Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Penglibatan kaum Cina dalam pentadbiran kerajaan semenjak pemerintahan

British di Tanah Melayu, kaum Cina sering mendapat tempat untuk berkhidmat

dengan kerajaan khususnya di negeri-negeri Selat. Setelah negara Malaysia

mencapai kemerdekaan, ramai di kalangan kaum Cina telah diserapkan ke dalam

pentadbiran kerajaan kerana memiliki diploma dan ijazah dibandingkan dengan

kaum Melayu yang kurang berpendidikan khusus dalam pendidikan Inggeris.

Semenjak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pengambilan kakitangan

(pegawai) dalam sektor awam telah disusun semula dengan mengambilkira penyertaan

semua kaum. Penyertaan kaum Cina sama ada dalam sector ekonomi dan kerajaan

akan mempercepatkan lagi proses perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum khususnya selepas peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini selaras dengan

kernyataan Kok Wee Kiat seperti berikut: “Biarlah orang Malaysia menangani semula

kehidupan mereka berasaskan kesatuan, harmoni dan persahabatan yang

kerananyalah kita telah berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.”


2.0 ISU-ISU PENGLIBATAN KAUM CINA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Penglibatan kaum Cina dalam sektor awam sejak akhir-akhir ini semakin

membimbangkan khususnya dalam perhkidmatan-perkhidmatan tertentu seperti

perkhidmatan tentera, polis dan bomba. Ia adalah disebabkan oleh minat yang kurang

terhadap perkhidmatan-perkhidmatan tersebut serta lebih cenderung berkhidmat dalam

sektor swasta. Tambahan pula, sektor swasta menawarkan gaji yang lebih lumayan

berbanding dengan gaji di sektor awam. Sebagai contoh pada tahun 2006, daripada

10,633 orang anggota bomba di seluruh negara, hanya sebanyak 0.7 % atau 79 orang

anggotanya daripada kaum Cina dan selebihnya dianggotai oleh kaum Melayu serta

kaum-kaum lain. Di samping itu, kekurangan maklumat tentang pengambilan pekerja

turut menjejaskan penglibatan kaum Cina dalam sebarang jawatan. dalam sektor awam.

Ia selaras dengan kenyataan Pemuda Persatuan Cina Malaysia(MCA) bahawa didapati

ramai remaja Cina khusunya lepasan sekolah yang berminat untuk berkhidmat dalam

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun disebabkan kurangnya maklumat tersebut,

mereka berasa tidak yakin dan samar-samar untuk menyertai ATM ini.

Selain itu, Budaya kerja sesebuah organisasi adalah dirujuk kepada jumlah

bilangan nilai-nilai dan kepercayaan yang juga termasuk perilaku manusia di dalam

organisasi tersebut. Sebenarnya apabila sikap, perasaan dan perilaku manusia dalam

organisasi adalah terlalu natural kepada mereka sehinggakan individu dalam organisasi

mungkin tidak sedar yang mereka memperlihatkan imej atau corak perilaku dimana

ianya akan membentuk budaya bagi organisasi tersebut. Satu budaya kerja cemerlang

harus mengandungi nilai-nilai murni dan unggul sebagai asasnya. Kajian oleh pakar-

pakar pengurusan dan dan contoh-contoh yang diperolehi daripada syarikat-syarikat


swasta telah membuktikan bahawa beberapa syarikat-syarikat yang cemerlang dan

berjaya mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai bersama yang dijadikan budaya kerja

syarikat. Dengan mengamalkan nilai-nilai dan budaya kerja cemerlang, syarikat-syarikat

berkenaan menjadi kuat dan teguh, sebaliknya organisasi-organisasi yang tidak

empunyai nilai nilai murni yang unggul yang dikongsi bersama sebagai satu budaya

kerja tidak akan Berjaya walaupun is memiliki asas yang kuat dalam bidang-bidang lain.

Bagi kaum cina, membuat pekerjaan dengan rajin bersamaan dengan pendapatan

lumayan. Hal ini telah tidak selari dengan pendapatan sektor awam di mana kaum cia

beranggapan bekerja dengan kerajaan tidak dapat mendapatkan pendapatan yang

mereka inginkan.

Di samping itu, kekurangan maklumat tentang pengambilan pekerja turut

menjejaskan penglibatan kaum Cina dalam sebarang jawatan dalam sektor awam. Ia

selaras dengan kenyataan Pemuda MCA bahawa didapati ramai remaja kaum Cina

lepasan dari sekolah yang berminat untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera

Malaysia (ATM), namun disebabkan kurangnya maklumat tersebut, mereka berasa tidak

yakin untuk menyertai ATM ini.Walaubagaimanapun, secara purata penyertaan kaum

Cina dalam perkhidmatan awam adalah lebih rendah berbanding dengan kaum

Melayu, namun mereka biasanya lebih memegang jawatan-jawatan yang terpenting

dan tertinggi di dalam perkhidmatan awam.Namun pun begitu, penglibatan mereka

lebih tertumpu kepada bidang profesional berbanding dengan kaum-kaum lain

yang terdapat negara ini seperti bidang arkitek, akauntan, jurutera, doktor gigi,

doktor, doktor veterinar, juruukur dan peguam.


