Anda di halaman 1dari 8

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG

TUJUAN

1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan


membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

KONSEP

2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan


bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa
ceria, prihatin dan sabar.

3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam


perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

OBJEKTIF

5. Objektif Guru Penyayang;

5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

1
AKTIVITI

6. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia


akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa.
Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti
berikut;

6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid


6.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3 Memberi penghargaan kepada murid

7. Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

2
LAMPIRAN A

PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG

Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut;

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

1. MENGALU-ALUKAN a. Guru mengalu-alukan i. Menyambut kedatangan murid; Barisan kepimpinan


KEHADIRAN MURID murid di pintu pagar sekolah dan
sekolah a. Penampilan guru yang kemas sekumpulan guru
dan ceria yang diatur oleh pihak
i. Semasa murid memulakan pentadbir sekolah
sesi persekolahan baru b. Bersikap mesra, berbudi bahasa
dan menghormati murid
ii. Semasa murid datang ke
sekolah c. Ambil berat, prihatin dan sabar
menyambut murid
iii. Semasa murid pulang dari
sekolah ii. Membuat sapaan

a. Memberi salam dan menyambut


salam semasa datang sekolah
Contoh: “selamat pagi” “selamat
datang” “jemput masuk”

b. Lambaian pulang
Contoh: “selamat pulang” “jaga
diri baik-baik” “jumpa lagi”

c. Bertanya khabar
Contoh: “apa khabar hari ini?”
“dah makan ke belum?”
3
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

iii. Memberi bimbingan dan


tunjuk ajar secara berhemah

Contoh
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll

iv. Membuat publisiti/promosi


mengalu-alukan kehadiran
murid ke sekolah dengan
menyediakan kain rentang

Contoh:
‘Kehadiran Anda Impian Kami’

b. Guru mengambil peduli Interaksi Guru (rapport)


terhadap murid semasa di Semua guru
sekolah i. Penampilan guru kemas dan ceria
sepanjang masa
i. Semasa di bilik darjah
ii. Bersikap mesra dan menunjukkan
ii. Semasa di kantin/dewan rasa hormat kepada murid
makan
iii. Membuat sapaan
iii. Semasa aktiviti kokurikulum
iv. Mengambil berat dan prihatin
iv. Semasa perhimpunan terhadap murid

4
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

2. MENTOR MENTEE 1. Pelaksanaannya bertujuan 1. Guru dengan penuh rasa MENTOR


untuk; kekeluargaan melaksanakan Guru terpilih
aktiviti mentor mentee.
i. Membangunkan sahsiah
diri murid 2. Strategi pelaksanaannya; MENTEE
Semua murid
ii. Membina jati diri murid i. Seorang atau dua mentor bagi
setiap kelas mengikut
iii. Mentor sebagai orang yang kesesuaian sekolah
boleh membantu
menyelesaikan masalah ii. Perjumpaan diadakan
murid sekurang-kurangnya dua kali
sebulan dan diselaraskan
2. Antara aktiviti yang dalam jadual waktu harian.
dicadangkan adalah
seperti berikut; 3. Pengisian semasa perjumpaan;
i. Membuat sapaan
i. Sesi ramah mesra
ii. Sesi makan bersama ii. Menyemak dan prihatin latar
iii. Meraikan hari lahir belakang mentee
iv. Bimbingan hala tuju hidup
v. Lawatan/ziarah keluarga iii. Membimbing mentee
vi. Sesi perkongsian masalah mengatasi masalah

iv. Membimbing mentee membina


hala tuju dan kerjaya

v. Membimbing mentee
membentuk jati diri dan
sahsiah diri
5
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

4. Tugas guru yang dipilih sebagai


mentor hendaklah disenaraikan
sebagai salah satu tugasnya di
sekolah

5. Aktiviti didokumentasikan

6. Menyediakan profile setiap


mentee

6
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

3 PENGHARGAAN Memberi penghargaan dan i. Guru meraikan murid dalam Semua guru
MURID pengiktirafan kepada murid suasana gembira, rasa hormat, termasuk
melalui; rasa dihargai dengan penuh kasih pentadbir sekolah
sayang
Aktiviti meraikan murid;
ii. Antara kaedah yang boleh
i. Hari lahir murid digunakan;

ii. Sambutan hari kanak-kanak a. Mengumumkan ucapan


selamat melalui pembesar
iii. Perayaan-perayaan utama suara sekolah
mengikut kaum seperti Hari
Raya, Tahun Baru Cina, b. Menyanyikan lagu
Deepavali, Krismas termasuk bersesuaian dengan tema
perayaan utama di Sabah sambutan
dan Sarawak Contoh:
Lagu Hari Lahir
Lagu Perayaan Utama

c. Menghantar kad ucapan


Contoh:
Kad Hari Lahir
Kad Hari Perayaan

7
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

iii. Aktiviti meraikan murid boleh


dilaksanakan semasa
perhimpunan atau di dalam
bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai