Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENGANUGERAHAN

WATIKAH LANTIKAN PEMIMPIN MURID

TERIMA KASIH SAUDARI PENGACARA MAJLIS.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULLILAHI RABBIL ALAMIN WASSOLATU WASSOLAMU
ALA ASHRAFIL ANBIYAR IWAR MURSOLIN WAALA ALIHI WASIBIHI AJ’MAIN.

YANG DIHORMATI PUAN AZLINA BINTI YUSOFF, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, PUAN HJH
NORSIAH BT IDRIS, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, ENCIK ROSLI BIN HADI, PENOLONG
KANAN KO-KURIKULUM, PUAN SALIMAH BINTI MOHD RAWI, PENOLONG KANAN PENDIDIKAN
KHAS, GURU-GURU, BARISAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH,
KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.

HADIRIN SEKALIAN YANG DIRAHMATI ALLAH,

TERLEBIH DAHULU IZINKAN SAYA MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH


SUBHANALLAH TAALA KERANA DENGAN IZIN DAN INAYAHNYA DAPAT SAYA BERSAMA DENGAN
GURU-GURU DAN MURID-MURID PADA HARI INI SEMPENA MAJLIS WATIKAH LANTIKAN
PEMIMPIN MURID BAGI TAHUN 2018.

MURID-MURID SKJS1 YANG DIKASIHI SEKALIAN,

DISINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI


TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH,
KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS, SKUAD DENGGI DAN CHAMPION VLE FROG DIATAS
PERLANTIKAN MEREKA PADA HARI INI. SAYA YAKIN PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK
PADA HARI INI TELAH MELALUI SATU PROSES PEMILIHAN YANG RAPI AGAR MEREKA YANG
TERPILIH MEMILIKI CIRI-CIRI KEPIMPINAN UNTUK MEMBIMBING RAKAN-RAKAN MEREKA DI
SEKOLAH SERTA DAPAT MEMBANTU GURU-GURU MELAKSANAKAN TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB MEREKA MEMBERI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI. HANYA DENGAN
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SAHAJA DAPAT MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG EFISEN
DAN MENJADI MODAL INSAN NEGARA YANG PRODUKTIF. SESUNGGUHNYA PENGAWAS-
PENGAWAS YANG DILANTIK HARUS BERASA BERTUAH DENGAN PERLANTIKAN INI. SAYA
MEMOHON KEPADA MEREKA AGAR BERASA SYUKUR KEPADA ALLAH DAN SENTIASA
MENGINGATINYA SEMASA MEMIKUL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ITU NANTI. SEHUBUNGAN
ITU, PADA HARI YANG BERSEJARAH INI MEREKA PATUT DIRAIKAN.

APAKAH PERANAN PENGAWAS? PEGAWAS ADALAH PEMIMPIN KECIL YANG DIPILIH UNTUK
MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEMBANTU GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH
AGAR DAPAT MEWUJUDKAN SATU PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KEMAS DAN TERATUR.
PERSEKITARAN YANG DIMAKSUDKAN ADALAH MENENTUKAN SUASANA YANG DAMAI, SITUASI
YANG TERKAWAL DAN MENUMPUKAN KEPADA FUNGSI UTAMA SEBUAH SEKOLAH -
MELAHIRKAN MURID-MURID YANG BERPOTENSI MENJADI PEMIMPIN NEGARA MASA HADAPAN
DAN TUNGGAK PEMBANGUNAN NEGARA DALAM APA JUA BIDANG YANG MEREKA MINATI. SAYA
BERHARAP PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK PADA HARI INI DAPAT MENJALANKAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN PENUH AMANAH, JUJUR, IKHLAS DAN
BERTANGGUNGJAWAB. SAYA JUGA INGIN MEMBERI INGATAN AGAR MEREKA MEMELIHARA
SOLAT DAN SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SERTA MEMINTA KEPADANYA AGAR URUSAN
HARIAN MEREKA MENDAPAT PAHALA YANG AMAT BESAR DAN DIBERKATI KEHIDUPAN
MEREKA. ITU JANJI ALLAH. PADA MASA YANG SAMA, SAYA BERHARAP MEREKA TIDAK
MENGABAIKAN PELAJARAN AKADEMIK MEREKA SENDIRI DI DALAM DARJAH.

BAGI MURID-MURID LAIN PULA, SAYA INGIN BERPESAN AGAR SENTIASA MESTI MEMBERI
KERJASAMA KEPADA SEMUA PENGAWAS YANG DILANTIK. SAYA INGIN MENASIHATI MURID-
MURID AGAR MEMATUHI DAN MENGHAYATI PERATURAN SEKOLAH SUPAYA GURU-GURU DAN
PENTADBIR SEKOLAH DAPAT MENUMPUKAN KEPADA USAHA DALAM MEMBANGUNKAN
INFRASTRUKTUR DAN FASILITI SEKOLAH SERTA PEMBANGUNAN AKADEMIK BAGI
MENENTUKAN KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN SEKOLAH DAPAT DIPERTINGKATKAN.
MURID-MURID PERLU MENGHORMATI PENGAWAS. JAUHI SIKAP-SIKAP NEGATIF SEPERTI
PERBUATAN MEROSAKKAN FASILITI SEKOLAH, PERBUATAN MEMBULI DAN BERGADUH SERTA
TIDAK MENGHORMATI GURU-GURU DAN KAWAN-KAWAN SEKOLAH.
MURID-MURID SKJS1 YANG DIKASIHI SEKALIAN,

DIKESEMPATAN INI, SAYA BERDOA AGAR SKJS1 SENTIASA MENDAPAT KERAHMATAN ALLAH
DAN DIBERI PERLINDUNGAN AGAR SENTIASA BERUPAYA MELAHIRKAN INSAN-INSAN YANG
MENJADI KEBANGGAAN NEGARA DAN DIJAUHI DARI SEGALA BENCANA ATAU MUSIBAH. SAYA
BERHARAP GURU-GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH AKAN MELIPATGANDAKAN USAHA MEREKA
DALAM MEMBENTUK DAN MEMBERI PELAJARAN KEPADA SEMUA MURID SEKOLAH INI. SAYA
JUGA BERDOA AGAR MURID-MURID SEKOLAH INI SENTIASA BEROLEH KEJAYAAN DIDALAM
PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN YANG MEREKA BAKAL HADAPI.

AKHIRKATA, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERDOA AGAR SKJS1 SENTIASA CEMERLANG,


GEMILANG DAN TERBILANG DALAM AKTIVITI AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM. SAYA JUGA
BERDOA AGAR MURID-MURID SEKELIAN MENDAPAT KEJAYAAN DALAM MENGHADAPI URUSAN
PERSEKOLAHAN.

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAYA MERASMIKAN MAJLIS


PENGANUGERAHAN WATIKAH LANTIKAN PEMIMPIN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN
SEMENYIH 1 (INTEG) BAGI TAHUN 2018.

SEKIAN, TERIMA KASIH. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Anda mungkin juga menyukai