Anda di halaman 1dari 3

Yang berusaha En Abdul MaliK Bin Ghazali Guru besar SK Karai

Yang Berusaha Puan Hajah Rohana Bt Hashim

Yang Berusaha Puan Khadijah Bt Ibrahim

YangBerusaha Puan Juliet A/P Arockiasamy

Yang Dihormati Guru guru Sk Karai yang tercinta…

Dan murid murid sekalian..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. dan selamat pagi

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha
Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan
luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong
dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di kantin ini bagi anugerah
NILAM 2018.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari
yang maha Esa. Majlis mempersilakan saudara ikmal bin Rumaizi bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan

Terima kasih Saudara ikmal Bin Rumaizi atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

Melilit rotan di dahan ara

Di celah angsana mekar sekata

Ucapan Aluan pembuka bicara

Ketua murid bermadah kata .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ketua murid atas ucapan sebentar tadi.
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati Puan Mashirah Bt
Adnan untuk menyampaikan bingkisan kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Mashirah atas
ucapan yang telah disampaikan.

Guru- guru dan para pelajar yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperi

Minum air tampak berkaca

Demi jaya ilmu dicari

Nadi ilmu amalan membaca

Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, En. Abdul
Malik Bin GhazaliGuru Besar Sk Karai, untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan
Hari Anugerah NILAM . Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepadaGuru Besar atas
ucapan tadi.

Seterusnya, penerima hadiah untuk Anugerah NILAM:

Dijemput Puan Mashirah Mengiringi dan mempersilakan Tuan Guru besar untuk menyampaikan
hadiah dan sijil

Dipersilakan…………..
Seterusnya cenderamata kepada semua guru atas jasa guru sepanjang nilam 2018.

Dipersilakan…

Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Guru Besar.

Membawa dulang beralas sutera

Berisi hadiah buat pemenang

Ilmu dijulang semangat membara

Amalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan

Hiasan tersohor dato Bahaman

Ilmu dijulang demi kejayaan

Amalan Membaca gaya wawasan

Sekian dari kami..semoga kita berjumpa lagi…