Anda di halaman 1dari 17

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk


menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya
saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami
segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar
globalisasi. Berdasarkan gambar rajah di bawah ada sedikit maklumat berkaitan
dengan definisi globalisasi dalam pendidikan.

gambar rajah 1

Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga


perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan
monodialisation yang mana semuanya bermaksud ‘seantero dunia’.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global
bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat.
Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau
sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu
ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun
Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah
mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi
sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina
kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada
kita.

Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat
dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di
negara ini.

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai


bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan
kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang
pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima
perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.
Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari
aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi
adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi
memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah
ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.

Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara
global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai
intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan
produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah
peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan
ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di
sekeliling.

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global
yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah.
Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan
pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan
gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi
carian laman video pendidikan di internet.

Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan
taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk
yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan
berjaya.

Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion


yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya
negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan
negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed
sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi
terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat
menerusi rajah di bawah.
gambar rajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam


era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara
membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara
formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya
diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang
sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber
manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada
pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini
bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang
perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa
yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan
dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut
sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi
telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan
negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga
kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum
terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah
diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan


pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local
Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan
kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada
pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat
sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar


mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi
sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik
darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi
secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat,


kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya
kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar
dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka
melepasi alam persekolahan.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan
pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global
terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.
Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan
Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan
kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit
sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.


- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
- Penempatan pelajar dalam kelas.
-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
-Pembinaan jadual waktu guru.
- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai
urusan
rutin yang
dikendalikan pentadbir dan guru.
(Rahmad Sukor, 2006)

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang


melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan
hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara
itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di
pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah
menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara
akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan
anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan
negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya
sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak
tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama


ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah,
bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia
berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan
pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah,


ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu,
kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen
yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan
nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak
pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan


kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah
pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan
sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong,
semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah


perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi
ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan
profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam
perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru
sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti
professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah
dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan
interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi
halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru
perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan
peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti


perkembangan pendidikan
dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang
berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu
melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan
komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan
kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan
menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis
pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang
berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan
negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi
memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di
samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang
menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan
global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah


membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah
penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan
untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan
infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan


melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti,
program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu
dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam
bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.
Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu
bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf
dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk
perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.

Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan


dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam
membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke
hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan
kemajuan.

Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan


kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di
negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan
yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang
pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M


BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak.


Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis
serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh
dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga
keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.
Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara
kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam
globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam
membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid
berdasarkan globalisasi.

Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi


dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi
penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan
maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu
melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar
murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang
dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti
membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi
kandungan bahan yang dibaca.

Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan


otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui
dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta.
Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira,
adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan mereka secara sendiri
kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid
dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar?
Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita
menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa
berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir
tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan
idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.

Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang,


penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari
maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan
komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar
perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat dielakkan.

Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini,


perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama
orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti
kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa
dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.
Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita,
keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai
Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala
aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari
dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan
kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam
diri setiap individu.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan,


krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di
ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap
globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member
kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk
melalui globalisasi dalam pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan
positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah:
 - budaya pembelajaran sepanjang hayat
 - kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa
antarabangsa
 - menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan
kehidupan seharian
 - pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar
 - perubahan peranan guru dalam bilik darjah
 - peluang pendidikan terbuka luas
 - persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi
 - perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan
pembelajaran

Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

 - kadar pengangguran semakin meningkat


 - pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara
 - meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
 - perdagangan pendidikan
 - penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan
rohani
 - berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi
kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara
 - pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah
tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih
sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik
perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang
bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan
dalam diri murid-murid.
IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran


terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh
dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum,
penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan
penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak
globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang
berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat
daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang
mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan
penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini
kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan
Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman
individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu
utama.
Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid
dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid.
Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi
maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan
pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya,
keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung
berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang
melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan
slide dan sebaganyai.

Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian


tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk
mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung,
pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk
berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang.

Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita


menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi
Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh
dikemas kini pada bila-bila masa.

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia

by KULANZSALLEH on AUGUST 6, 2009 · 218 COMMENTS

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks
menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas
sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan
mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini.
Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar
tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia
menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar
Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,
kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya
mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu
yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara
berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar;
ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan.
Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh
dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan
keguruan.

Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan
menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

 Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan
negara lain di dunia;

 Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan
wujudnya pelbagai haluan;

 Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM); dan

 Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi
aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan
pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang
menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah
tersebut adalah berkaitan dengan:

 pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;

 perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;

 latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang
berkesan;

 penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan

 bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh
komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang
mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input
pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program
sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah
beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-
sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan
timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak
mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian
tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan
khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti
sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan
pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan
Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8
guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah
luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat
guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku
ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di
mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen
terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi
keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka
kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan
Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau
bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah
mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja
merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi
pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi
tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia
tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan
melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral
semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi
sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin
diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka
lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan
kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar
menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku
pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan
pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah
semakin menjadi-jadi.

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan


Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian
Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

 Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan
pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;

 Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem,
prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan
khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;

 Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai
keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;

 Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;

 Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju
adalah terhad;

 Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan
penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;

 Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian
bantuan; dan

 Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu