untuk
mewujudkan sebuah ekonomi yang bertanggungjawab secara sosial. Sejak beberapa dekad yang
lalu, menurut satu laporan oleh Institut Perbankan dan Insurans Islam, sebanyak 150 institusi
perbankan Islam telah mengurus $100 bilion di dalam Negara-negara Islam dan luar Negara.
Minat kepada pelaburan secara Islam meningkat, di mana pasaran saham antarabangsa telah
melancarkan indeks pasaran secara Islam mengikut panduan yang diberi Al Quran. Ini berkaitan
dengan pengaruh etika Islam yang menekankan kepada konsep keadilan sosial dan keadilan di
dalam pembahagian kekayaan melalui pengharaman riba.

Apabila Quran mengharamkan urusniaga yang melibatkan riba tujuannya adalah untuk
melindungi mereka yang tidak berkemampuan daripada mereka yang kaya yang mungkin
mengambil kesempatan daripada mereka. Oleh itu, pengharaman riba oleh Islam hendaklah
dilihat sebagai satu usaha untuk memperbaiki etika manusia bahawa semua manusia mestilah
dilayan dengan adil, bukannya sebagai halangan kepada perniagaan.

RUJUKAN
Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri , 6 Januari 2012M bersamaan 12 Safar 1433H , (m/s 4)
19
(ISTILAH) Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri , 6 Januari 2012M bersamaan 12 Safar
1433H , (m/s 4), http://al-badar.net/pengertian-hukum-dan-macam-riba/

http://al-badar.net/pengertian-hukum-dan-macam-riba/ , Dr. Zulkifli bin Mohamad al-


Bakri , 6 Januari 2012M bersamaan 12 Safar 1433H , (m/s 12)

http://zakwanhalim.blogspot.com.tr/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

http://ppismp205.blogspot.com.tr/2012/03/1.html

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/32-prof-dr-nazari-ismail/1508-aspek
tarbiah-dalam-pelaksanaan-sistem-kewangan-islam-bahagian-iii-akhir

http://ensiklopediamuslim.blogspot.com.tr/2009/05/riba.html

20