Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatanMu, kami mohon taufik dan hidayah
Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa
saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum
muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.
Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini, sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Ikhlaskan hati para pelajar kami untuk mempelajari ilmuMu.
Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya
Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah, Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka memahami apa yang diajar oleh
guru-guru mereka, ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk
menerima ilmu Mu ya Allah. Peliharalah kesihatan pelajar-pelajar kami. Permudahkanlah
mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka
ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan.

Ya Allah, Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Mudah-mudahan


dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hambaMu yang
soleh dan menghampirkan diri mereka kepadaMu. Jadikanlah pelajar-pelajar kami pelajar yang
cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu,
Kau perbaikilah akhlak para pelajar kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan
mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah
sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah para pelajar kami pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah, Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Jadikanlah pelajar kami pelajar yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami
memandangnya ya Allah. Jadikanlah para pelajar kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati
mereka untuk melakukan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah
hati mereka daripada melakukan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan
perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan
kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu
kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak
memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar
doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.

Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin

Anda mungkin juga menyukai