Anda di halaman 1dari 1

PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

KUALA PERLIS
D/A SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERLIS
02000 KUALA PERLIS
TEL : 049852422 / FAX : 049854245

Tarikh : 29 OGOS 2018

PENGARAH
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,
Jalan Tun Abdul Razak,
Pusat Bandar Kangar,
01604 Kangar, PERLIS
(u/p : Ketua Sektor Pembangunan Sumber Manusia)

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENGGUNAKAN PUSAT KO-KURIKULUM TIMAH


TASOH UNTUK PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PKP KUALA PERLIS 2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Unit Ko-Kurikulum PKP Kuala Perlis akan mengadakan satu Perkhemahan Badan
Beruniform. Segala butiran program perkhemahan adalah seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 3 – 4 Oktober 2018 (RABU & KHAMIS)


Masa : 8.00 Pagi (Pendaftaran)
Bilangan peserta : 90 Orang Murid
Guru Pengiring : 10 – 15 Orang Guru (1 Slot)

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan agar dapat
memberikan kebenaran untuk menggunakan tapak dan kemudahan yang terdapat di pusat
ko-kurikulum tersebut.

4. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya


daripada pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

____________________________
(ZUBIR BIN GHAZALI)
Pengerusi
Pusat Kecemerlangan Pendidikan,
Kuala Perlis