3.0 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Tidak dapat dinafikan bahawa Penjawat Awam kaum Cina lebih komited, proaktif

berbanding dengan laum lain dalam Sektor Awam. Perkara ini telah terbukti dari dulu

lagi di mana masyarakat Cina rajin dan komited dalam apa jua bidang atau sektor yang

diceburi .

Kerajaan berazam untuk menambah bilangan penjawat awam bukan Melayu

dalam pentadbiran negara dan pelbagai langkah telah diambil sejak tiga tahun lepas

bagi menarik minat golongan ini, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan

wakil dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) mengenai isu pengambilan

kaum Cina sebagai penjawat awam. Kerajaan Malaysia mementingkan kepelbagaian

dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dan berharap semua kaum dapat

mengambil wataknya dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan lagi mutu

perkhidmatan awam. Dalam usaha sedemikian, kerajaan telah membuat pelbagai iklan

dalam menyahur kepentingan penglibatan kaum cina dalam sektor awam.

Masyarakat Cina kini lebih berminat memohon jawatan dalam kerajaan

berbanding sebelum ini berikutan beberapa penambahbaikan dalam skala gaji

perkhidmatan awam. Gaji pokok lebih tinggi telah membuka mata masyarakat itu,

khususnya pencari kerja untuk memohon menyertai perkhidmatan awam. Sebagai

contoh, Kira-kira 450 pencari kerja daripada masyarakat Cina telah memohon kerja

dengan kerajaan baru-baru ini dalam kempen anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

(SPA) dan Hua Zong untuk meningkatkan jumlah kakitangan awam bukan Melayu di

mana masyarakat cina memohon bagi jawatan di bawah 27 kategori, terutama dalam
bidang perubatan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, imigresen, teknologi maklumat

(IT) dan bahagian pentadbiran di pelbagai kementerian.

Terdapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Cina yang mahu

berkhidmat dalam sektor awam. Berdasarkan data PSC, pemohon Cina terdiri daripada

26,661 orang atau 1.71% daripada keseluruhan 1,561,206 permohonan yang diterima

portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada tahun 2016. Hal ini boleh dikaitkan

dengan penggunaan teknologi maklumat yang canggih dalam penyampaian pesanan

kerajaan terhadapan penglibatan kaum cina dalam sektor awam.


4.0 KESIMPULAN

Penglibatan kaum Cina dalam sektor awam telah bermula semenjak bermulanya

pemerintahan British sehingga kini. Selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB),

penglibatan mereka dalam sektor awam semakin meningkat khususnya dalam bidang

profesional dan jawatan-jawatan tinggi dalam perkhidamatan awam. Bagaimanapun,

dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti angkatan tentera, polis dan bomba,

penglibatan mereka masih kurang walaupun pihak kerajaan menawarkan jumlah gaji

yang lumayan dan pelbagai bonus dalam perkhidmatan tersebut. Dengan wujudnya

penglibatan semua kaum dalam perkhidmatan awam, ia akan melahirkan satu suasana

perpaduan di kalangan rakyat seterusnya memberi komitmen yang penuh kepada setiap

usaha untuk mencapai kemajuan dan pembangunan negara Malaysia.


5.0 RUJUKAN
Esman dan Milton J. (1972). Administration and Development in Malaysia:
Institution Building and Reform in a Plural Society. New York: Ithaca.
Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman. (1990). Growth and Ethnic
Inequality: Malaysia's New Economic Policy. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kok Wee Kiat. (1988). The Future of Malaysia Chinese. Kuala Lumpur: MCA.
Malaysia. (1981). Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985. Kuala Lumpur:
Jabatan Cetak Kerajaan.
Malaysia. (1986). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kuala Lumpur:
Jabatan Percetakan Negara.
Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Kuala Lumpur:
Jabatan Percetakan Negara.
Tilman R. (1964). Bureaucratic Transition in Malaya. Durham: Duke University
Press.
Utusan Malaysia. (2001). “Keseimbangan antara kaum di sektor awam
membimbangkan”. (20 Mei).
Utusan Malaysia. (2002). “Pemuda MCA akan kempen tarik belia Cina sertai
ATM”. (16 September).
Utusan Malaysia. (2006). “Bomba Tambah Dua Helikopter dalam RMK-9”. (03
Mei).